Thursday, 9 August 2007

Kenangan di Malam Jumaat

Assalamualaikum! Malam ini malam Jumaat. Terkenang pula aku pada malam Jumaat masa zaman aku kanak-kanak hingga remaja kat kampung kami. Penempatan kampung kami itu lebih di kenali dengan panggilan Pondok iaitu penempatan khas dimana penghuninya menumpukan perhatian kepada mempelajari ibadah dan melaksanaknnya dalam kehidupan mereka seharian. Rumah kami adalah rumah kayu agak luas ada 5 ruang memanjang dari anjung hingga ke dapur. Anjung tempat tetamu datang dan tempat ayah rehat dengar radio, rumah tengah tempat bilek tidur emak dan ayah, dan ruang tv, lepas itu rumah ibu, tempat kami lakukan segala aktiviti, belajar, mengaji, menjahit, bersembang juga tempat melayan tetamu yang lebih rapat,(di ruang ini juga terdapat 2 bilik tidur). Kemudian ruang dapur tempat makan, akhir sekali ruang dapur basah tempat menyediakan makanan, memasak dan cuci pinggan mangkuk.
Pada setiap malam jumaat pada masa itu, selepas solat maghrib emak akan membaca surah Yassin, begitu juga aku dan kakak. Orang lelaki pula akan pergi ke surau berjemaah selepas solat maghrib mereka membaca surah Yassin. Kemudian mereka akan marhaban selepas solat Isya. Marhaban ini sangat memeriahkan suasana Pondok ketika itu hingga terdengar ke kampung-kampung berdekatan. Selepas Marhaban mereka akan disajikan dengan makanan yang telah disediakan oleh penghuni Pondok secara bergilir-gilir.(sekumpulan 7 buah rumah akan meyediakan makanan setiap minggu) Waktu inilah kanak-kanak sangat gembira kerana dapat makanan kueh-mueh istimewa. Sepupu emak yang aku panggil Pak Uneng (muda dari aku 4 tahun)sejak dari awal lagi telah buat 'booking' dulang yang berisi kueh yang disediakan oleh ruamh kami ataupun yang disediakan dari rumah Tok Cik Dah. Ini adalah kerana dia telah sedia maklum hidangan dari kedua rumah ini adalah yang istemewa. Kami orang-orang perempuan kadangkala pergi juga ke surau untuk berjemaah dan pada malam Jumaat suasana di surau amat meriah dengan lampu-lampu 'goslin' yang dipasang mencerahkan halaman surau dan halaman rumah Tok guru. Kami kanak-kanak akan bermain-mainan di halaman dan kawasan surau sebelum dan setelah selesai solat. Kawan baik ku pada masa itu ialah Mak Tam, Mak long Nur, Pak Anjang, (semua sepupu emak) Noraini dan Miyah. Bila aku tekenang zaman itu terasalah amat indah dan juga sedih kerana tidak ada lagi suasan sebegitu sekarang ini, maka sedarlah aku zaman itu telah berlalu!

9 comments:

  1. kalau ingat zaman dulu2 memang syokkan makteh,,,

    ReplyDelete
  2. I also missed my childhood day and I sempat rasa lamou gasolin tu and I love to watch my Tok Che' (my maternal grandpa) lit up the lampu gasolin!!!!

    I love to stay at my maternal grandparents more than my paternal ones because both of them are very loving and sincere..dulu-dulu kat kampung pulak sejuuuuuuk sangat, tak payah air-condition! ahhhhhhh...what a bliss!

    ReplyDelete
  3. mak lang, ye memang syok ingat kisah lama zaman kanak-kanak dulu!

    OO, budak-budak tahu sekiranya layanan orang dewasa padanya ikhlas atau tidak. Fikir zaman kanak-kanak kita ada orang tua yang kita sayang sangat hingga sekarang. Betul tak?

    ReplyDelete
  4. Seronoknya pengalaman malam jumaat yang pernah you lalui... indahnya masa lampau , selalunya apa juadah yang dihidangkan dalam dulang malam jumaat tu .... yummy !!

    ReplyDelete
  5. terkenang semasa dulu...
    hatiku menjadi sayu...


    masa umur abi 4 thn, kami pindah rumah baru. rumah sendiri yg ayah dirikan. sebelum tu menyewa. masa pindah masuk elektrik belum dapat lagi. jadi menjelang maghrib saja, ayah akan nyalakan lampu gasolin. yang kena pam dulu baru menyala.

    seronok sangat masa tu tengok. kagum pun ada. 'mentol' lampu tu mengembang dan mengeluarkan cahaya. berdesir bunyi ayah mengepam lampu. masih ingat lagi capnya. cap rama-rama. :)

    *panjang la pulak.

    ReplyDelete
  6. you are right mak teh, orang kata kanak2 memang boleh rasa orang tua yang layan kita tu ikhlas ke tidak..and my tok che' dah lama tak ada since i was 10 but my maternal grandma masih ada; and if she wants to give something for me, she'll keep it until i balik kampung and get it from her - selalunya brg2 kering eg: asam keping yang orang kampung buat sendiri..walaupun brg yg dia bagi tu tak seberapa but the thoughts that she keeps for me makes me terharu..

    ReplyDelete
  7. Loveujordan, memang seronok pada masa tu terutama kanak-kanak. Dulang yang ditutupi tudung saji berwarna-warni itu, berisi juadah seperti pulut udang, kueh badak, pulut sekaya (serimuka), badak berendam, lepat pisang, tepung bungkus, buah melaka, benkang ubi (bingka), tepung talam (pelbagai kueh talam) dan lepat liat (orang Kedah je tau kueh ni). Ada juda dulang yang berisi pisang goreng atau ubi goreng sahaja. Oleh itu Pak uneng akan 'peeped' under the tudung between the two dulangs which contents he preffered and booked that dulang. (Pak uneng anak Tok Guru, so very active in 'surau activities' from when he was little child!) The Tok Guru was my grand uncle.

    ReplyDelete
  8. abi, saya masih ingat bau minyak 'spirit' yang digunakan untuk nyalakan sumbu lampu 'goslin' itu. (kami sebut lampu goslin je). Bila pasang lampu tu rumah cerah macam rumah orang kayalah! Di kampung masa tu kalau miskin guna lampu pelita. Kami pun tak kaya mana hanya ada 2 lampu goslin di anjung dan dirumah ibu. Lingkungan saya umur 10 tahun sudah ada bekalan letrik.

    ReplyDelete
  9. OO,sebenarnya pemberian yang ikhlas kita hargai walaupun nilainya tak seberapa bak kata orang putih, 'It's the thought that matters!'

    ReplyDelete