Sunday, 21 September 2008

Siapa Yang Teruk Ni?

Assalamualaikum!

Nampaknya lagi mak teh tua lagi banyak perkara yang merimaskan mak teh. Mungkin anda akan kata mak teh ni orang tua cerewet. Sehingga pada suatu hari mak tehpun terdiam bermuhasabah diri sendiri. Betul ke aku ni? Teruk sangatkah? Am I too critcal? Macam-macam yang aku nampak tak kena, macam-macam yang aku nak tegur kesilapan orang lain. Teruklah aku rasa dan bertanya pada diriku akukah yang teruk ni atau orang-orang itu?

Misalnya aku tak boleh degar jiran punya bibik dok tengking tuan dia. Aku pernah menyuarakan perkara ini kepada jiran tetapi tidak nampak hasilpun. Sekarang kalau aku dengar bibik itu menjawab tuannya dengan suara tinggi aku rasa nak pergi marah bibik itu. Tetapi nanti apa kata tuannya pula kepada aku!

Tiap hari aku lalu di depan rumah seorang jiran ( bukan jiran dekat rumah tapi tak le jauh sangat ). Si jiran ni selalu menyidai kain basuhannye di atas pintu pagar depan rumahnya. Maka setiap kali dia buat begitu, adalah sehelai dua seluar dalam dia yang saiz XXL tu terpampang di sidai kat situ. Aku malu tengok benda tu kat situ. Dia tak malukah? ( orangnye educated juga takle sampai kat degree kut, rumahnya bunglow besar! )

Minggu lepas aku pergi menziarah orang kematian. Rumah aku pergi tu rumah orang besar juga ( gaji dia lah ). Aku terkejut melihat tetamu yang datang menziarah dan baca tahlil duduk di atas lantai tanpa alas tikar atau apa-apapun. Kasihan aku lihat tetamu terpaksa duduk diatas lantai simen ( marble? ) yang sejuk tu. Dari kecil aku di latih tidak boleh berbuat demikian. Aku terdiam hingga tak terkata, kemudian itu aku bermuhasabah diriku.

Apabila pergi ke masjid, aku ternampak macam-macam kesalahan orang. Bukan aku sengaja pandang-pandang orang nak cari kesalahan, tetapi di takhdirkan orang yang duduk sebelahku atau depan aku sahaja. Mula suatu mala itu duduk di sebelah kiriku, seorang yang mengikut label " malasie dalam tulisan jawi" di telekungnya, telah pulang dari menunaikan hajilah. Perlakuan solatnya Ya Allah amat tidak betul terutama ruku' dan sujudnya. Rasa janggal nak menegurnya dan tidak ada peluang sesuai berbuat demikian sebab tamat sahaja 8 rakaat tarawih dia cabut. Hari berikutnya aku berhati-hati tak mahu duduk tepi dia tetapi aku tak nampak dia lagi ( telekung yang ku tahu dia pakai lah )

Aku rasa lega kerana ingatkan dapatlah aku bersolat dengan tenang dan khusyu'. Namun Allah mendugaku lagi kali ini jemaah yang di tepi akau itu memakai anak tudung sebagai anak telekung dan ada lace berjuntai menutup dahi. Mau tak mau rasa tugas aku kena explain kat dia tak boleh pakai macamtu sebab dila sujud dahi mesti kena tempat sujud. Dia mengucapkan terima kasih padaku. Kemudian solatpun berlansung, jemaah depan aku asyik kaki dia terkeluar saja dari kain telekung ynag pendek. Dia tidak memaki stokin, jadi tugas aku juga kena beritahu dia bahawa itu membatalkan solat. Dia tak peduli dia teruskan solat hingga selesai tarawih lapan rakaat. Orang depan sebelah dia belah setelah tamat lapan jadi aku naiklah ke saf hadapan itu. So aku berbisik pada dia supaya esok pergilah beli stokin untuk solat, rugi macamtu solat asyik nampak kaki sahaja. Dia diam tak berkata apa-apa dari wajah nampak umurnya belasan tahun. Kemudian aku teruskan bersolat tarawih hingga selesai 23 rakaat ( termasuk solat witir 3 rakaat tu ). Setelah memberi salam dan selesai berdoa dan berzikir akupun toleh ke kanan bersalaman dengan jemaah yang sejak tadi sangat khysyu' bersolat. Seketika itu juga aku ternampak rambutnya terkelur dari celah anak telekungnya. Maka aku berkata dalam hati tak kuasalah aku nak memberitahu yang ini. Banyak kes yang rambut terkeluar semacam ini kerana mereka tidak memakai anak telekung yang khas yang mengikat rambut kemas, mereka hanya memakai anak tudung yang lembut dan tidak kemas. Apabila solat terutama tarawih yang panjang itu pergerakan kita akan menggerakkan anak tudung itu dan rambut akan keluar.

Tak cukup dengan kes-kes diatas, ada lagi seorang jemaah itu ( malam lain ) guna telefon sedangkan orang dah nak mula solat Isya'. Aku rasa macam nak cuit dia supaya tidak berbuat demikian. Kemudian aku nampak juga gadis muda setelah selesai solat menyelak telekungnya keatas dan kelihatan baju yang dia pakai T-shirt tangan pendek!

Hai, cerewet sungguhlah orang tua ni! Tapi kalau tak tegurpun rasa bersalah. So macam mane? Teruk sangatkah mak teh ni? So nak buat macam mane ye?

12 comments:

  1. maybe inilah ujian mak teh di bulan pausa ini.. banyak bersabar, tegur dengan hikmah, I'm sure you will pass with flying colors!

