Monday, 30 March 2009

Warga MTAQSA Dan Earth Hour

Assalamualaikum!

Pada 28 Mac, jam 8.30 malam, semua lampu di asrama Puteri telah di padamkan. Aku tidak sedar yang anak-anak tahfiz puteri menyambut seruan earth hour. Rupa-rupanya mereka telah bersiap sedia untuk bersama-sama mengikuti Earth Hour.

Apabila aku sedar kami semua sedang bergelap, akupun keluar untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh anak tahfiz puteri Dalam kegelapan malam aku tidak nampak mereka tetapi kedengaran suara mereka masing-masing membaca ayat-ayat suci dengan lantang. Bagaimanakah mereka boleh membaca dalam gelap itu? Sebenarnya mereka sedang membuat hafalan mereka. Mereka yang sudah menghafal ayat-ayat untuk di tasme'kan oleh ustazah keesokannya dapat menyebut ayat-ayat itu walaupun dalam kegelapan malam. Kemudian aku ternampak bebrapa lembaga di bawah lampu jalan di depan asrama, sambil berdiri memegang senaskah al-quran kecil mereka yang belum lancar lagi sedang membuat hafalan mereka di bawah lampu jalan! Hehehe! Begitulah gigihnya anak-anak tahfiz kami, walaupun bersemangat bersama-sama dunia luar untuk menyumbang kepada Earth Hour, mereka tidak tinggalkan tugas mereka menghafal al-Quran mengikut jadual yang kami tetapkan.Syabas kepada anak-anak tahfiz kami yang faham keadaan di dunia luar sana.






Semalam anak-anak Tahfiz kami menjalnkan latihan berkawad. Seperti setiap hari Ahad, ada saja ibubapa yang datang menjenguk secara tak resmi ( kerana bukan hari keluarga melawat mengikut takwim kami ). Kebetulan semalam kami menerima kunjungan seorang pelawat yang istemewa. Pelawat ini adalah seorang pengubah lagu nasyid yang tersohor. Beliau datang untuk menyaksikan anak-anak tahfiz berkawad dan formasi kawad. Beliau perlu menyaksikan aktiviti pelajar-pelajar kami kerana beliau akan mencipta sebuah lagu untuk sekolah kami. Sebelum dapat mencipta lagu itu beliau kenalah menyelami jiwa pelajar-pelajar dan rentak sekolah kami. Insya-Allah dalm masa sebulan lagi kami akan dapat menyanyikan lagu sekolah kami.

Anak-anak Kadet Tahfiz itu telah menunjukkan persembahan yang sangat baik. Jadi ibubapa yang ada bersama memerhatikan persembahan itu telah melahirkan kekaguman mereka. Mereka sangat bangga akan kebolehan anak-anak mereka dan mereka tidak menyangka anak-anak mereka boleh lakukan persembahan kawad hingga tahap itu.
Syabas lagi sekali kepada anak-anak Kadet Tahfiz kami!

Friday, 27 March 2009

Kisah Pelik Tetapi Benar

Assalamualaikum!

Semalam mak teh menyatakan ada tiga jenis orang yang tidak boleh belajar di sekolah kami. Mereka ini bukan yang tak layak, tak pandai atau tak mahu. Mereka ini adalah orang yang layak ( kami telah menerima masuk ), pandai mendapat 3, 4 atau 5 A , dan sangat berminat belajar di sekolah kami.

1. Jenis yang ada saka atau benda peliharaan Tok Nenek.

Sebelum membuka sekolah ini Mak teh dan Pak haji tidak pernah tahu apa itu saka. Setelah membuka Sekolah ini pada tahun ke2 pengambilan pelajar, ada seorang pelajar yang mula-mula sekali datang berdaftar. Ini menunjukkan pelajar itu dan keluarganya sangat minat pada sekolah kami. Malangnya dia hanya dapat bertahan 3 hari orientasi sahaja. Apabila anak-anak tahfiz mula sessi bacaan al-Quran dia mula jadi sakit. Dia akan sesak nafas, berguling-guling kesakitan dan menjerit panggil emaknya. Kadang-kadang sakitnya itu seolah-olah orang sakit perut dan kadang-kadang seolah-olah ada orang mencekiknya.

