Alhamdulillah! Allah memberi pertolongan kepada kami. Betullah janjiNya dalam Surah Al-Insyirah: Dalam kesusahan ada kesenangan. Dalam kesusahan ada kesenangan Memang kami dalam kesusahan untuk menyediakan makanan kepada anak-anak Tahfiz kerana ketiadaan pembantu.
Maka seperti yang aku ceritakan semalam, aku telah menghubungi dan membuat order dari katerer baru. Sebelum ini aku telah pernah order makanan untuk keluargaku darinya dan masakannya sedap. Jadi kami telah berbincang dan dia mahu memasak untuk anak-anak Tahfiz. Hari ini dengan bujet yang aku sebutkan, dia akan menyediakan makanan berbuka lengkap. Perbelanjaan yang lebih adalah khairat darinya. Alhamdulullah! Lega rasanya hatiku yang kegusaran beberapa hari ini. Jadi kalau dia mahu aku akan terus memesan makanan seharian anak-anak Tahfiz darinya sehingga pembantuku kembali. Tengoklah keadaan, Insya-Allah di tahun hadapan kami akan mengambilnya sebagai katerer tetap kami.
Untuk ibubapa anak-anak Tahfiz yang mengikuti blog ini, Alhamdulillah anak-anak anda sedang tenang menghadapi pelajaran. Insya-Allah sekolah akan bertambah kukuh dengan kerjasama tuanpuan dan semua pihak. Tuanpuan sentiasa boleh menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan anak-anak dan jika ada apa-apa kemusykilan yang timbul. Kami telah melantik 3 pasang ibubapa untuk bersama anak-anak 2 minggu sekali pada malam minggu supaya anak-anak merasakan ibubapa sentiasa berada bersama mereka dalam perjuangan ini. ( Menimba ilmu untuk menjadi seorang Tahfiz dan ilmuan adalah satu perjuangan yang bukan mudah ) Kebaikan untuk anak-anak dan kesejahteraan mereka, kita utamakan!
Nota untuk ibubapa anak-anak Tahfiz: Kami mula berpuasa Enam hari ini dan akan membuat Majlis Hari Raya pada hari Sabtu ini. Tuanpuan di jemput hadir bersama ke Majlis tersebut. Tuanpuan boleh mesej mak aji kalau nak datang ok ?
Sebelum mak teh mengundur diri inilah pepatah Melayu yang kita boleh hayati:
Kalau tidak di pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Belakang parang kalau di asah lagikan tajam ( Inikan pula anak-anak kita yang pandai dan tekun menghafaz al-Quran )
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renag ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
Semoga usaha kita semua di berkati Allah SWT. Ameen!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Alhamdulillah .
ReplyDeleteselamat berpuasa buat semua ahli sekolah .
salam aidilfitri..teringin nak bawak alisa beraya di rumah makteh..boleh kami dtg?kena tanye dulu takut makteh busy :=)
ReplyDeleteSalam Sarina!
ReplyDeleteTerima kasih kerana selalu menjenguk mak teh. Mak teh juga setiap hari menjenguk sarina tetapi belum dapat berkata-kata. Harap sabar!
Mamalisa,
ReplyDeleteInsya-Allah! Bawalah Lisa kerumah mak teh. Nanti sya msejkan masa yang sesuai.
Gembira nak jumpa Lisa!
Bila fikiran tengah serabut, saya suka ingat Surah AlInsyirah ni. It has the calming effect on me.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dapat caterer bagus...
Mamamia,
ReplyDeleteItulah cara yang bagus apabila menghadapi masaalah dalam menjalani kehidupan seharian!
Terima kasih kerana masih setia mengikuti blog mal teh.