Sunday 27 April 2008

Tazkirah Pagi Ahad

Assalamualaikum!

Kebanyakkan orang bangun lewat dipagi Ahad. Alasannya ialah dah penat bekerja sepanjang minggu. Ada yang sempat solat subuh ada yang subuh gajah ada juga yang tak solat langsung. Anak-anak akupun adakalanya perlu di kejutkan untuk subuh pagi Ahad. Namun ada satu perkara yang agak menghairankan; iaitu sekiranya mereka ada aktiviti di hujung minggu mereka boleh pula bangun awal tanpa di kejutkan.

Sesetengah keluarga menjadikan amalan bangun lewat di hari minggu. Kemudian mereka tidak bangun untuk sarapan pagi. Mereka akan bangun jam 9 - 10 pagi kemudian terus pergi keluar untuk makan yang mereka sebut 'brunch' iaitu gabungan breakfast and lunch. Ini adalah satu budaya orang-orang bandar yang tidak sihat. ( Budaya ini mereka tiru dari jiran mereka yang bangsa lain yang bukan Islam. Orang-orang itu tak perlu solat subuh dan tak perlu mandi pagi ) Jadi mereka mendidik anak-anak mereka tidak perlu bersolat subuh, merestukan sikap kemalasan dan memakan pemakanan yang tidak tentu masa dan kebaikkan nutrisinya ( bukan makanan yang disediakan di rumah ).

Bagi aku, ibu dan nenek telah melatihkan aku bangun awal, pertama untuk menunaikan solat subuh. Kedua ( mereka )orang tua-tua pantang kalau kita bangun selepas matahari naik. Katanya tidak membuka pintu untuk malaikat rahmat datang kerumah kita. Maka tidak ada rezki dan keberkatan untuk keluarga yang bangun lewat. Katanya kesihatan badan kita akan terganggu dan kita akan pendek umur. Sejak dahulu masa zaman persekolahan, aku bangun sendiri tanpa di kejutkan oleh jam atau orang.

Aku sangat percaya kepada pendapat itu dan aku tidak pernah bangun selepas matahari naik. Di sebabkan kebiasaan itu aku tidak pernah boleh tidur hingga matahari naik. Mengenai pendek umur itu sudah pasti kalau kita bangun jam 10.00 kita telah kehilangan masa yang penting iaitu dari jam 6.00 hingga 10.00 bermakna 4 jam dalam hidup kita berjumlah 8 jam seminggu ( kalau untuk 2 hari ). Anda hitunglah sendiri betapa ruginya kalau kita praktikan bangun lewat.

Aku amat berharap anak menantuku kelak tidak akan mengamalkan budaya bangun lewat ini. Aku pernah terdengar ada jiran pernah merungut, " Bukan saja kena kejutkan anak-anak untuk subuh, menantupun kena dikejutkan!" Minta-minta janganlah jadi begini pada diriku.

Untuk anda yang bangun awal untuk bersolat subuh, bacalah ayat ini setelah terbangun, " A'uzubillahi samiil'aalimi minasyaithonirrojim. Huwallah huladzi laa ilahailla huwa 'aalimulghaibi wassyahaadah, huwarrahmaanurrohiim. Huwallahuladzi laaillaahailla huwal malikulquddus sussalam mulmukminul muhaimin ul 'azzizul jabbarul mutakkabbir, Subhanallahhi 'aammayusyrikuun. Huwallahulkhawlikhul baariul mussawir, Lahulasmaa ulhusna yusabbihulahu maafissamawaatiwal ard . Wahuwal azzizulhakkim."

Ayat ini adalah tiga ayat yang terakhir dari surah Al- Hashr. Sesiapa yang membaca ayat ini 70 malaikat akan berselawat keatasnya sepanjang hari dan apabila di baca sebelah petang, sebelum matahari terbenam 70 malaikat akan bersolawat atasnya sepanjang malam sehingga pagi. Wallahu'alam.

Saturday 26 April 2008

Berita Baik

Assalamualaikum! Pagi tadi aku baru sampai dari Kedah sempat subuh di rumah. Kami bertolak dari alor setar jam 2.30 pagi. Pak haji memandu had laju kebiasaannya 120km - 130 km / jam sahaja. Disebabkan cuaca baik dan jalan tidak banyak kenderaan kami sampai ke rumah agak cepat dari kebiasaannya.

Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik. Keadaan abangku masih tidak berapa stabil namun menunjukkan tanda-tanda positif. Dengan segala doa dan ikhtiar perubatan aku mempunyai harapan abang akan sembuh juga, Insha-Allah. Sudah letih aku menghadapi perkara-perkara yang meresahkan, aku nak cerita yang mengembirakan pula.

Pelajar-pelajar kami yang bercuti selama 4 hari telah pulang keasrama petang ini. Esok sekolah kami akan menerima seorang tetamu VIP dan entouragenya yang kami tunggu-tunggu selama ini. Tujuan tetamu ini datang berkunjung ialah untuk meluluskan pemberian sumbangan sebuah Van untuk sekolah kami. Mengikut cerita, semua telah sedia, hanya memerlukan kunjungan VIP tersebut sebelum Van itu di deliver kepada kami. Alhamdulillah beliau telah confirm kedatangannya besok.

Pelajar-pelajar kami akan menyambut kedatangan tetamu VIP ini pada jam 4.30 petang. Esok pagi kami akan ada sedikit raptai acara menyambut beliau dengan tabik hormat. Kemudian beliau akan di tunjukkan bagaimana pelajar-pelajar kami menghafal/ mentasme' dan menulis Al-Quran. Selepas itu beliau akan dipertontonkan acara memanah oleh pelajar-pelajar 'sharp shooter' memanah. Kami akan menghidangkan sedikit jamuan teh.

