Friday, 6 June 2008

Menempuh Zaman Payah

Assalamualaikum! Sekarang kita sedang menempuh zaman payah didalam Negara yang agak mewah. Sepatutnya kita tidak susah sangat kerana negara kita sebuah negara yang mewah. Allah Maha Pemurah, Dia kurniakan bumi kita sumber tenaga iaitu petroleum. Sumber yang keluar dari bumi sesebuah negara itu adalah untuk rakyaatnya. Maka kitapun sedutlah pemberian Allah itu tetapi yang kaya ialah sebuah Syarikat kepunyaan Negara kita. Kemudian harga petrol dunia di pengaruhi oleh pasaran Antarabangsa.Di peringkat antarabangsa penyangak-penyangak telah beli kaut semua komoditi ini menyebabkan harga petroleum melonjak tinggi. Mereka telah menyebabkan keaadaan kekurangan petroleum yang " false " ia itu bukan sebenarnya. Kita masih mampu beri pada rakyat kita petrol dengan harga yang murah tetapi kita nak samakan dengan harga dunia . Oleh itu Kerajaan menarik balik subsidi harga petrol yang diberi kepada rakyat. Maka jadilah keadaan sekarang diman harga petrol kita naik ke rm 2.70 seliter.

Pak haji telah memberi contoh untuk menerangkan apa maksud subsidi harga petrol yang di beri oleh kerajaan, supaya orang biasa faham. Pak haji ada ladang durian. Dia jual pada kaum keluarga dia dengan harga rendah tidak sama dengan harga yang dipasarkan kepada orang luar. Kemudian harga durian naik tinggi berlipat ganda, Pak haji terpaksa juga jual duriaduriannya kepada keluarga, tetapi tidak sanggup melepaskan keuntungan sekiranya dia jual pada orang lain. Jadi Pak haji kata pada anak-buah dia bahawa dia tak mahu subsidise lagi harga durian yang mereka beli iaitu RM 2 sebiji sebab kalau jual kepada orang lain dapat RM 10 sebiji. Dia tidak sanggup mengalami ( kerugian ?) itu. Jadi Pak Haji naikkan harga dari RM 2 kepada RM 8. So sekarang kalau kalau anak buah bising dia akan berkata, " Awak masih untung dapat beli dengan haraga RM 8 jika awak bandingkan dengan jiran awak dia membeli durian dengan harga rm 10."

Itulah contoh yang senang untuk anda fahamkan. Apabila harga petrol naik maka harga barang-barang lain tentunya akan ikut sekali. Oleh itu bersedialah kita rakyat jelata akan mengalami zaman kepayahan! Apakah yang harus anda lakukan?

Renungilah sejarah Tamaddun yang lalu. Kenapa Incas civilisation Hancur? Kenapa Mayans civilasation leyap dari muka bumi ini? Kenapa Angkor Watt di tinggal sepi? Semua ada sebabnya, apabila kebajikan rakyat di abaikan, maka lenyaplah sesebuah ketamadunan itu. Di manakah anak-cucu kita 100 tahun lagi ? Masih akan berkumandangkah lagu Negaraku?

5 comments:

  1. Memang speechless la Mak Teh, ..Selain exercising cost-saving measures, kami kena banyak-banyak do'a because in the end The Provider is none other than Allah 'Azzawajalla.

    ReplyDelete
  2. bila minyak naik, semua barang lain akan naik. betul la kata makteh... mereka tak sanggup melepaskan keuntungan walaupun demi untuk orang sendiri. walhal mereka tu pemimpin, yang dipilih rakyat, diberi kepercayaan.. tapi tak ubah macam haruan makan anak sendiri kan..
    semoga Allah makbulkan doa2 orang2 yang yang teraniaya akibat daripada keputusan yang mereka buat...

    ReplyDelete
  3. perkara macam ni buat I nak 'lari' ke negara lain , tapi setakat ni terpaksa juga duduk bawah kerajaan zakim ni :(

    ReplyDelete
  4. OO, Neeza and Sarina, Maaflah mak tehpun dah tak tahu nak komen lagi hal ini. Perjuangan kami jadi 2 kali lebih susah dan amat mencabar! Semoga Allah SWT pelihara kita semua dan memberi kepada kita taufiq dan hidayah serta kita mendapat kekuatan iman serta taqwa. Ameen!

    ReplyDelete
  5. Memng betul Mak Teh..saya setuju dengan idea yang ditulis..tapi apakan daya, suara rakyat seperti diperkotak katikkan. Yang boleh kita buat sekarang ni hanyalah berdoa agar keadaan menjadi baik semula disamping berusaha untuk mempertingkatkan taraf hidup.Saya tak nampak jalan yang lain...

    ReplyDelete