Kamipun telefon memberitahu ibubapanya suruh datang ke sekolah melihat keadaan anak mereka. Ibubapanya segera datang untuk membawanya pulang untuk berubat. Mula-mula kami ingat ini kes saikologi, anak-anak yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan asrama. Tiga hari kemudian pelajar itu kembali keasrama dengan wajah yang ceria. Aku nampak keriangan di wajahnya apabila masuk semula melakukan perkara-perkara biasa apabila mula masuk asrama. Namu hari berikutnya pelajar itu jatuh sakit lagi. Tiga kali ibubapanya ambil dia bawa pulang untuk berubat. Akhirnya mereka datang beritahu hal yang sebenar bahawa anak mereka itu kena gangguan saka. Mereka menerangkan kepada kami bahawa datuk sebelah ibunya mewarisa saka tok nenek dan sekarang hendak di turunkan kepada ibu pelajar itu walaupun dia tidak mahu mewarisinya ( kerana dia anak sulung dalam keluarga ) dan saka itu mengganggu pelajar ini sebab dia juga anak sulung.

Maka kami membenarkan anak itu di keluarkan dari sekolah kami. Mereka telah pergi merata tempat untuk cuba membuang saka itu. Adakah mereka berjaya berbuat demikian? Kami telah putus hubungan dan tidak tahu kisah selanjutnya cuma ada terdengar anak itu mereka hantarkan ke sekolah biasa.

Setakat hari ini sudah ada 3 kes yang sama seperti ini. Perbezaanya hanyalah sedikit. Kes yang ke 2 berlaku tahun lepas, dimana pelajar itu masuk ke sekolah kami agak lewat. Bila di tanya mengapa datang lewat, dia berkata telah bersekolah di maahad tahfiz lain tetapi tidak sesuai. Perkara yang berlaku keatas pelajar ini kurang sikit seriusnya tetapi pelajar ini selalu menakut-nakutkan pelajar lain dengan menceritakan dia ada membawa bersamanya beratus-ratus ekor jin. Maka nak-anak lainpun cemas dan ketakutan. Pelajar ini selalu mengadu sakit perut atau demam di pagi hari. ( kami mengesyakki dia mengada-adakan cerita kerana malas belajar ). Namun apabila kejadian dia sakit berulang, kami panggil ibubapanya supaya mengambil dia pulang. Akhirnya kami mendapat tahu budak ini juga adalah mangsa masaalah gangguan saka walaupun bapanya tidak mengaku.

Kami buat keputusan tidak benar pelajar ini kembali ke sekolag kerana dia mengganggu ketenteraman pelajar lain. Arahan Pak haji kepada ibubapanya " Jangan bawa dia pulang ke sekolah ini selagi di tidak di pulihkan dari penyakitnya." Sehingga hari ini kami tidak dengar lagi berita dari keluarga ini.

Kes yang ketiga baru berlaku di tahun ini, dimana seorang pelajar itu akan di ganggu apabila dia masuk ke asrama. Keluarganya telah cuba mengubatinya tetapi tidak berjaya. Setiap kali dia pulang ke asrama benda halus itu akan membuat dia sakit. Dia cuba melawan tetapi dia tidak sanggup lagi apabila benda itu menjelma dan menunjukkan dirinya. Kes ini, keluarganya telah menafikan ada kaitan dengan saka. Mereka tidak dapat menjelaskan kenapa syaitan atau jin itu mengganggu anak mereka. Akhirnya anak itu di bawa keluar dari sekolah ini walaupun mereka kecewa berbuat demikian.


2. Jenis yang Anak mahu belajar tetapi ibu tak senang duduk.

Ada 2 kes di mana anak-anak itu sedang pelajar bersungguh-sungguh tetapi ibunya menghadapi masaalah tidak boleh tidur. Belum sampai sebulan ( dua minggu ) anak itu belajar menghafal Al-Quran dengan penuh minat, tiba-tiba si ibu datang pada malam hari tergesa-gesa mahu mengambil anak itu pulang. Alasan yang di beri ialah ibu itu gelisah, tak senang duduk dan tidak boleh tidur malam. Anak itu terpingga-pingga sebab dia baru mula asyik seronok membaca dan menghafaz al-Quran. Anak tidak mahu pulang tetapi kerana kemahuan ibu wajiblahlah dia akur. Kesihan mengingatkan kisah anak-anak seperti ini. ( Dua kes seperti ini telah berlaku ). Kami pernah berdoa agar budak itu di suatu hari kembali kepada kami. Namun sampai hari ini mereka tidak muncul kembali.

Kes jenis ini besar kemungkinan, ibu itu belum sampai tahapnya mendpat anak Al-hafiz atau Al Hafizoh.


3. Jenis ketiga, Anak boleh belajar dengan baik, Ibu nampak Ok, Si bapa kurang mengambil peranan.

Kami telah melalui 3 kes yang jenis ini. Anak-anak boleh belajar dengan baik, pelajaran mereka sedang meningkat. Sedihnya si bapa kurang mengambil peranan. Akhirnya anak ini mereka keluarkan dari sekolah kami tanpa kami tahu apa sebab yang sebenarnya.

