Assalamualaikum !
Semalam kami telah berbuka puasa bersama-sama anak-anak Tahfiz di rumahku. Lapang hati melihat anak-anak Tahfiz sudah boleh membantu mengemas dan menyediakan makanan tambahan untuk majlis tersebut. Kami telah pesan makanan dari katerer, menunya nasi beriyani. Walaupun nasi beriyani itu di sertai lauk ayam, darca dan acar, seorang dermawan telah menambah order semata lauk daging merah untuk kami. Perbelanjaan makanan itu telah di sedekahkan oleh seorang jiran. Maka kami hanya menambah menu ayam goreng, kentang putar, dan coleslaw. Hidangan kuih-kuih pula telah di sedekahkan oleh seorang ibu dermawan dan juga kuih sumbangan jiran sebelah rumah yang sangat baik hati. Aku hanya menambah lagi dengan membeli 3 batang lemang dan buah tembikai. Alhamdulillah, melempah-ruahlah hidangan atas meja kami berbuka malam tadi. Itulah yang di katakan rezeki anak-anak Tahfiz yang di kasihi Allah ( dan juga di sayangi masyarakat setempat ).
Majlis kami bermula pada jam 6.30 petang dengan bacaan Yasin dan doa selamat untuk Kin dan untuk kelahiran bakal cucu sulungku. Setelah azan berkumandang kami berbuka ringan dan terus menunaikan solat Maghrib dan solat Hajat memohon keselamatan dan kejayaan untuk Kin dan keselamatan untuk bakal insan yang akan di lahirkan. Ameen!
Setelah itu kami menghadapi makanan yang di sediakan. Seronok tengok anak-anak Tahfiz dan tetamu ( beberapa orang sahaja sebab kami tak jemput ramai orang ) makan dengan penuh berselera. Ramai yang memuji keenakan ayam goreng, kentang putar dan coleslaw yang telah di sediakan oleh Ustazah Hanna dengan bantuan anak-anak Tahfiz Puteri. Selesai berbuka puasa kami menunaikat solat Isya dan Tarawih di imamkan oleh seorang anak Tahfiz kami.
Hari ini adalah hari berkemas asrama dan pulang ke kampung masing-masing. Pagi-pagi lagi anak Sarawak sudah berangkat ke lapangan terbang. Yang lainnya akan berkemas asrama sehingga jam 11.00 pagi. Selepas itu ibubapa akan datang menjemput anak-anak mereka pulang. Maka di harap mak teh dan Pak haji akan dapat berehat dan menikmati ketenangan untuk sementara waktu. Namun kami juga sedia menghadapi kenyataan bahawa kesunyian akan menyelubungi kami sehingga anak-anak Tahfiz masuk semula pada 27 september selepas bercuti selama 12 hari. Akan bertambah sunyi lagi apabila anak-anak kami berangkat kembali ke luar Negara selepas Raya nanti.
Nota kepada ibubapa anak-anak Tahfiz: Wahai ibubapa anak-anak Tahfiz, anak-anak anda balik berbekalkan kerja-kerja sekolah yang telah diberikan dan jadual membaca dan menghafaz al-Quran adalah seperti biasa ia-itu selepas setiap solat 5 waktu. Mereka juga telah di beritahu tarikh peperikasaan akhir tahun. Mereka bukan balik bercuti tanpa buku, mereka seharusnya menyediakan diri untuk peperiksaan tersebut. Mereka juga telah di nasihatkan supaya meneruskan apa jua aktiviti ibadah Ramadhan seperti yang mereka lakukan di seni setiap hari. Gerak-laku dan perwatakan mereka seharusnya mencerminkan mereka seorang penghafaz Al- Quran ( seperti yang telah kami didikan ). Insya-Allah, Tuanpuan perhatikanlah nanti. Semoga akan menyenangkan dan mengembirakan hati Tuanpuan.
Sekian dulu, Selamat berpuasa 4 hari sahaja lagi!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Tahniah untuk cucu sulung yang bakal lahir!!! Semoga dipermudahkan urusan Kin dan seluruh keluarga Mak Teh.
ReplyDeleteKami hari ni plan nak berkemas-kemas, insya-Allah Khamis malam bertolak ke kampung.
Di harap students dapat memanfaatkan masa bercuti di samping menyambut Aidil Fitri dan masih ada peluang beribadat sementara "kapal" Ramadhan berlabuh, insyaAllah.
OO,
ReplyDeleteTerima kasih! Mak teh doakan semoga anda dan keluarga selamat mengharungi jalanraya sehingga selamat sampai ke kampung.
Selamat hari raya, maaf zahir batin ! See you again on 28th September.