Assalamualaikum!
Di dalam bulan Ramadhan ini dan juga yang lepas-lepas, aku memerhatikan beberapa perkara yang inginku berkongsi dengan anda. Ada perkara yang seronok dan ada perkara yang kurang seronok.
Pertama, perkara yang seronok berlaku di Shah Alam ni ialah ramainya orang pergi ke masjid hingga berlaku traffic jam di Persiaran Masjid terutama sebelum masuk waktu isya'. Masjid Negeri dan kawasannya terang benderang dan kelihatan meriahnya suasana dalam masjid. Orang ramai datang berduyun-duyun untuk melakukan solat maghrib, isya dan solat sunat Tarawih, termasuk orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Pak hajipun berulang aliklah mengangkut kami, serta anak-anak tahfiz banin dan banat ke masjid bermula jam 6.30 petang kerana mereka juga berbuka puasa di sana.
Kedua banyaknya jemputan yang kami terima dari sebelum masuk Ramadhan hinggalah ke Hari Raya nanti. Tersenyum anak-anak tahfiz kami mendengar berita jemputan yang datang bertali arus. Alhamdulillah itu rezeki mereka, mereka yang bersungguh-sungguh mendampingi Al-Quran di muliakan Allah di dunia lagi! Masy-Allah ! Aku perhatikan besarnya rahmat yang di dapati kerana mereka mencintai dan menyanjungi Al-Quran.
Di samping keseronokkan di atas, ada beberapa perkara yang kurang menyenangkan aku. Pertama ada terdapat orang-orang yang kurang pengetahuan mengenai adab di masjid dan ada yang kurang ilmu apabila melakukan ibadah solat berjemaah. Perkara yang aku ternampak dan ambil perhatian adalah seperti berikut:
1) Membawa anak kecil ke masjid, anak yang tidak boleh di kawal menganggu solat akan menganggu ketenteraman ( tidak khusyu') orang bersolat.
2) Membawa anak yang belum mumaiyyiz dan berkeras mahu anak solat disisinya. Ini selalu berlaku di kalangan jemaah wanita. Mereka tidak faham bahawa anak yang belum mumaiyyiz itu akan mengakibatkan putus saf. Ini perkara yang tidak kena sebab dalam solat berjemaah saf hendaklah berterusan ( tidak boleh diputus-putuskan). Hendaklah anak itu di tempatkan di saf kanak-kanak di belakang sekali atau di hujung saf. Ramai ibu-ibu muda tidak faham perkara ini.
3) Tidak mahu atau tidak pandai merapatkan saf. Tangan atau bahu kita hendaklah bersentuh tangan atau bahu orang bersebelahan.
4) Bercakap-cakap di dalam masjid terutama yang rehat setelah solat terawih 8 rakaat sahaja.
5) Membaca surah mengikut Imam dengan surah yang jelas kedengaran. Ada hadith melarang berbuat demikian, kita hanya boleh mengikut bacaan surah oleh Imam itu di dalam hati.
6) Tidak memakai pakaian yang sesuai untuk ke Masjid, umpamanya memakai baju rumah atau jenis baju atau seluar tidur di dalam telekung. Bahagian yang nampak di bawah telekung itu sangat janggal. Ada juga saya pernah nampak seorang gadis pakai telekung agak jarang serta kelihatan baju dipakai di dalam tidak berlengan!
7) Pergerakan yang tidak seperti jemaah lain umpamanya terlalu cepat atau ruku' yang terlalu kebawah.
8) Memakai telekung yang berwarna warni umpamanya purple, pink, hijau dan biru. Walaupun paerkara ini tidak salah ianya tidak sesuai. Bukankah Imam Syafie telah menyarankan kita memakai pakaian solat berwarna putih.
9) Mulut atau badan yang berbau busuk
10) Tidak mematikan telefon bimbit.
Sekian dulu untuk renungan kita bersama. Semoga kita tidak melakukan perkara-perkara seperti diatas. Selamat merebut peluang beribadah sebanyak mungkin.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
mak teh,
ReplyDeleteelisa pernah nampak somebody pakai bra aje dalam telekung dia. So funny.
