Friday, 27 July 2007

Setiap Jumaat

Assalamualaikum! Apa khabar anak-anak bloggers sakalian ? Alhamdulillah hari ini mak teh rasa bahagia, tertanya-tanya juga kenapa. Bila difikirkan mungkin kerana banyak perkara rahmat Allah limpahkan kepada saya dan keluarga. Syukur, Alhamdulillah!
Hari Jumaat seperti ini walaupun sekolah kami cuti hujung minggu mak teh, Pak Haji dan anak-anak sekolah serta anak-anak sendiri yang membantu, agak sibuk juga. Pertama kami bangun awal untuk ke masjid Negri solat subuh ( berjemaah kerana subuh jumaat ada sujud sajaddah) Lepas itu mak teh balik rumah masak sarapan untuk semua orang. Setelah sarapan pelajar-pelajar akan menghafal Al-Quran hingga 9.30 pagi. Kemudian saya ke pasar, sedangkan anak-anak semua mengemas rumah dan asrama. Anak-anak di asrama akan diberi minum pagi jam 10.30. Selalunya kami sediakan tetapi hari ini, sesekali kami beli roti canai sahaja.Selepas itu kami bolehlah rehat sedikit kerana makanan tengah hari disediakan oleh katerer, mak cik Maria. (mana boleh saya buat semua, tak terbuatlah!) Minum petang dan makan malam mak teh dan pembantu akan sediakan. Begitu lah setiap hari, cuma kadang-kadang ada orang dermawan datang menghantar makanan bersedekah untuk pelajar-pelajar tahfiz ni. Kalau dermawan tu telah telefon sehari sebelum hantar makanan itu, 'save' lah kita sedikit belanja.
Alhamdulillah mak teh, Pak haji dan anak-anak seronok buat kerja yang 'orang tak suroh ni' tak tahu nak cerita tetapi terasa juga nikmatnya! Semua yang baik datang dari Allah (SWT). Syukur kita masih hidup dan ditemukan dengan hari Jumaat ini.

3 comments:

  1. Alhamdulillah atas rahmatNya..

    beruntung makteh dan pak haji menjadi orang yang terpilih olehNya...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah mak lang, rahmat yang Allah (SWT) beri pada setiap hambanya adalah pelbagai.Terpulang pada kitalah hendak menginsafi dan menilaikannya. Didoakan begitulah, tapi semua kita tidak tahu apa yang kita akan dapat disana nanti.
    Tolong berikan alamat mak lang, saya tak akan publish yang itu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. kalau kita buat kerja seikhlas mungkin, rahmat Allah yang kita dapat is really pricelss, what more could we ask other than Allah's blessing, kan? Syukur Alhamdulillah...Allah works in mysterious ways..

    ReplyDelete