Assalamualaikum!
Alhamdulillah hari ini ada masa boleh berblogging! Kebanyakkan urusan sekolah telah mula berjalan dengan lancar. Jadi adalah sedikitmasa sebelah petang begini mak teh mengadap computer.
Tugas mak teh sekarang masih seperti tahun lepas cuma ada perkara yang bertambah dan ada yang ringan sebab ada orang membantu. Tahun ini mak teh mengajar Ting 1, 2 & 3 BI & BM. Hasrat mak teh hanya nak mengajar BI namun kerana tidak dapat guru untuk BM terpaksalah mak teh terus mengajar BM. Perkara yang rasa di ringankan ialah hal pentadbiran dan perkeranian. Dalam perkara itu mak teh di bantu oleh cik gu Wani dan ustazah Nadia. Kemasukkan Zed sebagai kakitangan sepenuh masa amat membantu kami. Tahun lepas Zed telah menolong secara part-time.
Perasaan bersyukur dan seronok dapat mak teh dan Pak haji merasainya ( lebih lagi di tahun ini ) kerana disamping melihat anak-anak tahfiz di sekolah menengah kami begitu tekun menghafaz Al-quran hati kami bertambah kembang melihat si cilik ( darjah 1 & 2, belajar membaca al-quran gan menghafalnya sekali. Mahu rasanya mak teh memanggil ( melaung-laung kepada ibibapa ) mengajak ramai lagi anak-anak kecil supaya masuk ke sekolah rendah tahfiz kami. Namun apakan daya bukan semua orang faham dan suka menyekolahkan anak-anak mereka ke jalan ini.
Walaupun sekolah kami belum ada bangunan yang tersergam indah, walaupun kami ada banyak kekurangan infra-struktur, perisian program sekolah kami amatlah canggih. Ramai orang yang faham apa yang kami sedang lakukan menyatakan kekaguman metreka terhadap program sekolah ini. ( bunyi macam mengangkat diri tetapi adalah benar )
Mak teh terpaksa berhenti kerana azan dah berkumandang!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Kalau Makteh boleh bukak sekolah macam tu kat sini, Neeza orang pertama register..
ReplyDeleteanak Neeza dulu sekolah Al-Irsyad di Kuantan. Memang neeza suka sekolah tu..
Di sini takde sekolah macam tu..
Salam,
ReplyDeleteSeronok dapat baca blog makteh kembali dan makteh dan pak Haji sihat semua .
Memang seronok dapat lihat anak-anak kecil belajar Al Quran dan memang bukan mudah ibubapa nak melepaskan anak-anak kecil untuk belajar di situ , saya sendiri tak mampu berpisah dengan Mimi yang baru darjah 1 tapi syukur ada SRI Al Amin di sini yang dapat memberi pendidikan Islam buat anak-anak sekitar kemaman.
Alhamdulillah saya tumpang gembira makteh dapat guru2 yang komited bekerja di sekolah makteh.