Thursday, 22 May 2008

Anda Percaya Tak ?

Assalamualaikum! Sekarang baru pertengahan tahun, namun aku dan Pak haji sudah mula memikirkan keperluan untuk kemasukkan sesi 2009. Kami bercadang untuk mengambil dua kelas untuk Ting 1 jan 2009 ia-itu dalam 50-60 orang. Perkara yang paling utama untuk difikirkan ialah rumah asrama unuk menempatkan pelajar-pelajar baru. Aku telah terfikir, alangkah eloknya kalau tuan rumah sebelah rumah asrama sekarang ni menyewakan rumahnya kepada kami. Tiba-tiba 2 hari lepas tuan rumah tersebut memberitahu ingin berjumpa kami. Pak haji pergi berjumpanya dan amat terkejut apabila dia memberitahu hasratnya untuk menyewakan rumaknya kepada kami.

" Masya-Allah! " kata Pak haji, " Baru minggu lepas mak Aji sebut suruh saya tanya tuan mengenai perkara ini."

Minggu lalu memang aku telah suruh Pak haji berbuat demikian. Tetapi Pak haji telah berkata, " Mana boleh! takkan dia nak sewakan, dia baru renovate rumahnya, dia tinggal dengan anak-anak dan cucu-cucunya. Takkan dia nak sewakan rumahnya kepada kita!"

Bila diberitahu perkara itu jiran, tuan rumah itu memberitahu sebab dia nak sewakan adalah kerana dia hendak berpindah secepat mungkin. Dia juga memberitahu sebab-sebab yang dia nak berpindah itu. Masya-Allah ! Allah tahu keperluan kami dan Allah ada rancanganNYA sendiri.

Jadi kami telah berbincang dengan tuan rumah itu dua hari lalu. Insya-Allah kalau semuanya berjalan lancar dan dia menerima tawaran kami, kami akan sewa rumah itu yang akan di kosongkan pada awal July. Berikutan itu tahukah anda siapa yang perlu rumah di Shah Alam pada awal bulan July ? Haaa! Anda tekalah sendiri. Member-menber blogger group kita ni tentu dah boleh tekakan ?

Insya-Allah rezeki hamba Allah itu yang ikhlas join kami kerana nak tolong kami nampaknya akan berlipat ganda. Ini semua adalah perkara-perkara dalam ilmu Allah. Namun sudah nampak bunga-bunya bahawa durian akan berbuah. Jadi kita tunggulah bila musim durian gugur nanti adakah sesiapa yang akan mendapat durian runtuh?

Al-kisah ada satu kisah benar ( tengok TV ), seorang hamba Allah yang telah bekerja dengan penuh keikhlasan telah mendapat rezeki yang melimpah ruah yang tak di sangka-sangkanya. Maka orangpun bertanya padanya ( kebetulan dia baru balik dari Haji tahun sebelum itu) " Apakah doa yang di bacanya tatkala bertawaf ? " Dia menjawab bahawa dia hanya membaca tak henti-henti " Subhanallah, Walhamdulillah, Laillahaillah huwallahuakbar " Mungkin kerana itu dia mendapat rezeki itu.

" Kenapa baca zikir itu sahaja" orang bertanya.

Kata Haji itu bahawa dia telah dengar akan satu hadith bahawa Saiditina Aisyah RA telah bertanya kapada Rasullallah SAW, Apakah yang Rasulallah membaca ketika sedang bertawaf ? Rasulallah menjawab bahawa Baginda membaca Subhanallah, walhamdulillah, Laillahaillallahu wallahuakbar ! Kemudian kata Saiditna Aisyah, Kalau baca itu maka waktu mana nak berdoa meminta apa yang kita hajatkan? Jawab Rasulallah, Allah akan makbulkan apa yang orang itu ingin dalam hatinya kerana mulutnya sibuk berzikir tidak masa untuk memohon permintaan." ( Begitulah lebih kurang yang saya dengar dari program TV itu ) Wallahu'alam !