Insya-Allah diharap selepas ini dapatlah aku postkan wajah Van yang di dermakan kepada kami oleh syarikat multi-nasional ini. Van ini akan dapat memuatkan 20 orang penumpang. He,he he lepas ni Pak haji tak bawa anak-anak ini dalam Hiluxnya lagi lah. Mereka kalau naik Hilux pergi masjid ke swimming ke , ke perpustakaan ke, yang dalam kawasan shah alam beramai-ramai bagaimana? Rahsianya semua berebut panjat naik tempat .... !! hehehe tak boleh cakaplah! Anda cuba teka sendiri je lah.

Tuesday 22 April 2008

Our School Short Break

Today is the start of our school monthly short break ie for four days. The children will report back into hostel on saturday. This short break is necessary for our students. For the last four weeks they have crammed their brains with memorising the verses of the Al-Quran, ( 1-2 pages daily for the top students ). Besides that they do 5 academic subjects, 13 religious subjects plus 2 extra subject like tarranaum and khat. Then they also do co-curriculums ie, swimming, marching, archery and living skills.

All their activities even the rest (afternoon naps are all printed on their time table ). Each morning they wake up as early as 5 am ( on fridays 4.30 am )and lights off at 11 pm. Even their weekends are filled with activities. So you could see why they really need this 4 days break. You would think that with such pack schedule, they would run out of breath. You would be surprised that during their free time ie after 5.30 pm ( days where no specific co-co activities ), you would find them in the field playing football! One day Pak haji caught them playing football in the rain ( which Pak haji has specifically forbidden them ro do so ). So he punished them , they were suspended from playing fooball for 2 weeks! Hehe they were so upset!

At least Pak haji and I will be less hectic these 4 days. Our house will be quieter, but we will miss the beautiful sounds of Quran reading. Well, I also think our kind neighbours need a break too!

Menghadapi Dugaan

Assalamualaikum!

Kebelakangan ini kami adik-beradik sentiasa berulang alik ke Kedah kerana ibu kami sedang uzur. Ditambah pula dengan dugaan Allah keatas kami kerana berikutan ibuku masuk hospital abang sulung pula disrang demam dan sekarang dalam keaadaan yang serius. Semoga kami tabah menghadapi apa yang di takdirkan Allah.

Sayang kami kepada ibu adalah seperti orang lain sayang kepada ibu mereka. Tetapi sayang kami kepada abang mungkin berbeza dari orang lain kerana abang telah menyara kami setelah ayah meninggal dunia. Semasa itu abang berumur 21 tahun namun beliau terpaksa memberika segala tumpuannya kepada kami 8 orang adiknya. Abang memberi segala wang gajinya untuk menyara kami sehinggalah 10 tahun sehinggalah abangku yang kedua mengambil alih tugas itu. Seterusnya setiap orang diantara adik-beradik yang bekerja akan menyumbang kepada keluarga besar kami.

Kepulangan aku baru-baru ini mendapati ibuku amat lemah tetapi beransur pulih. Alhamdulillah beliau sudah mahu minta makanan. Sebelum ini sudah beberapa hari beliau tidak makan. Jirannya berpendapat mungkin kepulangan ramai anak cucu menziarah beliau menceriakannya dan membantunya beransur pulih. Kami bergembira melihat perubahan positif kesihatan ibu.

Namun kami sangat bersedih melihat keadaan Abangku yang semakin merosot tahap kesihatannya. Kami dapati pihak hospital tidak segera memastikan penyakit yang beliau hadapi. Pihak hospital juga tidak bersikap customer friendly walaupun mereka hospital berbayar. Macam-macam perkara yang kami berasa tidak puas hati terhadap hospital dan kakitangannya.

Setelah 2 minggu di hospital swasta itu kami mengambil tindakan nekad mengeluarkan abang dari hospital itu dan masukkannya ke Hospital Kerajaan. Alhamdulillah suasana dan perkhidmatan di hospital kerajaan ini memuaskan. Kami dan keluarga abang dapat sentiasa bersama disisi beliau semasa beliau dalam keadaan tenat ini. Berbeza dari hospital swasta itu sekurang-kurangnya kami dapat bersama abang dan membaca surah-surah Yassin dan berdoa serta membisikkan doa-doa ketelinganya. ( Hospital swasta itu tidak benarkan kami bersama Abang melainkan masa lawatan dan masuk sorang sahaja dalam ICU, walaupun isteri tidak boleh masuk diwaktu lain.. bayangkan kebimbangan kami semua )

Sehingga pagi tadi aku dapat lapuran abang masih dalam keadaan tenat. Esok aku akan pulang lagi melihat Abang. Walaupun dalm keaddan begitu abang masih kenal dan memanggil namaku sebaik menyedariku disisinya. Sama-samalah kita berdoa semoga Abang akan di sembuhkan Allah dan di beri keringanan atas apa jua dugaan yang beliau sedang hadapi. Ameen!

Friday 18 April 2008

Tazkirah Pagi Juamaat

Assalamualaikum!

Ramai orang setelah meningkat umur, terjaga dimalam hari lalu tidak boleh tidur semula. Seeloknya kalau terjaga malam bangunlah dan lakukan solat-solat malam. Ada juga orang sebut Qiamullail ( Bersolat malam ). Ada satu surah khas yang menyerukan kita berdiri/bersolat malam iaitu surah Al-Muzammil. Bacalah surah ini dan lihatlah maknanya. Masa yang paling bagus untuk kita bersolat malam ialah 1/3 akhir malam maknanya lebih kurang pukul 3.30 am hingga ke subuh.

