Assalamualaikum !
Anak-anak Tahfiz tenang menjalakan peperiksaan mereka setiap hari. Tiap kali mereka pulang dari sekolah aku akan bertanya, " Macam mana, boleh buat ? "
Sambil tersenyum mereka menjawab, " Boleh ! ". Itu jawapan anak-anak Tahfiz perempuan.
Anak-anak Tahfiz lelaki aku belum bertanya. Aku mendoa dan mengharapkan mereka juga boleh menjawab soalan-soalan perperiksaan mereka. Melainkan beberapa orang, kebanyakkan anak-anak Tahfiz lelaki tidak "pulun " atau bersungguh-sungguh menghadapi peperiksaan. Aku perhatikan perkara ini sejak dahulu. Kematangan anak-anak Tahfiz perempuan dan kesungguhan mereka menuntut ilmu berbanding dengan anak-anak Tahfiz lelaki amat ketara. Begitu juga dalam usaha kami membentuk perwatakan mereka. Pendek kata anak-anak Tahfiz perempuan lebih mudah di didik dan di bentuk.
Malangnya, bagi orang-orang kita mereka lebih suka menghantar anak-anak lelaki ke sekolah Tahfiz berbanding anak-anak perempuan. Persepsi mereka, adalah anak lelaki perlu menjadi imam sedangkan anak perempuan tidak akan memainkan peranan besar sebagai ketua keluarga atau masyarakat. Ini adalah satu persepsi yang salah. Sekiranya kita mendidik seorang anak lelaki maka kita mendidik dia seorang, tetepi sekiranya kita mendidik seorang anak perempuan, maka kita mendidik sebuah keluarga kerana anak perempuan itu akan menjadi ibu yang akan mendidik keluarganya !
Lihatlah keadaan masyarakat kita sekarang ini. Masaalah sosial yang kita hadapi amat membimbangkan. Sebagai ibubapa kita bertanggung-jawab mendidik anak-anak kita. Bertanyalah kepada diri sendiri, adakah kita telah berbuat atau berusaha tahap maksima dalam peranan kita untuk mendidik anak-anak sebagai ibubapa ? Mahukah kita menyesal 10, 20 tahun nanti. Maka pada waktu itu sudah amat terlambat.
Ini ada satu kisah benar: Seorang wanita mengunjungi kami sewaktu anak-anak Tahfiz sedang menghafaz Al-Quran dalam surau sekolah. Dia berbual dengan beberapa orang anak-anak itu sambil membelek-belek buku tulisan tangan ayat-ayat al-Quran anak-anak tersebut. Kemudian kelihatan dia menangis.
Mak teh bertanya, " Kenapa puan menangis ? "
Dia menjawab sambil mengesat air matanya, " Saya sudah tua, terlalu lewat untuk belajar menghafaz, apalagi untuk menulis al-Quran seperti anak-anak ini. Anak-anak saya juga semua sudah dewasa, tidak ada lagi yang saya boleh hantar ke sekolah ini. Saya amat sedih, saya berasa saya adalah seorang yang amat rugi! "
" Puan belum terlambat lagi. Puan boleh mula belajar menghafaz ayat-ayat lazim dan di masa lapang boleh menulis ayat-ayat suci itu sedikit demi sedikit."
Mendengar itu wajahnya kelihatan cerah, " Bolehkah ? Bolehkah Mak aji bantu saya? "
Susahlah untukku menjawabnya. Aku cuma tersenyum. Terkenang juga pepatah kita " Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu daleh ". Atau di sebaliknya kalau kita tidak mahu melakukan sesuat ada pepatah Inggeris berbunyi, " Any excuse is a good excuse! "
Wassalam !
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
setuju dgn MakTeh 100%.
ReplyDeleteselagi hidup selagi itulah kita boleh belajar.
Tapi kalau bermula dari awal lebih baik bukan?
Salam mamalisa,
ReplyDeleteSebab itulah kami membuka sekolah rendah Tahfiz. Kami dah sedar betapa perlunya kita melentur buluh dati rebungnya !
Bawalah Lisa menziarahi kami. Terima Kasih !
Hajat dihati tu ada, selalu terkenangkan MakTeh..tapi selalu x kesampaian..InsyaAllah raya Aidiladha boleh ziarah MakTeh ker? :=)
ReplyDeleteMakTeh, petua utk anak dah,ade x petua nak melentur/lembutkan hati suami supaya lebih berminat ke arah ini? hehehe..