Showing posts with label My Letters. Show all posts
Showing posts with label My Letters. Show all posts

Wednesday, 6 May 2009

Warkah Kepada Ibubapa Anak-anak Tahfiz Kami

Assalamualaikum !

Wahai ibu-ibu dan bapa-bapa kepada anak-anak Tahfiz kami, anak-anak anda sedang sibuk mempersiapkan diri untuk peperiksaan yang akan bermula minggu hadapan. Laporan dari Pak haji menyatakan betapa bergemanya suara mereka menghafaz al-Quran setiap selepas maghrib. Mereka akan menghafaz al-Quran sehingga jam 9.15 malam. Kemudian mereka akan melakukan solat Isya dan selepas itu mereka akan buat persediaan untuk pelajaran keesokan harinya ( Prep )

Apabila jam menunjukkan 10.30 malam Pak haji akan menyuruh mereka masuk tidur. Namun ada lagi beberapa orang yang masih membuat kerja-kerja sekolah hingga jam 11.00 malam. ( Lights out tepat jam 11.00 malam ). Selalunya anak-anak ini akan tidur nyenyak tidak sedarkan diri sehinggalah Pak haji kejutkan mereka jam 4.30 pagi ( untuk hari Jumaat ( nak siap untuk solat Subuh di Masjid Negeri )dan Isnin ( bersahur ). Pada hari lain Pak haji kejutkan mereka sebelum 5.00 pagi.

Di pagi hari setelah bangun mereka akan mandi dan bersiap untuk melakukan solat subuh. Sebelum azan berkumandang mereka akan melakukan solat-solat sunat malam seperti solat tahajjud, solat hajat, dan solat witir. Selesai solat sunat mereka terus menghafaz al-Quran dan seterusnya solat sunat fajar dan subuh. Selesai solat mereka membaca Surah Yassin.

Begitulah selepas setiap solat fardu mereka akan membaca surah-surah amalan tertentu. Selepas setiap kali membaca al-quran mereka akan menamatkannya dengan " Allahummarhamna bil Quran ........... " Maka tidaklah jemu-jemu mereka berbuat demikian sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Sebelum tidur mereka akan menghadiahkan segala bacaan mereka itu kepada ibubapa mereka dan kepada arwah-arwah tok nenek mereka yang telah meninggal dunia. Setiap kali lepas solat juga mereka akan mendoakan kesejahteraan ibubapa mereka.

Selain berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis ( tiada paksaan berpuasa sunat di hari Khamis ), mereka juga melakukan banyak solat-solat sunat termasuk solat sunat dhuha setiap pagi apabila selesai sesi mentasme' al-Quran sebelum masuk ke kelas untuk pelajaran agama dan akademik.

Beberapa bulan sahaja bersama kami mereka boleh melaungkan azan dan menjadi imam. Bagi yang sudah naik Ting 2 dan Ting 3 kebanyakkan mereka sudah boleh mengepalai majlis-majlis Tahlil. Maka hati ibubapa manakah yang tidak suka mengetahui anaknya sudah pandai hingga tahap ini? Maka hati manakah yang tidak rasa kasih sayang kepada anak-anak ini? Perut ibu manakah yang tidak akan sejuk melihat anak sebegini perlakuannya ?

Ketahuilah, ramai orang sayangkan mereka, ramai orang bersedekah untuk mereka, ramai orang nak beri makan mereka, ramai orang nak anak-anak Tahfiz ini mendoakan dan melakukan solat hajat untuk mereka. Ramai lagi nak menjemput mereka ke majlis-majlis. Sememangnya doa anak-anak yang sentiasa beribadah ini dan masih suci rohani mereka di makhbulkan Allah SWT. Sememangnya anak-anak ini di kasihi Allah SWT sehingga sangatlah murah rezeki mereka setiap hari. Namun demi pelajaran mereka Pak haji menapis segala undangan dan permintaan terhadap anak-anak ini. Kami hanya melayan jemputan dan permintaan yang sesuai sahaja.