Apakah yang kita perlu buat setelah terbangun? Bacalah doa baru bangun dari tidur.
Kemudian setelah bersuci ambillah wudhuk. Setelah ambil wudhuk tunailah solat sunat Hajat 2 rakaat, kemudian tunaikan solat sunat Tahajjud 2 rakaat, kemudian buat solat witir boleh 2 rakaat campur 1 rakaat, atau sekurang-kurangnya 1 rakaat sebagai penutup ibadah solat-solat malam. ( Ini untuk permulaan, banyak lagi jenis solat sunat yang boleh dilakukan di malam hari.)

Setelah selesai solat-solat itu, hendaklah berzikir. Zikir yang utama ialah beristighfar ( Astaghfirullahal'azeem waatubuilaih, Laaqaulawala khuuwataillabilla hil'aliyilazeem )sebanyak 100 kali. Selepas itu bersolawat atas nabi ( SAW ) sebanyak mana yang mahu atau 100 kali. Selesai itu kalau masih belum subuh bacalah al-Quran.

Tak berapa lama akan kedengaran azan subuh. Setelah menjawab azan dan membaca doa selepas azan, lakukan solat sunat Fajar 2 rakaat. ( solat sunat fajar ialah solat sunat sebelum solat fardu subuh, ganjarannya sangat besar, mendapat dunia dan seisinya ! Masya-Allah ! ). Selesai solat sunat fajar berdoalah dengan doa Rasullallah. Bunyinya dalam bahasa melayu begini: Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail, Tuhan Nabi Muhammad SAW aku berlindung dengan MU dari api neraka. Kemudian lagi satu doa yang disyorkan oleh para ulama' begini: Ya Allah ya Tuhanku janganlah aku menzalimi hambamu dihari ini, dapatlah aku menolong hambamu yang mazlum ( orang yang di zalimi ) dan dapatlah aku menunaikan hajat saudara muslimku lillahiTa'la! ( Doa yang kedua ini mendapat ganjaran seperti pahala orang menunaikan Haji, Wallau'alam )

Sebenarnya segala doa amat makhbul pada masa selepas solat tahajjud dan witir itu, begitu juga selepas solat sunat fajar. Berdoa lah banyak-banyak apa saja, Insya-Allah akan makhbulkan. Kalau kita baru nak mulakan amalan yang disebut tadi mulalah sedikit-sedikit dahulu mana yang rasa mampu, kemudian tambahlah lagi hari demi hari. Allah suka kepada orang yang melakukan ibadah ( sunat-sunat ) yang sedikit tetapi terus menerus ( consistant )

Nabi Muhammad SAW beristighfar 100 kali setiap malam. Kalau nabi pun minta ampun dari Allah sehari 100 kali setiap malam apatah lagi kita ni yang banyak buat dosa ! Nabi SAW amat suka kepada 3 solat sunat mengikut hadth riwayat Aisyah ( RA ) Nabi tidak pernah tinggalkan solat sunat Tahajjud, solat sunat Fajar dan solat sunat Dhuha setiap hari.

Thursday 17 April 2008

Anak-anakku Semasa Kecil

Assalamualaikum !

Anak-anakku semasa bayi dan todlers kata orang, comel-comel. Aku tak tahu sebab pada masa itu aku sibuk sangat kalut menguruskan mereka. Rupa atau wajah mereka seakan-akan sama sebab tu kalau tengok gambar mereka sewaktu babies kadang-kadang tersilap orang. Setiap peristiwa kelahiran mereka aku ingat secara detail. Anak-anak aku ni di kira branded, iaitu semua kelahiran mereka di Pantai Medical Centre dan tok bidannye seorang yang aku sangat senangi membidankan aku iaitu hamba Allah yang bernama Doctor Mc Coy. Setiap kali aku mengandung dan melahirkan dia jaga aku persis seorang permaisuri. Hehehe kayalah hospital tu kerana aku terus melangganinya sehingga anak yang ke 9.

Kemudianya apabila aku dan baby sudah di benarkan keluar hospital, kami di sambut pula oleh paediatrician Doctor Lee Eng Lam di Subang jaya Medical Centre. Itu berlaku kepada semua anak-anak kami dari Kin hingga ke Cik Su. Anak-anakku ini di bawah jagaan Doctor Lee sehinggalah mereka besar panjang ( teen agers ) Heheh, kira macam brandedlah kan.

Aku telah berkahwin semasa umurku 23 tahun, terus mengandung dan malahirkan anak sulung. Seterusnya aku melahirkan anak purata 2 tahun seorang hinggalah semasa melahirkan anak yang bongsu aku berumur 43 tahun ( a span of 20 years ). Itu suatu tempoh masa yang lama. Umur tu setengah kawan-kawanku dah jadi nenek!

Melahirkan anak sebegitu ramai telah mengubah bentuk fisikal badanku. So berlakulah keadaan agak lucu. Seorang ibusaudara suamiku telah tidak bertemu dengan kami sekian lama. Masa muda-muda ( baru khawin )selalu kami singgah rumah dia apabila kami balek ke Kedah atau semasa perjalan balik KL dari Kedah. Rumah dia pada masa itu di Tapah, jadi tempat persinggahan yang ideal.Setelah suaminya pencen mereka pindah bersara di Pulau Pinang. So beberapa tahun yang lalu umurku meningkat jadi matang ( tua ) kami sekeluarga pergilah ziarah ibu saudara yang sedang uzur itu.

Maka bertanyalah orang tua itu bersungguh-sungguh ( berseloroh? ) " Mana dia isteri B...ari (Pak haji) yang kecil molek comel lote, putih gebu tu ? " Maka akupun jawablah dengan penuh kesedihan, " Dah tak ade dah! Dah lama dah tak ade!" Huhuhuhu

Oleh kerana aku sentiasa saja mengandung dan bersalin, banyaklah perkara-perkara, kekadang lucu berlaku terhadapku dan kami sekeluarga. Malas pulaklah nak bercerita panjang disini. Nantilah aku tulis dalam buku kelak. Banyak lagi kisah, berkajang-kajang, takut jemu anda nak baca!