Berbalik kepada kisah kami, sebenarnya banyak lagi keperluan kami. Allah sahaja yang mengetahui. Kami doakan semoga Allah memudahkan segala urusan kami. Ameen!

Tuesday, 20 May 2008

Perkara-perkara Yang Berlaku

Assalamualaikum! Maaf, mak teh lambat update sebab banyak perkara kena buat dan perkara yang berlaku. Selepas entry mak teh pasal kekurangan beras haritu, kami telah mendapat 5 peket beras yang dihantar oleh seorang Hamba Allah yang tak mahu beritahu siapa dia. Tapi mak teh dapat teka siapa dia tu dari keterangan yang diberi oleh anak mak teh. Hari berikutnya, kami dapat lagi 3 peket beras yang kami langsung tidak ada idea siapa yang memberinya kerana Hamba Allah itu hantar ke asrama semasa semua orang berada di sekolah. Kemudian pada hari Ahad, ada lagi rezeki kami, melalui Blogger OO ada orang kirimkan rm 300 sebagai derma untuk beli beras. Alhamdulillah dapatlah mak teh beli beras dan stok beras kami bertambah lagi 11 peket. Terima kasih kami ucapkan kepada Hamba -hamba Allah yang prihatin dan pemurah ini. Allah SWT sahaja yang dapat memberi balasan yang di janjikanNYA kepada mereka.

Semalam mak teh pergi sendiri beli barang-barang di kedai borong kat kelang tu. Punyalah bertambun bekalan beras semua jenama ada tetapi harga tiap peket 10 kg dah naik rm 10. umpamanya beras jenama merbuk dulu rm 17 sekarang rm 27, jenama jasmine dulu rm 18 sekarang 28. Eeee! Geramnye mak teh, so mak teh kata kepada tauke Si Che tu,

" Eh, bukankah hargnya naik ke rm 25 saje!? "

" Siapa kata! " jawabnya dengan nada sombong.

" Saya lah tanya, sebab dengar berita kata boleh naik rm 6- rm 8 sahaja " kata mak teh.

" Boleh naik rm 10 beras jenis 5 %, itulah beras jenis 5% lah! " kata tauke Si Che itu. ( Maksud dia beras gred bagus yang beras hancurnya 5% sahaja ).

" Inipun akan naik lagi tau !" sambung Si Che itu.

" Ni kau yang buat untung ke supplier."

" Ni barang wa sudah bayar wang nye dulu. " Sahih dia lah yang telah sorok barang-barang tu dan dialah yang sedang membuat keuntungan yang berlipat ganda!

Lepas tu mak tehpun diam. Pergi tanya kedai lainpun macam tu juga harga dan lain barang naik melambung terutama yang ada kaitan denga beras! Lepas tu mak tehpun balik rumah dengan suhu badan yang panas dan bp yang naik tinggi. Perasaan kesal menyelinap kedalam hati mak teh dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini. " Itulah kalau Pemerintah tidak tegas, orang-orang yang tidak bertanggung jawab berani berbuat sesuka hati" fikir mak teh.

Al-kisah di zaman Khalifah Omar Ibni Abdul Aziz, seorang Khalifah yang sangat tegas, jujur dan amanah dalam pemerintahannya, dikatakan sang serigalapun tidak mencuri makan kambing-kambing pengembala. Dalam kes negara kita sekarang ini bukan saja segala serigala di hutan belantara dan bandar mencuri untuk makan kenyang, orang-orang khalifahpun turut mencuri makan kambing-kambing raayat! Andar fikirkanlah!Wallahu'alam!

