Monday, 4 May 2009

Kemasukan Pelajar Baru

Assalamualaikum!

Hari sabtu lepas kami telah menerima seorang pelajar baru masuk ke Ting 1. Dengan kemasukannya kami sekarang mempunyai 19 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan untuk Ting 1. Bagi Ting 1, kami boleh menerima pelajar baru sepanjang tahun. Namun bagi Ting 2 kami hanya boleh menerima pelajar di awal tahun dan syarat kelayakannya sangatlah ketat. Dia hendaklah datang dari sekolah yang mempunyai kurikulum sama seperti sekolah kami. Kami juga kurang minat mengambil pelajar dari sekolah lain untuk memasuki Ting 2 kami. Bagi Ting yang lebih tinggi kami tidak akan terima kemasukan baru.

Minggu lepas ada orang telefon nak masukan anaknya ke sekolah kami. Apabila di tanya keputusan UPSR anaknya ternyata tidak layak diterima masuk. Kemudian ada yang ingin masukan anaknya ke Ting 3, juga aku telah menerangkan kami tidak boleh terima. Bapa-bapa kepada kedua-dua anak-anak itu telah menyuarakan tidak senang hati kenapa kami tidak boleh menerima anak-anak mereka sedangkan mereka mampu membayar yuran yang kami kenakan dan sekolah swasta lain mahu menerima anak-anak mereka.

Ada juga ibubapa semasa memohon untuk masuk sekolah kami menceritakan bahawa anak mereka telah menjadi nakal, susah nak control iaitu liar, melawan ibubapa, malas belajar dan sebagainya. Maka tentu saja apabila kami mendengar hal-hal itu, kami tidah mahu mengambil anak itu belajar di sekolah kami. Maaf ye ! Sekolah kami bukan pusat pemulihan ! Kami hanya mahu mengambil anak-anak yang ada potensi untuk di gilap hingga akan menjadi orang yang cemerlang. Ada potensi bermaksud orang itu boleh dan mahu di didik dan dibentuk akhlak dan pencapaian peljarannya. Kalau kami terima anak-anak yang kurang baik akhlak dan peribadinya ianya akan mengganggu kemajuan anak-anak lain.





Masa Berlatih Main Bola Jaring Anak-anak Tahfiz Puteri




Inilah bunga melur istemewa mempunyai 100 kelopak sekuntum. Kebanggaan Pak haji yang ditanam di taman asrama kami. Lambang anak-anak Tahfiz kami yang suci dan bersih lagi harum akhlah mereka.

Sunday, 3 May 2009

DipermudahkanNya

Salam semua!

Hari ini aku telah pergi ke pasar awal pagi untuk membeli 6 ekor ayam segar, 2.5 kilo udang dan 1.5 kilo kacang buncis. Bahan-bahan ini adalah untuk memasak makanan tengah hari ini untuk anak-anak Tahfiz kami. Menunya ialah ayam goreng bersalut tepung berempah spesial, sayur kacang buncis masak lemak kuning bercampur udang segar saiz sedang dan sambal belacan. Masakan hari ini adalah sedekah dari kakakku kerana kesyukuran. Alhamdulillah selamat semuanya !

Begitulah selalunya ada-ada saja orang yang datang bersedekah kepada kami kerana bersyukur di atas sesuatu perkara. Ada juga datang memberi sedekah atau derma ikhlas kerana merasakan amat bersyukur diatas rezeki yang di kurniakan Allah SWT kepada mereka. Alhamdulillah kami amat bersyukur menerima bantuan walaupun sebanyak mana. Maha Kaya Allah SWT segala rezeki adalah dariNYA.

Pagi ini anak-anak Ting 2 & 3 telah pergi ke Majlis Sepagi Bersama Nik Nur Madihah di Perpustakaan Negeri dari 8.30 hingga 11.30 pagi. Apabila mereka pulang dari sesi itu aku telah berkata kepada mereka, " Pada tahun 2012 nanti nama yang mengganti Nik Nur Madihah hendaklah salah seorang dari kamu "

Tersenyum mereka mendengarnya seraya menyambut, " Insya-Allah! "

Melihat dari wajah mereka yang menampakkan keazaman dan keyakinan aku rasa perkara itu tidak mustahil.

Di persekitaran rumahku amatlah bersepah-sepah. Ini disebabkan pengubahsuaian yang sedang kami lakukan belum siap. Kami tambah " wing " di sisi rumahku untuk menempatkan Asrama Puteri. Nampanya lagi 1 minggu siaplah bahagian ini. Emak Ai sudah datang mengambil ukuran untuk menempah tirai tingkap-tingkap yang ada. Keluarganya yang akan sedekahkan tirai itu kepada Asrama Puteri. Emak As pula akan memanggil kontraktornya untuk memasangkan besi tirai itu. Khabarnya bapa Adz akan menanggung kos mengecat dinding. Dengan ada pertolongan-pertolongan sebegini ringanlah sedikit tanggungan kami. Alhamdulillah semuanya rahmat dari Allah!





