Saturday, 29 March 2008

Berceloteh Semula

Assalamualaikum! Hari ini mak teh bercakap semula selepas seminggu mendiamkan diri. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang prihatin yang telah bertanya khabar diri mak teh. Sebenarnya mak teh sihat tetapi yang buat hal tu ialah computer mak teh!

Kisah yang lepas tu mak teh dah lupakan cuma tak lupa nak berterima kasih kepada kawan-kawan blogger yang memberi nasihat dan sokongan. Jadi semangat mak teh terus nak menulis blog. Sebenarnya mak teh pun tak boleh dok diam lama-lama, banyak yang nak diceritakan.

Ya, terlalu banyak perkara yang saya nak ceritakan. Oleh itu saya pilih yang bagus-bagus untuk diceritakan. Kisah yang pertama ialah mangenai pelajar-pelajar kami yang telah dijemput ke suatu majlis yang sangat istimewa. Seorang warga emas berumur 80 tahun telah diraikan oleh anah-anak menantunya dengan membuat majils harijadinya. Pelajar-pelajar kita telah lama di booking oleh menantunya yang merupakan jiran kami ( few doors away ) untuk membaca Yassin dan doa selamat khas. Seramai 15 orang pelajar dan 3 orang guru telah dajemput dengan sebuah van pelancong pada jam 10.30 pagi Ahad lalu. Tiba di rumah berkenaan pelajar-pelajar agak tergamam kerana majlis yang menanti mereka seolah-olah sebuah majlis perkakwinan. Semua tetamu yang ada sudah bersedia menuggu ketibaan pelajar-pelajar kita. ( Saya tidak dapat bersama mereka kerana ada tugas lain pada hari itu )

Majlis yang indah itu disertai oleh ramai sanak saudara dan sahabat warga emas yang diraikan itu. Pelajar-pelajar kita telah menyempurnakan majlis dengan bacaan Surah Yassin dan doa selamat khas untuk warga emas itu. Selepas menyempurnakan tugas mereka, mereka pula di raikan dengan jamuan makan yang hidangannya sangat mewah. Maka merekapun tidak lengah mengisikan perut hingga kenyang.

Apabila nak pulang mereka di beri buah tangan yang merupakan sebiji kek harijadi, bunga telur, bunga rampai, dan sampul berisi sekeping wang kertas biru besar tiap seorang. ( Wang yang di beri kepada pelajar kami galakkan supaya di masukkan ke akaun Simpanan Tabung Haji mereka supaya dapat kami (cadangan) bawa mereka melakukan Umrah di Tingkatan 4 , Insya-Allah terutama untuk mereka yang tamat hafazannya. Kami tidak pernah minta bayaran untuk membaca surah-surah dan doa. Namun orang tetap memberi seberapa yang iklas, ada yang memberi banyak, sedikitpun ada. Kami telah melatih pelajar-pelajar kami menerima apa saja pemberian dengan ikhlas.

Pak haji sangat berpuas hati dengan layanan yang diberi dan menyatakan itulah sebuah majlis yang sangat bagus, sempurna mewah dan teratur. Alhamdulillah! pelajar-pelajar pulang kekenyangan dengan senyuman lebar diatas pemberian hadiah-hadiah tersebut. Pihak tuan rumah juga sangat prihatin, mereka dengan murah hati membekalkan makanan kepada baki pelajar-pelajar yang tidak dijemput ( berada di sekolah ). Tidak habis di situ saja pihak tuan rumah siap booking pelajar-pelajar kita untuk kenduri menyambut bulan Ramadhan akan datang. [Terima Kasih kepada pihak tuan rumah kerana menghargai pelajar-pelajar kami ].

Kisah kedua yang ingin saya ceritakan ialah, ada seorang dermawan yang telah banyak kali menyumbang kepada kami sejak sekolah ini mula di tubuhkan. Semalam dermawan ini datang menziarah kami setelah sepi hampir setahun. Setelah bertanya khabar, rupa-rupanya perniagaan beliau telah melalui zaman susah jadi itulah sebabnya beliau menyepi, lalu Pak Haji menyatakan warga sekolah kami akan melakukan solat hajat khas untuk memohon rahmat dan kebaikan keatas beliau.

Setelah bercerita kisah beliau, kami terkejut apabila beliau menghulurkan sekeping cek bernilai Rm X banyak. Alhamdulillah! Rupanya kawan kita dermawan ini tidak pernah lupakan kami. Apabila ada orang sebut nak bersedekah ( sepepunya seorang usahawan yang berjaya ) beliau telah memintanya diberikan kepada sekolah kami. Bergenang air mata kami menerima cek tersebut kerana kami berniat hendak renovate asrama perempuan telah tertangguh kerana tidak cukup dana.

