Thursday, 1 October 2009

Selepas Raya

Assalamualaikum !

Mak teh dan Pak haji telah balik ke kampong selama 2 hari pada hari raya ke 6 . Kami bergegas pulang semula kerana anak-anak Tahfiz masuk asrama pada hari Ahad lepas. Anak-anak Tahfiz sudah mula menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan. Nampaknya mereka semakin tekun mengulangkaji dan membuat kerja-kerja sekolah yang di beri guru.

Kesusahan yang amat kami rasakan sekarang ialah kerja-kerja menyediakan makanan menyelenggarakan rumah serta premis asrama kerana pembantuku belum pulang. Sementara menunggu kepulangannya kami semua membuat kerja-kerja tersebut. Sarapan pagi kami sediakan alakadar sahaja. Makanan tengah hari dan makanan malam di sediakan oleh Maria, katerer kami. ( sebelum ini Maria hanya sediakan makan tengah hari sahaja ). Makanan jam 9.30 pagi untuk anak-anak sekolah rendah dan 10.30 pagi untuk sekolah menengah amat sukar untukku menyediakannya. Jadi aku order saja roti canai dari restoran sahabat kami. Aku rasa kasihan pula, takkan nak beri anak-anak Tahfiz makan roti canai setiap hari! Makanan petang anak-anak sekolan rendah aku sediakan susu segar dan bijirin sahaja.

Nasib baik kain untuk laundry di uruskan oleh Alan. Pak haji yang supervise kerja-kerja Alan setiap hari. Masakan untuk makanan kami di rumah, Yanna yang melakukannya kalau dia ada kesempatan kerana Yanna juga mengajar sambilan. Nak harap aku boleh lakukan kesemuanya ? Tak boleh, pagi tadi kepala aku jadi pening dan badan rasa nak tergolek ! Aly pula banyak membantu kami di sekolah. Sekarang Pak haji tidak terlalu tertekan kerana ada 2 orang guru baru. Aku masih mengajar English dan Bahasa setiap hari. Anda tentu hairan kenapa aku jarang menceritakan Aizad dalam cerita sekolah kami. Sebenarnya Aizad sekarang telah bekerja sebagai pensyarah di sebuah Institusi Pengajian Tinggi berhampiran. Untuk mengisi kekosongan Aizad kami telah menyuruh Huda meletakan jawatannya sebagai arkitek ( interior ) agar dia dapat membantu kami. Disamping itu Huda juga akan memulakan latihan-latihan perlu untuk mendapat pengalaman untuk membuka Kelah Ekuin kami kelak. Huda anak keempat merupakan seorang penunggang yang cekap dan pernah memasuki pertandingan-pertandingn berkuda.

Sebelum mak teh mengundur diri mak teh nak berpantun sedikit yang ada kena mengena dengan pengalaman mak teh hari ini dan juga pernah berlaku sebelum ini:


Banyak udang banyak garam,

Banyak orang, banyak ragam !


Sewaktu berjalan terhuyung-hayang,

Membakar sate guna arang,

Anak didik anak di sayang,

Apakan daya anak orang!


Di tepi jalan ada perigi,

Dalam perigi ada ikan,

Ingatlah anak yang telah pergi,

Ajaran kami jangan di abaikan !


Di tepi sawah ada parit,

Parit bengkok kami luruskan,

Walaupun pengalaman agak perit,

Perjuangan kami tetap di teruskan !


Wassalam !

2 comments:

  1. Salam Aidil Fitri Mak Teh.

    Saya yg menguruskan anak sendiri yg 4 org ni pun rasa tak cukup tangan, ini kan Mak Teh yg kena jaga anak2 tahfiz yg ramai tu... InsyaAllah , segala urusan dipermudahkanNya.

    ReplyDelete
  2. Mamamia !

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin !

    Kita melakukukan yang terbaik untuk mendapat keredaannya, Semoga kita berjaya dari segi itu. Semoga kita di rahmatinya. Ameen!

    ReplyDelete