Assalamualaikum!
Kabanyakan kita beranggapan susah untuk membuat ibadah dan mengutip pahala. Sebenarnya dalam Islam amat mudah mendapat ganjaran pahala setiap masa. Disini mak teh nak memberitahu cara-cara yang amat mudah mengutip pahala-pahala yang di janjikan oleh Allah SWT. Diantaranya adalah seperti berikut:
1) Memberi salam dan menjawab salam sesama Islam.
2) Memberi senyuman ikhlas kepada saudara Islam.
3) Membuang benda-benda halangan di jalan ( yang boleh membahayakan orang ) seperti paku, kaca, kayu dan sebagainya.
4) Mengucapkan ' Subhanallah ' apabila melihat kejadian Allah yang menakjubkab seperti apabila melihat laut, tumbuh-tumbuhan, keindahan alam dan sebagainya.
5) Mengusap kepala anak-anak yatim.
6) Memberi makan atau minum binatang termasuk binatang liar (umpamanya meletak pisang atau buahan di halaman rumah untuk burung-burung dan tupai)
7) Membantu orang dalam kesusahan.
8) Mengajarkan kepada orang lain ilmu yang berfaedah (apa saja ilmu kita ada)
9) Memberi makan orang yang berpuasa.
10) Berlaku baik kepada kedua ibubapa umpamanya setiap pagi bertanya khabar walaupun melalui telefon.
11) Bersedekah kepada fakir miskin walaupun 10 sen. ( Apabila ingin bersedekah janganlah menunggu hingga kita sudah kaya raya kerana disisi Allah sama saja nilainya orang yang kurang keewangannya bersedekah sedikit di bandingkan seorang jutawan bersedekah jutaan RM. Semuanya tergantung pada niat yang ikhlas.)
12) Memberi sokongan serta bantuan ( menderma kewangan atau sokongan moral yang akan memberangsangkan ) kepada orang-orang fisabilillah ( orang yang membuat kerja ke jalan Allah.
13) Menjaga harta awam ( bersifat prihatin, menghalang orang merosakkannya )
14) Menasihati, menegur atau melarang orang yang membuat mungkar. ( zaman sekarang walaupun kita ada amal ma'aruf kita tidak ada nahi mungkar, sebab kita takut dikatan busy body atau menjaga tepi kain orang )
15) Berzikir apabila anda seorang diri umpamanya semasa memandu, semasa beriadhah berjalan atau berjoging di taman atau keliling rumah.)
16) Beriktikaf dalam masjid. ( berniat iktikaf kemudian berdiam diri sambil mengingati Allah )
17) Mendoakan untuk kebaikkan orang lain sedangkan orang itu tidak mengetahuinya.
18) Berlaku baik dan tidak menyakiti jiran tetangga.
19) Meraikan tetamu yang datang kerumah kita. ( disambut dengan senyuman dan diberi makan dan minum)
20) Menziarah orang sakit.
Itulah di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala yang mudah. Ini menunjukkan Allah SWT amat Pemurah dan amat Mengasihani hambaNYA. Oleh itu marilah kita sama-sama cuba melakukan perkara-perkara diatas sebagai amalan hidup kita. Semoga Allah SWT akan memberkati hidup kita dan mencucuri rahmatNYA ke atas kita semua. Ameen!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
alhamdulillah... banyak ilmu yang dapat saya belajar dari Mak Teh.. Insya Allah akan saya amalkan selagi mampu
ReplyDeleteMr janggel trekker, Alhamdulillah juga kerana anda rajin mengikuti blog mak teh dan mengambil perhatian di atas tazkirah-tazkirah yang mak teh tuliskan. Insya-Allah dapatlah juga pahala kita bersama. Sesama orang yang beriman tugas kita ialah saling ingat memperingati!
ReplyDeleteTerima kasih memberi komen anda.
terimakaseh mak teh...insyaAllah akan mudah mendapat pahala dengan melakukan benda2 yang makteh dah tuliskan tu...
ReplyDeleteSemoga mak lang dan saya juga mendapat kebaikan kerana melakukan perkara-perkara yang kecil seperti itu.
ReplyDeleteSyukur.. masih ada rakan macam Makteh yang sudi berkongsi ilmu macam ni dengan rakan blogger lain..
ReplyDeleteboleh juga kami ikuti bersama dan sama2 peroleh kebaikannya.. Insyaallah...
Perkara2 kecil ni, kalau dapat selalu buat, pahalanya jika dikumpulkan jadi bukit jugak kan Mak Teh.
ReplyDeleteTq kerana mengingatkan.
Assalamualaikum Mak Teh,
ReplyDeleteTazkirah yg bagus untuk semua... sekurang2nya kita tak lalai dgn keadaan sekeliling kalau kita sentiasa diberi peringatan sebegini.
Terima kasih mak teh....
semoga usaha mak teh akan diberi ganjaran yg berlipat ganda.
Neeza, mak teh harapkan sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang mak teh ada hendak di turunkan kepada pelapis muda seperti anda.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sentiasa bersama mak teh.
Mamamia, Allah suka akan hambaNya yang melakukan amalan-amalan yang kecil tetapi berterusan.
ReplyDeleteWaalakumusalam! Umie kak yong, semoga kita sama-sama ingat memperingati. Terima kasih kerana mengunjungi mak teh!
ReplyDeleteterima kasih atas peringatan buat diri saya yang kadangkala lupa untuk amalkan apa yang sepatutnya .
ReplyDeletesalam buat semua ahli keluarga makteh.