Bukan itu sahaja beliau juga membawa hadiah dari kawannya itu, sebuah computer yang kami sememangnya perlu untuk pejabat kami ( pejabat kami baru nak set up dengan pengambilan seorang staff baru, selama ni kami buat semua sendiri dengan bantuan anak-anak je ). Maka amatlah bersyukur kami kehadrat Allah SWT yang memakhbulkan doa kami agar di permudahkan urusan kami mendiri dan memajukan sekolah ini.

Untuk pengetahuan anda, sesi tahun 2009 kami anggarkan warga sekolah kami 120 orang pelajar dan 20 orang tenaga pengajar dan 5 orang staff. Jadi dari sekarang mak teh dan Pak haji amat sibuk membuat perancangannya. Sapa-sapa rasa ingin nak tolong mak teh mai lah! ( semua jenis pertolongan dan bantuan dialu-alukan ! )

Saturday, 22 March 2008

Silap Perkataan!

Assalamualaikum! Alhamdulillah aku dapat satu pengajaran hari ini (sakit). Kerana berblogging ni aku masuk blog orang yang aku tak kenali. Pandai-pandai pula beri nasihat macam kenal orang tu. Silap perkataan yang digunakan, ( maklumlah orang tua guna bahasa orang putih pun tak tepat ) aku kena tempeleng! Berdesing telinga! Berdebar jantung! Sakit kepala ! Perkara ini akan mengajar aku berhati-hati bila menulis dan tak berani lagi nak singgah-singgah blog orang. Earlier post aku dah minta maaf dengan orang yang berkenaan, Harap aku dimaafkan. Eee lepas ni dah tak berani tinggal komen pada blog yang tidak dikenali. Takut kalau orang silap faham lagi ! Apalah aku ni dah buat ?

Sorry geng! now nak tulis cerita yang harinipun dah tak boleh nak tulis dah. Malam ni mak teh kena banyak beristighfar! Malu juga cerita hal ni pada geng. Tulah mak teh tak pandai berblogging! Nak rest dululah ......

Minta Maaf !

Assalamualaikum, saya nak minta maaf dengan seseorang yang terguris hatinya disebabkan tulisan komen saya dalam blognya. Mungkin cara saya tu tulis tu expression yang saya gunakan tidak tepat. Saya bersimpati dengan orang itu dan mengatakan she's blessed. Mak teh tidak langsung bermaksud nak menghina seseorang. Jadi saya minta maaf dan tak berani lagi berkunjung ke blog yang saya tidak kenali. Harap maaf! Itulah satu pengajaran pedih yang saya dapat kerana silap menggunakan perkataan walaupun maksud kita baik. SAYA MENYUSUN 10 JARI MEMINTA MAAF! Saya ikhlas mendoakan kebahgiaan anda. Terima kasih

Friday, 21 March 2008

Hari Jumaat selepas Maulidur Rasul

Assalamualaikum! Semalam hari Maulidur rasul dan sekolah kami cuti. Namun pelajar-pelajar tidak dibenarkan pulang, mereka berada diasrama. Pukul 7.30- 9.30 seperti hari-hari lain mereka mentasme' hafalan Al-Quran mereka dihadapan ustaz. Kemudian mereka rehat sebentar. Selepas itu Pak haji memberi ceramah maulidur rasul kepada mereka hingga pukul 11.00 pagi. Pak haji menceritakan sirrah nabi untuk menanamkan kecintaan kepada Rasulallah SAW. Kelebihan Pak haji dalam hal ini ialah dia mengetahui terperinci riwayat nabi dan boleh mengalirkan air mata apabila mengingati Rasulallah sedangkan saya belum boleh berbuat demikian!

Hari ini saperti hari-hari Jumaat lain, pelajar-pelajar termasuk pelajar perempuan telah dibawa ke Masjid Negri untuk menunaikan solat subuh. Keutamaan solat subuh Jumaat ialah untuk melakukan sujud sajaddah iaitu apabila imam membaca surah Assajaddah semasa berdiri di rakaat pertama, tiba diakhir satu ayat itu kita akan sujud serta membaca doanya dalam sujud itu. Sujud sajaddah ini amat bermakna bagi orang yang memahaminya terutama yang memahami makna ayat yang dibaca itu akan mengalirkan air mata. ( Dalam satu post yang lama dulu telah saya ulaskan perkara ini).

