Friday, 22 February 2008

Di Suatu Hari Yang Panas

Assalamualaikum! Amatlah panas rasanya semalam dan hari ini sehingga mak teh minta anak-anak tolong belikan cendol atau grape juice ataupun tolonglah buatkan air limau manis ais. Lepas tu bila buka blog OO nampak jelly yang cool tu rasa nak minta sikit. He, he, he. Di hari yang panas begini mak teh tak boleh tulis benda yang panas-panas,nanti naik lagi suhu badan Pak Haji. Kebelakangan ini Pak Haji sentiasa geleng-geleng kepala mengenai beberapa issue. Pak Haji suruh saya buat itu dan ini, tetapi saya tak ikut sangat sebab tak mau masuk campur dalam perkara-perkara yang saya tidak ada kuasa keatasnya. Hari yang mak teh ada kuasa nanti barulah mak teh boleh lakukan sesuatu. Tapi kadang-kadang pada hari itu tak de muka-muka yang mak teh suka, kalau satupun tak ada nak buat camne? He, he, he, nampanya kalau camtu kena jadi budak tadikalah pula.

Mak teh telah dibankan oleh anak-anak menulis perkara-perkara sensitive. Jangan salah faham bukan mengenai hal yang blog lain dok tulis tu sampai naik kemarahan setengahpihak sampai melompat-lompat. Mak teh tidak dibenarkan menulis mengenai majlis yang akan berlangsung nanti. Jadi terpaksalah mak teh diam dulu mengenai hal itu.

Hari Ahad ni ada orang dan beberapa orang lagi mungkin datang melawat sekolah mak teh. Ada yang nak lihat-lihat je dan ada yang nak tinjau-tinjau sebab mereka ak lakukan amal jariah. Kami dah suruh warga MTAQSA bersolat hajat agar dapat sebuah van atau bus didermakan oleh sesiapa yang baik hati. Insya-Allah sayup-sayup ada kedengaran bunyi enjin sebuah kenderaan. (Tak boleh cakap lagi tetapi semalam pak haji tersenyum-senyum kesyukuran... dia ada terdengar dari the horse's secretary's mouth.. berita gembira..Insya-Allah)

Ahad malam mak teh dan Pak haji akan bertolak ke Kelantan (kami suka jalan malam). Eh, eh, bukan pasal nak tolong tampal poster! Kami ada urusan mengenai sekolah kami, nak beli buku-buku agama, nak beli kopiah, tudung dan nak jumpa sahabat handai di Kelantan yang dah jadi macam saudara kami ( Keluarga kat sana tu nak bawa kami jumpa Tukang Emas Kelantan yang terkenal...kononnya dia tulah tukang emas Sul...Bru. He,he betul ke? Dah pernah tempah melalui mereka set butang baju melayu Pak Haji hadiah untuk Ally, memang cantik buatannya.

Lagi satu perkara, ada juga niat nak cari anak yatim ustaz yang meninggal kat TTDI tu sebab ada orang nak sponsor dia belajar di sekolah kami. Kalau boleh minta blogger friend kita silversarina beritahu keluarga itu akan niat murni ahli koprat ini. Di kelantan kami akan tinggal di 'Hotel kueh keladi' kat jalan Pengkalan Cepa tu. Ini hotel orang tapi dah jadi macam rumah sendiri sebab kami menghuninya sejak minggu pertama dia mula operasi hingga kini setiap kali kami ke Kelantan situ lah tempat kami berlabuh. Lainkali kalau tak ada tempat menginap bila di KB macam cerita blog silversarina tu gunalah booking kami. He, he, he.

6 comments:

  1. Wah, tak penat ke tu siangnya nak melayan tetamu kemudian nak bertolak pula ke Kelantan. Agaknya kedai tukang emas manalah yang Mak Teh nak pegi tu ya?

    Saya ni nama jer anak kelantan (normally orang kelantan suka benar brg kemas) tapi saya tak pernah beli emas kelantan; satu emas kuning bukan priority no .1 lepas tu duit semua habis beli buku hehehehe..agaknya bila dah lagi tambah usia nanti baru nak minat kot.

    Mudah2an berita baik tu jadi kenyataan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. OO, kalau mak teh pergi pun ke kedai emas itu bukan untuk mak teh tetapi untuk majlis yang akan dilangsungkan nanti. Mak teh pun jenis tak pakai emas sebab tak suka.

    ReplyDelete
  3. Ingatkan tak boleh tulis bab isu pangkah memangkah ...hehehe.

    Tentang anak yatim tu, saya hanya tau yang belajar di PPTIK, TTDI saya tak tahu , apapun harap makteh boleh emel pada saya lebih lanjut .. silversarina@yahoo.com .. add YM saya pun tak pe.

    ReplyDelete
  4. Thanks sarina, nanti mak teh akan contact you.

    ReplyDelete
  5. Tahniah mak teh..kerana nak menerima menantu dan maju dengan sekolah tu...

    eh..hantaran mak teh siapa yang buat tu mak teh?

    ReplyDelete
  6. Mak lang, anak-anak mak teh menguruskan hal hantaran itu. Mak teh terlalu sibuk nak fikir hal itu.

    ReplyDelete