Friday, 7 March 2008

Macam Nak Raya

Assalamualaikum! Ramai orang sibuk bercakap mengenai hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari esok. Semua orang nak menyuarakan pilihan mereka dan cara untuk mengendalikan Negara tercinta ini. Pagi tadi di pasar aku bertemu ramai jiran dan sahabat handai, masing-masing tersenyum penuh makna. Masing-masing sibuk membeli bahan makanan untuk persiapan istemewa hari esok. Rasa macam nak raya pulak.

Persiapanku untuk hari esok ialah membeli bahan-bahan untuk masakan menu istemewa bukan kerana menyambut itu tetapi lebih kepada meraikan kesemua anak-anak (yang ada dalam negaralah) akan berada dirumah. Suara keluarga kami lebih ramai tahun ini. Ada 5 orang dalam keluarga kami yang bolih membuang undi. Lepas menjalankan tugas itu kami akan menjamu seleralah. Aku bercadang nak masak laksa utara (kuah lemak). Ude akan buat trifle untuk dessert. Untuk Pak haji yang tak gemar laksa kenalah buat gulai ikan kering campur nenas dan ikan jenahak goreng sumbat. Hehehe mesti teliurkan?

Bila anak-anak balik kerja petang nanti, mereka akan pergi ke Supermarket untuk membeli bahan minuman, ice-cream, cake and jelly. Mereka berjanji nak sediakan makanan istemewa sebab ada aku terdengar mereka ini ada yang dnaikkan gaji. Hehehe, mereka tidak beritahu aku tapi sebagai ibu aku ada sixth sense lah sebab ada yang hulurkan wang kertas baru kepadaku semalam.

Kami juga sedang menunggu ada keluarga sahabat dari Tanah Suci akan datang menziarahi kami. Walaupun aku dan Pak haji masih letih kami kenalah sambut sahabat kami ini kerana semasa kami di Makkah merekalah yang menjaga makan minum kamisekeluarga. ( Mereka ini dah menjadi rakyat saudi. Dari segi asal usul mereka adalah orang Patani berkahwin orang Indonesia 50 tahun yang lalu. Namun mereka lebih suka dan selesa pulang ke Malaysia . Itulah menunjukkan Malaysia ni bumi bertuah.)

Alhamdulillah! Kami mempunyai beberapa keluarga sahabat yang sangat rapat dengan kami, kadang-kadang lebih rapat dan mesra dari adik-beradik sendiri. Inilah kata orang, dalam Islam sahabat adalah saudara kita juga.

SELAMAT MENGUNDI ! JADILAH ORANG YANG BIJAKBISTARI !

Tuesday, 4 March 2008

SMS Dari Pak Uneng

Assalamalaikum! Tiga hari kami berada diKelantan kerana urusan membeli kitab-kitab, menziarahi sahabat handai orang Kelantan yang telah menjadi seperti adik-beradik sendiri. Kami juga bercadang untuk berjumpa dengan Doktor Pakar Mister Md Sobri yang kami amat terhutang budi kerana pembedahan terhadap Lia tahun lepas. Kami hendak memberitahunya Lia dah sihat. Alhamdulillah!

Semasa di Kelantan macam-macamlah sms yang diterima. Ada yang lucu, ada yang memperli kami pergi berkempen di Negeri Bulan Mengambang itu dan pelbagai lagi. Diantara SMS yang menarik ialah dari Pak Uneng. Pak Uneng ialah sepupu emakku dan merupakan peminat setia blogku ( silent reader). Dia pernah beritahu aku bahawa dia membaca blogku setiap hari. Pak Uneng berumur 4 tahun muda dariku sama dengan umur adikku. Anehnya aku dengan Pak Uneng boleh berkawan tetapi aku dengan adikku dari kecil hingga sekarang tak pernah sebulu. Anyway selalu juga pak Uneng SMS aku selepas dia baca entry blogku tetapi yang ini aku nak kongsi dengan pembaca.

Mesej berbunyi: RENUNGAN BERSAMA: Wasiat Luqman Al Hakim, "Wahai anakku! Untuk kesumpurnaan hidup: Ingatlah 2 perkara dan lupakalah 2 perkara, Ingatlah Allah dan Mati dan lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu."

