Assalamualaikum! Sudah lebih setahun mak teh tidak masuk ke alam maya ini. Kenapa lama mak teh menyepikan diri? Pertama faktor kesihatan, kedua kesibukan yang setiap hari mengurus perjalanan maahad tahfiz.
Hari ini tiba-tiba tergerak untuk muncul semula. Kerana rindu untuk menulis dan mencatatkan sesuatu. Terngiang-ngiang suara sms sahabat handai dan sanak saudara yang bertanyakan kenapa mak teh menghilang diri, terutama sms dari Pak Uneng.
Berita utama yang ingin aku sampaikan ialah kisah anak-anakku yang pulang dari Mesir kerana pergolakan disana akan terbang semula ke Mesir pada 20 mac ini. Alhamdulillah, mereka di taja oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan. Kalau tak tentu aku terpaksa korek lebih dalam poket sendiri.
Perkara kedua nak kongsi cerita ialah, cucuku Mohammad Ammar sudah berumur 1 tahun 2 bulan. Dia berbadan besar dan berwajah comel. Perkara ketiga, anakku Jat telah mendirikan rumahtangga dan mungkin cucuku yang ke2 on the way! Alhamdulillah!
sekian, dulu berita-berita utama, kita berihat seketika, Insyaallah esok bertemu semula. Wasallam!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Assalamualaikum Makteh,
ReplyDeleteTahniah sebab kembali ke dunia Maya!
Salam Mr Janggel! Terima kasih menyambut mak teh datang ke sini. Memang mak tehpun teringat pada Mr Janggel. Tertanya-tanya dalam hati, " Adakah lagi Mr Janggel? Masihkah dia sudi membaca blog mak teh? "
ReplyDeleteMaka, taklah sunyi sangat kalau anda masih disni. Jumpa lagi, terima kasih.