Besar kemungkinan ada yang mereka tidak suka dengan sistem kami atau mereka tidak sefahaman dengan matlamat yang kami hendak membawa anak mereka. Pastinya mereka ini orang-orang yang tidak berterus terang dengan kami. Walaupun kami sedih apabila mereka mengambil anak mereka keluar, kami redha kerana setiap hari kami berdoa agar anak-anak dan ibubapa mereka ini ( anak-anak tahfiz kami dan ibubapa mereka ) adalah jenis orang-orang yang berbaloi kami korbankan tenaga dan usaha kami.

Itulah cerita mak teh 3 jenis orang-orang yang tidak boleh tinggal belajar di sekolah kami. Wallahu'alam !

Thursday, 26 March 2009

Hukuman Gantung Sekolah Seminggu

Assalamualaikum!

Hari ini mak teh nak tulis mengenai anak-anak tahfiz kami lagi. Harap pengikut blog mak teh tak merasa boring kerana tulisan mak teh selalunya berkisar mengenai sekolah kami dan anak-anak tahfiz.

Setiap tahun kami akan dapati beberapa orang anak-anak yang bermasaalah. Alhamdulillah tahun ini hanya seorang sahaja yang betul-betul bermasaalah. Apabila mendapti seseorang anak itu bermasaalah kami tidak terus mengeluarkannya dari sekolah. Kami akan cuba membetulkan anak itu, sekiranya masuk bulan ke4 tidak berjaya juga maka kamai akan memanggil ibubapanya supaya menggambil kembali anak itu.

Anak yang seorang ini kami menerimanya atas dasar dia telah mendapat keputusan UPSR 4A, 1 B. Apabila dia berminat membuat Al-Quran kamipun menerima dia masuk sekolah kami. Masalah pertama yang timbul ialah dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan. Ramai yang tidak suka padanya kerana dia menimbulkan pergaduhan. Kedua dia mempunyai tabiat kotor ( tak bolih diceritkan ) dan dia mudah naik angin apabila di tegut, melawan arahan senior. Ketiga dia tidak membuat kerja-kerja sekolah yang di beri guru. Walaupun bermasaalah, di hukum dan di marah, apabila di tanya dia masih hendak tinggal bersekolah disini.

Selalunya anak-anak yang memberi masaalah, mereka tidak boleh bertahan lama di sekolah kami. Masuk 3 bulan mereka sendiri akan berhenti. Ada juga anak yang bermasaalah yang ada tabiat yang buruk, apabila aku tengok muka anak itu susah nak rasa kasih walaupun aku mencuba tidak prejudice terhadapnya ( 1 kes dahulu ). Namun bagi anak ini apabila aku melihat muka dia ada rasa belas kasihan. Hari demi hari Pak haji cuba memperbaiki anak ini. Semalam apabila Pak haji mendapat lapuran yang dia masih tak mahu dengar cakap, tak buat kerja sekolah dengan betul ( tidak bersunggu-sungguh ) dan naik angin hingga mencampakkan kasut kawannya, maka Pak haji berkata mahu suruh ibubapanya ambil dia pulang ( gantung seminggu )

Maka aku bertanya Pak haji, " Adakah apa-apa kebaikkan yang di perhatikan dari budak ini? "

Pak haji berkata " Dia lah yang cepat datang untuk menolong apabila saya datang menghantar makanan."

Aku berkata " Dalam kelas saya dia ok. Tahap English dia juga bagus."

" Tabiat kotornya semasa dia mula datang juga sudah tiada!" tambah Pak haji.

" Kalau begitu adalah sedikit peningkatan sejak kebelakangan ini."


Jadi aku beri pendapat kepada Pak haji supaya menasihati anak ini sekali lagi dan beri last warning sebelum kami kemanggil ibubapanya. Kalau lagi sekali dapat lapuran yang negatif maka dia akan di gantung sekolah selama seminggu. Hukuman digantung sekolah selama seminggu adalah satu langkah terakhir sebelum seseorang pelajar itu di buang. Hukuman ini kerana melakukan keslahan yang serius atau seseorang yang tidak dapat kami bentuk lagi. Kesalahan yang terlalu berat seperti mencuri dan membuli, tidak ada kemaafan baginya melainkan buang sekolah.