Friday, 16 May 2008

Kesyukuran di Pagi Jumaat

Assalamualaikum! Alhamdulillah mak teh rasa amat bahagia dan bersyukur dipagi Jumaat ini. Pertama awal-awal pagi lagi mak teh dapat kad ucapan Selamat Hari Guru dari pelajar diikuti dengan text message dari sepasang ibubapa bunyinya begini:

ASSALAMUALAIKUM! SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU D MTAQSA. SETULUS DOA & HARAPAN DARI KAMI MOGA GURU-GURU D MTAQSA DI BERI KEKUATAN HATI & IMAN UNTUK MENDIDIK & MENGASUH PELAJAR-PELAJAR DI MTAQSA. MOGA DI BERI KESIHATAN SERTA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT. TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA. IRINGAN DOA DARI KAMI IBU&BAPA F... A...

Setelah membaca text itu kepada Pak haji, aku segera menjawab mesej itu begini:

Waalaikumussalam! Terima kasih di atas ucapan serta doa anda. Alhamdulillah kami amat bertuah di izinkan Allah SWT memainkan peranan dalam mendidik anak-anak yang di pilih Allah ini. Ameen di atas doa anda!

Kedua aku rasa amat bersyukur dan gembira kerana ada 2 orang hamba Allah telah respond kepada permintaan tolongku tempoh hari. Entry pada beberapa hari yang lalu aku tulis Tolong! Tolong Kami Perlu Beras. Rupa-rupanya ada juga yang terdengar jeritan minta tolongku itu. Pertama ada seorang hamba Allah telah memberiku info kat mana nak dapat bekalan beras yang murah atau berpatutan. Dia beri aku nombor telefon suroh aku hubungi. Hamba Allah kedua, DATANG SENDIRI KE ASRAMA KAMI DENGAN MEMBAWA 5 KAMPIT BERAS 10 KG! MASYAALLAH! Betullah beliau faham keadaan kami. Allah saja yang akan membalas padanya dan balasan dijanji Allah mengikut Surah Al-Baqkaroh, Ayat 261 yang bermaksud " Sesiapa yang menginfakkan hartanya kejalan Allah adalah diumpamakan sebiji benih akan becambah 7 tangkai dan setiap tangkai ada 100 biji " Itulah janji Allah kepadanya. Kami hanya mampu mengucapkan TERIMA KASIH.

Kesyukuranku yang ketiga ialah mengenangkan anak-anak yang sedang mengambil peperikasaan di luar dan dalam Negara. Tahun lalu semua anak-anakku mendapat keputusan yang cemerlang. Jadi aku telah tunaikkan Nazar-nazar kami untuk mareka. Pagi ini telah di tunaikan nazar untuk Yanna. Ada lagi dua nazar yang belum di tunaikan iaitu nazar untuk Cik Su yang telah mendapat 5 A dalam UPSR dan mumtaz dalam Peperiksaan Sek Agama. Ada lagi satu Nazar kenduri kesyukuran sebelum Ally bertolak ke Cairo.

Perasaan Kesyukuran juga terasa pagi jumaat ini, kerana aku semakin pulih dari penyakit yang melanda. Aku lebih segar dan ceria dan aku sedang mengambil iktibar dari semua perkara yang telah ku alami. Mungkin kerana perkara-perkara yang telah ku alami itu yang menyebabkan aku di serang sesak nafas kebelakangan ini.

Perasaan kesyukuran yang seterusnya ialah kami telah mendapat ilham bahawa kami perlu membuka sekolah rendah jenis kurikulum yang kami buat sekarang ini. Jadi dalam sedikit masa lagi kami akan mengumumkan perkara ini. Insya-Allah.

Tuesday, 13 May 2008

Cara Menjadi Seorang Jutawan

Assalamualaikum! Selalu kita terbaca atau melihat siaran TV kisah Jutawan-jutawan. Ada yang memperlihatkan kediaman atau cara hidup mewah mereka atau ada juga yang tunjuk beg tangan dan kasut mewah mereka. Hehehe, kadang-kadang nak ketawa tengok gelagat mereka ini. Nak kata jealous tak juga tapi hairan dan kesian tu adalah terutama yang tunjuk koleksi kasut-kasut berjenama. Tapi biarlah kat depa, masing-masing manusia dalam dunia ni ada kepelikkan sendiri. Semua orang tak samakan, kalau tidak masakan habis laku kain sekodi, kata orang tua-tua.