Selepas sessi bacaan Al-Quran hari ini, pukul 9.30-11.00 pelajar-pelajar pergi ke kelas Khat. Mereka belajar menulis khat dari seorang ustaz pakar selama satu setengah jam tiap minggu. Kami dapati ada beberapa orang pelajar kami yang amat berpotensi dalam bidang seni menulis khat ini. Namun kebanyakkan pelajar kami mempunyai tulisan yang cantik apabila mereka menulis Al-Quran setiap hari. Pernah ada seorang pelawat menangis melihat tulisan Al-Quran pelajar-pelajar kami.

Sebentar tadi jam 11 pagi pelajar-pelajar berehat dan di hidangkan dengan roti arab toast butter cicah kari ayam. He,he sudah pasti, habislah mereka makan hingga menjilat jari. Sekarang sementara mereka akan berehat sebentar dan jam 11.30 pelajar-pelajar leleki akan bersiap-siap untuk ke Masjid Negeri untuk menunaikan solat Jumaat. Untuk tujuan solat jumaat ini mereka sediakan sepasang jubah yag putih bersih seta berkopiah dan serban putih. ( kami galakkan mereka berpakaian bersih kerana ramai orang akan memerhati pelajar-pelajar kami-- tak tau kenapa mereka memang menarik perhatian orang . Kerana itu juga kami sentiasa berpesan mereka supaya sentiasa berkelakuan baik ) Jam 12.00 tengah hari Pak haji akan bawa mereka ke Masjid dengan menaikki Hiluxnya berualang alik (sehingga kami dapat Van yang akan dihadiahkan itu ).

Selepas solat Jumaat mereka makan tengah hari dan rehat sebentar. Pada tiap minggu Jam 4.00 petang Pak haji akan bawa mereka ke Perpustakaan Negeri. Mereka disitu hingga jam 6.00 petang.Mereka di galakkan membaca buku-buku sebanyak mungkin dan mencatitkannya dalam buku Nilam mereka. Mereka menunaikan solat asar mereka di perpustakaan. Tetapi pada hari ini mereka tidak akan dibawa ke Perpustakaan kerana mereka perlu rehat, sebab malam nanti ada majlis lagi yang akan mereka ikuti.

Malam ini pelajar-pelajar akan di bawa ke Masjid negeri lagi untuk solat Maghrib dan Isya kerana ada majlis ceramah khas Maulidur Rasul. Besok pula mereka akan lakukan aktiviti ko-kuriculum mereka iaitu memanah yang sangat mereka minati. Pada hari ahad pula mereka di jemput membaca Yassin dan tahlil di rumah seorang pegawai yang telah bersara.

Begitulah ringkasnya hari-hari yang dilalui oleh pelajar-pelajat kami. Walaupun hari ini dan besok merupakan hari cuti hujung minggu mereka jadual mereka sentiasa padat. Walaupun jadual mereka padat, Alhamdulillah pelajar-pelajar kami kelihatan sihat dan ceria. Itulah caranya kita hendak menjadikan mereka orang yang cemerlang untuk hidup dunai dan akhirat. Mereka tidak boleh lalai walaupun seketika! Wallahua'alam!

Tuesday, 18 March 2008

Nak Blogging, Tak Blogging?

Assalamualaikum! Dah 3 hari aku tak blog, tapi rasanya macam dah 1 minggu hehe! Aku tak dapat blog kerana streamyx buat hal. Bila connection tak ada je dia asyik kata your name does not register with the....... tah apa-apa aku tak tau, membuat aku naik angin! Rasa nak call streamyx jam tu juga! Tapi belum pernah callpun merajuk adelah.

Perkara yang kedua, kisah berebut computer ni dengan anak-anak. Adakala mereka kata aku ni dok hogging computer ni! Adakah pelak kata kat mak depa macamtu? Ni mak yang melahirkan mereka, bela mereka dari tapak kaki ..........., hehehe! saja nak kenakan mereka tu! Sebenarnya kami ada 3 computer dalam rumah ni tetapi yang ini je connect streamyx. Kami dah cuba buat connect semua sekali tapi berat sikit kut macam tak lancar jadi kami disconnect balek. Tulah jadi macam ni sampai kena booking kalau nak pakai computer yang boleh blogging ni. Of course lah, perkara yang ketiga ialah masa yang agak sukar terluang.

Kemudian, beberapa hari lepas aku terbaca dalam blog lain yang menuduh seseorang tu bragging dalam blognya. Of courselah orang yang dituduh tu tidak pernah bermaksud begitu. So aku yang sensitif ni terfikir pulak, mungkinkah aku tulis ni macam bragging? Akan hilangkah pahala amalanku menceritakan usaha-usaha kami? Rasa takut pula dan waktu itu terus teringat nak berhenti blogging. Namun bila aku bertanya pendapat seorang kawan blogger, dia berkata tak pernah nampak dalam tulisan aku berbragging!Dia juga berpendapat elok dikongsi pengalaman yang aku ceritakan itu. Dia berkata, asalkan iklas teruskanlah berblogging! So sekarang ni mak teh nak tanya, betulkah macam dia kata tu?

