Saturday, 28 July 2007

Setiap Sabtu

Sabtu merupakan hari yang Mak teh boleh relax sedikit. Hari ini pelajar-pelajar disajikan dengan sarapan roti, telor cincang dan baked beans. Menu yang macam ini maid boleh sediakan tanpa ganggu tidur mak teh. Maka bangun pun tak perlu terlalu awal. Mak teh bangun sarapan tersedia, selepas sarapan boleh buat apa saja, nak ngaji ke, baca buku ke, nak blogging ke. Kadang-kadang pada pagi hari sabtu mak teh and pak Haji pergi dengar tazkirah/ceramah di masjid Negeri (depends on mood, tajuk and penceramahnya)
Pukul 8.30 pergi pasar, hari ini kena siap makanan untuk minum pagi. Tadi dah masak koay teow untuk semua pelajar-pelajar dan murid-murid junior dari sekolah lain yang join kelab memanah kita. Mereka ada pertandingan memanah tadi tu dah berpeluh-peluh kat padang sekolah. Dengar khabar ada yang menang 'bulls eye' ada yang menagis tak menang, kecewa!. Kasihan ! Budak-budak macam tu lah!
Seronok juga membena sekolah istemewa ni 'pembelajaran ilmu dunia dan akhirat'yang kita tekankan. Kita ada ko-kurikulum seperti memanah, berenang, berkawad, tae kwando, bertani, dan menunggang kuda! He, he, kalau semua orang tahu keistimewaan sekolah kita ini tentu akan buat booking awal-awal untuk anak-anak mereka dimasa hadapan! Kami mendidik pelajar-pelajar ini seperti kami mendidik anak-anak kami malahan lebih baik lagi sebab dah berpengalaman (jadi minus the mistakes that we have done when bringing up our children)(Sila lihat majallah Anis September 2007)
Petang nanti ibu-bapa akan datang menjenguk anak-anak mereka, (mereka boleh buat demikian 2 minggu sekali sahaja)Jadi nampaknya kalau mak teh keluar pun nanti nak kemana-mana, kenalah pulang sebelum jam 5 petang.
Kalau ada sesiapa yang ingin datang nak menjenguk sekolah kita ni, silalah tetapi kenalah buat appointment dahulu.

3 comments:

  1. seronok baca aktiviti makteh...maklang cam biasa sibuk dirumah dengan anak2 dan suami aje.

    masa hari sabtu aje dapat berkumpul..lain2 hari semua sibuk sebab kerja dan sekolah...

    ReplyDelete
  2. Mak teh pun dulu macam you all jugak sibuk bekerja siang malam. Alhamdulillah sekarang bekerja juga tapi channel lain. Terima kasih dah dapat alamat.

    ReplyDelete
  3. mak teh, now i wonder how much is the school fee with all those activities; those activities sangatlah bagus sebab semuanya termasuk dalam aktiviti yang Rasulullah saw kita ajarkan - archery and horse riding! teringin nak tunggang kuda tapi rasanya kuda pun tak larat nak tanggung my 'beban'...hehehehehe..

    ReplyDelete