Tuesday, 8 September 2009

Hari Ke 18 Berpuasa

Assalamualaikum!

Hari ini adalah hari ke 18 kita berpuasa. Ini bermakna kita hanya ada 12 hari saja lagi sebelum timbulnya 1 Syawal.

Kalau zaman aku kecil di kampung sewaktu begini, baju raya sudah di tempah, kasut raya sudah di beli dan kuih raya sedang sibuk kami membuatnya. Beberapa hari sebelum raya, pasu-pasu bunga akan di cat baru. Sehari sebelum hari raya langsir akan di tukar dengan langsir baru. Lemang atau ketupat dan rendang akan dibuat sehari sebelum hari raya. ( Aku ada peranan dalam membuat perkara-perkara ini pada masa itu )

Berbanding sekarang, baju yang akan di pakai di hari raya telah lama di buat sebab sepanjang tahun kita akan membuat baju yang baru tidak tunggu hari raya. Kasutpun kita boleh beli pada bila-bila masa tanpa menunggu di musim perayaan. Kuih-kuih raya pula telah aku tempahkan dari kenalanku ( aku kenal dia sebab telah berpuluh tahun order kuih raya daripadanya ) yang membuat kuih raya untuk jualan. Kuih tradisi seperti, bahulu, dodol dan kuih kapit, aku order dari kampung. Lemang, ( walaupun aku tahu cara membuatnya kerana menolong nenek membuatnya pada zaman dahulu ) aku tak pernah berani mencuba membuatnya. Ketupat palas mengganti lemang bolehlah anak-anakku membuatnya pada malam hari raya. Langsir, kerana amat mahal kos membuat langsir baru, kami hanya menukarnya beberapa tahun sekali.

Pada masa dahulu, dihari pertama berhari raya, sangat meriah kerana ramai saudara-mara dan sahabat-handai datang berkunjung. Pada masa sekarang, bagi keluargaku agenda yang paling utama di hari raya pertama ialah pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negeri. Kemudian kami akan makan-makan bersama ahli-ahli keluarga yang berkumpul. Inilah yang kami rasa bahagia sebab ahli-ahli keluarga kami hanya berkumpul setahun sekali sebab ramai anak-anakku yang masih belajar di luar negara. Keadaan begini berlaku sejak 12 tahun yang lalu.

Kami tak balik kampung ? Sudah lama kami tidak balik kampung untuk berhari raya sebab tidak mahu terperangkap dengan kesesakkan lalu-lintas dan juga kesesakan di rumah ibuku. Kami hanya balik ke kampung selepas semua kesesakan reda. Untuk tahun ini kami akan pulang ke kampung lebih awal untuk menemui ibukuk kerana Kin akan berangkat ke London pada 17 September ini, Lia akan pulang ke Jordan pada hari raya ke 3, Yanna akan pulang ke Mesir seminggu kemudian di ikuti dengan Aly pada hujung bulan.

Sekian, Selamat menyambut Fasa ke 3 Ramadhan !

1 comment:

  1. Raya kat kampung dulu-dulu memang seronok , wah, nampaknya tahun ni sure makteh senyum lebar sebab hampir semua anak ada masa raya.

    ReplyDelete