Tersenyum gembira. Anak siapa ni?






Tekun menulis Al-Quran selepas solat asar

Saturday, 2 May 2009

Lagi Kisah Kami

Salam Semua!

Sedar tak sedar sudahpun masuk bulan Mei. Ini bermakna masa persekolahan tahun ini sudah berlalu hampir setengah tahun. Anak-anak tahfiz akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bermula minggu hadapan. Selepas ini mereka akan menfokuskan kepada pelajaran akademik. Setelah exam akademik dan agama selesai mereka akan menghadapi exam al-Quran dan hafazan. Kemudian mereka akan bercuti pertengahan tahun.

Alhamdulillah, nampaknya anak-anak Tahfiz kami sihat dan sedang tekun dalam pelajaran mereka. Kebanyakan mereka berazam untuk memperolehi kecemerlangan dalam peperiksaan SPM nanti. Dari segi hafazan ada yang telah melebihi sukatan kami dan ada yang sederhana dan ada beberapa orang yang agak lambat. Bagi anak-anak yang sedehana kami tidak bimbang sebab kami menekankan kepada mengulang supaya " Ingat apa yang telah di hafal " atau " apa yang telah di hafal tidak hilang".

Dari segi membentuk akhlak dan perwatakan baik anak-anak ini, pada keseluruhannya kami telah berjaya melakukannya. Insya-Allah apabila anak-anak ini telah 1 tahun bersama kami, mereka akan masuk acuan yang kami mahukan. Anak-anak yang tidak dapat dibentuk akan dengan sendiri merasa dirinya tidak sesuai dengan sekolah ini dan mereka akan menarik diri berpindah ke sekolah lain.





Anak-anak Tahfiz Puteri sedang berjalan ke sekolah awal pagi





Anak-anak Tahfiz Putera sedang berjalan ke sekolah




Membaca doa sebelum masuk kelas






Mentasme' Al-Quran ( memperdengarkan apa yang telah di hafal kepada ustaz )dari 7.30 pagi hingga 9.30 pagi






Anak-anak Tahfiz Puteri sewaktu mentasme'






Sedang tekun belajar di dalam kelas






Pelajaran di dalam kelas bersama ustazah

Thursday, 30 April 2009

Anak-anak Tahfiz Bermain Bola

Salam semua !

Petang hari Selasa adalah masa bermain bola bagi anak-anak Tahfiz kami kalau tidak hujan dan padang tidak becak ( hujan malam semalam ). Oleh kerana sukan bola sepak merupakan aktiviti kegemaran nombor 1 bagi kesemua mereka, maka anak-anak Tahfiz akan berdoa pada hari itu agar hujan tidak turun. Makhbulnya doa anak-anak tahfiz ini selalunya hujan tidak turun pada petang itu namun adakalanya mereka tidak dibenarkan turun padang ( oleh Pak haji ) kerana padang becak.

Jadi pada hari yang mereka dibenarkan bermain, melurulah mereka ke padang selepas solat asar dan selepas menulis ayat-ayat suci al-Quran. Mereka di latih oleh 2 orang coach terlatih setiap kali mereka di benarkan bermain.

Lihatlah gambar-gambar di bawah ini bagaimana bersemangatnya mereka berlatih. Setelah mereka selesai bermain akan nampak kepuasan di wajah masing-masing. Kadangkala mereka bermain juga di padang yang sedikit becak. Pada masa itu kalau tengok pakaian mereka amatlah comot dan kotor sesuai untuk iklan serbuk pencuci sahaja ( iklan sebelum cuci ).
































Wednesday, 29 April 2009

Aktiviti Anak-anak Tahfiz Kami

Salam semua !

Hari Jumaat lepas mak teh jumpa ibu kepada pelajar kami Ai selepas solat subuh di Masjid Negeri. Kata ibu Ai, " Nampaknya anak saya suka sangat di sekolah. Setiap kali kami pergi melawatnya dia akan tersenyum sahaja. Kadang kami terfikir apa ya, yang menyebabkan dia suka sangat kat sekolah tu."

Komen-komen seperti ini dari ibubapa membuat hati mak teh dan Pak haji kembang. Sebenarnya kami menjaga anak-anak itu seperti anak-anak kami sendiri. Apa saja yang mereka suka dan ingin kami cuba memberikannya. Misalnya mereka suka pergi berenang dan jadual berenang 2 kali sebulan. Maka kami usahakan agar mereka dapat pergi berenang mengikut jadual. Begitu juga anak-anak lelaki suka bermain bola, sedangkan anak-anak perempuan suka bermain bola jaring, maka kami adakan coach untuk setiap latihan mereka mengikut jadual. Tiap pasukan mempunyai 2 coach terlatih dan bayaran untuk coach ini ialah rm 40 setiap kali turun padang. Jumlah coach yang kami ada untuk semua aktiviti ialah 12 orang.

