Assalamualaikum! Alhamdulillah mak teh rasa amat bahagia dan bersyukur dipagi Jumaat ini. Pertama awal-awal pagi lagi mak teh dapat kad ucapan Selamat Hari Guru dari pelajar diikuti dengan text message dari sepasang ibubapa bunyinya begini:
ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU D MTAQSA. SETULUS DOA & HARAPAN DARI KAMI MOGA GURU-GURU D MTAQSA DI BERI KEKUATAN HATI & IMAN UNTUK MENDIDIK & MENGASUH PELAJAR-PELAJAR DI MTAQSA. MOGA DI BERI KESIHATAN SERTA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT. TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA. IRINGAN DOA DARI KAMI IBU&BAPA F... A...
Setelah membaca text itu kepada Pak haji, aku segera menjawab mesej itu begini:
Waalaikumussalam! Terima kasih di atas ucapan serta doa anda. Alhamdulillah kami amat bertuah di izinkan Allah SWT memainkan peranan dalam mendidik anak-anak yang di pilih Allah ini. Ameen di atas doa anda!
Kedua aku rasa amat bersyukur dan gembira kerana ada 2 orang hamba Allah telah respond kepada permintaan tolongku tempoh hari. Entry pada beberapa hari yang lalu aku tulis Tolong! Tolong Kami Perlu Beras. Rupa-rupanya ada juga yang terdengar jeritan minta tolongku itu. Pertama ada seorang hamba Allah telah memberiku info kat mana nak dapat bekalan beras yang murah atau berpatutan. Dia beri aku nombor telefon suroh aku hubungi. Hamba Allah kedua, DATANG SENDIRI KE ASRAMA KAMI DENGAN MEMBAWA 5 KAMPIT BERAS 10 KG! MASYAALLAH! Betullah beliau faham keadaan kami. Allah saja yang akan membalas padanya dan balasan dijanji Allah mengikut Surah Al-Baqkaroh, Ayat 261 yang bermaksud " Sesiapa yang menginfakkan hartanya kejalan Allah adalah diumpamakan sebiji benih akan becambah 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji " Itulah janji Allah kepadanya. Kami hanya mampu mengucapkan TERIMA KASIH.
Kesyukuranku yang ketiga ialah mengenangkan anak-anak yang sedang mengambil peperikasaan di luar dan dalam Negara. Tahun lalu semua anak-anakku mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi aku telah tunaikkan Nazar-nazar kami untuk mareka. Pagi ini telah di tunaikan nazar untuk Yanna. Ada lagi dua nazar yang belum di tunaikan iaitu nazar untuk Cik Su yang telah mendapat 5 A dalam UPSR dan mumtaz dalam Peperiksaan Sek Agama. Ada lagi satu Nazar kenduri kesyukuran sebelum Ally bertolak ke Cairo.
Perasaan Kesyukuran juga terasa pagi jumaat ini, kerana aku semakin pulih dari penyakit yang melanda. Aku lebih segar dan ceria dan aku sedang mengambil iktibar dari semua perkara yang telah ku alami. Mungkin kerana perkara-perkara yang telah ku alami itu yang menyebabkan aku di serang sesak nafas kebelakangan ini.
Perasaan kesyukuran yang seterusnya ialah kami telah mendapat ilham bahawa kami perlu membuka sekolah rendah jenis kurikulum yang kami buat sekarang ini. Jadi dalam sedikit masa lagi kami akan mengumumkan perkara ini. Insya-Allah.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Selamat Hari Guru untuk Mak teh and Pak Haji. Semoga diteruskan lagi usaha murni mak teh ini.
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah indeed.
ReplyDeleteActually I have a friend yang jadi silent reader and she read your previous post regarding beras. She called me to ask a permission to tell her friends about that. I didn't tell you because thing that she wanted to do was a noble thing and I presumed you won't mind. So, this morning she has given more some RM to give it to the school. Insya Allah this Sunday, I'll bring it over.
Semoga juga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan kepada Mak Teh dan Pak Haji supaya dengannya usaha murni sekolah yang diasaskan Pak Haji dan Mak Teh berdua sentiasa dimanfaatkan oleh ummat Islam.
Ummi, Terima kasih ! Mak teh suka sangat sekarang di panggil guru. Alhamdulillah kesihatn mak teh bertambah baik.
ReplyDeleteOO, Alhamdulillah mak teh berterima kasih banyak kepada OO dan hamba Allah yang menghulur bantuan itu. Insya-Allah hidayah akan datang kepada anda yang menderma satu persatu.
ReplyDeleteAlhamdulillah Allah juga telah memberi kapada kami Hidayahnya.
SELAMAT HARI GURU !!
ReplyDeletePengorbanan makteh serta keluarga dalam memberi pendidikan terbaik buat pelajar2 InsyaAllah menjadi bekalan di akhirat kelak.
Selamat Hari Guru, Mak Teh....
ReplyDeleteAda satu perkara yg saya nak buat, tapi tak tertunai lagi. InsyaAllah, one fine day I'll get it done...
Selamat hari Guru Mak Teh...
ReplyDeleteusaha murni Mak Teh pastinya dibalas Allah s.w.t.. cuma caranya hanya Dia yang tahu... Insyaallah...
Sarina, Terima kasih, Insya-Allah. Semua kita para muslimin mengharapkan yang baik disana kelak.
ReplyDeleteMamamia, Terima Kasih. Kami akan mula sesi tahun depan sekolah rendah untuk darjah 1, 2 and 3.
ReplyDeleteNeeza, Terima Kasih! Kata nak jenguk mak teh. Call dulu tau mak teh tunggu.
ReplyDeleteSalam mak teh,
ReplyDeleteSELAMAT HARI GURU buat mak teh... harap mak teh sentiasa sihat....
semoga insan yg telah memberi bekalan beras kepada asrama sek mak teh itu, akan di murahkan rezeki yg melimpah.... insyaalah...
Umie, Terima kasih! Insya-Allah hamba Allah itu akan mendapat balasannya di dunia dan akhirat. Allah beri pahala padanya 700 kali ganda. MasyaAllah!
ReplyDeleteSelamat Hari Guru Mak Teh...
ReplyDeleteMaklang doakan yang terbaik untuk Mak Teh sekeluarga dan anak2 murid Mak Teh...
Terma Kasih mak lang dan Ameen di atas doa mak lang tu.
ReplyDelete