Salam semua !
Hari Jumaat lepas mak teh jumpa ibu kepada pelajar kami Ai selepas solat subuh di Masjid Negeri. Kata ibu Ai, " Nampaknya anak saya suka sangat di sekolah. Setiap kali kami pergi melawatnya dia akan tersenyum sahaja. Kadang kami terfikir apa ya, yang menyebabkan dia suka sangat kat sekolah tu."
Komen-komen seperti ini dari ibubapa membuat hati mak teh dan Pak haji kembang. Sebenarnya kami menjaga anak-anak itu seperti anak-anak kami sendiri. Apa saja yang mereka suka dan ingin kami cuba memberikannya. Misalnya mereka suka pergi berenang dan jadual berenang 2 kali sebulan. Maka kami usahakan agar mereka dapat pergi berenang mengikut jadual. Begitu juga anak-anak lelaki suka bermain bola, sedangkan anak-anak perempuan suka bermain bola jaring, maka kami adakan coach untuk setiap latihan mereka mengikut jadual. Tiap pasukan mempunyai 2 coach terlatih dan bayaran untuk coach ini ialah rm 40 setiap kali turun padang. Jumlah coach yang kami ada untuk semua aktiviti ialah 12 orang.
Lihatlah sebahgian dari aktiviti anak-anak Tahfiz kami di rakamkan di bawah ini. Tentu sekali mereka gembira melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.
Pasukan Bola Jaring MTAQSA ( Yang lengan berbelang adalah coach )
Seronok sunggoh berlatih main bola jaring nampaknya!
Pak haji mula memperkenalkan berkawad mengikut rentak pukulan drum
Nampak segak dan bergaya semasa berkawad mengikut rentak drum ( Ini Squad Cilli Padi )
Pak haji memeriksa padang pertandingan memanah di Stadium KKB sebelum pertandingan bermula
Kontingen Petaling Perdana dalam pertandingan memanah peringkat Negeri Selangor di KKB ( Yang berkemeja T kuning adalah penyokong-penyokong dari Kelab Memanah MTAQSA )
Wira-wira kami sedang beraksi di medan pertandingan
Kontingen Daerah Hulu Langat menunjukkan kehandalan mereka ( Kami berazam tahun hadapan kami akan membariskan peserta-peserta handal dari MTAQSA- Insya-Allah )
News flash : Kontingen Prtaling Perdana ( termasuk 2 orang peserta anak-anak tahfiz kami ) dalam acara berpasukan kami mendapat Pingat Gangsa ! Alhamdulillah kami bersyukur.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Wah, bestnya siap ada coaches untuk latih anak2 bermain, manalah mereka tak senyum memanjang, happy di sekolah makteh, Alhamdulillah.
ReplyDeleteYes Sarina !
ReplyDeleteKalau tak dapat bermain seperti yang kami jadualkan mereka merengek macamlah anak-anak mak teh. So kalau kami berjanji sesuatu kepada mereka kami kena tepati.
Pak haji cuba menepati jadual dan janji kerana kasihan memandangkan mereka bertungkus-lumus dalam pelajaran terutama menghafaz al-Quran. Mereka bersama al-quran 5 jam sehari.
Kami pasti anak kami ceria disana kerana kami jumpa sekolah Mak Teh ni pun setelah memohon petunjuk dari Nya....
ReplyDeleteSalam...Kak Long
Kak Long,
ReplyDeleteKami juga telah berdoa agar Allah SWT melorongkan hamba-hambanya yang cintakan Al-Quran ke sekolah kami dan kami sentiasa berdoa agar anak-anak Tahfiz kami serta ibubapa mereka adalah orang-orang yang berbaloi kami korbankan tenaga dan masa.
Kak Long berdoalah juga sedemikian agar anak kak long akan terus bersama kami hingga ke akhirnya dan mencapai niat murni kita semua.
Semuga usaha kita semua di redhaiNYA.