Monday 14 April 2008

Sambungan Membesarkan anak-anak

Kes ketiga ialah semasa Amal berumur 4 tahun dia bermain dengan mesin jahit. Kemudian jarinya tersepit dan tercucuk jarum. Oleh kerana sakit dan panik dia menarik jarinya sampai terkeluar kuku. Kami bawa dia ke klinik dengan jari yang berdarah dan kuku yang terkopak. Lepas peristiwa itu mesin jahitpun terus disimpan dalam setor dan di haramkan kegunaannya dalam rumah. Hehe macam cerita the sleeping beauty lah pulak !

Kes keempat jadi pada Zed ( anak ketiga ). Zed seorang yang periang dan sangat aktif.
Dialah tukang announce bila mami dan bapa pulang dari kerja atau dari mana-mana. Umurnya masa itu 10 tahun. Dia sedang bermain di tingkat atas rumah apabila dia terdengar kereta kami sampai depan rumah (kami baru pulang dari cameron Highlands setelah 2 hari outstation ). Dia terus berlari ke beranda luar nak tengok kami sampai kemudian berpatah balik nak turun kebawah mendapatkan kami tanpa menyedari pintu sliding door hanya sedikit terbuka, lalu dia berlari and smashed right into the glass door. Akibatnya, pintu kaca hancur berderai , dia jatuh badan dan muka bercalar-calar dan berdarah kena serpihan kaca. Kami terkejut apabila terdengar bunyi pintu kaca pecah dan jeritan Kin, terus berlari naik keatas rumah. Pak haji menganggkat Zed kedalam rumah, kami terus berhati-hati mengutip serpihan kaca halus dari badan dan mukanya. Selepas itu Pak haji sapukan asahan biji buah pala di tempat luka bercalar itu. Alhamdulillah, selain dari terkejut dan pedih-pedih luka Zed tidaklah mengalami kecederaan serius. Aaaah legaaa!!!

Sunday 13 April 2008

Kisah Membesarkan Anak-anak.

Assalamualaikum! Hari ini mak teh nak cerita mengenai kecemasan yang pernah kami lalui semasa membesarkan anak-anak. Memandangkan ramai kawan-kawan bloggers masih mempunyi anak-anak kecil elok juga mak teh ceritakan agar ada yang dapat faedah darinya.

Kes pertama, anak sulung kami Kin telah jatuh longkang depan rumah agak dalam. Masa tu Kin baru berumur setahun lebih ( sudah berjalan tapi belum tegap, masih terhoyong hayang ). Maka menjerit-jeritlah sambil aku, malangnya kebetulan pada hari itu aku memang tak ada suara ( dah lupa kerana apa kehilangan suara ), jadi jeritan itu tidak keluar dan tidak kedengaran. So aku melompat-lompat, menggapai-gapai tangan menghentak-hentak kaki untuk tarik perhatian Pak haji. Pak haji tidak berapa jauh dari aku tetapi sedang asyik buat gardening. Beberapa saat juga baru Pak haji sedar dan terus turun mengangkat Kin yang mukanya tersembam dalam air longkang (nasib baik longkang yang bersih )

Kemudian Pak haji bersih dan lapkan muka kin terus bawa ke Paediatrician kami Dr Lee di Subang Jaya Medical Centre. Kata Doc nasib baik Kin jatuh terhempas muka, bukan belakang kepala, kalau jatuh terhempas belakang kepala kecederaannya akan lebih serius. Kami sangat bersyukur, Alhamdulillah! Malaikat telah menolong anakku, mukanya yang terhempas, dan badannya lurus masuk longkang itu, hanya dagunya yang pecah berdarah. Doc hanya mengenakan sedikit ubat luka dan plaster. Dalam masa beberapa hari luka itupun sembuh meninggalkan a small scar didagunya sebagai kenangan untuk peristiwa itu.

Can you imagine if you were in my situation? Moralnya jangan main dengan anak-anak tepi benteng longkang. Kalau rumah anda ada lonkang dan ada benteng selalunya kita duduk-duduk santai di situ. Itu sangat bahaya. Pagarlah benteng itu.

Kes yang kedua berlaku pada Kin juga. Masa tu aku dalam pantang kerana melahirkan Amal ( anak yang kedua ). Kin berumur 2 tahun, akan mengikut aku bergerak kemana jua. Dia suka tarik-tarik kain aku kalau nak sesuatu. Hari itu aku bangun kedapur nak buat minuman. Baru aku tuang air panas dari flask, Kin menarik tangan ku lalu tertumpah air panas ke muka dan dadanya. Maka menjeritlah aku dan dia. Nasib baik ibuku ada bersama menjaga aku dalam pantang. Lalu ibu mengambil telur ayam dari peti ais. Ibu buang putih telur ambil kuningnya sahaja, hancurkankan dan sapu pada tempat yang sedang melecur merah bekas air panas tu. Keesokkan paginya Kin dimandi dan dibersihkan, didapati tiada lagi bekas melecur itu.

** Nota selain dari petua guna kuning telur untuk lecur air panas or minyak panas anda boleh gunakan kicap pekat atau butter. Anda hendaklah segera siram dengan air paip(running water ) dahulu tempat yang terkena lecur itu kemudian sapukan bahan tadi. Ini untuk keadaan lecur sahaja bukan terbakar atau keadaan yang terkeluar kulit.

Friday 11 April 2008

Ke Pesta Buku Lagi

Assalamualiakum! Sekarang ini aku rasa letih tak terkira. Hari ini hari kami bermula 4.30 pagi. Itu waktu bangun yang biasa untuk pagi jumaat bagi kami dan anak-anak sekolah kami. Setelah selesai solat subuh berjemaah di masjid Negeri ( subuh jumaat sujud sajaddah ) kami kembali ke rumah/asrama dalam hujan rintik. Syukur hujan itu seketika sahaja dan kami tidak terlalu basah. Sarapan pagi telah tersedia, kerana perutku rasa lapar segera aku mengisikannya.