Tapi makteh, wrt pakai telekung, kami kat sini kadang2 sembahyang jemaah pakai abaya hitam, because lagi senang, tak perlu salin atau bawak bag extra unnecessarily. Elisa rasa tak apa.
Walaubagaimanapun, I do find telekung terlalu warna-warni and terlalu banyak hiasan very distracting during solat jemaah.. nanti kita asyik tengok patterns on the telekung pulak...
Elisa, tidak salah memakai abaya hitam. Itu adalah pakaian orang arab dan mengikut situasi elisa disana pakaian itu sesuai di bawa bersolat. Tapi kalau orang Malaysia pakai macam tu di sini kurang sesuai. (Pendapat mak teh sendiri je )
ReplyDeleteNamun untuk orang-orang di sebelah timur yang mengikut Imam Shafie adalah di sarankan memakai putih untuk bersolat, warna yang bersih dan mudah nampak kalau ada kekotoran. Orang-orang lelakipun di galakkan memakai warna putih. ( Tapi tidaklah salah kalau tidak berbuat demikian ).
Alangkah cantiknya kelihatan jemaah kita memkai semua putih tidak di cemar oleh warna-warna lain! Oleh kerana jemaah kita memakai putih juga bila melakukan haji dan umrah orang-orang arab dan negara luar mengenali dan memanggil kita " Merpati Putih "
Perkara ini mak teh dapat tahu dari Yanna, apabila kawan-kawannya dari pelbagai bangsa tidak mengenali Malaysia, bila Yanna terangkan mereka berkati, " Oh kami ini orang Merpati Putih!"
Ramai mulanya menyangka Yanna orang Uzbek kerana kulit dia putih dan matanya kecinaan. Hehehe ( Nanti dia marah! )
Mak Teh, memang bayak perkara-perkara pelik yang org buat yang jelas menunjukkan yang kita sebenarnya banyak lagi perkara yang perlu dipelajari kan? Menuntut ilmu itu tidak pernah putus batasannya.. saya akan ingat tu..
ReplyDeleteTetiba pulak teringat kenangan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.. tenang je...
Salam Mak Teh,
ReplyDeletetu lah antara sebab neeza refuse pergi masjid. Anak2 kecil lagi. Kalau dah besar sikit, senang suruh dia solat di belakang.
Bab telekung jarang and colorful tu pun satu. Susah sungguh nak beli telekung tebal sekarang kan.. tapi neeza memang make sure kalau cari telekung, yang tak nampak dalam. Kalau nak pergi masjid, elok lah pakai baju menutup aurat kan.. walaupun ada telekung, kadang2 terbang telekung tu.. tak ke haru hehee..
Mr Janggel Trekker, memang betul banyak lagi perkara yang kita perlu belajar terutama dari segi agama dan adab sopan.
ReplyDeleteMak teh yang tua ni pun masih belajar banyak perkara dari anak-anak mak teh yang belajar aliran agama. Namun banyak ilmu mak teh dapat dari pembacaan.
Yes, kalau di Malaysia, berjemaah dalam bulan ramadhan di masjid Negeri Selagor akan mengingatkan kita suasana di Masjid Nabawi, terutama sekiranya imam yang di datangkan dari Mesir bernama Mohammad Gibril mengimamkan solat tarawih. Terasa sangat syahdu dan nikmatnya bersolat itu!
Neeza, bagi kita orang perempuan hanya sunat untuk ke masjid. Kita bolih solat berjemaah di rumah. Sekiranya tidak ada kesusahan atau rintangan maka bolihlah kita pergi ke masjid.
ReplyDeleteNabi tidak suruh kita wanita pergi kerana Baginda tentu faham akan kesusahan wanita. Namun nabi juga sayang akan umat wanitanya jadi Baginda telah bersabda yang bermaksud, " janganlah kamu melarang wanita-wanitamu yang hendak pergi ke masjid "
Betol tu Makteh..kita tak boleh berenti beljar kan.
ReplyDeleteSuasana di Masjid Nabawi memang tenang kan.. saya tak akan dapa lupakan pengalaman tu... rindu rasanya nak kesana lagi... kalau ada rezeki InsyaAllah akan ke sana lagi.. amin...