Lihatlah sebahgian dari aktiviti anak-anak Tahfiz kami di rakamkan di bawah ini. Tentu sekali mereka gembira melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.






Pasukan Bola Jaring MTAQSA ( Yang lengan berbelang adalah coach )






Seronok sunggoh berlatih main bola jaring nampaknya!







Pak haji mula memperkenalkan berkawad mengikut rentak pukulan drum






Nampak segak dan bergaya semasa berkawad mengikut rentak drum ( Ini Squad Cilli Padi )






Pak haji memeriksa padang pertandingan memanah di Stadium KKB sebelum pertandingan bermula






Kontingen Petaling Perdana dalam pertandingan memanah peringkat Negeri Selangor di KKB ( Yang berkemeja T kuning adalah penyokong-penyokong dari Kelab Memanah MTAQSA )






Wira-wira kami sedang beraksi di medan pertandingan






Kontingen Daerah Hulu Langat menunjukkan kehandalan mereka ( Kami berazam tahun hadapan kami akan membariskan peserta-peserta handal dari MTAQSA- Insya-Allah )


News flash : Kontingen Prtaling Perdana ( termasuk 2 orang peserta anak-anak tahfiz kami ) dalam acara berpasukan kami mendapat Pingat Gangsa ! Alhamdulillah kami bersyukur.

Saturday, 25 April 2009

Warkah Kepada Gadis-gadis Melayu Di Irbid Jordan

Salam Semua!

My entry today is meant especially for those young Malaysian ladies in Irbid Jordan, who are studying in Jordan University of Science and Technology ( J.U.S.T ).

Hello girls ! I am informing you that the SPM superscorer with 19 A1 and 1 A2 is coming your way. I hope you senior gilrs would not be too envious of her. Do take good care of her since she will be one of the new arrivals there soon.

Pagi tadi Mak teh terbaca dalam akhbar tempatan kisah Nik Nur Madihah telah memilih untuk belajar di sebuah universiti di Jordan lebih tepat di J.U.S.T. Pada pandangan Mak teh, bagus pilihannya tu tambahan pula dia ingin mempelajari bidang Physics Islam. Nasib baik dia tidak memilih untuk belajar di negara Baratkan? Rasanya sebuah negara Islam seperti Jordan lebih sesuai untuk anak gadis ini.

Khabarnya di Negara-negara Timur Tengah orang Arab sudah mengenali orang Melayu yang mempunyai sifat-sifat murni maka mereka beri gelaran " Insan yang Baik " dalam bahasa Arab " Khairul Insan ? " Jadi selepas ini nanti biarlah orang Arab akan mengenali kita orang Melayu sebagai " Insan yang Genius " pulak. Hehehe! Boleh ke??

Minta perhatian ! Harap janganlah kau orang cakap seperti ini kepada Mek Klate tu, " Mu Klate make buduh sebab tu ceredik ! "

Hehehe! Sebenarnya tak salahpun cakap begitu sebab orang Kelantan dan Trengganu terutama anak-anak nelayan makan banyak makanan berasaskan ikan. Kau orang bakal doktor tentu tahu bahawa pemakanan berasaskan ikan mengandungi banyak protein dan zat mineral sepeti Omega 3. ( mak teh hentam saja ni, tak tahu sangatpun ). Apapun tentu saja pemakanannya mengandungi bahan-bahan yang membuat sel-sel otaknya aktif, yang membuat neutron sel otak itu kerap berhubung sepeti bateri di charge sepenuhnya.

Maka mak teh teringatlah satu iklan susu, " Pembelajaran hanya berlaku apabila sel-sel otak berhubung.......... " So kau orang kat sana tu makanlah banyak pemakanan yang akan mengchargekan sel-sel otak. Mak teh tahu di Irbid tu takde banyak ikan. Makanan laut mahal. Mak teh ingat nak kargokan kepada kau orang belacan, budu, ikan bilis, cencalok, sardin dan sebagainya. Kalau mahu nanti mak teh kargokan segera.

Dah ada kemudahan nak terbangkan barangan Malaysia pada kau orang, janganlah pula nak minta, mee, laksa, koay teow, roti canai segera, murtabak segera, sambal belacan, kicap, chilli sos dan sebagainya. Masa kita buat kargo haritu ada orang minta mak teh kargokan roti canai segera !

Sekian dulu selamat makan dan berehat ! Maasalamah !





