Thursday, 13 March 2008

Perangai Yang Hudoh

Kadang-kadang bila tengok perangai orang Melayu ni hudoh sangat! ( Bodoh sangat?? )Kalau dah kalah terimalah kekalahan macam mantan ketua menteri Pulau Pinang tu. Jadilah seorang gentleman, seorang yang berhemah tinggi. Ni bila dah kalah nak melibas orang sahaja. Adakah pula nak hukum rakyat yang mengundi pembangkang, semua projek Mega nak di hentikan. Nak padankan muka rakyat yang mengundi pembangkang! Itulah perangai yang di tunjukkan oleh orang Pulau Pinang yang tak dapat menerima kekalahan. (saya lihat dalam Berita, Tv 3 pukul 8.00 tadi). Malulah sikit!

Bila kita dah kalah cerminlah muka kita tu. Kita jangan bersikap arrogant ( sombong sangat) Kalau buat perangai macam ni nanti musim undi hadapan kita akan kalah lebih teruk lagi, mungkin di peringkat Persekutuan pulak. Itulah dah biasa dah 50 tahun kita buat perangai. Semua kita boleh dapat, tak kira nasib orang lain. Kita menganggap orang Melayu lain semuanya bodoh atau boleh diperbodohkan. Oleh kerana perangai kita ni, orang Melayu yang sensitif akan keadaan nasib bangsanya marah akan pemimpin-pemimpin yang tidak membela bangsa. Orang-orang ni sebenarnya bukan suka sangat pembangkang. Kan orang melayu baik, mereka tak suka membangkang. Tapi mereka sangat kecewa dengan keaadaan yang ada sekarang.

Lagi seperkara pihak yang ingin menang hendaklah tahu bahawa psaikologi, cara pemikiran orang-orang Melayu adalah berbeza bagi tiap daerah. Bukan boleh pukul semua sama saja. Dari Perlis sampailah ke Sabah psaikologi orang Melayu dari tiap daerah atau negeri adalah berlainan. Umpamanya orang kelantan akan terima apa-apa pemberian orang untuk memancing undi sebagai rezeki jangan di tolak, tetapi undilah ikut hati sendiri.

Orang Kedah pula tidak akan ambil apa-apa kalau dia tak mahu undi pihak itu. Orang perlis pula tak mau fikir banyak sangat, mana yang dapat senangkan dia itulah yang dia undi. Perangai orang Negeri pulak kuat bersuku dia akan angkat kaum suku dia lah. Orang Selangor komplex sikit kerana dari pelbagai keturunan. Ada yang tak mengaku Melayupun walaupun kalau ada keistimewaan Melayu dia sapu. Orang Trengganu lagi pelik sesama sendiri macam berpatah arang hanya kerana parti, walaupun agama mereka pada zahirnya nampak kuat. Orang Johor masih ramai yang berfikiran zaman kuno. Dia sangka negeri dia macam Titanic tak akan karam! Jadi mereka tak berwaspada. Orang Melaka pula dah lama toleransi akan orang asing dari zaman kesultanan Melaka lagi. Jadi tak heranlah kalau mereka sampai sekarang ini sangat toleran hingga boleh hidup berpuluh tahun menghidu najis khinzir!

Orang lain pandai, kalau dia makmur di negara kita dia duduklah. Kalau tidak dia ada banyak tempat lagi yang dia boleh pergi. Kalau tak suka kita dia buruk-burukkan kita dan Negara kita. Kalau suka sebab perut dia kenyang, senyunam yang manis terukir dibibirnya. Dia ajarkan budayanya pada kita, pelbagai juadah dihidangkan didepan mata. Banyak perkara yang di ketahui umum dibuat oleh kita yang mempunyai kuasa hingga nak termuntah orang mendengarnya.

Pergilah selidik ka Kuala Lumpur tu penjual gerai adalah bangsa asing. Lesen tu siapa punya? Kenapa keadaan jadi begini? Orang Melayu sendiri kalau nak berniaga di Kuala Lumpur sangatlah susah. Kenapa kita biar orang asing berleluasa berniaga di Negara kita? Cuba anda pergi ke Negara lain nak jual sebatang penselpun tak boleh. Banyak perkara yang menunjukkan rasuah berleluasa. Kalau dizaman pemerintahan Khalifah Omar Abdul Aziz, dilapurkan serigalapun tak berani curi makan kambing sebab pemerintahnya amatlah tegas, amanah dan bersih! Maka anda bolehlah buat andaian di sebaliknya keaadaan Negara kita kini.