Anda rindukan anak-anak anda? Mak teh dan Pak haji sangat faham kerana kami juga merupakan ibubapa yang telah menghantarkan anak-anak kami bersekolah asrama penuh. Relakanlah perpisahan ini demi untuk kebaikan anak-anak anda dan sudah tentunya limpahan rahmatNya akan terkena pada anda jua. Jangan fikir sekarang sahaja pandanglah masa hadapan, anda akan berbangga dengan pencapaian anak-anak anda. Insya-Allah. Sudah tentunya di saat ini juga anda sedang merasakan kebahgiaan kerana membawa anak-anak anda ke jalanNYA. Alhamdulillah, anda adalah ibubapa yang telah mendapat hidayahNYA!

Sekian, doalah kesejahteraan kami dan anak-anak Tahfiz kami dalam perjuangan ini. Perjuangan ini adalah perjuangan kita bersama. Semoga di makhbulkan Allah segala doa kita semua. Ameen!




Tiga Sahabat Gembira - Dalam Perjalanan Lawatan Ke Kuala Selangor




Siap Sedia Untuk Berbakti Kepada Negara

Saturday, 25 April 2009

Warkah Kepada Gadis-gadis Melayu Di Irbid Jordan

Salam Semua!

My entry today is meant especially for those young Malaysian ladies in Irbid Jordan, who are studying in Jordan University of Science and Technology ( J.U.S.T ).

Hello girls ! I am informing you that the SPM superscorer with 19 A1 and 1 A2 is coming your way. I hope you senior gilrs would not be too envious of her. Do take good care of her since she will be one of the new arrivals there soon.

Pagi tadi Mak teh terbaca dalam akhbar tempatan kisah Nik Nur Madihah telah memilih untuk belajar di sebuah universiti di Jordan lebih tepat di J.U.S.T. Pada pandangan Mak teh, bagus pilihannya tu tambahan pula dia ingin mempelajari bidang Physics Islam. Nasib baik dia tidak memilih untuk belajar di negara Baratkan? Rasanya sebuah negara Islam seperti Jordan lebih sesuai untuk anak gadis ini.

Khabarnya di Negara-negara Timur Tengah orang Arab sudah mengenali orang Melayu yang mempunyai sifat-sifat murni maka mereka beri gelaran " Insan yang Baik " dalam bahasa Arab " Khairul Insan ? " Jadi selepas ini nanti biarlah orang Arab akan mengenali kita orang Melayu sebagai " Insan yang Genius " pulak. Hehehe! Boleh ke??

Minta perhatian ! Harap janganlah kau orang cakap seperti ini kepada Mek Klate tu, " Mu Klate make buduh sebab tu ceredik ! "

Hehehe! Sebenarnya tak salahpun cakap begitu sebab orang Kelantan dan Trengganu terutama anak-anak nelayan makan banyak makanan berasaskan ikan. Kau orang bakal doktor tentu tahu bahawa pemakanan berasaskan ikan mengandungi banyak protein dan zat mineral sepeti Omega 3. ( mak teh hentam saja ni, tak tahu sangatpun ). Apapun tentu saja pemakanannya mengandungi bahan-bahan yang membuat sel-sel otaknya aktif, yang membuat neutron sel otak itu kerap berhubung sepeti bateri di charge sepenuhnya.

Maka mak teh teringatlah satu iklan susu, " Pembelajaran hanya berlaku apabila sel-sel otak berhubung.......... " So kau orang kat sana tu makanlah banyak pemakanan yang akan mengchargekan sel-sel otak. Mak teh tahu di Irbid tu takde banyak ikan. Makanan laut mahal. Mak teh ingat nak kargokan kepada kau orang belacan, budu, ikan bilis, cencalok, sardin dan sebagainya. Kalau mahu nanti mak teh kargokan segera.

Dah ada kemudahan nak terbangkan barangan Malaysia pada kau orang, janganlah pula nak minta, mee, laksa, koay teow, roti canai segera, murtabak segera, sambal belacan, kicap, chilli sos dan sebagainya. Masa kita buat kargo haritu ada orang minta mak teh kargokan roti canai segera !

Sekian dulu selamat makan dan berehat ! Maasalamah !





Pemandangan di Negara kita semasa kami dalam perjalanan ke Kuala Selangor





Sebahgian dari pelajar kami yang akan pergi menuntut di Jordan kelak. Yang cilik di hadapan itu ialah Ilai Ketua Pengawas Junior