Salam Semua!
Hari ini anak-anak Tahfiz puteri ada yang berpuasa sunat sempena pertengahan bulan Rejab. Mak teh kurang daya hari ini jadi tidaklah turut berpuasa. Rajinlah mereka ini berpuasa sunat. Setiap hari Khamis ada saja diantara anak-anak Tahfiz lelaki dan perempuan berpuasa walaupun pihak sekolah tidak menyuruh mereka berbuat demikian. Kami hanya " wajibkan " mereka berpuasa sunat pada setiap hari Isnin kerana kasihankan mereka takut memberatkan mereka sangat.
Rezeki anak-anak Tahfiz sentiasa murah terutama di musim buah tahun ini. Malam tadi Pak haji pergi ambil lagi buah-buahan dari dusun kami. Dia pergi selepas maghrib dan sampai balik jam 10.00 malam. Ada dalam 50 biji buah durian, sebakul besar buah manggis dan 10 biji cempedak. Nampaknya dah kenyanglah anak-anak Tahfiz menjamu selera dengan cucoq cempedak buah manggis dan durian ( perempuan dapat semua itu yang lelaki dapat durian sahaja malam ini ).
Kisah pelajar-pelajar luar negara itu, sekarang mereka sudah boleh menyesuaikan diri dengan budaya sekolah kami. Mereka sudah mahu dan boleh melakukan pumping exercise. Rupa-rupanya minat mereka adalah bermain bola dan memanah. Jadi berlumba-lumbalah mereka buat exercise untuk bersaing dengan anak-anak Tahfiz kita yang sudahpun tough keadaan physical mereka.
Nampaknya mengenai makananpun mereka sudah boleh memakan makanan kita. Aku pernah ternampak pinggan mereka di isi dengan nasi goreng penuh membumbun. Pada hari roti canai di hidangkan untuk makan rehat jam 10.30, nampaklah mereka paling gembira. Agaknya makanan itulah yang paling terdekat menyerupai makanan mereka.
Aku berasa gelihati mendengar kisah apabila mereka di jamu makan durian buat pertama kalinya. Mereka tidak dapat menelannya lalu menoleh untuk memberi pada kawan-kawan anak-anak Tahfiz, maka tercenganglah mereka melihat banyak tangan menghulur kepada mereka mahukan durian itu. Hehehe!Aku pasti beberapa bulan lagi mereka akan ketagih durian pulak!
Dari segi rupa pula, setelah di pakaikan dengan uniform sekolah kami, mereka tidaklah kelihatan jauh beza dari anak-anak Tahfiz kita. " Dah nampak macam orang Melayu " kata Pak haji. Aku bertanay " Nak ambil lagi ke Pak haji yang masih ramai dok minta nak masuk tu ?" . Pak haji terdiam namun Aizad masih menggeleng-gelengkan kepalanya.
Sekian dulu untuk hari ini hingga kita bertemu lagi.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Salam...seronoknya dapat makan durian dan manggis dari kebun. Sebakul manggis tu kalau tak habis lagi bolehlah kami tumpang makan...Tak semena-mena tergelak saya bila baca pasal pelajar2 luar negara tu dah serupa macam org melayu setelah dipakaikan uniform sekolah..tak lama lagi jadi melayulah tu!
ReplyDeleteUmmuAdam ,
ReplyDeleteSilalah datang berkunjung, kalau ada lagi buah-buahan tu bolehlah kami hidangkan.
Betul! Kami rasa tak lama lagi mereka itu akan jadi Melayulah. Hehehe!
maaf dah lama tak bukak blog mak teh sebab saya selalu tertidur awal .lagi pun mama tak bagi bukak komputer mama sorokkan.angah lalu tak makan durian. sebab saya tak suka makan durian sebab bau nya kuat. hehehe
ReplyDeletePrincess,
ReplyDeleteAlahai, kesian tak dapat buka blog mak teh sebab mama sorokkan computer. Takpe bila hujung minggu atau bila mama ada bolehlah buka blog mak teh bersama mama.
Durian tu dah habis Angah dan kawan-kawan dia makan. Hehehe!
Agaknya pelajar2 asing tu heran macamana orang kita boleh makan durian yang kuat baunya ...hihi...kat rumah saya pun 3 orang anak memang tak makan durian, nak terloya diaorang kata....rugilah :)
ReplyDeleteUtk Anak-anak tahfiz & Mak Teh, terima kasih di atas doa kalian utk adik Alisa, semoga berkat doa kita semua Alisa akan selamat dan bebas dari penyakit ini serta dipanjangkan umur. Moga-moga Allah makbulkan doa kita utk Alisa..sekali lagi Jutaan terima kasih dari Ayah & Ibu adik Nurul Alisa Amira.
ReplyDeleteSarina,
ReplyDeleteDi rumah kamipun ada seorang yang tak makan dan tak suka bau durian tetapi sekarang dia sudah tinggal di rumah mertuanya. Di sekolah kami ada seorang anak Tahfiz kita yang tak makan durian. Hehehe, peliklah kalau orang Melayu tak suka duriankan?