Assalamualaikum!
Hari sabtu lalu rombongan sekolah kami bertolak ke Perak jam 6.10 pagi selepas menunaikan solat subuh. Sebaik bas bergerak doa selamat perjalanan dibacakan dan seterusnya surah Yassin dan surah-surah amalan.
Bas kami mengambil jalan Kuala Selangor terus menghala ke Teluk Intan. Makanan berupa roti sandwic tuna di edarkan untuk sarapan pagi. Hampir jam 9.00 pagi kami sampai ke Bandar Teluk Intan. Tempat pertama yang kami tuju ia-lah Menara Condong. Setiba kami di situ kami telah di sambut oleh ibubapa kepada pelajar kami orang Teluk Intan. Kami tidak lengah bergambar di hadapan bangunan menara condong itu. Oleh kerana hari itu hujung minggu, menara itu di kunci dan kami tidak dapat masuk kedalamnya. Ada keterangan di situ meyatakan menara itu telah berumur 100 tahun lebih. Ia menempatkan sebuah jam besar yang mekanismanya menggunakan air yang berada dalam bangunan itu ialah sebuah perigi atau tempat air. ( Saya tidak berapa pasti tetapi fakta ini dari keterangan ibu kepada pelajar kami orang Teluk Intan tadi ). Sebelum meninggalkan Teluk Intan, kami di bekalkan dengan roti bun, snacks dan 2 kotak air mineral oleh ibubapa pelajar tadi.
Kemudian kami bergrak ke Pasir Salak kira-kira 45 minit dar Teluk Intan. Di Pasir Salak kami mengunjungi kompleks sejarah. Dapatlah kami bayangkan bagaimana Datuk Maharajalela dan pengikut-pengikutnya memberontak melawan British hampir 200 tahun dahulu. Kami juga dapat membayangkan bagaimana Birch telah di rejam dengan tombak apabila sedang mandi di sungai yang mengalir di tepi Kompleks itu. Selama 1 setengah jam kami berlegar di kawasan kompleks sejarah itu dan banyak jugalah fakta sejarah yang kami serapkan. Setelah itu kami semua terasa lapar, kamipun makan bekalan yang di bawa ia-itu bihun goreng.
Kemudian kami menuju ke Kampung Gajah kawasan buah durian. Kami nampak replika buah durian gergasi menghiasi jalan masuk ke kawasan itu. Kelihatan lambakan durian dan penjual serta peraih durian sepanjang jalan. Kami sampai di rumah pelajar kami orang Kampung Gajah jam 12.30 tengah hari. Ibubapanya telah menjemput kami untuk singgah makan tengah hari. Kami di hidangkan dengan buah durian, roti jala, kuah durian selain masi dan lauk pauk. Apalagi teruslah kami menghadap hidangan tersebut tanpa segan silu. Hehehe, makanlah sehingga kekenyangan. Dalam ramai-ramai itu ada 6 orang yang tak makan durian. Mereka diacah oleh kawan-kawan disuruh cuba makan juga macam kisah episod Fear Factor. Termuntah-muntah mereka mencubanya menelan dalam ketawa dan tepukan kawan-kawan. ( Sungguh menggelikan hati! Ada di rakamkan dalam camera kami )
Selepas itu kami solat zohor di masjid kampung itu. Kemudian kami pergi melihat bengkel kraftangan labu sayung ( berdekatan bukan di Sayung ). Nampaknya pelajar-pelajar sangat berminat terhadap penghasilan kraftangan ini. Hampir dua jam kami merada disini mendengar peneranga, melihat demonstrasi, mencuba membuatnya dan membeli hasil seni tersebut.
Selepas itu kami beredar ke Kelly's Castle. Pelajar-pelajar masuk melawat ke dalam bangunan itu sedangkan aku dan Cik Gu Waa.. tinggal di dalan bas kerana sudah kepenatan. Jam menunjukkan hampir pukul 5 pm namun cuaca sewaktu itu sudah agak gelap kerana hujan rintik-rintik. Setelah kembali ke bas pelajar-pelajar melapurkan keadaan seram ketika di dalam castle itu.
Kami terus pulang melalui highway menuju Shah Alam. Kami makan dinner dalam bas kerana bekalan telah siap dibawa dan semua orang sudah kelaparan. Kami selamat sampai di Shah Alam jam 8.00 malam.
Alhamdulillah perjalanan kami selamat pergi dan kembali dan kami semua berasa puas hati mengenai lawatan ke Perak itu.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
alhamdulillah dah selamat pulang.. bestnya dengar tentang lawatan tu.. nak nak yang part makan durian tu... ruginya sape yang tak makan durian tu kan.. hehehe.. tapi takpe, ration dia orang lain boleh makan..
ReplyDeleteneeza pernah pergi Kelly's Castle tu tapi dah lama.. macam horror sikit tempat tu.. orang kata tempat tu agak keras.. tak tahu lah keras camana.. tapi, alhamdulillah, takde apa2 jadi pada kami masa tu..
seronok baca kisah lawatan sambil belajar ni, kelakar lah bila pelajar di cabar makan buah 'busuk' tu, gang izzat dan mimi lah mereka berenam tu, kellie's castle saya pun tak pernah masuk, budak2 ni aje yang pernah naik samppai atas, bila tunjuk kat mimi kellie's castle terus dia tanya itu aja ke castle nya sebab di jordan castles semuanya besar..hehehe.
ReplyDeleteSalam mak teh,
ReplyDeleteseronok kalau buat rombongan,,, yg paling seronokk, bila berhenti utk makan... memang menyelerakan dgn bekalan yg kita bawa.... rezeki mak teh dgn anak2 semua tu.... dpt makan durian... sedap tu roti jala dgn kuah durian...
memang org yg tak makan durian, bau pun dah pening... apa lgi kalau makan... muntah2 le dia... hehehe sian ...
Salam Mak Teh..saya orang Shah Alam jugak tp sekolah Mak Teh ni kat mana ya? mana tahu ada rezeki lebih saya nak buat sedeka amal jariah. Would appreciate if you give me the full add.
ReplyDeletenice story ... baguih beti jumpa blog mak teh dapat tukaq story ..
ReplyDeleteNice blog, nice story ,welcome to my blog ... tukaq resepi.. i tak pandai masaq .. mak teh selamat berkenalan
ReplyDeleteNeeza, Alhamdulillah! Kami selamat pergi dan kembali. Makan durian tu memang best.
ReplyDeleteSarina, kelly's castle tu memang tak setanding dengan castle di Timur tengah dan Eropah. Maklumlah orang melayu mana pandai buat castle. Hehehe!
ReplyDeleteSalam Umie, dah lama mak teh tak dengar dari Umie. Macam sibuk saja!
ReplyDeleteMak teh memang suka bawa anak-anak melancong. Tambahan pula anak-anak tahfiz ni mak teh sukalah buat rombongan. Seronok tengok mereka suka keluar berjalan-jalan sambil belajar.
Rina, selamat datang ke blog mak teh. Sekolah mak teh di seksyen 3. Address kami, no 7 jalan merbau 3/ 11.
ReplyDeleteMina, selamat datang ke blog mak teh. Kalau ada apa-apa yang berfaedah untuk anda selalu lah berkunjung ke blog mak teh.
ReplyDeleteMak tehpun tak pandai masak tetapi sesekali ada juga mak teh postkan resepi.
Wah selamat datang ke Perak, Kampung saya! heheheh.
ReplyDeleteMr janggel Trekker, terima kasih! Kami telahpun melawat kampung anda dan pengalamannya menyeronokan.
ReplyDelete