Wednesday, 5 August 2009

Syukran Jazeelan Sister !

Salam Semua !

Cuaca hari ini sejuk dan mendung sepanjang hari walaupun ada sedikit cahaya mentari ditengah hari. Keadaan cuaca terasa macam autum nak spring di UK . Di balkoniku tersadai beberapa bakul kain cucian yang belum di sidai ke tali jemuran. Nampaknya cucian itu akan bermalam di dalam bakul.

Pagi tadi aku telah bersuara " Bawa sajalah kain-kain tu ke kedai dobi " kataku. Namun kain cucian itu masih di situ kerana tidak ada orang yang dapat membawanya ke kedai dobi. Di dalam hati aku berkata-kata bahawa apabila ada keewangan yang mencukupi akau akan order sebuah mesin pengering kain. Insya-Allah akan aku usahakan untuk membelinya.

Pak haji sudah menolak permohonan 6 orang dari luar negara malam tadi melalui telefon. Terasa senang juga hatiku apabila mendengar Pak haji telah menolak permohonan itu dengan alasan " Sorry ! we don't have any more place for this year"

Namun alangkah terkejutnya aku apabila menerima kunjungan mereka yang masih ingin datang berjumpa denganku pada tengah hari ini. Aku terpaksa melyan mereka dengan sewajarnya. Pak haji telah meninggalkan mereka denganku kerana beliau ada kelas. Maka selepas menyoal ibu muda itu ( yang datang dengan seorang kawan )aku terasa sedih kalau tidak dapat membantunya. Akupun bersetuju untuk menginterview dan test pelajar-pelajar yang memohon masuk ke sekolah kami esok hari. Si ibu muda akan membawa 4 orang, iaitu 2 orang anaknya dan 2 orang anak angkatnya merupakan anak-anak yatim.

Aku telah menerangkan kepadanya bahawa aku bersetuju untuk menjalankan interview itu tetapi terpulanglah kepada Pak Haji samaada akan menerima masuk anak-anak itu. Beliau menganggu-angguk tanda faham dan sebelum berangkat memberi salam dan berkata " syukran jazeelan sister !"

Well, aku nak buat macam mana lagi ??? Kita tengoklah esok apa yang akan berlaku seterusnya.

4 comments:

  1. sedih jugak terpaksa menolak tapi lagi sedih kalau tak dapat berikan apa yang sepatutnya mereka terima kan.
    InsyaAllah, ada rezeki Mak Teh untuk besarkan sekolah, dapatlah ambil lebih ramai students...

    ReplyDelete
  2. Neeza,

    Insya-allah! Doalah kami sedang melakukan perkara yang betul atau bermaksud we are on the right track.

    ReplyDelete
  3. pertimbangan yg baik makteh
    bt la keputusan yg sewajarnya

    ReplyDelete
  4. masni qisrine,

    Insya-allah mak teh akan cuba lakukan yang sewajarnya dan telah memohon pertunjuk dan pertologan Allah SWT.

    ReplyDelete