Anyway mak teh teringat hal orang jutawan-jutawan tu mak teh terasa pula nak ajak anak-anak jadi jutawan juga. Mari kita target nak jadi jutawan lain dari yang kita tengok dalam akhbar dan majallah tu. Kita akan jadi atau tidak belum tentu lagi tapi kita kenalah berusaha. Lagi satu perkara jutawan yang jenis mak teh kata ni tak boleh siar nama atau wajahnya dalam akhbar majallah or TV.

Adakah anda berminat untuk berusaha menjadi Jutawan Istimewa ini? Macam mana ya? Kita tak perlu banyak modal, tak perlu pinjam dari bank. Haa, begini caranya:

1) Banyak berzikir dan zikir paling utama ialah membaca Al-Quran.
2) Banyak bersedekah dan sedekah yang utama adalah kepada kaum keluarga ( miskin )
3) Banyak bersolat dan solat yang bagus ialah solat berjemaah.
4) Banyak berpuasa dan puasa yang dapat banyak markah ialah berpuasa sebulan ramadhan serta bersambung dengan puasa enam ( seolah-olah berpuasa sepanjang tahun ).
5) Memberi makan fakir miskin.
6) Mengajar orang ilmu yang bermanafaat.
7) Membantu orang dalam kesusahan .
8) Menderma kepada pelajar dan fisabilillah ( orang yang buat kerja kejalan Allah )
9) Berusaha mendapat pahala malam LailatulQadar suatu malam dalam bulan Ramadhan yang pahala beribadahnya sama seperti beribadah 1000 bulan.
10) Mengumpul pahala dari ibadah-ibadah mudah seperti memberi senyuman, memberi dan menjawab salam, membuang duri, paku atau benda-benda berbahaya dari laluan orang ramai. Berdoa, berzikir, berdiam diri sambil mengingati Allah SWT, menyebut Suhanallah ketiga kagum melihat kejadian Allah SWT.

Kita cubalah berusaha kearahnya, kitaka manusia biasa, banyak kelemahan. Walaupun perkara-perkara yang saya sebut tadi mudah tetapi tidak mudah bagi kita melakukannya, melaikan orang yang mempunyai azam yang kuat ( kuat iman ) untuk melakukannya. Kalau kita tak mula dari sekarang cara berdikit-dikit kita tidak akan dapat mengumpulkan kekayaan ini semasa hayat kita masih ada.

Dan apabila kita telah melakukannya ( mengumpul harta/ pahala ) kita tidak pula boleh memberitahu orang. Semoga kita sama-sama dapat menjadi Jutawan Istimewa ini. Wallahhu'alam.

Saturday, 10 May 2008

Tolong! Tolong kami Perlu Beras!

Assalamualaukum! Wahai saudara-saudaraku sekelian, tolong kami, bantu kami, kami perlu beras! Anda terkeju kerana mak teh minta tolong?

Kisahnya begini, mak teh ada 50 mulut nak makan nasi setiap hari. Satu hari kami guna beraspurata 15 kg. Jadi satu bulan mak teh perlu lebih kurang 45 paket yang 10 kg. Selalunya bekalan beras mak teh beli dari kedai borong di Kelang. Kami makan beras jenama Merbuk (lama ) harganya rm 18 sepeket 10 kg. Kemudian 2 bulan lalu harga beras itu naik kepada rm 21, kemudian naik lagi ke harga rm 23. Padi tadi anak mak teh pergi membeli beras keperluan kami, didapati tidak ada bekalan. Yang ada beras kualiti lain dulunya berharga rm 17 hari ini harganya melambung kepada rm 25. Kemudian anak mak teh bertanya yang jenama jasmine, harga melambung ke rm 28.