    ReplyDelete
  2. Elisa, mungkin juga itu dugaan Allah terhadap mak teh, nak kasi mak teh belajar cara menegur orang. Sedangkan mak teh tahu sesuatu perkara itu tak betul mestilah di beritahu kepada orang yang tidak tahu.

    Lagipun bukankah mak teh ni telah menjadi cikgu ( ustazah ). Jadi mau tak mau mestilah mengajar orang pada tempatnya.

    Tapi ada juga masa mak teh naik risau terhadap diri ynag nak menegur kesilapan orang.

    ReplyDelete
  3. salam makteh. apa yang makteh cakap tu semuanya betol, kisah benar. kadang2 orang kata saya/kita ni asyik nak cari kesalahan orang je tapi sebenarnya perkara2 kecik macam tu la yang bakal mengundang perkara besar.

    ReplyDelete
  4. Salam saya! Benar kata anda perkara kecil akan menjadi besar. Jadi tak salahlah kalau mak teh menegurnyakan?

    Takut pula nanti orang tak suka mak teh. Namun mak teh sangat berhati-hati bila menegur kesilapan orang.

    ReplyDelete
  5. yang penting, tanggungjawab makteh untuk menegur dah lepas..

    memang betul, sesetengah anak muda akan rasa bengang bila kena tegur.. tapi esok2.. bila diorang dah sedar sikit, mesti diorang berterima kasih pada makteh...

    ReplyDelete
  6. awal Ramadhan, semasa solat sunat Qabliyah Isyak, saya ternampak jemaah di depan tersingkap kakinya, jadi lepas solat saya pergi dekat dan bisik kat telinga dia bagitau, kainnya singkat - may be better pakai stokin. Alhamdulillah, esok tu saya tengok dia dah pakai stokin.

    Mak Teh, memang rasa serba salah nak menegur - saya paling takut, teguran saya tak berhikmah, jadi orang terasa marah/kecil hati.

    Bulan puasa ni memang bulan ujian, jemaah di masjid sini pun banyak perkara yang boleh ditegur. Dah 2,3 malam saya nampak ada sepasang kawan agaknya, bila solat selalu dok dekat2 - middle aged, sementara nak solat isyak, lepas solat isyak masa tazkirah sebelum terawih tu, depa bersembang! Hangat hati betul tengok. Macam Mak Teh, kalau boleh tak nak nampak dah, tapi Allah uji jugak bagi dekat dgn depa..alih2 dok dekat jugak. Last night, tazkirah Ustaz kena right on the batang hidung - antaranya bersembang masa orang dok bagi tazkirah/ceramah - lega saya!

    kalau ikutkan, banyak nak tegur tapi agaknya iman tak kuat lagi sebab tu tak tertegur!!

    - dagu tak betul2 tutup rapi; ada tu saya tengok langsung tak bertutup - ni pada fahaman saya, dagu kena tutup masa solat, betul tak Mak Teh?

    - stokin yang dipakai jarang sangat - macam sarung kaki biasa tu jer, nampak jelas kulit kaki - kalau ikut apa yang pernah saya dengar penjelasan pasal kain telekung/pakaian solat ni, kalau jarang hingga nampak warna kulit maka, tak sah solat.

    - tu belum masuk yang pakai "bling-bling" sampai berpinar-pinar bijik mata!!! Hai! nak pi masjid pun pakai bling2 macam nak pi kenduri kah??

    ReplyDelete
  7. Kat mana-mana pun ada masalah macam ni kan. Masalah saya kalau pergi mesjid ni,ada sorang hambaAllah ni suka cari saya dan nak sembahyang sebelah saya. Puas menyelit, tapi dia ada juga kat sebelah. Saya amatlah tersiksa sbb bila dia baca Fatihah tu, bisikan dia agak jelas saya dengar dan saya tak boleh kusyuk. Yang paling tak tahan ialah aroma yang keluar waktu dia baca dan bernafas...Ya Allah...tolonngg....sejak minggu kedua, saya ke surau saja...uhuuuu, relaku pujuk hati sendiri....

    ReplyDelete
  8. Ada jugak bibik yang tengking Boss ya?

    Banyak orang banyak ragam kan?

    Macam Neeza cakap, sekurang2nya tanggungjawab Mak Teh dah lepas.

    Tak ramai yg berani menegur & saya salah seorng darinya. Iman tak cukup kuat lagi...

    ReplyDelete
  9. Neeza, itulah mak teh rasa bertanggungjawab untuk menegur. Orang lain nampak juga tapi tak ada yang mahu tegur.

    ReplyDelete
  10. OO, Apa yang anda kata itu betul. Agaknya memang jenis kita ni nak menegur apa yang kita nampak tak kena. Sebab tulah kut yang kita end-up jadi cik gu.

    Tapi kadang-kadang orang kata kita ni jenis kay poh! So kalau orang kata macamtu kita tak boleh nak marah lah. Memang betulpun! Hehehe!

    ReplyDelete
  11. Cikmilah, kat Permatang Pauhpun ada jugakah kes yang macamtu. Hehehe, ingatke kat sini saja. Pak haji yang selalu komplen dia kena macam you cerita tu. Depa tak tengok iklan colgate kut!

    ReplyDelete
  12. Mamamia, Yes, kalau you dengar macam tak percaya bahawa yang menengking itu si bibiknya. Masaalahnya datang dari tuanya juga yang terlalu lembut dan tidak pandai mendidik bibik. Pantang mak tehlah kalau dengar suara bibik tinggi. Mak teh kontrol diri kalau ikutkan rasa nak kasi pelempang si bibik itu! ( memang dia kurang ajar - literally )

    ReplyDelete