Setelah aku merenung mesej itu akupun membalasnya begini: TQ " Wahai Lugman Al Hakim, Allah ku ingati setiap hari, Mati ku renung dihujung jari, kebaikkan ku kepada manusia tidak dalam kenangan melainkan dibangkitkan olih sesuatu, kejahatan manusia kepadaku berparut dihati kekadang berdarah kembali, lalu bagaimana dapat aku lupai. ( Namun ada yang telah ku maafkan!) Nyatalah wahai Luqman aku manusia yang lemah tidak segagahmu, Engkau wahai Luqman Al Hakim dimuliakan Allah namamu tercatit dalam Al-Quran ! "

Aku tahu apa maksud Mesej Pak Uneng kepadaku. Lalu selepas membalas msej itu aku merasa lega. Sekarang aku sendiri menerima hakikat aku insan yang lemah! Jadi kalau ada banyak perkara yang aku tak boleh berjaya buat dalam hidup ini ok lah aku terima!

Selepas kisah SMS Pak Uneng tu kami pergi beli hadiah untuk tanda iklas kami berterima kasih kepada Doktor Pakar yang ke sebut diatas tadi. Tak sempat kami nak berbual panjang sebab dapat call dari HUKM menyatakan saudara Pak haji dah coma. Jadi kamipun tergesa-gesa pulang tak sempat nak membeli-belah lagi. Jam 2.30 kami check out dari hotel setelah makan tengah hari dan solat. (Hotel ni dah macam rumah kedua kami. Pekerjanya melayan kami istemewa sekali, kerana kami mula masuk semasa mula-mula mereka beroperasi, kalau tak silap 7 tahun yang lalu)

Perjalanan kami diiringi hujan lebat bertompok-tompok. Dalam perjalanan terpaksa memotong banyak lori-lori balak. Ada satu tu sangat bahaya kerana ternampak satu batang balaknya nak terkeluar dari ikatan iaitu terjulur bergayut-gayut. Kami potong dan hon lori itu sambil cuba memberi isyarat akan keaadaan muatanya. Sepanjang jalan aku menyesal kerana tidak memberhentikan lori itu. Takut kalau bahaya itu berlaku kepada pengguna jalan atau kanak-kanak yang sedang bermain di kampung kampung mereka ditepi jalan. Lepas itu akupun berdoa agar tidak berlaku apa-apa kemalangan yang terbayang dalam fikiranku pada masa itu.

Pukul 7.20 kami melepasi Kuala Lipis kami dapat satu panggilan telefon yang aku dah boleh agak beritanya. Panggilan dari adik saudara duapupu Pak Haji yang bersama pesakit, jadi aku yang amat penakut menerima berita yang aku takut dengar itu terus paskan hp kepada Pak haji. Pak Haji menyebut Innalillahiwainnailaihiroojiuun! Akupun maklum akan maksud panggilan itu.

Bekalan makanan yang kami bawa bersama tidak termakan. Kami tidak singgah mana-mana tempat lagi. Aku dengar Pak haji beritahu urusan-urasan yang perlu dibuat. Kamipun telah bermesyuara 2 malam lepa to be prepared. Tugas Pak haji menyediakan tempat perkhuburan dan upacara pengkebumian. Malam tadi kami sampai rumah jam 10.00 malam. Aku keletihan tidak pergi ziarah terus. Aku sedar Pak Haji balik rumah Jam 4.30 am kerana menemani jenazah yang telah dibawa pulang ke Shah Alam rumah Mak Su. Apabila kematian berlaku barulah saudara-mara berkumpul. Aku telah menitiskan airmata sebelum janazah diusung ke perkuburan. ( Aku teringat apa yang telah berlaku diantara kami. Namun aku telah maafkannya! Semoga Allah SWT mengapunkan dosa-dosanya dan mencucuri rahmat keatas roh nya. Ameen!) Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumika jam 11.30 sebelum tengah hari tadi.