Bagi orang yang telah dihukum gantung sekolah seminggu, sekiranya dia dah insaf dan mahu kembali masuk sekolah, dia kenalah bertaubat kesalahannya dengan menulis dan menanda tangan surat akuan kepada Pengetua. Kedua bapanya hendaklah membawa sebilah rotan dan sehelai kain sarung putih ( rotan simbul redha anak di hukum sewajarnya kain sarung putih hadiah untuk Pak haji ). Ketiga ibunya hendaklah memasakkan pulut kunyit untuk di hidangkan kepada kawan-kawannya. Itulah syarat yang telah kami kenakan kepada mereka yang telah di hukum sedemikian.

Sekiranya setelah di hukum mereka tidak kembali semulapun kira ok, maksudnya memang eloklah anak itu keluar dari sekolah kami. Setakat ini seorang yang telah dihukum begitu kembali belajar semula dan nampak peningkatan yang bagus dari segi pelajaran dn akhlak. Ada seorang lagi kembali selepas di hukum, kemudian dia didapati membuli, maka kami buang dia dari sekolah.

Sekian dulu untuk hari ini. Esok saya akan cuba ceritakan ada 3 jenis anak-anak yang tidak boleh belajar di sekolah kami. Pelik tetapi benar!

Monday, 23 March 2009

Permulaan Marathon

Salam Semua !

Hari Ahad semalam adalah hari permulaan bagi sekolah kami bahagian kedua semester pertama. Bermula semalam adalah marathon bagi kami warga sekolah kami kerana mengikut jadual kami tidak akan ada cuti hingga cuti pertengahan tahun pada bulan Jun nanti. Kamipun terpaksa kemaskan ikatan kain masing-masing nak bergasaklah ni kerana persediaan untuk peperikasaan pertengahan tahun.

Seperti biasa hari pertama bermula dengan perhimpunan sekolah. Dalam perhimpunan Pak haji selaku pengetua telah beri amaran-amaran supaya pelajar-pelajar berkerja keras, belajar bersungguh sambil memberi contoh kejayaan seorang murid miskin. Pak haji nak beri perangsang kepada anak-anak tahfiz kami den menyatakan kejayaan seperti itu tidak mustahil sekiranya mereka berkerja keras.

Badan Pengawas sekolah kami yang telah di lantik tahun lepas dan awal tahun ini telah mula berfungsi. Aku telah memberi penerangan dan menunjukkan bagaimana untuk menjalankan tugas-tugas mereka. Semua ini aku berpandukan kepada pengalamku di sekolahku dahulu sebagai pengawas 5 tahun dan sebagai Penolong Ketua Pengawas 2 tahun. Aku akan cuba menyuntik semangat kepada mereka agar mempunyai " pride" dalam menjalankan tugas-tugas sebagai pengawas sekolah kami. Sudah tentunya akan ku bentukkan mereka ini kelihatan segak dan kemas. Mereka dipilih bukan saja atas dasar kecemerlangan pelajaran mereka tetapi juga mempunyai akhlak dan budi pekerti yang baik.

Seingat aku zaman persekolahanku merupakan zaman yang manis dan indah sekali. Setiap hari mempelajari sesuatu yang baru, menjalankan tanggung-jawab sebagai pelajar dan pengawas, membina jati diri dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum, mempelajari dengan mengambil contoh-contoh yang baik dari guru-guru, senior dan sekeliling. Aku sangat sedar bahawa personaliti diriku telah dibentuk oleh alam persekolahan.

Oleh itu aku dan Pak haji berazam akan memberi segala yang perlu untuk membina anak-anak tahfiz kami dari segi personaliti dan keilmuan mereka. Dalam ketegasan kami mendidik mereka kami akan cuba memberi keindahan alam persekolahan kepada mereka. Tidak dapat dinafikan apabila mereka telah masuk kesekolah kami dan kami bertanggung-jawab mendidik mereka, setiap waktu bersama mereka, maka kasih kami kepada mereka adalah seperti kasih anak-anak sendiri.

Semoga anak-anak tahfiz kami akan mencapai kejayaan gilang-gemilang dunia dan akhirat. Ameen!

Saturday, 21 March 2009

Mencanai , Membentuk dan Melorong

Salam Semua!

Beberapa tahun dahulu ( dah lama dah ) seorang pekerjaku bertanya, " Puan, bagaimana puan mendidik anak-anak hingga mendapat keputusan cemerlang ?" Masa itu salah seorang anakku mendapat keputusan SPM cemerlang.

Aku memandangnya, berfikir, kemudian sambil tersenyum berkata, " Nantilah suatu hari saya akan ceritakan " Aku tidak mahu bercerita semasa itu kerana memikirkan masih ramai anak-anakku yang masih kecil. Kejayaan seorang anak tidak bermakna kami berjaya sebagai ibubapa melainkan yang lain juga turut cemerlang.

