Friday, 7 March 2008

Macam Nak Raya

Assalamualaikum! Ramai orang sibuk bercakap mengenai hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari esok. Semua orang nak menyuarakan pilihan mereka dan cara untuk mengendalikan Negara tercinta ini. Pagi tadi di pasar aku bertemu ramai jiran dan sahabat handai, masing-masing tersenyum penuh makna. Masing-masing sibuk membeli bahan makanan untuk persiapan istemewa hari esok. Rasa macam nak raya pulak.

Persiapanku untuk hari esok ialah membeli bahan-bahan untuk masakan menu istemewa bukan kerana menyambut itu tetapi lebih kepada meraikan kesemua anak-anak (yang ada dalam negaralah) akan berada dirumah. Suara keluarga kami lebih ramai tahun ini. Ada 5 orang dalam keluarga kami yang bolih membuang undi. Lepas menjalankan tugas itu kami akan menjamu seleralah. Aku bercadang nak masak laksa utara (kuah lemak). Ude akan buat trifle untuk dessert. Untuk Pak haji yang tak gemar laksa kenalah buat gulai ikan kering campur nenas dan ikan jenahak goreng sumbat. Hehehe mesti teliurkan?

Bila anak-anak balik kerja petang nanti, mereka akan pergi ke Supermarket untuk membeli bahan minuman, ice-cream, cake and jelly. Mereka berjanji nak sediakan makanan istemewa sebab ada aku terdengar mereka ini ada yang dnaikkan gaji. Hehehe, mereka tidak beritahu aku tapi sebagai ibu aku ada sixth sense lah sebab ada yang hulurkan wang kertas baru kepadaku semalam.

Kami juga sedang menunggu ada keluarga sahabat dari Tanah Suci akan datang menziarahi kami. Walaupun aku dan Pak haji masih letih kami kenalah sambut sahabat kami ini kerana semasa kami di Makkah merekalah yang menjaga makan minum kamisekeluarga. ( Mereka ini dah menjadi rakyat saudi. Dari segi asal usul mereka adalah orang Patani berkahwin orang Indonesia 50 tahun yang lalu. Namun mereka lebih suka dan selesa pulang ke Malaysia . Itulah menunjukkan Malaysia ni bumi bertuah.)

Alhamdulillah! Kami mempunyai beberapa keluarga sahabat yang sangat rapat dengan kami, kadang-kadang lebih rapat dan mesra dari adik-beradik sendiri. Inilah kata orang, dalam Islam sahabat adalah saudara kita juga.

SELAMAT MENGUNDI ! JADILAH ORANG YANG BIJAKBISTARI !

8 comments:

  1. Salam Mak Teh


    pB ucapkan 'Selamat Mengundi'

    Moga apa yang kita pilih esok , akan melakukan kerja yang terbaik untuk masa depan orang Melayu khasnya ......

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Teh... seronoknya anak-anak nak balik. Mesti meriah kan. Malamnya pulak pakat pakat dok depan TV.. tengok keputusa. Neeza, lambat la sikit dapat keputusan kot.. hehehe.. kena online setiap masa la jawabnya hehehe

    esok mengundi.. Mak Teh pergi undi ya.. undi lah untuk kebahagian semua orang.. bukan sesetengah orang aje.. hehehee

    ReplyDelete
  3. sebelum balik mengundi nak jugak melawat blog mak teh dulu! hehehehe...

    MEMANG MACAM NAK RAYA PUN!! TAHUN NI RASA SEMANGAT SGT NAK BALIK "MMAKOH" (memangkah)..

    wah! terliurnya gulai ikan kering + nenas tuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!! huhuhuhu..nak sikiiiiitttt...

    Alhamdulillah! rezeki anak2 mak teh dan mereka tak lupa pada ibu mereka!

    ReplyDelete
  4. Salam PB, terima kasih atas ucapan. Insya-Allah kita pilih yang terbaik!

    ReplyDelete
  5. Neeza, sebenarnya anak-anak mak teh tu masih tinggal dirumah mak teh tetapi mereka selalu tak ada dirumah sebab berkerja balik lewat malam kekadang ada yang tak balikpun atau outstation. Jadi harini semua berkumpul ada dirumah lah.

    Mak teh mestilah pergi mengundi!

    ReplyDelete
  6. OO, kan my blog ni your cup of coffee! Hehehe, so kena minum kopi dululah sebelum pergi pejalanan yang jauh.

    Semoga kita boleh ketawa lagi selepas ini. Selamat mengundi dan selamat kembali ke KL.

    ReplyDelete
  7. Bestnya semua orang tinggal satu rumah. Mesti selalu meriah kan...

    Mak Teh, tempat Mak Teh sape menang? hehehe... Neeza dok depan computer sampai tengah malam. Frust sebab lambat sangat nak finalized everything. Kenapa yang sudah sudah tak la lama sangat nak finalize ye?

    ReplyDelete
  8. Tempat mak teh yang menang bulan mengambang dan kawannya bulan sabit. Lambat sikitlah nak mengumumkan keputusan sahih dari SPR, agaknya suara dah serak penat mengumumkan banyak keputusan yang diluar dugaan. Hehehe.

    ReplyDelete