Assalamualaikum!
Yehyehyeh! Hari ini kami dah cuti. Rasa lega tak ada tekanan kena rush sana rush sini, aku tak perlu rush kepasar, masuk dapur, pergi ngajar. Pak haji pula tak perlu rush hantar breakfast ke asrama, tak perlu cegat kat pintu surau, tak perlu sibuk itu ini. Hehehe, rasa nak lepak-lepak dengan Pak hajilah hari ini. Nanti nak pergi shopping kompleks nak tengok-tengok je. Nanti boleh singgah makan kat delifrance ke atau makan ice-cream baskin ke. Atau nak pergi beli kek datin ke kat pasar TTDI. Tak tau lagi apa nak buat tapi yang pastinya akan pergi ke rumah mak long.
Kenapa ye kami suka pergi rumah mak long? Kenapa tak pergi rumah mak ngah, rumah mak lang, rumak nak cik, rumah mak njang atau rumah mak su? Rasanya jawapannya ada padaku. Nanti aku kena korek-korek tanya diriku. Oh ya ! Aku tak kerumah mak ngah kerana dia tidak pernah menghubungiku atau mempelawaku kerumahnya. Pernah aku hubungi mak ngah beberapa tahun yang lalu aku memberitahu aku dan pak haji nak kerumahnya, dia bertanya , " Nak datang untuk apa? " Aku terus tergamam tak tahu apa nak jawab, ( sebab tak pernah orang tanya macam tu ). Akupun berkata sesuatu tapi tak masuk akal sangat kut, terus dia berkata sesuatu yang bermaksud tak payah datanglah. Sejak itu aku tak pernah pergi rumah mak ngah lagi.
Begitu juga rumah emak saudara yang lain tu, kalau tak di jemput susah jugak aku nak tonjolkan muka. Maklumlah mereka semua berkerjaya walaupun ada yang dah pencen. Lagi satu perkara mereka ini bukanlah adik-beradik ibuku, mereka adalah saudara sepupu ibuku. Ibu anak tunggal, jadi saudara sepupunya dianggap sebagai adik-beradik sendiri. Mereka dahulu dibawah pengaruh nenekku kerana nenek kakak yang sulung, jadi dalam "clan"nya dialah matriach iaitu ketua keluarga. Namun selepas nenek meninggal, masing-masing dari keluarga besar itu membawa diri sendiri.
Namun aku masih lagi rapat dengan sepupu ibu di kalangan anak-anak Tok Su dan anak-anak Tok Lang. Yang kami kurang rapat ia-lah anak-anak tok cik kerana mereka sendiri menganggap anak-anak ibuku bukan keluarga rapat mereka. Kami hanya mereka anggap sebagai saudara jauh anak-anak kepada saudara sepupu mereka. Buktinya mereka tidak akan menjemput kami apabila mengadakan kenduri atau makan-makan keluarga (bukan majlis kahwin ).
Berpandu dari pengalamanku itu aku selalu juga menjemput anak-anak saudaraku kerumahku. Cuma anak-anak buahku itu jarang datang tanpa di jemput kerana mereka juga sibuk dengan pekerjaan mereka. Namun apabila di jemput mereka akan datang bersama-sama keluarga mereka in full force. So nanti 8 hb Jun aku expect semua anak buahku yang tinggal di lembah kelang akan datang untuk makan-makan B-b-Q yang kami rancangkan.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
asaalamualaikum,
ReplyDeleteWAHhhh bestnya bercuti! Best nye dapat jalan..jalan... Semoga Hari-hari Makteh seterusnya akan lebih ceria! Amin...
Talking from anak buah's/in laws view here: I also seldom ada masa nak visit uncles/aunties/in laws but we did make a point kalau dah lama tak pergi, mesti pegi visit jugak. Kalau tak pun organize small makan2 and call depa datang.