Thursday, 28 February 2008

Anak Orang Anak Kami

Assalamialaikum! Sejak membuka sekolah kami 3 tahun yang lalu, kami dapat ramai anak-anak baru. Setiap tahun bilangannya bertambah. Apabila kami membela dan mendidik anak-anak ini tak ubah seperti kami membela anak-anak sendiri. Kemudian perasaan kesihan dan sayang pada anak-anak orang pun ada. Ibu saya pernah berkata apabila mendengar saya dan Pak haji membuka sekolah ini," Hai tak penatkah hampa? Selepas penat menjaga anak-anak sendiri, ni menjaga anak-anak orang pula?"

Mendengar itu saya terdiam tak terkata apa-apa, sedangkan Pak haji hanya tersenyum. Beberapa lama kemudian saya terfikir mungkin ini diantara hobby kami iaitu memdidik. Dua hari lepas kami terpaksa memanggil parents seorang pelajar kerana didapati budak itu suka mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain. Ada-ada saja perkara yang dia buat melanggar peraturan asrama. Kalau ikut hati kami panas memang elok dibuang sekolah sahaja budak itu. Tetapi ada perkara yang menghalang kami berbuat demikian, pertama, budak ini tidak akan menjadi orang akan terus hanyut kalau kami buang dari sekolah dan kami amat sedar itulah yang syaitan harapkan supaya budak ini tidak menjadi Al-hafiz. Kedua budak ini pelajarannya agak bagus dan hafalan Al-Qurannya mantap. Ketiga Pak haji dah sayang anak orang yang dia didik ni yang dia percaya masih dapat dibentuk perangai dan akhlaknya.

Oleh yang demikian Pak haji telah menjatuhkan hukuman gantung dari sekolah selama seminggu. Parents dia pun datang malam itu, menerima hakikat perangai anaknya yang salah itu dan bersetuju dengan hukuman Pak haji terus bawa dia pulang. Sejak dua hari pelajar yang dihukum itu tidak ada, nampaknya keadaan tenang dengan pelajar-pelajar lain bernafas lega serta melakukan aktiviti mereka dengan penuh semangat dan keceriaan.

Mak teh harap kepada ibu-ibu yang membaca blog ini, usahlah bimbang, kami akan pantau semua pelajar-pelajar setiap masa. Kalau anda tidak dapat panggilan telefon dari kami bermakna anak anda dalam keadaan bagus, sihat dan sedang tekun belajar atau aktiviti ko-ku yang mereka amat suka. Kalau ada berita dari anak-anak dalam bentuk pengaduan ambillah (percaya) 50% sahaja. Kalau berita gembira seperti, sekolah ni best, makan best, belajar dengan Pak haji dan Mak aji best, yang macam tu bolehlah ambil (percaya) 100% ! He, he he nak jaga anak orangpun susah tau!

Wednesday, 27 February 2008

Teringat Ibuku

Assalamualaikum! Bila baca kisah nenek tua yang nak bertanding pilihanraya, aku terus teringat akan ibuku dikampung. Ibuku berumur muda sedikit dari nenek calon pilihanraya itu. Namun ibuku sudah uzur dan tidak bercakap kisah politik lagi, dia hanya banyak bercakap kisah ibadah atau mati. Di umur mudanya lebih setengah abad dia mengabdikan diri kepada masyarakat mengajar Al-Quran di kampung kami. Dia mula mengajar sejak berumur 10 tahun. Itu tidak menghairankan kerana zaman dahulu ramai orang-orang dewasa tidak pandai membaca Al-Quran dan terlalu kurang orang yang celik Al-Quran.(zaman awal abad 20) Lagi seperkara ibu adalah anak Tok Guru Haji Ibrahim yang membuka pondok di Perak Utara dekat Lenggong. Kemudian bapanya meninggal semasa dia berumur 6 tahun. Dia dan ibunya pulang ke Kedah tinggal di pondok bapa saudaranya Tuan Guru Haji Hussain.