Mak teh terkejut bila dengar harga beras melambung begitu tinggi. Apa akan jadi dengan bajet kami. Beras naik rm 8 sepeket 10 kg! Berikutan kenaikkan harga beras itu pihak yang tak bertanggung jawab tentu sudah main sorok-sorok. Pihak berkuasa tolonglah bertindak cepat nanti kami tak ada supply beras terpaksa pula beli dari pasar gelap dan harganya sudah tentu berlipat ganda.

Tentu anda juga sudah tahu bahawa semua harga bihun, laksa dan apa saja yang berkaitan dengan beras telah naik 50%. Harga sepeket bihun jenama jasmine dulunya rm 100 di Giant, sekarang rm 150 lebih. Bihun cap bintang pula harganya sudsh naik rm 2.70 sepeket.

Apa sudah jadi dengan harga kawalan? Apa sudah jadi dengan stok beras Negara? Kononnya keadaan harga beras naik melambung ini mengikut pasaran dunia kerana kekurangan stok beras sedunia. Oleh kerana keadaan ini Negara pengeksport tidak mahu eksport ke Negara kita.

Aduhai, kenapa kita tidak belajar dari kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran. Kalau kita prihatin kisah-kisah al Quran sudah tentu kita buat macam nabi Yusuf. Semasa kita kaya makanan (beras) sepatutnya simpanlah stok untuk masa memerlukan. Ini tidak, kita ada Lembaga padi Beras Negara diberi kepada syarikat pula untuk menyimpan dan memperdagangkan simpanan beras kita.

Adoi, tolong! tolong! Heheh mak teh penat.

Friday, 9 May 2008

Doa-doa amalan Seharian

Assalamualaikum!

Untuk anak-anak yang di kasihi sekelian, mak teh ingin memberikan beberapa doa untuk amalan seharian. Amalkan sedikit-sedikit lama-lama akan jadi amalan harian anda.

1) Apabila nak tinggalkan rumah bacalah surah Al-ikhlas, seeloknya jangan berpatah balik atau pandang balik kerana kita sudah meninggalkan rumah kita dengan yakin ianya didalam jagaan Allah SWT.

2) Apabila hendak mengidupkan enjin kereta bacalah Bismillahirrohmaanirrahiim.

3) Apabila kenderaan dah berjalan bacalah, " Subhanalladzisakhorolana haazaa wamakunna lahu mukhrineen. Wainnailarobbina lamunngkholibuun."

4) Apabila nak keluar dari kereta, nak masuk pasar ke nak shopping ke bacalah " Laailaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah. Lahulmulku walahulhamdu yuhyii wayummi tu wahuwa 'alaa kullisyai innkhodiir." Akan di pelihara Allah SWT dari segala perkara yang buruk, seperti kena tipu, beli barang ikut nafsu, silap membeli barang dan sebagainya.

5) Apabila nak berjumpa dengan orang, nak temuduga, nak beri ucapan dan sebagainya, bacalah, " Robbisyrohlii sodrii wayassirlii amrii wahlul ukhdatanmillisaani , yafkhohu khaulii." Akan dipelihar Allah lidah kita berkata yang benar dan yang baik-baik sahaja dan orang mudah memahami maksud perkara yang kita nak sampaikan itu.

6) Apabila memulakan perjalanan atau nak keluar rumah bacalah, " Bismillahi tawakkaltu 'allahu wala khaula wala khuwataillah billahil 'aalii yil 'azeem " Akan dilindungi dari gangguan syaitan dan perkara-perkara yang buruk.

7) Apabila nak berjalan jauh atau bermusafir bacalah " Bismillahi majreha wamursaaha inna robbi laghofururrohiim ." Akan dipelihara Allah dari segala kejadian yang tak diingini.

