Friday, 1 August 2008

Yang Kurik itu Kundi, Yang Merah itu Saga

Pernahkah anda mendengar serangkap pantun lama ini yang berbunyi:

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Ini adalah sebuah pantun lama mengenai budibahasa. Walaupun nampak mudah dan ringkas ia mempunyai maksud yang luas dan mendalam. Sebagai orang lama mak teh ingin memberitahu sedikit sebanyak mengenai adab sopan dan budibahasa dalam budaya masyarakat Melayu. Di zaman sekarang, ramai anak-anak muda kurang arif tentang perkara ini. Mak teh tidak menyalahkan mereka kerana tidak ada pihak yang mengajar dan mendidik mereka tentang perkara ini. Mak teh dahulu telah dididik oleh nenek dan orang tua-tua di dalam masyarakat kami. Diantara perkara-perkara penting adalah seperti berikut:

1) Hendaklah tegur sapa dan bersalaman dengan saudara-mara atau tetamu yang datang kerumah kita ataupun orang yang kita kenali apabila bertemu.

2) Apabila bersalaman dengan orang yang lebih tua dari kita ( yang perlu kita hormati ) hendaklah mencium tangannya atau membongkokkan badan dam menundukkan kepala tanda hormat.

3) Janganlah berpakaian tidak sopan seperti memakai housecoat, baju tidur sahaja apabila tetamu datang bertandang.

4) Jangan mengeluarkan atau menggunakan penyapu apabila ada tetamu. Menggunakan penyapu dihadapan tetamu adalah tidak sopan dan pantang besar dalam budaya Melayu. Adalah di anggap sial jika terkena penyapu yang seseorang sedang menggunakanya.

5) Apabila membersihkan tangan janganlah renjis airnya hingga terkena orang lain.
Hendaklah menggunakan tuala tangan untuk mengeringkannya.

6) Jangan menggunakan kaki apabila menunjukkan sesuatu kepada seseorang. Anak-anak kita apabila bermain jangan dibiarkan menggunakan kaki ( sepak tendang )

7) Janganlah menggunakkan bahasa kasar atau kesat apabila bercakap. Ini adalah di anggap biadab.

9) Pantang lalu dibelakang seseorang di anggap tidak sopan tanpa minta izin terlebih dahulu ( bagi orang Kedah )

10) Jika melintas di hadapan seseorang dalam rumah atau majlis, hendaklah membongkokkan badan sambil tangan kanan di hulurkan kebawah menunnjukkan laluan.

11) Jangan meludah jika ada orang sedang lalu. Di anggap menghina seseorang
sekiranya kita meludah dihadapannya.

12) Jika duduk dihadapan orang janganlah duduk yang kaki terkangkang atau duduk bersila panggung iaitu kaki bersilang diatas kaki. Kita juga tidak boleh menggedikkan atau menggoyangkan kaki. Cara begini di anggap tidak sopan.

13) Apabila berjalan di pekan atau di bandar sewaktu hujan atau ada jalan berlopak air jangalah menarik kain hingga ke lutut menampakkan kaki dan betis. Kelihatan sangat tidak manis dan sekali gus menampakkan anda datang dari kampung atau pendalaman atau dari kawasan banjir.

14) Apabila tetamu datang berkunjung hendaklah kita menghidangkan makanan dan minuman sesuai mengikut keadaan dan masa.

15) Apabila tetamu hendak pulang, seeloknya berikan sedikit hadiah atau makanan terutama tetamu atau saudara-mara yang datang dari jauh dan jarang datang kerumah kita.

16) Kalau kita berkunjung ke rumah saudara-mara atau sahabat handai eloklah bawa sedikit buah tangan sesuai dengan keadaannya. Sesekali hulurkan sedikit wang kepada orang tua ( emak saudara, neneksaudara ) atau anak-anak buah kita.

17) Ucaplah terima kasih apabila menerima sesuatu pemberian atau pertolongan dari seseorang.

18) Memberi senyuman kepada sesama kita walaupun kita tidak kenal adalah budaya orang Melayu terutama bagi masyarakat di Kedah.

19) Tolong menolong apabila kapada orang dalam kesusahan atau yang memerlukannya adalah budaya masyarakat kita.

20) Janganlah bersuara dengan kuat apabila bercakap kuat apabila menggunakan telefon di khalayak ramai.

Semoga anak-anak dan anak buah mak teh dapat mempelajari dari apa yang mak teh catatkan di sini. Kalau ada respond nanti mak teh akan tambah lagi.

6 comments:

  1. salam sejahtera.
    memang benar,zaman sekarang ibu bapa kurang bijak mendidik anak.
    macam di tempat saya,anak umur 5,6thn dah pandai cakap b..i(khinzir)pada kawan.pertakataan 'woi bodoh'dah jadi ganti nama,bila panggil orang lain.bila tengok hindustan(agaknya lah kot)anak(5,6,7 sampai 12 thn)dibiarkan main diluar rumah.lebih rela biarkan anak-anak main diluar rumah,asalkan sibu tidak di ganggu.

    ReplyDelete
  2. Akan pupuskah satu hari nanti ?

    ReplyDelete
  3. kenapa ya agaknya Makteh budaya tu semakin dilupakan?
    salah siapa sebenarnya?
    zaman dah berubah ke?

    ReplyDelete
  4. ludang paku, diharap anak buah mak teh pandailah mendidik anak-anak.

    Zaman mak teh kecil dahulu kalau terdengar anak-anak cakap bahasa kesat atau kotor akan di marahi oleh orang tua-tua dengan ugutan akan dicilikan dengan cili padi mulut budak berkenaan!

    ReplyDelete
  5. abang long, ianya tidak akan pupus kalau kita masih pandai mengajarkan kepada anak-anak kita.

    ReplyDelete
  6. Neeza, kitalah sebagai orang dewasa perlu menerapkan budaya yang baik itu kepada anak-anak kita.

    ReplyDelete