ReplyDeleteSo far, tak pernah lagi orang reprimand kenapa nak datang rumah? Macam western style pulak mak teh, westerners kan macam tu, kalau nak pegi rumah orang kena buat appointment bukan boleh drop by sesuka hati. I have a friend married to mat salleh and memang she never invites me to her house even if I am already at her doorstep, she never invite me in. Nak buat camana tapi kalau kita tak close dgn dia janganlah marah..
Wah, jalan-jalan sakan tu Mak Teh and Pak Haji! Which kedai kek in Pasar TTDI - kalau naik escalator yang sebelah kiri tu ke? Kalau hak tu memang sedap!!
HAPPY LEPAK-LEPAK MAK TEH!
rasa lega bila dapat cuti selepas sibuk dengan pelbagai urusan kan Mak Teh...
ReplyDeletepelik ya, ada orang boleh tanya kenapa nak datang pulak. Walhal tetamu datang bawa rezeki dan keluarkan dosa tuan rumah.. takpelah Mak Teh, at least Mak Teh tak payah nak kena pergi ke rumah ramai sangat mak sedara sepupu... hehee (looking at positive side).
Neeza pun jarang pergi rumah mak sedara.. mainly sebab mak sedara Neeza tak duduk dekat dengan area Neeza duduk.. Tapi, kalau sekali2 jumpa, memang baik je.. diorang lah baik.. Neeza, tak tahu lah diorang kata baik ke tak.. hehehe...
happy de lepak lepak Mak Teh ...
ReplyDeleteassalammualaikum,masa cuti ni bolehlah tenagkan fikiran dan muhasabah diri.semoga muhasabah itu dapat memperbaiki perjalanan sekolah .insyaallah.
ReplyDeleteMr janggeltrekker, waalaikumsalam!
ReplyDeleteTerima kasih! Alhamdulillah nampaknya hari ini mak teh tak sakit, tenang dan lebih ceria kerana tadi dapat keluar jalan-jalan dengan Pak haji macam kami muda-muda dulu. Hehehe...best gak!
OO, seronoklah tadi mak teh keluar jalan-jalan dengan Pak haji pergi shopping komplex. Beli benda kecil je dan makan-makan sikit. Rasa macam masa muda-muda dulu pulak!
ReplyDeleteKedai yang OO teka tu betul lah tapi hari ini tak pergi sebab kami keluar dah petang. Esok pulak lah kut.
Neeza, masa kami muda dahulu mak teh dan Pak haji suka pergi ziarah rumah saudara-mara. Kami ada keluarga besar yang besar betul. Dari kecil dilatih nenek sayang saudara-mara. Rupanya bila meningkat dewasa ada orang yang berubah perangai pelik almaklumlah status mereka tinggi!
ReplyDeletePb, terima kasih! Bila nak datang lawat sekolah mak teh ? Sekarang guru-guru yang mak teh dapat bagus-bagus! Hehehe.. tak caya mai tengok...mu klatepun ado deh!
ReplyDeleteAmarmaaruf, selamat datang ke blog mak teh. Terima kasih kerana meninggalkan komen berupa nasihat. Insya-Allah mak teh dan Pak haji akan sentiasa muhasabah diri demi untuk memajukan perjalanan sekolah kami. Terima kasih !
ReplyDeleteMak Teh, kalau ada masa nak lepak2 dan dah puas shopping dengan Pak Aji you, datanglah rumah I, tak payah buat appointment, datang aja any time. Ala bukan jauh pun.
ReplyDeleteMazz, thank you! Ok akan datang rumah you one of these holidays. Tapi rasanya selepas balik dari Kedah. Kalau i tak sempat datangpun yang 8hb jun jangan lupe ye!
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM,
ReplyDeleteTERIMA KASIH KERANA MENERIMA KEHADIRAN SAYA.INSYAALLAH KITA SAMA-SAMA SALING INGAT MENGINGATI .
HADIS NABI --
SAMPAIKAN DARIPADA AKU WALAU PUN HANYA SEPOTONG AYAT...WALLAHHUALLAM!