Saturday, 15 March 2008

Cuti Dah Habis !

Sekejap saja cuti dah pun habis! Petang ni pelajar-pelajar masuk semula ke asrama. Semalam saya dah pergi beli barang-barang keperluan dapur, bahan makanan, ikan, ayam dan sayur-sayuran. Asrama pun telah di cuci dan di kemas oleh para pembantu. Dah rasa bersedia untuk menyambut kepulangan anak-anak yang ramai ni. Rasa rindu juga pada mereka bila tak kedengaran ayat suci yang selalu mereka baca dan lagu doa selepas membaca Al- Quran , Allahummarhamna bil Quraan , wajaalhulana imaaamaan wa nuurann wahudaann warahmah......, yang bunyinya dalam bahasa Melayu begini;

Allah rahmati kami dengan Al Quraan,
Jadikan ia pimpinan, cahaya petunjuk dan rahmat,
Allah ingatkan kami, apa yang terlupa,
Ajarkanlah, ajarkanlah yang tak dketahui,
Rezkikan kami membacanya,
Siang dan malam, siang dan malam,
Sepanjang siang dan malam,
Jadikan ia penolong kami,
Yaaa Robbal Aalamiinn....


Rasa suka bercampur sayu apabila mendengar mereka melagukan doa itu. Sudah menjadi kebiasaan hingga terngiang-ngiang di telinga sewaktu mereka cuti ini. Kemudian teringat juga perkara yang serupa dirumah ibuku zaman dahulu. Ibuku guru Al Quran di kampung kami hampir setengah abad. Murid-muridnya hampir 80 orang sesi pagi dan petang. Tetapi dahulunya kami lagukan permulaan hendak memulakan kelas Al Quran " Kalamun khodimulla yumalluu samaauuhuu ..... " Masa tu sampai sekarang sikitpun aku tak tahu maknanya.

Bila ibuku mengumumkan dia telah berhentikan kelas Al Quraan itu aku berasa sangat sedih tetapi aku diam sahaja. Tak sangka pula pada masa itu kami akan membuka sekolah ini. Syukur Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati kami membuka sekolah ini dan dengan izin Allah sekolah ini berkembang dengan cepat. Inilah kami rasa tugas yang diberi Allah kepada kami. Kami berdoa agar dapat melaksanakannya dengan baik. Ameen!

Thursday, 13 March 2008

Perangai Yang Hudoh

Kadang-kadang bila tengok perangai orang Melayu ni hudoh sangat! ( Bodoh sangat?? )Kalau dah kalah terimalah kekalahan macam mantan ketua menteri Pulau Pinang tu. Jadilah seorang gentleman, seorang yang berhemah tinggi. Ni bila dah kalah nak melibas orang sahaja. Adakah pula nak hukum rakyat yang mengundi pembangkang, semua projek Mega nak di hentikan. Nak padankan muka rakyat yang mengundi pembangkang! Itulah perangai yang di tunjukkan oleh orang Pulau Pinang yang tak dapat menerima kekalahan. (saya lihat dalam Berita, Tv 3 pukul 8.00 tadi). Malulah sikit!

Bila kita dah kalah cerminlah muka kita tu. Kita jangan bersikap arrogant ( sombong sangat) Kalau buat perangai macam ni nanti musim undi hadapan kita akan kalah lebih teruk lagi, mungkin di peringkat Persekutuan pulak. Itulah dah biasa dah 50 tahun kita buat perangai. Semua kita boleh dapat, tak kira nasib orang lain. Kita menganggap orang Melayu lain semuanya bodoh atau boleh diperbodohkan. Oleh kerana perangai kita ni, orang Melayu yang sensitif akan keadaan nasib bangsanya marah akan pemimpin-pemimpin yang tidak membela bangsa. Orang-orang ni sebenarnya bukan suka sangat pembangkang. Kan orang melayu baik, mereka tak suka membangkang. Tapi mereka sangat kecewa dengan keaadaan yang ada sekarang.

Lagi seperkara pihak yang ingin menang hendaklah tahu bahawa psaikologi, cara pemikiran orang-orang Melayu adalah berbeza bagi tiap daerah. Bukan boleh pukul semua sama saja. Dari Perlis sampailah ke Sabah psaikologi orang Melayu dari tiap daerah atau negeri adalah berlainan. Umpamanya orang kelantan akan terima apa-apa pemberian orang untuk memancing undi sebagai rezeki jangan di tolak, tetapi undilah ikut hati sendiri.