Semaza zaman semangat kemerdekaan dia sangat aktif dan terlibat secara lansung membantu pergerakan Seberkas dan kemudian Umno di Kedah. Dia bukanlah barisan Hadapan wanita Umno tetapi dia adalah tunggak dibelakang. Seorang bapa saudaranya yang aktif dalam politik telah berkata kalaulah ibu seorang yang berpelajaran sudah tentu boleh jadi Menteri. Saya masih ingat dibawa ibu ke majlis-majlis dan mesyuarat umno. Ibu lah yang akan sanggup membuat segala kuntum bunga-bunga rosset untuk pergerakan umno masa itu mencari dana meminta derma. Namun apabila Umno menjadi parti perikatan ibu telah berundur diri dari aktif dalam umno.

Selepas itu dua bapa saudaranya yang dia kasihi, tempat dia bermanja, telah masuk bertanding. Seorang adalah kuat UMNO dan yang seorang lagi diletakkan sebagai calon PAS. Itu yang membuat ibu serba salah dan terus memdiamkan diri dari semua pergerakan politik. Kampung kami menjadi terbelah dua, seberang jalan UMNO dan sebelah kami PAS. Walaupun begitu kalau ibu buat majlis kenduri akan dihadiri oleh kedua-dua belah pihak. Perang mulut berlaku pada zaman itu sehingga aku jelak mendengarnya. Dalam hati kecilku "sampai bilalah orang melayu bansaku nak bersatu".

Alhamdulillah dikampungku sekarang ini generasi yang muda sudah pandai membawa diri. Sudah tidak ada perang mulut yang bodoh dan generasi baru ramai yang berkahwin pasangannya dari kem parti yang berlawanan itu. Nampaknya anak-anak yang mereka lahirkanpun lebih bijak. Oleh itu aku berharap mereka-mereka generasi yang baru ini bijaklah berfikir memilih wakil mereka nanti.

Berbalik kepada ibuku, dia tidak menggalakkan anak-anaknya menceburi politik. Kalau ada anak-anak buahnya masuk politik dia doakan kejayaan sekiranya orang itu buat yang betul. Di saat orang demam pilihanraya ini aku teringatkan ibu yang uzur dan kesaorangan di kampung. Hidup ibuku telah banyak berbakti kepada kami dan masyarakat dan tidak perlulah dia menjadi calon. Insya-Allah, aku akan meneruskan perjuangan ibu memertabatkan ilmu Al-Quran. Semoga ibu sentiasa bahagia dan dalam pemeliharaan Allah SWT. Ameen!

Tuesday, 26 February 2008

Akhirnya Aku Maafkan Dia

Beberapa tahun yang lalu ada perselisihan faham diantara aku dan seseorang. Tengah hari tadi kami mendapat berita dia sedang sakit tenat. Kami batalkan hasrat nak keluar outstation, Pak haji dan anak-anak pergi menziarah pesakit itu kerana beliau merupakan saudara yang dahulunya sangat rapat dengan kami. Aku tidak pergi kerana takut kehadiranku akan menggugat ketenteraman pesakit itu.

Apabila aku flash back mengenai kisah kami yang lampau, aku kenangkan zaman perhubungan persaudaraan yang baik diantara kami. Anak-anak sangat mesra dan sayang akan dia ini. Jadi petang tadi, ( setelah Pak haji dan anak-anak pergi ziarah ) dan aku tinggal bersaorangan, aku telah berfikir cerita flashback itu. Lalu dengan hati yang lapang aku telah memaafkan saudara ini atas kesalahannya yang telah melemparkan kata-kata kasar terhadapku. Akupun tidak faham dan tidak tahu punca kenapa dia tidak suka akan aku dan sejak bila dia berubah begitu. Hatiku pada masa itu sangatlah hancur dan sedih bila mendengar orang ketiga menceritakan perkara-perkara yang dikatakan terhadap aku. Sejak dari hari itu kami tidak pernah bertegur sapa lagi.