Kemudian baru-baru ini anakku yang ke 8 telah mendapat keputusan yang mengembirakan kami walaupun tidak secsmelang keputusan orang lain. Kami telah lama sedar bahawa tiap anak mempunyai tahap dan kebolehan masing-masing. Insya-Allah rasanya anak ini juga boleh menjejakki sebuah Universiti. Anak-anak yang lain ( kecuali yang bongsu )semua telah menjejakkan kaki ke Universiti, ada yang sudah bekerja dan ada 3 orang lagi yang masih menuntut.

Anak yang bongsu sedang dalam Ting 2 sekolah kami. Insya-Allah selain jadi seorang Al-Hafizoh, dia juga akan ke menara gading di suatu hari nanti. Minat dia adalah dalam bidang Sains Astronomy. Dengan kedudukan anak-anak dan pencapaian mereka sekarang, bolehlah aku bercakap sedikit tentang bagaimana kami mendidik anak-anak dalam pelajaran dan melorongkan mereka agar tercapai matlamat yang di tuju.

Semasa anak-anak masih di sekolah rendah lagi kami sudah dapat mengukur tahap kecerdasan dan kecenderongan mereka. Galakan di beri kepada mereka dalam semua perkara dan bidang. Kami mengikuti perkembangan pembelajaran mereka di sekolah. Ada anak yang suka subjek matematik dan sains. Ada anak yang lebih minat subjek seni lukisan dan kraftangan. Apapun minat mereka kami menggalakan mereka dan menambah minat dan pengetahuan dalam perkara itu dengan membeli buku-buku dan alat-alat yang berkaitan dengannya. Namun kami tidak memaksa mereka mengambil sesuatu jurusan.

Boleh dikatakan kesemua anak-anak kami dapat menyatakan dengan tegas, mereka akan mengambil sesuatu jurusan itu di penghujung Tingkatan 3. Ini disebabkan kami telah menyediakan mereka dan minda mereka lebih awal dari sekolah rendah lagi untuk membolehkan mereka membuat pilihan. Jadi apabila masuk Tingkatan 4 dengan mudah anak-anak dapat memilih jurusan mereka ( Arts atau Sains ) Dari situ kami akan membantu mereka membuat pilihan subjek yang bersesuaian. Subjek-subjak yang yang di pilih akan di padankan dengan syarat-syarat perlu untuk memasuki Universiti dan fakulti pilihan mereka. ( Ininlah point yang sangat penting yang ibubapa abaikan. Ibubapa selalunya mengikut arus sahaja dan menunggu keputusan cemerlang anak-anak. Ini merupakan kesilapan yang besar! )

Misalnya anak pertama bercadang mengambil jurusan undang-undang. Jadi semasa naik Tingkatan 4 kami tidak menggalakan dia mengambil subjek Add Maths dan Subject Pure Science. Mula-mula dia protes mengatakan kawan sekelas ( top students ) semua mengambil subjek-subjek tersebut. Puaslah kami menerangka kepadanya tidak perlu mengambil subjek-subjek tersebut kalau nak masuk jurusan undang-undang. Akhirnya dia bersetuju dan sejarah telah membuktikan anak ini dapat keputusan yang cemerlah dalam subjek-subjek relevant untuk tujuan jurusan yang dipilih. Pernah anak ini bercerita bagaimana seksanya seorang sepupunya yang mengambil aliran sains ( yang dipaksa ibubapa )kemudian mendapat keputusan kurang cemerlang dan akhirnya memilih jurusan undang-undang juga. ( kami selalu berkata kenapa ibubapa nak susahkah hidup anak ! Oramg Melayu suka mengikut arus dan malu mengambil jalan lain daripada orang lain ). Anak kami ini sedang bekerja sebagai Pegawai Undang-undang di sebuah Institusi Kewangan Negara.

Anak kedua telah menunjukkan kecemerlangannya dalam subjek-subjek sains di Ting 1 hingga 3. Dia telah mendapat tempat ke 3 dalam Ujian Physics seluruh Malaysia ( semasa di Ting 3) Perkara ini membuat kami berangan dan mengandaikan dia akan mengambil bidang Kedoktoran atau Kejuruteraan. Agak terkejut kami apabila naik Ting 4, dia telah menyuarakan mahu menjadi seorang arkitek. Maka kamipun menyediakan dia untuk mengambil mata pelajaran Seni Lukisan di samping subjek-subjek sains yang semestinya perlu. Di pendekkan cerita dia telah mendapat keputusan cemerlang SPM dan telah kami hantarkan ke U.K untuk buat A level dan kemudiannya masuk Universiti di U.K dan sekarang bekerja sebagai seorang Arkitek.

