Salam Semua!
Sudah lebih 10 hari mak teh tak berblog. Otak dan tanganpun menjadi kaku dan sangat lambat untuk menyatakan sesuatu kedalam computer ini. Mak teh telah "bercuti" atau berehat selama 1 minggu di hospital. Tekanan darah mak teh naik tinggi dan ada yang tidak kena dengan badan ini. Anyway, Rabu petang mak teh kembali semula ke rumah dan cuba meneruskan tugas-tugas mak teh.
On a happier note, anak mak teh dari Mesir semua dah kembali ke rumah, hanya seorang lagi dari Jordan yang mak teh sedang tunggu akan turut kembali hujung minggu hadapan. Dengan maidpun dah berjanji dia akan kembali ke Negaranya dalam bulan puasa ini dan kembali semula ke sini apabila sekolah buka selepas 10 Hari Raya. Mak teh berdoa untuk keimanan dan peningkatan ibadah kepada sahabat-sahabat terdekat dan semoga mak teh di sembuhkan dari gangguan kesihatan. Ameen!
Alhamdulillah! sekolah kami nampaknya semakin di kenali ramai. Pertama, permohonan untuk kemasukan tahun hadapan bagi tahun 2010 semakin ramai. Kedua, sedekah dan zakat orang ramai dan dari badan korperat ada juga kami terima baru-baru ini. Ketiga, Anak-anak Tahfiz kami sudah mendapat perhatian masyarakat setempat dengan betalu-talunya permintaan untuk bacaan-bacaan al Quran dan doa-doa serta solat hajat mereka. Terima kasih! Kepada tuan-tuan yang kami tidak dapat memenuhi permintaan di harap dapat memaafkan kami dan memahami keadaan kami. Apa-pun terima kasih di atas sokongan anda semua!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Salam Mak Teh....
ReplyDeleteSemuga bertambah sihat dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt.
Salam,
ReplyDeleteMak teh kena rehat tu, harap dah sembuh sekarang . Saya pun tak sabar nak jumpa Alia jika dia ke Kemaman majlis kawan baik dia Puteri tu 13 ogos ni .
Macam tu ke kisahnya? Jaga diri ya Mak Teh.. jaga makan (tu yang paling penting). Badan dah berumur (Neeza lah tu), ada je benda yang takleh makan. Dulu okay je bedal, sekarang tak lagi... (nikmat dah ditarik balik sebab suka sangat makan tak hengat dunia huhuhuuu....)
ReplyDeleteUmmu Adam,
ReplyDeleteAlhamdulillah! Mak teh dah bertambah sihat. Terima Kasih kerana sokongan anda sekeluarga kami mendapat zakat tempoh hari.
Sarina,
ReplyDeleteAlhamdulillah dah bertambah sihat. Yes, Alia akan balik pada 7 ogos. Tentulah dia akan menghadiri perkahwinan kawan baiknya.
Neeza,
ReplyDeleteYes, macam tulah kisahnya. Tapi sekarang dah beransur baik. Insya-Allah kita doa akan sembuh seperti sediakala. Ameen!