Pemandangan di Negara kita semasa kami dalam perjalanan ke Kuala Selangor





Sebahgian dari pelajar kami yang akan pergi menuntut di Jordan kelak. Yang cilik di hadapan itu ialah Ilai Ketua Pengawas Junior

Friday, 24 April 2009

Ada Kematian Dan Kawan Lama

Salam semua!

Hari ini keletihan yang amat sangat. Hampir maghrib baru sampai rumah dari K.L. Aku pergi ke PWTC siang tadi untuk melakukan dua perkara, sambil selam sambil minum air. Pertama aku nak pergi beli beberapa buah buku yang aku tak sempat beli hari yang kami pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Sabtu lalu. Kedua aku nak jumpa kawan lama aku Datuk K ( tidak ada kena mengena dengan orang lain punye Datuk K ).

Apabila anak-anak Tahfiz Puteri dengar aku nak ke PWTC, merekapun merayu nak ikut sama. Mereka menyatakan ada beberapa buku yang mereka tak sempat beli hari itu. Kami bertolak jam 3.00 pm dan sampai jam 4.00 pm. Aku terus pergi mencari buku yang aku hendak beli sambil membeli 3 naskah bukuku yang nampaknya ada beberapa naskah sahaja lagi. Kemudian aku mendapat panggilan dari Datuk K memberitahu dia sedang menungguku di Riverside Cafe.

Sebaik bertemu kawan lamaku ini, kamipun berpeluk-pelukan ( kami sama-sama perempuanlah ! Hehehe ). Memang rindu sangat dan suka sangat dapat bertemu kawan lama. Di kampus dulu, Datuk K macam aku juga naik motor kesana kemari. Apa lagi bertemu kawan seperjuangan yang dah lama sangat tak jumpa ( hampir 30 tahun kami tak pernah berjumpa, telefon pernah le masa dulu-dulu dah lama dah kami tak berhubung )maka bersembanglah kami mengenai segala perkara.

Punya seronok bersembang tak rasapun jam dah 5.30 p.m. Tadi dah janji nak jumpa anak-anak yang mengekor tu jam 5.30 untuk pulang. So akupun minta diri untuk berpisah dengan sahabatku itu. Ok, it was a pleasant meeting, Datuk belanja minum dan makan kami tadi dan aku telah hadiahkan dia senaskah bukuku. Aku harap dia ada masa nak membacanya.

Eh, bukan sebab tu saja yang mak teh menjadi letih. Awal pagi bangun jam 4.00. Bersiap untuk ke Masjid Negeri membawa bersama anak-anak Tahfiz kami. Solat subuh berjemaah di masjid disubuh Jumaat di kira sangat spesial sebab ada sujud Sajaddah. ( Dulu mak teh dah pernah tuliskan mengenai sujud sajaddah ).

Selesai solat subuh kami ke rumah seorang jiran kerana ibunya telah meninggal dunia semalam. Anak-anak Tahfiz membaca Yassin dan Tahlil untuk arwah. Sejuk hati melihat dan mendengar anak-anak Tahfiz kami membaca sebagai sumbangan mereka kepada masyarakat. ( sebelum kami buka sekolah ini kalau nak mencari orang untuk bertahlil agak susah )

Selepas itu aku menyuarakan kepada tuan rumah yang aku boleh membantu cari caterer menyediakan makanan untuk ahli keluarga dia yang ramai datang dari jauh. Malangnya apabila aku kontek caterer tidak ada yang sanggup nak menyediakan makanan itu dalam masa yang begitu singkat. Jadi tanpa lengah aku terus ke pasar. Akhirnya aku dan pembantu memasakkan separu makanan itu dan jiran sebelah rumahku yang baik hati memasakkan sebahgian besar dari menu yang kami sediakan. Jam 11.30 makanan tersebut telah kami hantrkan kerumah jiran sebelah rumah yang ada kematian itu.

Itulah cara kami berjiran kawasan kami ini, apabila ada kematian jiran-jiran akan membantu menyediakan makanan dan makanan itu akan di hidangkan di rumah jiran sebelah. Setidak-tidaknya tuan rumah diringankan bebannya untuk memikirkan hal makanan dan saudara-mara yang datang berkunjung tidak kelaparan setelah pulang dari pengkebumian. ( Setahu aku ada larangan memasak dan memakan di rumah orang yang ada kematian )

Alhamdulillah ! Semuanya berjalan dengan baik hari ini. Aku rasa bahagia walaupun sangat keletihan kerana kami dapat menyumbangkan sedikit tenaga dan dapat memainkan peranan dalam masyarakat. Ameen!



Sejambak bunga untuk kawanku Datuk K....( Ni bunga Pak Haji tanam di taman Asrama )





Anak-anak Tahfiz semasa ada jamuan di rumahku






Anak-anak Tahfiz Puteri di malam jamuan di rumahku