Orang Kedah pula tidak akan ambil apa-apa kalau dia tak mahu undi pihak itu. Orang perlis pula tak mau fikir banyak sangat, mana yang dapat senangkan dia itulah yang dia undi. Perangai orang Negeri pulak kuat bersuku dia akan angkat kaum suku dia lah. Orang Selangor komplex sikit kerana dari pelbagai keturunan. Ada yang tak mengaku Melayupun walaupun kalau ada keistimewaan Melayu dia sapu. Orang Trengganu lagi pelik sesama sendiri macam berpatah arang hanya kerana parti, walaupun agama mereka pada zahirnya nampak kuat. Orang Johor masih ramai yang berfikiran zaman kuno. Dia sangka negeri dia macam Titanic tak akan karam! Jadi mereka tak berwaspada. Orang Melaka pula dah lama toleransi akan orang asing dari zaman kesultanan Melaka lagi. Jadi tak heranlah kalau mereka sampai sekarang ini sangat toleran hingga boleh hidup berpuluh tahun menghidu najis khinzir!

Orang lain pandai, kalau dia makmur di negara kita dia duduklah. Kalau tidak dia ada banyak tempat lagi yang dia boleh pergi. Kalau tak suka kita dia buruk-burukkan kita dan Negara kita. Kalau suka sebab perut dia kenyang, senyunam yang manis terukir dibibirnya. Dia ajarkan budayanya pada kita, pelbagai juadah dihidangkan didepan mata. Banyak perkara yang di ketahui umum dibuat oleh kita yang mempunyai kuasa hingga nak termuntah orang mendengarnya.

Pergilah selidik ka Kuala Lumpur tu penjual gerai adalah bangsa asing. Lesen tu siapa punya? Kenapa keadaan jadi begini? Orang Melayu sendiri kalau nak berniaga di Kuala Lumpur sangatlah susah. Kenapa kita biar orang asing berleluasa berniaga di Negara kita? Cuba anda pergi ke Negara lain nak jual sebatang penselpun tak boleh. Banyak perkara yang menunjukkan rasuah berleluasa. Kalau dizaman pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz, dilapurkan serigalapun tak berani curi makan kambing sebab pemerintahnya amatlah tegas, amanah dan bersih! Maka anda bolehlah buat andaian di sebaliknya keaadaan Negara kita kini.

Wahai bangsaku sudah 50 tahun kita merdeka selepas beratus tahun dijajah orang asing. Sejarah sendiri kita tak peka takut sejarah berulang lagi! Kita sekarang sudah berilmu sehingga PhD, bertamaddun tinggi, berbangga dengan pencakar langit, ilmu agama lebih di dalami (ramai para ulamak tetapi berdiam diri). Oleh itu fikirlah dalam-dalam untuk kebaikkan bangsa kita. Jangan mudah ikut-ikutan, jangan mudah percaya senyuman orang, jangan meludah saudara sendiri, jangan tamak hingga sanggup menggadai Negeri. Jadilah pemimpin yang berusaha untuk rakyak dan bangsa kita,(bukan untuk poket sendiri atau para kroni ) berkerjasama dengan orang penuh hati-hati, sentiasa mementingkan keharmonian Negeri, cara Rasullah kita contohi. Janganlah lalai lagi, tiap seorang dari kita ada peranan dan tugas yang perlu dipikulkan. Fikirlah! Buatlah sendiri jangan tunggu orang suruh atau arahkan.

Sama-samalah kita berdoa agar Negara yang kita cintai ini sentiasa di pelihara Allah SWT kerana Negara yang penuh dengan kezaliman dan kemungkaran telah banyak contohnya yang terdahulu telah dimusnahkan Allah SWT! Wallahuaalam!

Wednesday, 12 March 2008

Nak Ronda-Ronda Kuala Lumpur

Assalamualaikum, hari ini mak teh dan Pak haji nak pi ronda-ronda K.L. Kali ini kami tak perlu rushing, selalunya agak rushing. Maklumlah kami sedang bercuti. Kami nak pergi cari barang-barang berkaitan dengan sekolah dan yang utamanya nak pergi tempah baju Melayu untuk anak kami BP dan untuk bapanya juga. Mak teh juga perlu cari material untuk baju mak teh.

