Thursday, 14 February 2008

Tepak Sireh Mak Teh

Assalamualaikum! Sudah lama mak teh berangan nak terima tepak sireh. Namun sampai sekarang belum lagi ada rombongan berkunjung dengan tepak sireh kerumah mak teh. Jadi mak teh pun ambil tepak sireh yang dirumah ini sediakan untuk berkunjung kerumah sahabat yang tinggal di Bukit Jelutung. Baru dok siap-siap tak berkunjung lagi. Malam tadi mak teh SMS BB mak teh dan mereka bersetuju nak menerima kunjungan dari rombongan mak teh pada 1hb Mei ini. He, he, pendek cerita mak teh akan terima menantu lah tak lama lagi! Mak teh berdoa semunya akan berjalan lancar sebab anak bujang mak teh tu pun dan mencapai umur 30 tahun. Rombongan mak teh akan membawa 20 orang entourage dan membawa 7 dulang sahaja. Kata mereka yang dah tengok BM mak teh tu , kalau mak teh berjalan dengan dia orang akan kata dia anak mak teh. He, he harapnya tanda sejuk (bagus) pehubungan dia dengan mak teh nanti. Tarikh nak buat majlis ni belum tahu lagi. ( Sila hubungi kalau nak anda di jemput sebab rasanya kami tak akan buat besar-besaran kut) Yeh! yeh! kita nak pukul kompang.

Sesiapa yang baca ini dan rasa terlepas peluang nak jadi BB mak teh, janganlah keciwa sebab mak teh ada 8 orang lagi yang bolih anda datang masuk meminang ( tak kisah lah nak pinang yang anak bujang mak teh pun boleh ada 3 lagi, puteri ada 5 lagi, semua bagus-bagus macam mak mereka, he, he, he!)

8 comments:

  1. Alhamdulillah and Tahniah untuk Mak Teh dan Pak Haji tak ketinggalan anak bujang Mak Teh.

    hehehe...insyaAllah kalau ada jemputan kami akan penuhi.

    Now nak imagine macam mana BM Mak Teh, kalau jalan orang kata anak ya..hmmmm..

    Tak boleh lah nak pinang anak Mak Teh buat anak menantu, buat adik ipar boleh la kot..kih kih kih...

    ReplyDelete
  2. Hai seronoknya dengar berita Mak Teh nak dapat BM tak lama lagi. Kami pun tumpang gembira dapat tau yang anak Mak Teh yang tall and handsome tu dah ready to settle down, tak sabar nak rasa nasi minyak Mak Teh.

    Semoga apa yang dirancangkan diberkati Allah SWT dan mereka akan bahagia sehingga akhir hayat.

    Tentang puteri-puteri Mak Teh yang comel-comel tu, don't worry, bila sampai jodoh mereka, ramai yang akan masuk meminang.

    ReplyDelete
  3. OO, terima kasih. Pening juga kepala nak fikir macam-macam. Cakap kisah tarikh pun dah ada cakap macam tu macam ni. So biarlah the other party decide nanti mak teh setuju je, senang kira.

    ReplyDelete
  4. Mazz, sernok juga macamlah mazz seronok nak terima cucu pertama! Pasal jodoh puteri-puteri mak teh taklah risau sangat tapi naklah juga mereka dapat jodoh baik dan sesuai.

    ReplyDelete
  5. ALhamdulillah!! Cngrats makteh!!
    Nanti boleh lah cerita pengalaman jadi mak mertua pulak ya?

    btw,
    Elisa akan ke cairo early march nanti, nak tanya anak makteh yg belajar kat cairo ada tak kawan2 yang boleh teman kitorang (Me and my 4 kids) jalan2 nanti? Suspen jugak nak jalan sorang.. hee hee.

    Please email me: elisa_taufik@yahoo.com

    ReplyDelete
  6. Elisa, InsyAllah I will let her know. She may not be able to take you around because of her coming Exams. However she will be able to arrange for other students to do that. Will email you her contact later.

    ReplyDelete
  7. Waduhhhhh... udah mau dapat menantu ye..Tahniah !!

    Sayang anak yang lain tu tak de chance dah kita nak berbesan sebab anak lelaki I tinggal sorang itupun baru 14tahun...

    ReplyDelete
  8. silversarina, Alhamdulillah ! mak teh berdoa mudah-mudahan semuanya akan jadi elok dan kerja yang baik ini dipermudahkan Nya.

    Mengenai nak jadi BB tu jangan cakap tak ada chance terlalu cepat sebab ny youngest is a girl 12 yo (bakal hafizoh). He, he.

    ReplyDelete