Assalamualaikum!
Semalam sekolah kami telah bermula cuti. Anak-anak tahfiz pulang untuk berpuasa dan berhari raya dengan keluarga masing-masing. Mereka akan masuk semula pada 11 Oktober ( berjumlah 17 hari bercuti ) Semalam aku dan Pak haji dapat rasa relax sedikit namun ada lagi perkara yang kena di uruskan. Pasukan yang bertaddarus di Istana masih belum pulang kerana malam ini iaitu malam 25 baru majlis khatam al-quran serta istiadat berkaitan akan berlangsung di Istana Kelang. Anak-anak tahfiz kami akan memakai baju Melayu berwarna biru lengkap dengan sampin songket dan songkok ( tentunya mereka akan kelihatan segak dan bergaya ) Di majlis itu nanti mereka akan di raikan dan juga akan mendapat peket hijau sebagai sagu hati. Pak haji di jemput menyetai majlis itu. Mak teh boleh je kalau nak ikut tetapi mak teh ni jenis kurang minat majlis yang berprotokol.
Oleh kerana mak teh telah bercuti , jadi mak teh dah rasa suasana nak berhari raya. Anak-anak mak teh nak buat kueh dan biskut sendiri. Biarkan merekalah, mak teh tak kisah pun ada kueh banyak ke tak ada ke. Tetapi mak teh telah beli sebuah oven baru untuk mereka kerana yang lama telah rosak. Yang suka berbaking ni ialah zed, amal ( anak lelaki ) dan Ude.
Selepas hari Raya kami akan mula bertemu dengan ibubapa dan anak-anak yang memohon untuk masuk ke sekolah kami bagi kemasukkan sesi 2009. Kami target seramai 50 orang murid tingkatan I ( 2 kelas sahaja )dan 25 orang murid darjah 1, 2 and 3 ( setiap kelas ). Kami gembira kerana ramai di antara pelajar-pelajar yang ada sekarang, adik-adik mereka akan masuk ke sekolah kami. Ada sebuah keluarga itu akan menjadi 3 beradik di sekolah ini. Ini menunjukkan kepercayaan ibubapa terhadap program MTAQSA dan terhadap kami. Oleh kerana sekolah ini sekolah akan menjadi sebuah sekolah elit, kami akan mengutamakan pemohon yang telah ada abang atau kakak di sekolah ini.
Pada tahun ini persiapan untuk menerima pelajar-pelajar baru kami buat lebih awal kerana dari pengalaman lalu kami selalu kesuntukan masa untuk berbuat sesuatu. Dari sekarang kami telah mula order barang-barang yang perlu. Umpamanya kami perlu 30 set katil double decker, 60 unit tilam dan bantal, 30 unit almari besi. Kami juga dah ambil keputusan nak buat laundry sendiri kerana sangat bermasaalah apabila laundry di buat oleh kedai dobi. Jadi kami juga akan memesan sebuah mesin basuh, sebuah dryer dan iron dan iron board jenis kommersial. Harga keseluruhan alat laundry itu hampir RM 30,000. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan dan derma iklas atau zakat dari semua pihak.
Sekiranya ada apa-apa cadangan untuk memajukan MTAQSA, kami amat megalu-alukanya. Kami bercita-cita dan berdoa agar sekolah ini dimasa hadapan akan menjadi sebuah sekolah yang boleh di banggakan kerana dapat mengeluarkan manusia yang berjaya dunia dan akhirat!
Selamat Hari Raya di ucapkan kepada semua pembaca blog mak teh, yang telah komen, yang seyap tak komen dan yang komen secara lain-lain. Maaf Zahir Batin !
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
SELAMAT HARI RAYA untuk makteh sekeluarga. ampun maaf jika ada terkasar bahasa atau tersilap kata semasa tinggalkan komen.
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAKTEH...
ReplyDeleteMINTA MAAF JIKA ADA TERSALAH KATA ATAU YANG TERSINGGUNG.. SEMOGA RAYA TAHUN INI LEBIH MERIAH.
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin ya makteh..
ReplyDeletelama betul cuti.. mesti seronok tu..
jemput datang majlis kenduri sambut menantu rumah mak neeza pada 11 oct ye..
3130 Taman Dahlia
Bukit Kuang
24000 Kemaman