Lepas ronda-ronda K.L. kami akan pergi kerumah saudara sepupu Pak haji, Dato A. Kami ak minta dia jadi kepala rombongan untuk meminang. Masa Dato buat majlis untuk anak-anak dia kami tolonglah juga jadi ni masa dia tolong kami pula kut, hehehe. Tolong menolong kan amalan kita yans bersaudara dan juga sesama Islam. Dalam keluarga besar kami warga senior dah tak ada. Jadi kamilah diantara yang senior untuk menjalakan adat istiadat melayu kita kami terpaksa kehadapan. Mujurlah sedikit sebanyak kami dah biasa dengan adat istiadat kita dan tidalah berasa canggung nak jadi kepala istiadat. Namun apabila mengendali sesuatu majlis istiadat ini kita yang jadi tuan rumah, takkanlah kita yang nak cakap semua. Agak janggal, kenalah ada wakil kita. Oleh itu kami perlulah bantuan Dato A. Dari perbualan talefon dahulu Dato A telah bersetuju. Yang pergi ni nak ikut adatlah kena menjemput berdepan, kan lebih halus adab buat begitu.

Oklah nampak nya masa tak mengizinkan. Mak teh kena siap nak pergi sekarang, nanti ngamuk pulak Pak haji tu. ( Pak haji sekarang dah jadi macam penasihat sebab dia orang tua dalam kariah ni ). So dia memberi nasihat agar tidak timbul apa-apa ketegangan diantara dua pihak. Alhamdulillah semua baik dan lancar.

Monday, 10 March 2008

Kami Rasa Amat Bersyukur

Alhamdulillah! kami rasa amat bersyukur segala doa kami di makhbulkan Allah SWT. Hari ini kami menerima banyak sms tahniah. Jangan silap faham kami tak masuk calon bertanding pun! Namun kami menerima ucapan tahniah itu dengan hati yang gembira dan lapang. Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menetukan.

Kegembiraan kami yang pertama ialah kerana nak dapat menantu pertama. Proses merisik telah berjalan dengan baik. Kami akan hantar rombongan meminang pada tarikh 1 hb Mei. Insya-Allah tarikh berlangsung akan diadakan pada 21 disember 08.

Kegembiraan kami yang kedua ialah akan menerima sumbangan sebuah Van untuk sekolah kami dari satu syarikat multi nasional. Mereka sedang menguruskan pemberian itu dalam bulan ini Insya-Allah akan dapat.

Ketiga kami dapat tawaran dari beberapa individu yang ingin menyara atau mengambil anak angkat pelajar untuk belajar di sekolah kami. Pelajar yang layak ialah anak yatim atau dari keluarga miskin yang tahap pencapaian akademiknya cemerlang.

Keempat bernafas lega kerana kami mendapat angin baru yang segar yang melanda kawasan kami sekarang. Best!

Kelima kami akan mengiklankan pengambilan lebih ramai pelajar-pelajar untuk sekolah kami kerana ada pihak yang akan membantu dana sekolah kami.

Alhamdulillah kami amat bersyukur!

Sunday, 9 March 2008

Kami Rasa Lega

Assalamualaikum! Harini mak teh dan Pak haji rasa lega. Bukan lega fasal hal-hal mengundi. Kami rasa lega sebab semua pelajar-pelajar kami petang tadi dah balik kampung untuk cuti penggal pertama. Kami juga rasa lega dan puashati sebab ada beberapa pelajar yang dulunya masa awal-awal masuk sekolah dulu menangis nak balek. Alhamdulillah hari ini yang dari Sarawak " Kamek nak balek " pun kelihatan tersenyum sambil menunggu kedatangan ibuya menjemputnya. Selepas satu setengah bulan berada disini dia tidak pernah sebut " kamek nak balek "lagi.

AR pelajar yang trauma datang dari sekolah lain itu menunjukkan perubahan dan prestasi yang amat membanggakan. Dia cepat menghafal dan telah menghafal 4 surah lazim, iaitu, surah Sajaddah, Yassin, Addukhon dan Al-Mulk dan juga telah tammat menghafal juzu' 30. Sekarang dia sedang menghafal juzu' 1.

Pelajar yang terakhir join kami ialah seorang pelajar perempuan dari kemaman. Dia juga telah menangis dihari pertama di sekolah kami kerana kerinduan. Kemudian untuk membantunya mengatasi hal itu, saya telah bertanya didalam kelas, " Siapa yang pada masa mula datang sekolah ini dulu menangis nak balek kerana rindukan ibu dan keluarga. Angkat tangan !" Seramai 8 orang pelajar lelaki 2 antara mereka berbadan besar segera mengangkat tangan. Kemudian saya bertanya lagi, " Sekarang menangis nak balik lagi tak?"

