Monday, 10 March 2008

Kami Rasa Amat Bersyukur

Alhamdulillah! kami rasa amat bersyukur segala doa kami di makhbulkan Allah SWT. Hari ini kami menerima banyak sms tahniah. Jangan silap faham kami tak masuk calon bertanding pun! Namun kami menerima ucapan tahniah itu dengan hati yang gembira dan lapang. Kita hanya berusaha tetapi Allah yang menetukan.

Kegembiraan kami yang pertama ialah kerana nak dapat menantu pertama. Proses merisik telah berjalan dengan baik. Kami akan hantar rombongan meminang pada tarikh 1 hb Mei. Insya-Allah tarikh berlangsung akan diadakan pada 21 disember 08.

Kegembiraan kami yang kedua ialah akan menerima sumbangan sebuah Van untuk sekolah kami dari satu syarikat multi nasional. Mereka sedang menguruskan pemberian itu dalam bulan ini Insya-Allah akan dapat.

Ketiga kami dapat tawaran dari beberapa individu yang ingin menyara atau mengambil anak angkat pelajar untuk belajar di sekolah kami. Pelajar yang layak ialah anak yatim atau dari keluarga miskin yang tahap pencapaian akademiknya cemerlang.

Keempat bernafas lega kerana kami mendapat angin baru yang segar yang melanda kawasan kami sekarang. Best!

Kelima kami akan mengiklankan pengambilan lebih ramai pelajar-pelajar untuk sekolah kami kerana ada pihak yang akan membantu dana sekolah kami.

Alhamdulillah kami amat bersyukur!

7 comments:

  1. Neeza tumpang gembira Mak Teh... seronok dengar ramai penderma. Teringin jugak nak pergi melawat sekolah Mak Teh tu. Insyaallah, kalau ada kelapangan, balik nanti neeza singgah... tapi tak janji sebab cuti pendek sangat.. tapi 1 hari, neeza sampai juga ke sana.. Insyaallah...

    ReplyDelete
  2. Neeza, terima kasih! You are welcome anytime however please give a call. When you arrive in KL get in touch, ok?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah segala urusan diperkenan Allah st. Setiap yang baik akan diberi ganjaran sebaiknya. Amin.

    selamat bercuti seketika !!

    ReplyDelete
  4. Sarina, please contact me direct regarding the orphan. Get my number from mak lang. Thank you.

    ReplyDelete
  5. Insyaallah Mak Teh... nanti neeza ambik phone number Mak Teh bila neeza nak balik Malaysia ye :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah for all the good things that happened lately..mohon do'akan saya makteh supaya Allah bukakan jalan secepat mungkin..

    ReplyDelete