Anak ketiga, merupakan ujian kesabaran kami dalam mendidik anak-anak untuk mencapai tahap pembelajaran yang tinggi. Pada permulaan alam persekolahan dia lambat membaca kerana mengalami sedikit sindrom dyslexia ? Semasa sekolah menengah gurunya tidak mempercayai kebolehannya. Dengan usaha gigih Pak haji dan anak ini akhirnya dia berjaya mencapai tahap Masters in Buisness Management UiTM. Sedang membantu kami mengurus sekolah kami.

Kerana menghadapi cabaran berat semasa mengandung, Anak ke-4, di lahirkan dengan sifat mahu banyak tidur. Kebolehan awal yang yang di tunjuknya ialah bakat modelling dan kraftangan. Tentu saja hadiah-hadiah yang diberi padanya adalah jenis bahan-bahan melukis dan seni kraftangan. Habis kain diguntingnya buat baju barbie dolls. Sangat jelas perjalanannya masa depannya menghala ke modelling dan fashion designer kalau kami tidak menarik perhatianya kearah lain. Mula-mula Kami ikut rentak dia tetapi setelah naik Sekolah menengah secara perlahan-lahan dan hati-hati Pak haji telah mengalih minatnya supaya di lorongkan ke arah seni yang lebih sesuai. Walaupun sekolahnya pada mulanya tidak menyediakan kelas seni lukisan, ( Ni sebuah sekolah cemerlang aliran Sains ) Pak haji telah memujuk Pengetua sekolah itu mengadakan kelas itu. Akhirnya anak ini dapat memasukki UiTM mengambil bidang arkitek interior dan sekarang sedang bekerja di firma yang sama dengan abangnya.

Anak ke-5 masih menuntut di Jordan sememangnya telah berazam hendak menjadi seorang doktor sejak darjah 5 lagi. Sejak itu, buku-buku, barang-barang permainan yang di hadiahkan kepadanya semua berkait dengan minatnya. Sebutir tengkorak plastik menjadi permainannya, di letakkan dalam biliknya. Semasa di asrama, kami telah membekalkannya sebuah Kotak First Aid. Kami bekalkan panadol, vitamins, ubat-ubat keperluan dia, minyak sapu, cream, dan segala bahan farmasi yang tidak berbahaya dan dia tahu menggunakannya. Dia juga ada sebuah stethescope, thermometer, dan torchlight kecil. Jadi di asrama, kawan-kawan yang sakit akan datang mengadu kepadanya dahulu sebelum dia suruh report pada guru bertugas untuk di bawakna ke hospital atau kelinik sekiranya kes itu bukan tahap panadol dan vitamin. Kawan-kawan suka datang kepadanya kerana, panadol, vitamin dan krim sapu di beri secara percuma, sedangkan mereka kena bayar 20 sen untuk sebiji panadol dari guru bertugas. Begitulah cara kami mengambil serious memupuk minat anak-anak.

Kami telah mendapat hidayahNYA untuk membawa anak yang ke-6 dan 7 ke jalan agama. Awal-awal lagi anak-anak ini telah di hantar belajar Al-Quran, bahasa arab dan agama kesebuah negara yang jauh. Pengembaraan kami membawa anak-anak ini ke jalan yang berbeza dari anak-anak yang terdahulu terlalu panjang untuk di ceritakan disini. Mungkin disuatu hari aku akan menulis sebuah buku mengenai perjalanan kami ini. Kerana anak-anak ini juga kami telah di "tarik" untuk membuka sebuah Maahad Tahfiz, sekolah kami sekarang ini. Alhamdulillah kedua-dua anak ini sedang menuntut di Al-Azhar Mesir dalam bidang Usuluddin dan Qiraat.

Itulah kisah bagaimana kami berusaha mencanai, membentuk dan melorong anak-anak dalam pendidikan mereka. Ada orang melahirkan sedikit kehairanan bagaimana anak-anak kami mendapat jurusan yang dipilih apabila membuat permohonan masuk ke Universiti?Mereka selalunya dapat memasuki fakulti yang menjuruskan kepada cita-cita mereka dalam sesuatu bidang. Apa yang telah aku ceritakan itulah ringkasan caranya dalam usaha-usaha kami membantu melorongkan anak-anak ke matlamat yang mereka ingin capai.

Alhamdulillah! Semua kesyukuran kami panjatkan kepada Allah SWT.

Friday, 20 March 2009

Kalau Hendak Melentur Buluh ....Sambungan

Salam Semua!

Hari ini mak teh nak sambung perkara yang mak teh tuliskan semalam. Mungkian akan berfaedah untuk sesetengah pengikut blog mak teh.