Sedang sarapan muncul ( anak bongsu mak teh ) Cik Su, " Mak jadikah nak pergi Pesta Buku ?"

" Entah belum fikir lagi macam mana nak pergi." jawabku.

" Ok, bapa boleh hantar mami. " sambut Pak haji.

" Kami nak ikut, boleh? " tanya Cik Su.

" Kan dah pergi Sabtu lepas! " kata Pak haji.

" Kami tak puaslah, ada nak beli buku lagi." bunyinya macam merengek.

'Kami' yang Cik Su maksudkan itu ialah dia bersama lapan orang lagi kawan-kawan seasramanya. Sabtu lepas kami telah membawa semua warga sekolah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 08 di PWTC.

" Macam mana nak ikut tak muat kereta." kataku

Cik Su berlari keluar mendapatkan rakan-rakannya. Mereka bermesyuarat. Seketika dia masuk semula mendapkan kami. " Bolehlah mak, boleh muat, kami pernah masuk semua orang dalam Hilux tu."

Pada jam 9. 13 pagi kamipun bertolak ke PWTC, 9 orang pelajar perempuan, aku dan Pak haji jadi semuanya 11 orang. Kalau anda yang tahu sempit/luasnya compartment Hilux, bayangkanlah sendiri macam mana keadaannya. (you could not imagine? ) Aku juga tak boleh bayangkan. Lucunya pada setiap tol yang kami lalui, ternganga mulut atendan tol melihat keadaan penumpang dalam kereta kami. Alhamdulillah jam 10 pagi selamat sampai ke PWTC.

Aku memang suka pada suasana di setiap Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Aku bertemu ramai peminat-peminat buku dan kenalan-kenalan kalangan penulis dan juga penerbit. Aku juga berpeluang mendapat sahabat-sahabat baru di kalangan peminat-peminat buku dan penulis. Hari ini aku bertemu seorang penulis yang ramai peminat iaitu Faisal Tehrani. Akupun tidak ketinggalan mendapatkan buku-buku karya beliau yang peminatnya rekomen.

Kami berada di Pesta Buku dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Bekalan kami hanya roti arab dan kari ayam. Tanpa 'proper lunch' kami sampai di rumah jam 5. 30 petang sangat kelaparan! Apa lagi aku tidak lengah menghadapi hidangan yang dah tersedia tu. Aku makan sampai penuh perut macam orang kebuluran. Hehe tu yang letih sangat ni.

Thursday 10 April 2008

Salad Yang Enak dan Mudah

Assalamualikum! Sekarang mak teh ada idea nak blogkan resepi-resepi warisan Tok nenek supaya anak cucu mak teh nanti tahulah apa yang tok nenek depa makan. Kalau depa ingin nak makan nanti bolehlah mereka buat sendiri. Ada banyak resepi dalam kepalaku, dari yang mudah hingga yang rumit untuk menyediakannya. Kawan-kawan bloggers pun kalau rasa ada berminat bolehlah ikut siri resepi dalam blog ini.

Eloklah kita mula dengan yang mudah-mudah kemudian kita akan meningkat kepada yang lebih rumit untuk menyediakannya. Mak teh rasa nak tulis pasal salad yang mudah tetapi enak dan berkhasiat. Nama dia Salad sambal kelapa bungkus.

Bahan-bahannya:

2 pokok daun salad ( ada 10 helai daun )
2 -3 biji chili merah
1 biji timun
1/2 biji kelapa parut
4 sudu udang kering
3 biji telur ( di rebus dan di hiris nipis )
1/4 sudu teh garam

Cara Buatnya :

Basuh daun salad tiap helai hingga bersih, buang bahagian tangkai. Tumbuk chili merah( gunakan lesung batu ) . Masukkan udang kering ( dah basuh ) dan tumbuk sekali dengan chili. Kemudian masukkan kelapa parut ( yang lembut) dan sedikit garam, tumbuk sekali hingga semua bahan tadi sebati dan halus ( tidak terlalu lumat )

Letakkan daun sehelai daun salad atas pinggan. Ambil 1 hiris timun letak atas daun salad. Atasnya letakkan 1 sudu adunan yang di tumbuk tadi, atas adunan itu letak sekeping telur rebus. Kemudian bungkus bahan-bahan itu di dalam daun salad.
Selepas itu boleh hidang dan terus makan.

Nota:
Salad ini elok di hidangkan makan tengah hari atau makan malam di hidangkan bersama ayam goreng dan gulai darca. Hehehe selamat mencuba.

Wednesday 9 April 2008

Menu Yang Amat Mudah

Assalamualaikum! Ini kisah makanan lagi. Pada zaman aku kanak-kanak, tiap pagi ibu akan bangun awal untuk sediakan sarapan pagi. Masa itu tidak ada orang jual makanan untuk sarapan di kampung kami dan kami juga sukar mendapat bekalan roti ( bread ). Jadi ibu akan sedia pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi dari menu yang susah di buat hinggalah kepada yang amat mudah tergantung pada bahan yang ada pada hari itu.

Apabila ibu dapati didapurnya tiada bahan lain, hanya tepung gandum, ibu akan buat roti miskin. Nama ini aku yang berikan sebab aku rasa dah tak adakah bahan makanan lain untuk menu yang lebih baik. Makanan ini terlalu simple, pendek kata tak mengancam lah makanan ini ( pada fikiranku pada masa itu ianya sesuai untuk orang miskin ). Tetapi apabila ibu masakan roti ini habis juga kami makan. Kalau hari cuti sekolah akupun boleh membuatnya. Inilah menu yang paling simple dan mudah di sediakan.


