Assalamualaikum! Minggu ini mak teh sibuk menyediakan persiapan untuk lawatan ke tempat bersejarah di Negeri Perak. Sudah lama mak teh berjanji nak membawa anak-anak sekolah kami membuat lawatan tersebut. ( Ini kerana Ting 2 membaca buku Pahlawan Pasir Salak )Inilah baru ada kesempatan masa setelah semua kertas peperiksaan telah di tanda dan diberi markah.
Esok kami akan bertolak pada jam 6.00 pagi sebaik sahaja menunaikan solat subuh. Kerana nak bertolak awal bacaan surah Yassin yang pada lazimnya dibaca selepas solat subuh, mereka akan bacakan di dalam bas. Kami merancang untuk sampai ke Teluk Intan pada jam 9 pagi. Kami, anak-anak tahfiz bersama 5 orang guru, termasuk seorang tenaga pengajar baru, Cik Gu Waa... akan membuat lawatan ke tempat bersejarah dan destinasi pelancongan sekitar Teluk Intan dan Batu Gajah. Nanti lepas balek mak teh ceritalah. Tak sedap nak cerita sekarang.
Malam ini kami hendak sediakan sandwic tuna untuk sarapan pagi ( akan di makan dalam bas ). Bahan untuk bihun goreng dan bekalan nasi akan di sediakan malam ini sebelum tidur. Mak teh dan pembantu kena bangun pukul 4 pagi nak masak bihun dan nasi serta lauk-pauknya. Bihun adalah untuk makan pada jam 10.30 pagi, di jangka setelah sampai Teluk Intan. Nasi dan lauk-pauknya adalah untuk makan malam sebelum kami bertolak balik.
Anda tentu tertanya-tanya bagaimana dengan makan tengah hari kami? Ha! Jawapannya ialah kami telah di jemput makan tengah hari dan makan durian bersama pulut di rumah pelajar kami yang tinggal di Kampung Gajah. Best! Kami semua looking forward untuk hidangan durian tersebut. Hehehe! Nanti balik mak teh cerita takut ada orang terleleh air liur pulak.
Mak teh ada lagi satu kegembiraan. Esok Yanna akan pulang bercuti dari Cairo. Kesian dia balek mak dia tak dapat sambut kat KLIA. Yanna akan di jemput oleh abang dia Zed dan kakak dia, Kin ang Ude. Yanna akan bercuti selama sebulan sebelum balik semula ke Cairo bersama Ally. Insya-Allah, kedua-duanya akan melanjutkan pelajaran ke University Al-Azhar. Suatu hari nanti mak teh akan ceritakan perihal kedua-dua beradik ini mak teh telah hantar belajar ke Sudan semasa mereka berumur 10 tahun dan 11 tahun hanya kerana ingin mereka mempelajari ilmu Al-Quran dan Bahasa Arab. Kerana merekalah juga sampai mak teh dan Pak Haji dapat membuka sekolah Tahfiz/Agama seperti sekarang ini.
Insya-Allah kami akan sampai balek dari Perak jan 9.00 malam. Mak teh doakan semuanya akan selamat, Yanna selamat sampai dan kami yang nak pergi melancong ini selamat pergi dan kembali. Ameen! Semoga segala usaha kami di berkati Allah SWT.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
ehemmm.. memang ada orang yang meleleh air liur pun Makteh.. sedapnya makan durian.. alahaiii.. nampaknya neeza kena suruh mak neeza simpan durian banyak2 sebab raya baru balik.. masa tu takde musim dah kan..
ReplyDeletesemoga perjalanan ke Perak selamat pergi dan pulang dan diberkati Allh.. Insyaallah..
Mak Teh,
ReplyDeleteseronok jalan-jalan ke Pasir Salak sambil makan durian! Terima kasih lah buat parents yang sudi menjamu kami makan tengahari dan juga bekalkan kudapan dalam perjalanan! Pendekata, terlebih2 rezeki lah. Syukur Alhamdulillah..perjalanan pun elok saja..smooth n easy..students borong sakan bila singgah di tempat buat labu..banyak jugak ilmu yang saya dapat dari situ. Mudah2an ada rezeki lagi in the future untuk jalan-jalan macam ni...badan jer takut tak terlarat nak melayan :D
Neeza, Alhamdulillah! Kami pergi dan balik selamat.
ReplyDeleteYes, sekarang dah musin durian di Perak. Tempat lain lambat sikit kut. Elok tu suruh mak neeza simpan dalam freezer durian untuk neeza. Mak teh selalu buat macamtu untuk anak-anak tetapi rasanya kuranglah sikit.
OO, Alhamdulillah perjalanan kita sernok dan selamat. Lainkali kita buat trip lagi. Hehehe
ReplyDeletemaklang nak ikut...tapi dah terlepas bas...
ReplyDeleteseronok ye...kerja sambil jalan2 ni...