" Tak dah !" jawab mereka. Saya berkata kepada pelajar perempuan itu, bahawa apa yang dia rasa itu adalah sementara sahaja. " Tengoklah lelaki yang besar-besar tupun dulu menangis, hehe!" kata saya kepada WNA. Itulah hari pertama dan terakhir WNA menangis. Selepas hari itu dia pulun menghafal. Lega hati kami melihat perubahan-perubahan begitu.

Diantara pelajar-pelajar kami ada 6 orang yang bertubuh kecil cili padi. Orang sangat suka melihat mereka ini segak bergaya berjubah dan berserban putih dan berjalan cepat seperti Imam Besar. Kalau bawa mereka ke majlis-majlis tahlil mereka menarik perhatian. Didalam kelas mereka ceria berinteraksi dan beri tumpuan. Maka tidak hairanlah mereka mendapat apa yang diajar dengan cepat.

Pada hari Rabu lepas kami telah membawa pelajar-pelajar membuat lawatan ke Pameran Angkasa di Putrajaya. Mereka nampaknya enjoy lawatan itu tetapi saya dan Pak Haji berasa sangat penat. Sebab itulah hari ini kami berasa amat lega. Bolehlah nak rehat sikit!

Friday, 7 March 2008

Macam Nak Raya

Assalamualaikum! Ramai orang sibuk bercakap mengenai hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari esok. Semua orang nak menyuarakan pilihan mereka dan cara untuk mengendalikan Negara tercinta ini. Pagi tadi di pasar aku bertemu ramai jiran dan sahabat handai, masing-masing tersenyum penuh makna. Masing-masing sibuk membeli bahan makanan untuk persiapan istemewa hari esok. Rasa macam nak raya pulak.

Persiapanku untuk hari esok ialah membeli bahan-bahan untuk masakan menu istemewa bukan kerana menyambut itu tetapi lebih kepada meraikan kesemua anak-anak (yang ada dalam negaralah) akan berada dirumah. Suara keluarga kami lebih ramai tahun ini. Ada 5 orang dalam keluarga kami yang bolih membuang undi. Lepas menjalankan tugas itu kami akan menjamu seleralah. Aku bercadang nak masak laksa utara (kuah lemak). Ude akan buat trifle untuk dessert. Untuk Pak haji yang tak gemar laksa kenalah buat gulai ikan kering campur nenas dan ikan jenahak goreng sumbat. Hehehe mesti teliurkan?

Bila anak-anak balik kerja petang nanti, mereka akan pergi ke Supermarket untuk membeli bahan minuman, ice-cream, cake and jelly. Mereka berjanji nak sediakan makanan istemewa sebab ada aku terdengar mereka ini ada yang dnaikkan gaji. Hehehe, mereka tidak beritahu aku tapi sebagai ibu aku ada sixth sense lah sebab ada yang hulurkan wang kertas baru kepadaku semalam.

Kami juga sedang menunggu ada keluarga sahabat dari Tanah Suci akan datang menziarahi kami. Walaupun aku dan Pak haji masih letih kami kenalah sambut sahabat kami ini kerana semasa kami di Makkah merekalah yang menjaga makan minum kamisekeluarga. ( Mereka ini dah menjadi rakyat saudi. Dari segi asal usul mereka adalah orang Patani berkahwin orang Indonesia 50 tahun yang lalu. Namun mereka lebih suka dan selesa pulang ke Malaysia . Itulah menunjukkan Malaysia ni bumi bertuah.)

Alhamdulillah! Kami mempunyai beberapa keluarga sahabat yang sangat rapat dengan kami, kadang-kadang lebih rapat dan mesra dari adik-beradik sendiri. Inilah kata orang, dalam Islam sahabat adalah saudara kita juga.

SELAMAT MENGUNDI ! JADILAH ORANG YANG BIJAKBISTARI !

Tuesday, 4 March 2008

SMS Dari Pak Uneng

Assalamalaikum! Tiga hari kami berada diKelantan kerana urusan membeli kitab-kitab, menziarahi sahabat handai orang Kelantan yang telah menjadi seperti adik-beradik sendiri. Kami juga bercadang untuk berjumpa dengan Doktor Pakar Mister Md Sobri yang kami amat terhutang budi kerana pembedahan terhadap Lia tahun lepas. Kami hendak memberitahunya Lia dah sihat. Alhamdulillah!

Semasa di Kelantan macam-macamlah sms yang diterima. Ada yang lucu, ada yang memperli kami pergi berkempen di Negeri Bulan Mengambang itu dan pelbagai lagi. Diantara SMS yang menarik ialah dari Pak Uneng. Pak Uneng ialah sepupu emakku dan merupakan peminat setia blogku ( silent reader). Dia pernah beritahu aku bahawa dia membaca blogku setiap hari. Pak Uneng berumur 4 tahun muda dariku sama dengan umur adikku. Anehnya aku dengan Pak Uneng boleh berkawan tetapi aku dengan adikku dari kecil hingga sekarang tak pernah sebulu. Anyway selalu juga pak Uneng SMS aku selepas dia baca entry blogku tetapi yang ini aku nak kongsi dengan pembaca.