Bahan-bahannya:

1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu teh garam
1/2 biji kelapa di parut( ambil yang isinya masih lembut dari pokok tepi rumah )
1/2 cawan minyak masak
1 mangkuk air

Cara Buatnya:

Masukkan tepung dalam bekas, kemudian massukkan kelapa yang telah diparut. Gaulkan hingga rata. Kemudian masukkan garam kedalam air, larutkan. Tuang air kedalam makngkuk tepung tadi sedikit demi sedikit sambil gaulkan adunan itu sehingga adunan lembut.

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak di dalam kuali, ratakan. Kemudian masukkan sesenduk adunan kedalam kuali dan ratakan supaya keping tepung itu tidak tebal agak 1-2 cm. Masak dengan api kecil/sedang sehingga kuning, kemudian alih sebelah lagi masak hingga kuning. Angkat dan hidangkan.

Nota:

Makanan ini sedap dimakan panas-panas bersama gula atau kari semalam yang telah di panaskan atau sambal tumis ikan bilis. Hehehe cubalah!

Oleh kerana keluarga kami pada masa itu ada 12 orang ibu terpaksa sediakan 12 keping roti ini, lebarnya sebiji pinggan makan sedang dan menngunakan 1 kilo tepung dan sebiji kelapa. Ianya boleh mengenyangkan anda sehingga tengah hari.

Tuesday 8 April 2008

Resepi Koay Teow Kaw Mak Teh

Assalamualaikum! Dah lama postpone nak blog about the koay teow mak teh Kesian kat lollies dan beberapa orang lagi yang dok tunggu recipe koay teow kaw mak teh ni. Perkataan "Kaw" tu lollies yang mula sebut, jadi mak teh pakai lah. Bukan apa susah nak put down in writing sebab mak teh tak pernah ukur proportion bahan-bahan yang di gunakan. Let me try my best.

Bahan-bahanya :
1 kg koay teow ( kalau disini ! peket 400 gm. Sah halal yang melayu bikin punye)
10 - 20 ekor Udang ( cari yang fresh saiz sedang )
1/2 kg taugeh
300 gm kucai

minyak kacang ( cap pisau )
oyster sos ( cari yang ori bukan oyster flavoured sos or tiruan )
black pepper sos ( muslim best )
kicap manis pekat ( cap udang )
chilli sos ( kimball)

bawang merah/ bawang besar ( blend )
bawang putih ( hiris dan sebahgian lagi blend )
cilli kering ( blend )
telur 3-4 biji ( pukul lightly )

Cara Buatnya:

Panaskan 2 cawan minyak or lebih. Goreng bawang putih yang telah di hiris ( 4-5 ulas) sampai kuning brown. Keluarkan buang. Ambil sedikit minyak itu letak tepi. Masuk 2-3 sudu besar chilli blended ke dalam minyak dalam kuali. Kacau sekejap then masukkan bawang merah blended, kacau sekejap masukkan bawang putih kacau. Dah naik minyak masukkan udang semua atau separuh. kacau hingga udang separuh masak, masukkan oyster sampai warna chilli sedikit kehitaman. Masukkan black pepper sos agak sedikit banding oyster sos. Then masukkan chilli sos pun sedikit lebih pada black pepper sos. Masukkan kicap sampai sos nampak agak merah hitam. Bila sos ni dah masak ada a thin layer of oil floating above the sos. Kalau tak ada makna tak cukup minyak. Kalau keaadaan macam tu masukkan balik minyak yang di asingkan tadi. Setakat ini sos dah siap.

Next ada dua cara: Koay teow fresh tadi telah di leraikan. Kalau nak makan sekarang boleh masukkan semua koay teow tu dalam sos yang telah di masak dan kacau sehingga rata bahan koay teow disalut sos. Masak hingga sos dan koay teow lembab kering. Then masukkan telur caranya boleh masak kuali lain, buat macan scramble eggs tapi lembut dan masih cair lepas tu cepat masukkan dalam kuali koay teow tadi. Kacau ratakan. Minyak kita gunakan minyak bawang putih yang di asingkan tadi. Kalau yang cekap masak telur tu di masak dalam kuali pertama je by the side after ketepikan sedikit koay teow yang ada dalam kuali itu ( Tilt the kuali to one side ). Selepas telur dah mix well, cepat-cepat masukkan juga taugeh dan daun kucai. Kacau rata tak lama siap lah. Boleh hidang terus makan sebab koay teow sedap makan panas.

Cara kedua boleh simpan sos ini. Bila nak makan serve hawker style, cedok sedikit sos yang telah siap masak tadi, agak lah banding dengan koay teow, panaskan dalam kuali dan masukkan koay teow sebanyak mana nak serve. Masaklah seperti yang diatas tadi.

Note: Masa blender bahan-bahan ini gunalh sedikit mungkin air. Minyak kalau nampak tak cukup buat lain minyak bawang putih itu untuk telur. Di sarankan masa buat minyak garlic tu biar agak lebih sikit. Kalau nak pedas cilli mula tadi lebihkan lah atau guna black pepper sos yang xtra hot. Udang yang lebih tadi untuk garnish di steam kemudian dimasukkan last sekali dalam koay teow telah masak tadi. Kalau nak campur ayam pun buat camtu lah. Boleh garnish juga dengan bawang goreng dan sliced chilli jeruk. Lagi sedap !

He,he, selamat mencuba! Bila makan ingat mak teh tau!

Monday 7 April 2008

Syarat Masuk Sekolah Kami

Assalamualaikum! Ada kawan-kawan blogger bertanya apakah syarat-syarat masuk sekolah kami? Hari ini mak teh nak terangkan.