5) Untuk Melatih Mereka Pemurah Dan Prihatin

Setiap kali keluar shopping atau ke pasaraya anak-anak di latih memberi sedekah terutama kepada orang-orang buta. Bermula anak-anak itu berumur 4 tahun kami akan berikan wang dan menyuruh mereka memberi sendiri wang kepada peminta sedekah. Kerana latihan begitu, mereka sendiri yang akan minta wang untuk diberikan setiap kali ternampak peminta sedekah.

6) Untuk Melatih Mereka Suka Belajar

Tiap anak yang telah masuk Tadika mempunyai meja masing-masing di ruang study mereka. Mereka di beri pujian berpatutan kalau mendapat markah yang bagus. Kemudian semua orang digalakan belajar penuh minat. Melainkan membaca buku cerita sebelum tidur semua kerja sekolah atau membaca untuk pelajaran tidak di galakkan dibuat dalam bilik atau atas kati. ( Apabila mereka dah pringkat Diploma atau dah masuk Universiti barulah meja study didalam bilik mereka )

Mereka tidak dibenarkan menonton tv malainkan 1 atau 2 rancangan sehari sebelah petang yang telah di luluskan oleh Bapa mereka.

Kami memberi banya buku tambahab atau peralatan yang sesuai mengikut perkara yang mereka minati.

7) Untuk Menjadikan Mereka Orang Berani Dan Positif

Kami selalu membawa anak-anak keluar melawat atau melancung. Kami tidak tumpukan kepada Bandar dan hotel-hotel besar. Kami juga telah membawa mereka ke kampung, dusun dan hutan, laut tasik dan bukit. Anak-anak enjoy semua jenis outing tanpa memilih tempat atau jenis outing. Di hotel besar atau berkhemah sama saja mereka enjoy. Mereka suka adventure dan tahu kepelbagaian situasi yang di tempuh. Kalau kami cemas, merekapun cemas dan tidak buat banyak kerenah dan kalau kami suka merekapun tahu caranya.

Sukan berenang dan berkuda di antara sukan yang baik untuk anak-anak kami. Mereka boleh kami lepaskan berenang di swimming pool dan laut yang tidah merbahaya. Manakala sukan berkuda pula memberanikan diri mereka menghadapi pelbagai situasi.

8) Untuk Melatih Mereka Merendah Diri ( Humble )

Untuk melatih anak-anak merendah diri dalam ertikata humble, janganlah ibubapa bercakap bersar di hadapan mereka. Janganlah menunjuk kepada anak-anak bahawa kita lebih dari orang lain. Kalau betul ada keadaan yang menampakkan kita lebih hendaklah mengajar mereka bersimpati. Kalau anak-anak pulang menceritakan ada kawannya berkata anak kita itu orang kaya, maka kami ajarkan mereka berkata kapada kawan bahawa kami orang sederhana, tidak kaya dan tidak miskin. Itulah juga yang di suruh jawab kalau ada kawan-kawan yang bertanya demikian. ( Budak-budak memang pandai bertanya begitu sesama mereka )

9) Untuk Kasih Sayang Dan Bertoleransi Sesama Mereka

Mereka di ajar memberi pakaian yang sudah tidak muat kepada adik-adik. Dan Adik-adik di ajar mau menggunakan pakaian itu.

Mereka diajar boleh kongsi bilik dengan adik-adik dan membenarkan adik-adik mengguna barang-barang mereka kalau di minta kebenaran berbuat demikian. Mereka di larang sama sekali mengambil dan menggunakan barang adik-beradik lain tanpa kebenaran.

10) Menjalinkan Silaturrahim

Semasa anak-anak kecil kami selalu membawa anak-anak ke rumah saudara-mara. Kami juga selalu membuat majlis, party. makan-makan dan kenduri menjemput ramai saudara-mara. Permulaannya dan contoh merapatkan silaturrahim telah kami tunjukkan. Namun apabila nak-anak besar mereka sendiri tahu menilaikan mana sanak-saudara yang ikhlas dan rapat dengan mereka.

Sekian dulu untuk hari ini dan besok mak teh akan cuba tunjukkan bagaimana kami membentuk lorong untuk career anak-anak yang masing-masing bebeza kebolehan dan minatnya. Terima Kasih.

Thursday, 19 March 2009

Kalau Hendak Melentur Buluh

Salam Semua !

