Thursday, 4 December 2008

Maaf ! Lama Tak Blog

Assalamualaikum! Sudah agak lama mak teh tak blog. Terlalu banyak perkara yang harus dilakukan, terlalu banyak hal yang hendak di fikirkan. Anyway petang rasalah ada mood sikit nak ber blogging. Walaupun anda tak nampak kelibat mak teh dalam blogging world, mak teh sentiasa ditemani oleh member bloggers melalui SMS.

Berita dari mak teh ialah pak haji sudah bertambah sihat dan kuat, Alhamdulillah! Esok pertamakali dia akan ke IJN setelah keluar hospital itu selepas operation. Bekas luka didadanya yang di bedah hanya kelihatan satu line yang bersih dan cantik tidak ada bonjol-bonjol. Bekas jahitan di kakipun kelihatan lukanya sudah sembuh. Namun parut panjang di kaki kirinya ada sedikit gelembung.

Majlis perkahwinan atau menyambut menantu bagi pihak mak teh akan berlangsung tidak lama lagi. Kesibukan agak terasa tetapi kebanyakan perkara yang perlu di uruskan telahpun dibuat. Ada beberapa perkara lagi yang aku perlu lakukan. Pertama baju mak pengantin belum siap, baru nak hantarkan kain ke tailor. Kedua bunga coklat yang akan menggantikan bunga telur belum di bungkus. Ketiga aku nak masak sendiri acar buah utara untuk hidangan di majlis nanti, esok baru nak carikan bahan-bahannya. Ada satu jenis lagi lauk yang akan di hidangkan bukan dari caterer. Mula aku cadang nak masakannya, tetapi kemudian jiran-jiran pula offer nak bantu tolong masakkan. Alhamdulillah kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan! Hehehe, untung juga ada jiran yang baik hati.

Sekolah kami telah mula bercuti pada 1 Disember. Itulah sebabnya mak teh, pak haji dan tenaga pekerja kami dapat berehat sedikit. Sekolah kami akan buka semula pada 1 Januari 2009 untuk pendaftaran pelajar-pelajar baru. Dalam pada itu sejak kebelakangan ini Pak haji dan aku tak putus-putus menjawab panggilan telefon dari mereka-mereka yang berminat akan memohon untuk masukkan anak-anak mereka ke sekolah kami. Kami menetapkan hari Sabtu dan Ahad untuk interview pemohon dan ibubapa mereka. Kami amat bersyukur kerana ramai diantara pemohon-pemohon dari kalangan yang mendapat 4A dan 5A UPSR. Namun kami juga bersetuju menemu duga pemohon-pemohon yang amat berminat untuk menghafal dan mempelajari ilmu al-quran walaupun keputusan mereka hanya 3A, 2B atau 2A, 3B. Kami juga akan menemuduga pemohon-pemohon yang ada C English sekiranya mereka datang dari sekolah luar bandar dan memenohi criteria yang lain.

Sekian dahulu, selamat bercuti mak teh ucapkan kepada yang sedang bercuti dan Selamat Hari Raya Haji kepada semua muslimin dan muslimat.

4 comments:

  1. Memang lama pun Mak Teh senyap dari dunia maya ni.. ingatkan Mak Teh merajuk hehee..

    tapi tahu, Mak Teh sudah semestinya busy especially tak lama lagi nak terima menantu kan..

    baju tak siap lagi? sempat ke tuh nak buat.. takpe, kalau tailor biasa, 2 3 hari pun dia akan buat kan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...selamat kembali Mak Teh!

    ReplyDelete
  3. salam,

    Semoga segala persiapan menyambut menantu berjalan lancar. Begitu juga dengan pemilihan pelajar baru sekolah makteh. Sampaikan salam saya pada Alia .

    ReplyDelete
  4. salam mak teh macam mana kenduri?sure meriah kan?

    Mak Teh, ade tak contact no ustaz ajar mengaji yg boleh dtg ke rumah?

    ReplyDelete