Mesej berbunyi: RENUNGAN BERSAMA: Wasiat Luqman Al Hakim, "Wahai anakku! Untuk kesumpurnaan hidup: Ingatlah 2 perkara dan lupakalah 2 perkara, Ingatlah Allah dan Mati dan lupakanlah kebaikan kamu kepada manusia dan kejahatan manusia kepada kamu."

Setelah aku merenung mesej itu akupun membalasnya begini: TQ " Wahai Lugman Al Hakim, Allah ku ingati setiap hari, Mati ku renung dihujung jari, kebaikkan ku kepada manusia tidak dalam kenangan melainkan dibangkitkan olih sesuatu, kejahatan manusia kepadaku berparut dihati kekadang berdarah kembali, lalu bagaimana dapat aku lupai. ( Namun ada yang telah ku maafkan!) Nyatalah wahai Luqman aku manusia yang lemah tidak segagahmu, Engkau wahai Luqman Al Hakim dimuliakan Allah namamu tercatit dalam Al-Quran ! "

Aku tahu apa maksud Mesej Pak Uneng kepadaku. Lalu selepas membalas msej itu aku merasa lega. Sekarang aku sendiri menerima hakikat aku insan yang lemah! Jadi kalau ada banyak perkara yang aku tak boleh berjaya buat dalam hidup ini ok lah aku terima!

Selepas kisah SMS Pak Uneng tu kami pergi beli hadiah untuk tanda iklas kami berterima kasih kepada Doktor Pakar yang ke sebut diatas tadi. Tak sempat kami nak berbual panjang sebab dapat call dari HUKM menyatakan saudara Pak haji dah coma. Jadi kamipun tergesa-gesa pulang tak sempat nak membeli-belah lagi. Jam 2.30 kami check out dari hotel setelah makan tengah hari dan solat. (Hotel ni dah macam rumah kedua kami. Pekerjanya melayan kami istemewa sekali, kerana kami mula masuk semasa mula-mula mereka beroperasi, kalau tak silap 7 tahun yang lalu)

Perjalanan kami diiringi hujan lebat bertompok-tompok. Dalam perjalanan terpaksa memotong banyak lori-lori balak. Ada satu tu sangat bahaya kerana ternampak satu batang balaknya nak terkeluar dari ikatan iaitu terjulur bergayut-gayut. Kami potong dan hon lori itu sambil cuba memberi isyarat akan keaadaan muatanya. Sepanjang jalan aku menyesal kerana tidak memberhentikan lori itu. Takut kalau bahaya itu berlaku kepada pengguna jalan atau kanak-kanak yang sedang bermain di kampung kampung mereka ditepi jalan. Lepas itu akupun berdoa agar tidak berlaku apa-apa kemalangan yang terbayang dalam fikiranku pada masa itu.

Pukul 7.20 kami melepasi Kuala Lipis kami dapat satu panggilan telefon yang aku dah boleh agak beritanya. Panggilan dari adik saudara duapupu Pak Haji yang bersama pesakit, jadi aku yang amat penakut menerima berita yang aku takut dengar itu terus paskan hp kepada Pak haji. Pak Haji menyebut Innalillahiwainnailaihiroojiuun! Akupun maklum akan maksud panggilan itu.

Bekalan makanan yang kami bawa bersama tidak termakan. Kami tidak singgah mana-mana tempat lagi. Aku dengar Pak haji beritahu urusan-urasan yang perlu dibuat. Kamipun telah bermesyuara 2 malam lepa to be prepared. Tugas Pak haji menyediakan tempat perkhuburan dan upacara pengkebumian. Malam tadi kami sampai rumah jam 10.00 malam. Aku keletihan tidak pergi ziarah terus. Aku sedar Pak Haji balik rumah Jam 4.30 am kerana menemani jenazah yang telah dibawa pulang ke Shah Alam rumah Mak Su. Apabila kematian berlaku barulah saudara-mara berkumpul. Aku telah menitiskan airmata sebelum janazah diusung ke perkuburan. ( Aku teringat apa yang telah berlaku diantara kami. Namun aku telah maafkannya! Semoga Allah SWT mengapunkan dosa-dosanya dan mencucuri rahmat keatas roh nya. Ameen!) Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumika jam 11.30 sebelum tengah hari tadi.