Aku tidak pernah berdendam terhadapnya tetapi merasa sedih. Pak hajipun kena hentam juga tetapi tak pernah memberitahu aku tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kapadanya. Tidak lama selepas kejadian itu kami dapat berita yang dia ni mengidap kanser. Pak haji memaafkannya dan membawa anak-anak mengunjunginya. Kami kesihan pada dia kerana dia tidak ada anak-anak atau waris yang sanggup menjaganya. Allah saja maha mengetahui kenapa perselisihan faham itu berlaku, kalau tidak tentu saja dia akan datang tinggal dirumah kami dan kami akan menjaganya. Dia pernah tinggal bersama kami zaman kami muda dahulu kerana kami membantu diantara satu sama lain kerana Pak haji dan dia sama-sama menganggap saperti adik beradik saudara yang berkongsikan nenek dan atuk yang sama.


Tahap sakit saudara Pak haji itu sangat kritikal. Walau apapun yang telah berlaku sekiranya tidak ada orang menyanggupinya kami akan terima kewajipan yang mungkin akan jatuh kebahu kami.

Monday, 25 February 2008

Al-kisah kambing-kambing sekandang

Pak Haji dan anak kami Alan sangat suka memelihara kambing. Namun kami tidak ada kesempatan nak membela kambing-kambing sendiri. Jadi sudah 2 kali Pak haji cuba membelanya, pertama (beberapa tahun yang lalu) menggajikan seorang sepupu pak haji. Malangnya orang itu telah menjualkan kambing pak haji itu tanpa pengetahuan kami dan wang hasil jualan pun tidak sampai kepada kami. Kali kedua, tahun lepas pak haji beli lagi 2 ekor ibu dan 3ekor anak kambing dan pawah kepada seorang bekas pekerja kami yang sangat amanah. Namun setelah kambing-kambing itu membesar dan membiak, sisuami tidak suka dia meneruskan pekerjaan memelihara kambing itu dengan memberi beberapa alasan. Kerana kesiankan bekas pekerja yang kami anggap seperti saudara sendiri, pak hajipun dengan berat hati nmelepaskan sekandang ( 7 ekor) kambing-kambing itu untuk dijual (pagi tadi telah berlaku penjualan itu). Sekarang saya masih terbayang wajah kambing-kambing yang comel-comel itu. Favourite Yanna (masa dia pulang malaysia dulu ) ialah dua ekor anak kambing comel nama Choco dan Latte. Alahai sayangnya kambing-kambing tu! ( Nanti kemudian nak cuba post gambar Yanna dengan kambing-kambingnya)

Mak teh dan Pak Haji tak jadi pergi Kelantan lagi sebab terlalu banyak kerja. Semalam ada tetamu istimewa datang ke Sekolah kami. Tetamu itu telah membawa kueh-kueh lazat untuk warga MTAQSA. (Syukran Jazilan!) Pagi ini pula ada lagi tetamu istimewa datang melawat kerana mereka hendak buat laporan mengenai sekolah ini berikutan permohonan kami untuk mendapatkan sebuah Van dari sebuah Syarikat multi nasional. Alhamdulillah mereka sedang memproseskan permohonan itu yang telah diluluskan oleh orang yang ada kuasa meluluskan. Dengar-dengar cerita insya-Allah dalm bulan Mac dapatlah. Eeee! Bagusnya bila dapat nanti, tentu cantik sebab akan dilukiskan logo syarikat itu dan logo setr lambang kata-kata sekolah kami. Kami bercadang hendak menjemput YAB Tan Sri (tak boleh sebut lagi kena dapat persetujuan beliau dahulu) sebagai penasihat MTAQSA menerimanya bagi pihak kami. (Promosi...kan!)

Sehari dua ini mak teh tak punya kawan. Kawan baik mak teh Mazz telah pergi outstation, ke Labuan. Katanya balik nak kontek mak teh tetapi belum dapat kontek dia. Kawan mak teh yang lagi satu Mak Long, dia balik kampung tak balik ke PJ lagi. Mak teh nak ajak dia ikut kami pergi kelantan, so call dia rupanya masih dikampung sebab ada kematian. Kesian mak long dia memang teringin sangat nak ikut mak teh ke kelantan sebab K.B tempat dia tinggal masa dia sekolah rendah dahulu. Lepas tu dia berpindah ke kedah, lepas tu berkahwin masa umur 16 tahun. Dia berkahwin dengan Pak Long sepupu emak saya. Sepanjang perkahwinan dia bawah cotrol Pak Long agak terkongkong tinggal jadi suri rumah sahaja. Tiap kali kami cakap nak ke Kelantan dia amat ingin ikut sama tetapi tidak berani minta kebenaran suaminya. Sekarang Pak Long sudah lebih setahun meninggal, jadi inilah masanya kami nak bawa dia ke Kelantan menjenguk kawan-kawan yang dah hampir setengah abad dia tak berjumpa. Kesian mak long! ( Mak long mailah balik segera boleh ikut kami, he, he... tolong beritahu dia ada geng mak long yang baca blog ni kan ? )