Sebenarnya syarat yang paling utama ialah minat mendalam anak itu terhadap Al-Quran dan suka untuk menghafalnya. Syarat inilah yang paling susah kerana kalau anda tidak dedahkan anak-anak, memberi perangsang, memberitahu idea anda nak dia menghafal Al Quran dari sejak dia kecil lagi, apabila tiba masa kami interview anak itu dia akan menampakkan air muka tidak berminat. Kami tidak akan terima anak-anak seperti ini walaupun dia mendapat keputusan UPSR 5A.

Next syarat penting ialah keputusan peperiksaan mestilah mendapat 3A,4A, or 5A. Keputusan cemerlang ( mumtaz) Sekolah Agama kalau UPSR kurang memuaskan akan membantu. Selalunya kalau anak itu mendapat keputusan yang baik kedua-duanya akan cemerlang juga.

Kemudian anak itu akan kami uji bacaan al-Qurannya. Bacaan hendaklah lancar dan bertajwid. Kebolehan menghafal surah-surah lazim amat membantu.

Hendaklah anak itu boleh menulis dan membaca jawi serta kebolehan menulis khat adalah bonus marks.

Untuk ibu-bapa yang ingin membuat booking kemasukkan anak-anak ke sekolah ini hendaklah mula mendidik anak-anak dari sekarang. Usahakan memberi dorongan patuh pada didikan agama dan cintakan Al-Quran. Jangan terlalu memanjakan anak-anak ( menunjukkan kasih sayang tidak salah ). Memanjakan anak-anak hingga tidak ada ketegasan dari pihak ibu-bapa mendidik anak itu adalah tidak wajar. Anak-anak tidak akan tahu apa kebaikan untuk dirinya, sehingga mereka dah dewasa kelak. Kalau kita tidak tegas, kita tidak dapat mendidik mereka kearah kebaikan ini dan penyesalan dibelakang hari adalah tidak berguna.

Oleh itu kami juga wajib menginterview ibu-bapa bersama anak-anak mereka supaya dapat kami menilakan perkara ini. Dari pengalaman kami akan dapat menilaikan samaada ciri keibubapaan yang mantap ada pada mereka atau disebaliknya.

Perhatian ** Sememanglah banyak dugaan keatas ibu-bapa apabila ingin menghantar anak kejalan ini kerana syaitan amat tidak suka perkara yang baik ini kita lakukan iaitu nak menempah tempat di Syurga. Dia tahu bahawa dia akan menempuh banyak kegagalan dalam menjalankan usahanya mengheret manusia ini ke neraka. Banyak kes (dugaan kepada ibu-bapa ) yang telah kami lihat , nanti masa hadapan mak teh akan ceritakan, Insya-Allah.

Sunday 6 April 2008

Pesta Buku, Guru Baru dan Puasa Sunat

Assalamualaikum! Semalam kami bawa pelajar-pelajar kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 08 bertempat di PWTC. Kami telah lepas mereka disitu dari jam 10.00 am hingga jam 3.00 pm dengan berbekalkan sandwich dan air minuman. Seronoklah anak-anak tu meronda setiap ceruk ruang pameran di PWTC tu. Pada jam 12.30 mereka berkumpul semula di tempat letak kereta untuk menunggu bas datang semula untuk mengambil makanan tengah hari. Kami telah sediakan sepeket nasi goreng bersama minuman serta snack. Setelah makan mereka pergi mencari surau untuk bersolat. Jam 3.00 petang kami bersedia untuk pulang. Kelihatan pelajar-pelajar mengendong buku-buku yang dibeli dengan terlukis kepuasan di wajah mereka. Begitulah setiap tahun kami akan bawa ana-anak tahfiz kami ke Pesta Buku tersebut.

Hari ini sekolah kami akan mendapat seorang tenaga pengajar baru. Alhamdulillah ada juga hamba Allah yang suka datang nak membantu sekolah ini. Individu ini mempunyai niat yang murni ia itu hendak berkhidmat kerja ke jalan Allah. Nanti mak teh akan ke sekolah untuk menyambut kedatangan beliau. Beliau akan mengajar mata pelajaran maths, science, kemahiran hidup and also will be assigned as Students Welfare Officer.

Besok hari Isnin warga MTAQSA akan mula berpuas sunat. Puasa sunat elok dilakukan untuk membersihkan jiwa kita dan untuk melatihkan anak-anak tahfiz kami suka dan sabar melakukan ibadah-ibadah sunat. Puasa sunat disaran di lakukan pada hari Isnin dan Khamis, tetapi kami hanya benar dilakukan hari Isnin sebab pada hari khamis ada aktiviti kawad. Pernah mereka telah berpuasa di suatu hari Khamis, kesian tengok anak-anak kami di sergah oleh komander (ex- military ), " Kenapa lembik sangat! Awak tak makan nasi kah?". "Tak! kami berpuasa." jawab mereka beramai-ramai. Terdiam Komander.

Selepas itu kami tak galakkan pelajar-pelajar kami berpuasa di hari Khamis lagi. Nak ditukarkan hari kawad ke hari lain tidak ada masa yang sesuai. Kalau nak tengok pelajar-pelajar kami berkawad datanglah pada petang hari Khamis jam 5.30 petang di padang sekolah. Bersemangat, smart beruniform, cantiik!

Friday 4 April 2008

Pemakanan Anak-anak Tahfiz kami

Assalamualaikum! Pada suatu ketika dahulu ada seorang rakan blogger berkata beliau ingin tahu apa anak-anak tahfiz kami makan. Jadi hari ini saya nak beritahulah.

Sarapan pagi mereka diberi hidangan roti dan telur western style setiap hari ( supaya mereka cergas tidak mengantuk ) Kemudian mereka diberi makan 7-10 biji kismis seorang (untuk tajam minda) dan juga minyak ikan plus ( vitamins B complex n iron for girls )untuk kesihatan badan melawan penyakit.

