Sunday, 28 June 2009

Lagi Seorang Pelajar Baru

Salam Semua!

Hari Ahad sebelah pagi hingga tengah hari adalah di antara waktu yang paling sibuk bagi mak teh. Seperti biasa pergi ke pasar, masak dan mengajar 2 period untuk BM Ting 1 dan Ting 3. Kadang-kadang hingga tak sempat nak melayan kalau ada saudara-mara yang menjenguk kerumah.

Pagi ini kesibukan itu bertambah lagi dengan kunjungan 2 keluarga yang ingin memasukkan anak mereka ke sekolah kami. Jadi di celah-celah kesibukan itu sempat juga menginterview seorang pelajar baru dan melayan pertanyaan keluarga yang datang jauh dari Perak yang berminat terhadap sekolah kami.

Setelah menjalankan interview dan test bacaan Al-Quran kepada pemohon itu serta sedikit sebanyak menyoal latarbelakang dan minat ibubapa, kami menerima masuk pelajar baru itu. Insya-Allah kami cuba sedaya upaya untuk menerima pemohon-pemohon yang betul-betul berminat dan berkelayakan.

Malangnya pemohon yang kedua kami tidak dapat menerima kerana mengikut umur dia sepatutnya sudah berada dalam Ting 4. Kami cuma dapat memberi nasihat kepada keluarga itu bagaimana untuk menyediakan anak-anak mereka yang masih di sekolah rendah agar dapat memohon masuk sekolah kami di masa hadapan.

Kisah pelajar-pelajar dari luar negara pula, perubahan perangai dan sikap mereka bertambah baik. Perkara ini mengembirakan kami dan ibubapa mereka. Mereka sudah mula dapat di terapkan mengikut acuan yang kami sediakan dan sudah faham budaya kita sedikit-sedikit. Mereka tidak lagi bercakap bersuara tinggi, sudah boleh berinteraksi dengan anak-anak Tahfiz kita dan sudah mahu memakan segala makanan yang di sediakan. Aku juga telah mengajar mereka maksud pepatah Inggeris " When in Rome do as the Romans do " dan peribahasa kita, " Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembek " Aku adakan kelas khas BM untuk mereka pada petang Jumaat apabila anak-anak Tahfiz pergi ke perpustakaan. Aku mulakan dengan buku-buku latihan BM bagi tahap 3. Alhamdulillah cepat mereka memahami asas-asa yang aku ajarkan membuatkan mereka sudah boleh mengeja dan menulis perkataan-perkataan yang aku sebutkan.

Berita untuk adik-adik di rumah, hari ini abang-abang dan kakak-kakak ada aktiviti berkawad. Nampaknya mereka sangat teruja dengan aktiviti berkawad dan suka mengenakan pakaian seragam kadet tahfiz yang menampakkan mereka smart, anggun dan bergaya. Lapuran dari Pak haji menceritakan bahawa semasa latihan kawad petang tadi ramai ibubapa dan orang luar yang datang melihat Kadet Tahfiz kita berkawad dan membuat formasi. Kata Pak haji lagi, " Mereka nampaknya kagum dan terpukau dengan kecantikan formasi kadet Tahfiz kita. I am proud of them " . Nanti adik-adik dan keluarga akan di jemput untuk menyaksikan Perbarisan Tamat Latihan pada awal bulan Ogos. Adik-adik bersedialah dengan kamera masing-masing ok ?

Menu makan malam hari ini ialah, ayam goreng bersalut tepung rangup, udang masak cili dan sayur kangkung. Minuman mereka ialah sirap oren. Esok abang-abang dan kakak-kakak akan berpuasa sunat hari Isnin. Bolehlah adik-adik ikut sama berpuasa kalau rasa terdaya.

Sekian dulu untuk hari ini dan lapuran seterusnya akan di sambung esok, Insya-Allah. Sebelum itu tidak lupa mak teh mengucapkan Jazakallahu khairan kepada semua penderma-penderma yang telah menyumbang kepada kami. Semoga Allah sentiasa memberkati usaha anda dan merahmati keluarga anda.

8 comments:

  1. Salam,

    Bukan mudah nak didik anak jadi seorang hafiz.

    Alhamdulillah pelajar2 asing tu dah mula dapat sesuaikan diri dengan persekitaran dan pembelajaran di sekoah makteh.

    ReplyDelete
  2. Sarina,

    Alhamdulillah! Mereka (pelajar-pelajar asing) sekarang sudah boleh dibentuk. Mereka sudah faham kesiriusan pembelajaran di sekolah kami. Kami tekankan kepada mereka pelajaran Al-Quran, hafazan dan all the religious sunjects. Selain dari Al-Quran mereka tidak pernah belajar perkara-perkara tersebut sebelum ini.

    ReplyDelete
  3. Salam...Alamak! Kak Long termissed kawad petang tadi dok asyik goreng pisang and keropok lekor. Insyaallah, minggu depan adakan?

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Long,

    Tiap-tiap minggu hari Ahad jam 5.00 petang ada latihan kawad melainkan kalau cuaca tidak membenarkan. Ya, kak Long boleh datang minggu depan. Petang tadi keluarga best friend Kak Longpun ada.

    ReplyDelete
  5. KKK,

    Salam dan selamat datang ke blog mak teh. Ameen dan Terima Kasih!

    ReplyDelete
  6. Masni Qisrine,

    Terima Kasih di atas ucapan anda yang sangatku hargai!

    ReplyDelete