8) Apabila bertemu sahabat atau saudarara muslim kita bersalam, jabat tangan atau peluk cium bacalah solawat atas Nabi Muhammad SAW, " Allahumma solli 'aala saiyiidinna Muhammad wa'alaa aalisaiyidina Muhammad. " Akan mendapat pahala solawat dan diperkukuhkan hubungan sesama saudara islam itu.

Elok juga tahu makna doa ni sekali apabila mengamal bacaannya.

Thursday, 8 May 2008

Masa Berlalu, Kehidupan di Teruskan

Assalamualaikum! Susah rasanya nak buat entry kali ini. The last entry was 11 days ago. That was in the morning and then on the same day at about 4.30 pm, i received news that my eldest brother kembali ke Rahmatullah. Innalillahi wainna ilaihiroojiuun! Kesedihan masih terasa terutama apabila terbayang hari-hari akhirnya bersama kami ( hari-hari terakhir aku menjaganya di hospital ). Berakhirlah riwayat abang yang dikasihi yang telah mengganti tempat seorang ayah kepada kami 8 adik-adiknya sejak aku berumur 12 tahun! Semoga roh abangku ditempatkan bersama roh-roh orang yang beriman. Ameen!

Selesai perkara yang sedih itu, aku sekeluarga segera pulang ke Shah Alam. Ada satu event yang penting pada 1 mei iaitu majlis pertunangan anak keduaku dengan anaknda sahabat kami. Oleh kerana sebulan April kami asyik berulang-alik ke Kedah, aku tidak tumpu perhatian kepada persiapan majlis tersebut. Nasib baiklah anak-anakku Kin dan Ude telah membuat segala persiapan untuk majlis tersebut. Alhamdulillah majlis pertunangan telah berjalan lancar dan rombongan kami telah disambut dengan ikhlas dan mesra. Jadi telah rasmilah aku dapat bakal menantu, Insya-Allah majlis akad nikah dan perkahwinan akan dilangsungkan pada bulan Disember tahun ini.

Alkisah, selepas tarikh itu hari berikutnya, aku ada appoinment dengan Doktor di IJN. Appoinment ini telah lama aku buat kerana aku kekadang diserang sesak nafas. Datuk Dok yang memeriksa aku terkejut mendapati tekanan darahku 260 sehingga alat yang mencatatkan tekanan darah itu tidak dapat merekodkannya yang timbul perkataan ERROR, ERROR. Aku sendiripun terkejut kerana memahami bahaya tekanan darah yang tinggi itu. So dipendekkan cerita aku di masukkan ke wad Anggrek menjadi penghuni IJN selama 5 hari 4 malam. Setelah dirawat di IJN tekanan darah aku turun ke paras yang baik. Mereka buat segala ujian darah, kencing dan scan jantungku, pakar-pakar di IJN berpendapat aku sihat dan tidak ada apa-apa tanda sakit jantung. Aku agak sangsi pendapat itu dan minta dirujukkan ke HUKM.

Selepas pulang dari IJN, aku masih rasa tidak berapa sihat. Aku dapat serangan sesak nafas berulangkali dalam sehari ( terasa berdebar, lemah dan nak pengsan ). So akupun pack barang pergi ke HUKM, masuk melalui bahagian kecemasan. Aku diperiksa dan dilakukan ECG, Xray dan blood test oleh doktor, kemudian didapati aku sihat dan tidak ada masaalah jantung! Perasaanku ketika itu lega kerana tak di masukkan wad dan mereka kata aku sihat. Lagi satu perasaanku pening juga memikirkan penyakit serangan sesak nafas ini. So aku sendiri buat conclusion keadaan kesihatanku ini kerana terlalu sibuk letih dan merana di atas kesedihan yang menimpa. Entahlah! Aku berdoa kepada Allah SWT semoga aku diberi kesihatan yang baik supaya dapat aku meneruskan kerja-kerja yang aku sedang lakukan setiap hari ketika sihat. Dengan kesihatan yang baik aku ingin melakukan kerja-kerja ini sehingga akhir hayatku. Ameen, Ameen YaRobbul'aalamin!