Wahai bangsaku sudah 50 tahun kita merdeka selepas beratus tahun dijajah orang asing. Sejarah sendiri kita tak peka takut sejarah berulang lagi! Kita sekarang sudah berilmu sehingga PhD, bertamaddun tinggi, berbangga dengan pencakar langit, ilmu agama lebih di dalami (ramai para ulamak tetapi berdiam diri). Oleh itu fikirlah dalam-dalam untuk kebaikkan bangsa kita. Jangan mudah ikut-ikutan, jangan mudah percaya senyuman orang, jangan meludah saudara sendiri, jangan tamak hingga sanggup menggadai Negeri. Jadilah pemimpin yang berusaha untuk rakyak dan bangsa kita,(bukan untuk poket sendiri atau para kroni ) berkerjasama dengan orang penuh hati-hati, sentiasa mementingkan keharmonian Negeri, cara Rasullah kita contohi. Janganlah lalai lagi, tiap seorang dari kita ada peranan dan tugas yang perlu dipikulkan. Fikirlah! Buatlah sendiri jangan tunggu orang suruh atau arahkan.

Sama-samalah kita berdoa agar Negara yang kita cintai ini sentiasa di pelihara Allah SWT kerana Negara yang penuh dengan kezaliman dan kemungkaran telah banyak contohnya yang terdahulu telah dimusnahkan Allah SWT! Wallahuaalam!

5 comments:

  1. Mak Teh, itulah dia...dah kalah tak mau muhasabah diri.

    suara rakyat dah lantang dan jelas, kalau tak ubah jugak nampaknya next election nanti takut jatuh terduduk! memang, kita bukan suka sangat nak bangkang tapi kalau dah pemimpin kita merasakan mereka duduk nuuuun di puncak, lupa rumput dibumi dan nasib rakyat tak terbela, mereka ini perlu diingatkan!!!

    menjadi rakyat pulak mestilah menjadi "rakyat bijak"; mesti faham tujuan kita menyokong pihak tertentu bukan sokong membuta tuli saja, dan jauh sekali sokong untuk kepentingan diri.

    my mom commented that calon wanita di kampong tidak memainkan peranan dalam hal-hal kemasyarakatan - jauh sekali dalam majlis2 membesarkan agama! so, macam mana nak menang?

    kita do'alah mereka yang dah menang ni dapat menjalankan t/jawab mereka sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Diorang ni tak tengok history agaknya. Kat Kelantan, dia dah buat macam tu. Tapi tengok lah.. 18 tahun... bukan kejap tu.. 18 tahun rakyat kelantan masih setia dengan orang yang mereka labelkan pembangkang tu. Dia tarik kemudahan macam macam. Orang Kelantan masih survive. Malah meningkat dan makin ramai pelancong. Mereka buruk burukan Kelantan. Orang kelantan naik marah. Ada ke burukkan tanah air mereka.. Memang tak sekolah..

    Patutnya, awak dah kalah, awak kena la ambil hati. Bagi kepercayaan kepada bakal pengundi 4-5 tahun lagi. Bukannya menghukum pengundi.

    Betul la Mak Teh, diorang tak belajar Psychology. Hukuman hanya sesuai untuk penjahat, bukan kepada penegak keadilan... Mungkin they perceived those people yang tak vote dia tu jahat agaknya... entah lah.. silap besar la tu.. lagi tambahlah kemarahan orang terhadap dia..

    They should go to standard 1 again kot.. :)

    ReplyDelete
  3. salam,
    hurm...malas nak komen tapi kadang2 geram jugak...
    ini lah sifat orang Melayu yg tidak mengambil agama sbg panduan, .... mmg byk PhD!!! (Perasaan Hasad Dengki!!!) itu lah sifat orang-orang ni... dia ingat dia pandai sangat (sbb dah lama sangat duduk kat atas kayangan tu...)
    Sebab tu *Melayu* ni tak maju2...
    apa orang kata?...Bodoh Sombong!

    azzah8

    ReplyDelete
  4. sedap baca entry ni, penuh pengajaran buat yang kalah , manusia jika selalu diperbodohkan tentu akan melenting marah sebab manusia punya akal fikiran yang dikurnia Allah taala, yang mengundi pun bukan kanak-kanak, semuanya dewasa.

    ReplyDelete
  5. Inilah susahnya bila dah lemah iman. Sepatutnya kita berkhidmat untuk kepentingan masyarakat, bukan kepentingan parti, atau kepentingan sendiri. Kekadang elisa rasa 'kerajaan' ni dah lupa apa hak rayat, cuma ingatkan apa yang diorang boleh untung while they are still in power.
    So sad.

    ReplyDelete