Friday, 22 February 2008

Di Suatu Hari Yang Panas

Assalamualaikum! Amatlah panas rasanya semalam dan hari ini sehingga mak teh minta anak-anak tolong belikan cendol atau grape juice ataupun tolonglah buatkan air limau manis ais. Lepas tu bila buka blog OO nampak jelly yang cool tu rasa nak minta sikit. He, he, he. Di hari yang panas begini mak teh tak boleh tulis benda yang panas-panas,nanti naik lagi suhu badan Pak Haji. Kebelakangan ini Pak Haji sentiasa geleng-geleng kepala mengenai beberapa issue. Pak Haji suruh saya buat itu dan ini, tetapi saya tak ikut sangat sebab tak mau masuk campur dalam perkara-perkara yang saya tidak ada kuasa keatasnya. Hari yang mak teh ada kuasa nanti barulah mak teh boleh lakukan sesuatu. Tapi kadang-kadang pada hari itu tak de muka-muka yang mak teh suka, kalau satupun tak ada nak buat camne? He, he, he, nampanya kalau camtu kena jadi budak tadikalah pula.

Mak teh telah dibankan oleh anak-anak menulis perkara-perkara sensitive. Jangan salah faham bukan mengenai hal yang blog lain dok tulis tu sampai naik kemarahan setengahpihak sampai melompat-lompat. Mak teh tidak dibenarkan menulis mengenai majlis yang akan berlangsung nanti. Jadi terpaksalah mak teh diam dulu mengenai hal itu.

Hari Ahad ni ada orang dan beberapa orang lagi mungkin datang melawat sekolah mak teh. Ada yang nak lihat-lihat je dan ada yang nak tinjau-tinjau sebab mereka ak lakukan amal jariah. Kami dah suruh warga MTAQSA bersolat hajat agar dapat sebuah van atau bus didermakan oleh sesiapa yang baik hati. Insya-Allah sayup-sayup ada kedengaran bunyi enjin sebuah kenderaan. (Tak boleh cakap lagi tetapi semalam pak haji tersenyum-senyum kesyukuran... dia ada terdengar dari the horse's secretary's mouth.. berita gembira..Insya-Allah)

Ahad malam mak teh dan Pak haji akan bertolak ke Kelantan (kami suka jalan malam). Eh, eh, bukan pasal nak tolong tampal poster! Kami ada urusan mengenai sekolah kami, nak beli buku-buku agama, nak beli kopiah, tudung dan nak jumpa sahabat handai di Kelantan yang dah jadi macam saudara kami ( Keluarga kat sana tu nak bawa kami jumpa Tukang Emas Kelantan yang terkenal...kononnya dia tulah tukang emas Sul...Bru. He,he betul ke? Dah pernah tempah melalui mereka set butang baju melayu Pak Haji hadiah untuk Ally, memang cantik buatannya.

Lagi satu perkara, ada juga niat nak cari anak yatim ustaz yang meninggal kat TTDI tu sebab ada orang nak sponsor dia belajar di sekolah kami. Kalau boleh minta blogger friend kita silversarina beritahu keluarga itu akan niat murni ahli koprat ini. Di kelantan kami akan tinggal di 'Hotel kueh keladi' kat jalan Pengkalan Cepa tu. Ini hotel orang tapi dah jadi macam rumah sendiri sebab kami menghuninya sejak minggu pertama dia mula operasi hingga kini setiap kali kami ke Kelantan situ lah tempat kami berlabuh. Lainkali kalau tak ada tempat menginap bila di KB macam cerita blog silversarina tu gunalah booking kami. He, he, he.