Saturday, 29 August 2009

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar hari ini sudah hari ke 7 kita berpuasa. Ramadhan tahun ini mendapati aku tidak lagi muda atau kuat. Namun aku bersyukur kerana dapat melakukan ibadah solat tarawih walaupun setakat ini belum sampai 20 rakaat.

Dugaan di bulan ramadhan tahun ini berat juga tetapi kami menghadapinya dengan sabar dan redha. Anak-anakku dan anak-anak tahfiz bersilih ganti demam selsema ( demam selsema yang tidak bahaya )Maka kami menjaga pesakit setiap hari apabila virus selsema yang melanda ini amat mudah dijangkiti. Kami amat risau akan wabak selsema babi yang sedang melanda. Jadi kami telah mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih dahulu. Anak-anak Tahfiz telah membuat solat hajat dan berdoa agar Allah SWT melindungi kami semua dari penyakit tersebut. Di samping itu kami telah memberi mereka semua minum air rendaman habbatussaudak, air kelapa, air isotonok, air jus korma dan vitamin C untuk menjaga ketahanan sistem immunniti mereka. Alhamdulillah, setakat ini ramai lagi di antara mereka yang masih bertahan tidak di jangkiti virus selsema ini dan ada juga yang terkena tetapi tidaklah teruk sangat.

Ada lagi dugaan lain yang tidak dapat aku ceritakan di sini. Berat jugalah dugaan yang aku dan Pak haji lalui, namun kami percaya ada hikmahnya. Kami berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kami dan memudahkan urusan kami. Setiap pengalaman pahit yang menimpa kami adalah satu pengajaran untuk kami. ( Pembaca blog ini dari kalangan kawan-kawan yang rapat bolehlah menelefon mak teh kalau nak tahu lebih lanjut ).

Mak teh mohon maaf kepada kawan-kawan tuan punya blog yang selalu mak teh lawati. Kebelakangan ini kerana sesuatu perkara teknikal ( yang mak teh sendiri tak faham) , mak teh tidak berjaya untuk publishkan komen dalam blog anda. Nak selidik puncanyapun mak teh sedang menghadapi perkara yang lebih penting. ( terutama blog Sarina, sudah banyak kali mak teh cuba )

Dalam bulan Ramadhan ini anak-anak Tahfiz tidak melakukan aktiviti ko-kurikulum seperti biasa. Namun untuk menjaga kesihatan mereka, mereka bersenam dan berkawad selepas subuh. Hanya pasukan elite memanah melakukan latihan hujung minggu seperti biasa kerana kami menyediakan mereka untuk pertandingan akan datang.

Anak-anak Tahfiz akan bersama kami berbuka puasa hingga 16 september. ( Hari akhir mereka sebelum bercuti ialah 17 september ). Insya-Allah, kami akan adakan majlis berbuka puasa di asrama pada 15 september sebelum mereka pergi bercuti.

Sekian, Selamat Berbuka Puasa dan melakukan Ibadah Tarawih!

4 comments:

  1. Salam,

    Saya doakan agar anak2 pelajar dan makteh sekeluarga dilindungi dari dijangkiti sebarang penyakit berjangkit dan dapat enjalani ibadah puasa dengan lebih baik InsyaAllah.

    Berkenaan dengan komen tak dapat masuk biasanya ada kesilapan pada server (blogspot ). Apapun saya faham kalau makteh tak tinggalkan jejak sebab memang makteh sentiasa sibuk dengan urusan sekolah.

    Maaf, tak dapat nak call sebab no makteh dan banyak lagi nombor hp hilang :(

    ReplyDelete
  2. Salam Mak Teh,

    Hujung minggu yang sibuk, tak sempat nak menjengah blog ni. Semuga anak2 tahfiz yang terkena demam selsema akan segera sembuh.
    Mengenai dugaan yang tak dapat nak diceritakan di blog ini, saya percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmah nya. Apapun, saya harap mak teh dan pak aji bersabar dgn dugaan tersebut. Nanti free, I will get in touch with you.

    ReplyDelete
  3. Sarina,

    Terima kasih di atas doa anda.

    Apapun mak teh masih boleh mengikuti blog sarina untuk mengetahui cerita sarina. Cuma tak berjaya nak publish komen. Mak teh nak ucapkan selamat berpuasa bersama anak, menantu dan cucu tersayang.

    ReplyDelete
  4. Ummu Adam,

    Bettul kata Sarina, setiap kejadian ada hikmahnya. Sekarang kami berpegang kuat kepada pepatah " rambut sama hitam hati lain-lain "

    Nanti mak teh akan ceritakan kepada anda apa pengalaman pahit itu.

    ReplyDelete