Makan waktu rehat jam 10.30 mereka diberi makanan yang mengeyangkan (carbohydrates) seperti, mee, bihun, nasi lemak, nasi goreng, bubur nasi, roti arab, koay teow, roti jala atau sphgetti. Pada masakan tersebut dimasukkan daging ayam, sotong or udang dan sayuran. Ini adalah untuk tenaga dan mereka tidak berasa lapar hingga kelas tamat pada jam 2.00 petang.

Makan tengah hari, mereka di sajikan nasi dengan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging dan sayuran serta buah-buahan. Mereka makan jam 2.30 petang.

Minum teh petang pada jam 5.30, mereka disajikan teh/ teh susu bersama sebiji/sepotong kek or biskut or kueh-kueh melayu.

Makan malam mereka pada jam 6.30 petang, mereka di beri nasi dan lauk dari jenis ayam, ikan atau daging seta banyak sayuran dan ulaman.

Pada malam hari mereka buat sendiri supper iaitu pada jam 10.30 malam. Air panas disediakan dan mereka ada bahan minuman seperti milo, susu dan biskut sendiri. Sebelum tidur mereka juga minum nisan lebah. (Ibu-bapa sediakan)

Kami cuba sediakan makanan berkhasiat yang seimbang serta qualiti dari segi pemakanan. Kami sentiasa pilih bahan segar, tidak gunakan bahan pengawit, perasa seperti ajinomoto, dan bahan pewarna. Yang kami pentingkan sekali sumber adalah dari barangan yang tidak syak kehalalannya.

Alhamdulillah anak-anak ini sihat dan ceria serta tidak pernah kurang makanan. Dari mas kemasa ada orang mendermakan makanan atau menjemput mereka makan kenduri.

Makanan yang orang hantar dari sisa lebihan jualan kami tidak benarkan. Makanan segera, minuman berkarbonat, asam-asam, setengah bahan organ dalaman, otak ikan, nasi semalam (nasi goreng pun kami masak yang baru ) tidak di galakkan. Dalam makanan yang saya sebut ini ada bahan ejen yang melembapkan minda.

Percaya atau tidak, dari pengalaman kami dapati anak-anak tahfiz ini makan banyak kerana mereka sentiasa lapar sebab mereka menggunakan banyak tenaga menghafal. Tambahan pula anak-anak kami ini melakukan banyak aktiviti riadah. Selalunya selepas pulang dari berenang mereka akan makan hampir 2 kali ganda.

Kisah Bonda Yang Di Kasihi

Assalamualaikum!Hari sabtu lepas saya, Pak haji dan 3 orang anak kami telah pulang ke Kedah sebab bonda sakit dan telah dimasukkan ke hospital KMC. Beliau sekarang berumur 82 tahun dan telah banyak berbakti kepada kami dan masyarakat. Semua anak-anak menantunya dan cucu-cucu bersama pasangan mereka serta anak-anak mereka pulang untuk menziarahi bonda. Bonda telah dikurniakan 9 orang anak, 8 orang menantu, 46 orang cucu dan 10 orang cicit.

Keaadaan kesihatan bonda agak meleset membuat kami anak-anaknya sedih melihat keaadaan nya yang tidak boleh makan dan setiap menelan apa-apa jua akan mengadu kesakitan. Setelah doktor membuat 'endoscopy' didapati beliau mengalami ulcer yang serius di bahagian aesophagus dan upper stomach. Sekarang doktor sedang merawat penyakit itu. Mulanya beliau dimasukkan ke hospital itu adalah kerana patah tangan sebab terjatuh.( Kisah beliau jatuh patah tangan tu cerita lain dan panjang pulak ceritanya)

Kini lain pula penyakit yang menyakitkannya. Bonda memang sentiasa dirawat oleh doktor pakar jantung di KMC kerana penyakit jantungnya yang telah lama di alami sejak beberapa tahun yang lalu. Pada masa ini 3 orang pakar merawat beliau, pakar jantung, pakar tulang dan pakar sistem gastro? (saya tak pasti gelarannya)

Oleh kerana hari kedua saya disana keadaan bonda kelihatan teruk saya telah SMS semua ahli keluarga dan sahabat beliau mengenai keadaannya. Maka berikutan tersebar berita itu, ramailah sanak saudara terutama sepupu beliau (ada yang dia tak pernah jumpa bertahun-tahun oleh kerana mereka telah manjadi orang-orang yang tersohor dan sibuk dengan tugas masing-masing ) pulang menziarahnya. Keadaan tersebut menceriakan bonda dan membuat tahap kesihatannya bertambah baik. Alhamdulillah, pada hari berikutnya, nampak beliau segar sedikit. Melihat perubahan itu saya minta diri dari bonda untuk balik ke Shah Alam.

Kami sampai di Shah Alam jam 12 malam. Keesokannya (semalam) saya dan Pak haji terus menjalankan tugas kami yang di pikul oleh anak kami Ally semasa ketiadaan kami. Oleh kerana terlalu keletihan semalam saya tidak dapat menulis blog atau menjawab komen.

Ter1ma kasih kepada anda semua yang berdoa untuk kesejahteraan bonda. Semoga bonda akan terus sihat dan Allah SWT panjangkan umur beliau dalam kesejahteraan. Ameen!

Kepada sepupu beliau yang belum pulang menziarahinya eloklah berbuat demikian kerana pada pendapat saya lebih elok ziarah seseorang itu semasa beliau masih ada di bumi ini dari menziarahinya semasa beliau sudah tiada. Oleh kerana bonda anak tunggal sejak dahulu lagi beliau telah menganggap sepupu-sepupunya yang ramai itu sebagai adik-adik kandungnya. Selalu beliau menyebut nama-nama anda semua. Wassallam !