Friday, 7 November 2008

Kelamkabut

Assalamualaikum!

Telah sekian lama mak teh tidak menjenguk blog. Ini adalah kerana mak teh amat kesuntukan masa dan juga ada masaalah dengan streamyx. Hari ini ada sedikit masa lapang dapatlah mak teh menjenguk kawan dan membuat posting ini.

Berita baik dari kami ialah Pak haji telah seminggu berada di rumah sejak keluar dari IJN hari khamis lalu. Keadaan Pak haji beransur pulih, sudah boleh makan, berjalan dan ke tandas sendiri. Dia juga sudah bolih bangun dan tidur sendiri. Sebelum ini mak teh atau anak-anak terpaksa membaringkan dan mendudukkannya di atas katil. Luka-luka pembedahan Pak haji di kaki dan di dada nampak mula sembuh. Alhamdulillah ! Pak haji tidak lagi mengadu sakit kepala, cuma pergerakannya masih lemah dan aku tidak boleh membincangkan perkara-perkara berat dengannya. Maka terpaksalah aku memikirkan dan melakukan sendiri banyak perkara.

Anak-anak tahfiz sibuk menyediakan diri untuk peperiksaan akhir tahun. Tiap waktu lapang mereka di hantar ke perpustakaan untuk mntuk mencari maklumat atau mengulang pelajaran masing-masing. Peperiksaan mereka akan bermula pada hari Isnin ini 10hb November dan akan berakhir pada 26 hb November. Mereka akan pulang bercuti pada hujung bulan ini.

Persiapan untuk kenduri perkahwinan amal sedang berjalan walaupun kami dalam keadaan kelamkabut sedikit. Aku sentiasa berdoa agar kenduri itu berjalan dengan lancar, sederhana dan memuaskan hati. Semua anak-anak tahfiz dan ibubapa mereka kami jemput untuk kenduri ini, namun kad jemputan hanya akan di beri kepada mereka yang mengesahkan akan hadir.Kad untuk semua telah di lekatkan di papan kenyataan di asrama lelaki dan perempuan. ( Nak jimatkan kad. Hehe! )

Lagi sekali mak teh ucapkan kepada semua rakan dan kenalan bloggers yang telah sama-sama mendoakan kesihatan pak haji dan kesejahteraan keluarga kami. Allah SWT sahaja yang akan membalas kebaikan anda!

8 comments:

  1. alhamdulillah...semoga kesihatan Makteh sekeluarga terpelihara..

    ReplyDelete
  2. Salam mak teh,

    Harap makteh juga jaga kesihatan makteh , InsyaAllah kami doakan agar Pak Haji sembuh segera dan persiapan majlis kawin berjalan lancar.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    boleh dibayangkan kalutnya. Semua nak cekau.
    Semuga makteh di beri kekuatan dan kesihatan yang baik untuk melaksanakan semua yang direncana

    ReplyDelete
  4. Mr Janggel Trekker, terima kasih!

    ReplyDelete
  5. Salam Sarina! Betultu mak tehpun kena jaga kesihatan mak teh tambahan pula mak teh ni ada BP.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam Cik milah! Alhamdulillah setakat ni mak teh ok lagi. Mak teh berdoa semoga diberi kesihatan dan kesabaran yang tinggi oleh Allah SWT.

    Terima kasih diatas keperihatinan dan doa cik milah.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. pak haji dah sembuh sepenuhnya...
    kalau tidak susah jugak kan makteh.. nanti nak buat kenduri lagi..

    semoga kenduri nanti berjalan lancar.. Insyaallah...

    ReplyDelete