Assalamualaikum! Esok 10 Muharram, kami dan semua warga MTAQSA akan berpuasa sunat. Ganjaran berpuasa sunat 10 Muharram adalah sangat besar. Pelajar-pelajar kami dilatih berpuasa sunat sejak di tahun pertama lagi. Banyak lagi perkara-perkara sunat yang mereka diajar mengamalkannya. Anak-anak yang masih bersih jiwa dam menghafal Al Quran setiap hari ( tidak kurang 5 jam sehari mereka mendampingi ayat-ayat suci), mereka ini amat dikasihi Allah, doa mereka makhbul. Oleh kerana itu, jemputan dan permintaan untuk mereka mebaca doa, membuat solat hajat, membaca Yassin dan tahlil amatlah banyak. Sehingga Pak Haji terpaksa menolak beberapa permintaan yang kurang sesuai. Setakat ini sahaja mereka telah pergi ke 3 majlis jemputan seumpama itu.
Kami telah mendapat tahu bahawa ibu bapa pelajar-pelajar kami, mengikuti perkembangan anak-anak mereka di sekolah ini, turut melakukan apa-apa saja ibadah sunat yang anak-anak mereka lakukan. Bila mendapat tahu akan hal sebegini kami merasa sangat bahagia dapat melatih pelajar-pelajar dan diikuti oleh ibubapa mereka sekali.
Ada seorang ibu menelefon saya berkata, "Mak Aji saya sangat gembira sejak anak berada di MTAQSA. Saya bangun solat tahjud kerana malu kepada anak yang bangun disekolah melakukan solat tahjud. Dulu saya tak mahu hantar anak ke MTAQSA kerana, saya sedih dan tidak mahu berpisah dengan anak tunggal saya tu. Tetapi sekarang tidak ada persaan begitu lagi. Tolong beritahu anak, saya bahagia sekarang tak sedih lagi. Saya tak apa-apa (tak susah hati) dirumah, saya ok."
Seorang lagi ibu menghantar SMS kepada saya, tertera begini: Sejuk hati saya melihat anak-anak di MTAQSA, Terima kasih kerana memberi peluang anak saya belajar disana.
Ada lagi seorang sepasang ibu bapa yang datang dari jauh semata-mata hendak menunauikan solat subuh Jumaaat (sujud sajaddah) bersama-sama anak mereka di Masjid Negeri.
Perkara-perkara yang beginilah yang menguatkan semangat kami beria-ia membina MTAQSA.
Selamat menyambut 10 Muharram dengan berpuasa sunat. Janganlah kita menyambut 10 Muharram dengan hanya membuat bubur asyura sahaja.
Note: Bubur asyura Mak saya memang sedap!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Mak Teh,
ReplyDeleteThis is a good reminder. I am hoping esok boleh lah puasa. Baguslah anak2 dilatih sedemikian rupa dan parents turut "berjangkit" sama.
Banyak hikmah rupanya menghantar anak2 ke sekolah2 begini. I still remember one incident. Masa tu, my sister was in secondary school in Ma'ahad Muhammadi KB and of course she was preached to lots of things, antaranya menjaga aurat.
At that time, in late 80s, tak ramai wanita yang menjaga aurat mereka dgn sempurna, our mom was included, pakai tudung tapi masa nak jalan jer, bila jemur kain kat luar rumah or bila ada tetamu datang,or time orang jual ikan keluar rumah, aurat tak jaga. Then, one day my sister secara berhikmah pointed out this thing to her. Since then, Alhamdulillah ditambah jugak Allah bukakan pintu hati untuk menambah ilmu...so it becomes better.
There are too many incidents in my life which, when I think of it now it is indeed the best for us even though at that time it is something very hard to accept. I digress a bit here..
Yang penting, di doakan Mak Teh and Pak Haji dapat meneruskan usaha-usaha murni supaya lebih ramai lagi generasi2 muda nanti kebal imannya dalam menempuh dunia yang semakin huru-hara.
OO, Terima Kasih mendoakan mak teh dan pak haji. Kadang-kadang mak teh ras teringin nak pergi beri talk kapada ibu-ibu muda seperti OO, nak menerangkan betapa mustahaknya dizaman ini kita kena beri pelajaran agama yang mantap kepada anak-anak kita. Lihatlah keadaan dunia sekarang amat menggerunkan!
ReplyDelete