Salam Semua !
Semalam hari ke 2 perkhemahan, kami bertolak dari asrama puteri selepas solat subuh menaiki van dan Hilux. Sarat muatan van dengan anak-anak Tahfiz puteri dan sarat muatan Hilux dengan beg, bekalan makanan dan anak-anakku, Uda, Lia ( baru 1 hari pulang dari Jordan ) dan Yanna yang ikut bersama.
Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih kerana tersangkut dalam jam di Federal Highway. Kami sampai di kawasan perkhemahan Hulu Langat jam 8. 10 pagi. Kelihatan kawasan yang berbukit-bukit itu masih lagi dalam dakapan kabus yang tebal. Aku menggigil kesejukkan, nasib baik anakku bekalkan aku sweater.
Tanpa berlengah anak-anak Tahfiz Puteri mengangkat beg dan bekalan di bantu oleh anak-anak Tahfiz lelaki yang sedia menunggu kedatangan kami. Kami tidak perlu memasang khemah kerana kami di tempatkan di khemah musolla.
Selesai meletakkan beg-beg di dalam khemah, anak-anak Tahfiz mendapat arahan bersiap sedia dari Kommander Camp. Kesemua mereka mengambil tempat dan membuat barisan untuk permulaan ' Long March '. Mereka bergerak dalam barisan sebaris yang panjang dan terus keluar dari kawasan Base Camp. Walaupun sayup-sayup sesekali kedengaran suara mereka, hanya 2 jam kemudian mereka sampai semula di Base Camp.
Lihatlah gambar-gambar aktiviti yang mereka lakukan di hari ke 2 dan dari wajah-wajah mereka tentu sekali nampaknya mereka sedang enjoy sangat! Mak teh dan Pak haji enjoy juga, cuma dalam usia emas ini kami tidak dapat turut serta melakukan aktiviti-aktiviti lasak lagi. Walaubagaimanapun mak teh dan Pak haji amat bersyukur Allah SWT kurniakan kami sebidang tanah ini berpuluh tahun yang lalu. Dahulu kami tidak pernah bayangkan kegunaan tanah ini sebegini.
Bergambar semasa baru tiba
Berjalan masuk ke kawasan Tapak Pekhemahan
Permulaan ' Long March ' meredah hutan berdekatan
Long March diikitu dengan barisan Pasukan Kadet Tahfiz Puteri ( yang baju purple tu Lia, merupakan ketua medical Team )
Baru keluar dari Hutan
Merangkak atas tanah kerana sembunyi dari musuh
Berguling-guling turun dari atas bukit supaya tidak dilihat musuh
Ada rakan-rakan yang cedera memerlukan pertolongan cemas
Nasib baik ada doktor turut serta
Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Base Camp
Ada banyak lagi gambar-gambar yang akan di paparkan kepada anda. Terima Kasih!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Salam Mak Teh,
ReplyDeleteWah! Bersemangat sungguh anak2 tahfiz ni...masih boleh tersenyum. Good exercise too!
Ummu Adam,
ReplyDeleteNampaknya program perkhemahan ini sangat berfaedah bagi mereka.
Mereka cadangkan untuk tahun hadapan Anak-anak Tahfiz Puteri berkhemah dan bermalam juga. Mereka juga cadangkan di tambah satu hari lagi untuk perkhemahan itu.
Alhamdulillah program perkhemahan itu dikira berjaya mencapai matlamatnya.