Apabila melihat anak-anak kecil, teringat akan anak-anak kami semasa mereka kecil dahulu. Masa kami muda dan anak-anak masih kecil dan belum ramai lagi, kami merupakan ibubapa muda yang kurang berpengalaman. Setelah beberapa tahun dan anak semakin ramai kami telah develope cara semdiri mendidik anak-anak seperti berikut:

1. Apabila Anak Buat Peranagi Atau Meragam

Kalau anak kecil ( belum bersekolah ) membuat ragam kami akan cuba memujuknya. Kalau yang dah besar sikit membuat ragam atau perangai, mula kami bercakap dulu dengannya bertanyakan sebabnya dia menunjukan ragam. Kemudian di perbetulkan apa yang tidak kena yang munasabah. Kalau dia membuat perangai yang kami tidak boleh terima, maka anak itu akan kena marah. Pernah juga Pak haji rotankan anak atau beri penangan.

2. Apabila Anak Susah Makan

Apabila anak tidak mahu makan, kami akan pujuk dengan makanan kegemarannya dan memberitahu khasiat makanan. Anak-anak tidak di benarkan makan merata-rata tempat melainkan di meja makan untuk hari-hari biasa. Sedaya upaya kami akan makan bersama-sama termasuk anak yang kecil sekali ( baby ) akan di suapkan makanannya berhampiran meja makan kami.

Anak-anak juga tidak di benarkan membeli makanan jajan di dalam dan luar sekolah. Apa yang mereka ingin makan kami kan belikan. Ini akan memastikan mereka makan makanan berkhasiat dan berkualiti agar tidak menumpulkan selera makan mereka.

3. Untuk Mendidik Mereka Berkerjasama ( tidak mementingkan diri sendiri )

Kami galakkan mereka kongsi makanan terutama bila makan di luar. Semua makanan kesukaan mereka di order, mereka akan kongsi satu jenis makanan dan dengan cara itu mereka akan dapat merasa semua jenis makanan bersama-sama.

Apabila makan buah-buahan juga seperti pear, dan epal tidak dibenarkan memakannya
sebiji seorang melainkan dikupas dan dipotong untuk makan bersama-sama. Begitu juga dengan minuman botol dan jus dalam paket.

4. Untuk Mendidik Mereka Berdikari

Apabila hendak keluar melancung atau balik kampung, mereka di latih pack beg sendiri. Meraka di ajar buat senarai barang-barang perlu kemudian pack sendiri. Anak-anak belum bersekolah beg mereka dikemas oleh pengasuh mereka. Manakala anak-anak sudah bersekolah yang masih kecil dibantu oleh kakak dan abang.

5. Untuk Keselamatan Mereka

Apabila berjalan bersiar-siar atau melintasi jalan raya, tiap yang besar akan memegang seorang adik. Anak yang kecil sekali akan di dukung oleh Bapa dan anak yang kedua kecil akan di pegang ibu. Yang besar itu bertanggung jawab pada yang kecil supaya tidak ada kes " home alone "

Alhamdulillah anak-anak kami semasa kecil senang di bawa berjalan kemana-mana. Mereka tidak bergaduh, tidak buat bising kalau bawa keluar outing atau berjalan ke rumah orang. Pendek kata mereka tahu behave atau membawa diri.

Wednesday, 18 March 2009

Sembang-sembang

Salam Semua !

Selalunya apabila mak teh berjumpa kawan lama, atau berkenalan dengan orang-orang baru bertemu kami bersembang-sembang. Maka tak boleh larilah dari soalan-soalan ini.

Kawan bertanya " Berapa orang anak ? "

Mak teh jawab " 9 orang "

" Wow! ramainya! " atau " Alhamdulillah! Kaya awak! " exclaimation yang terkeluar.

Alhamdulillah! Itulah rezeki kurniaan Allah limpahkan kepada kami. Kebelakangan ini apabila orang tahu mak teh dan Pak haji menubukkan sekolah kami sebuah Maahad Tahfiz. Ada pula orang berkata, " Tak penatkah? Dulu membesarkan dan mendidik anak-anak sendiri, sekarang jaga dan mendidik anak-anak orang pula? " Pak haji dan mak teh selalunya tersenyum mendengar soalan itu.

Ada lagi satu jenis soalan yang kami tidak mampu menjawabnya, " Banyakkah untung buka sekolah Tahfiz ? " bertanya seseorang, selalunya jenis orang-orang yang hanya faham diniawi.

Apakah yang kami harus jawab kepada soalan begini? Kami hanya mampu tersenyum. Alhamdulillah! Allah menduga kita bila membuat ke jalanNya dan dia juga memberi ganjaran pelbagai cara yang kita sendiri tidak tahu. Yang jelas kita akan dapat merasa nikmat dan kebahgiaan hidup seolah-olah amat besar dan rugilah sekiranya kita tidak menjalankan aktiviti ini.

Bagaimana caranya kami mendidik anak-anak tahfiz kami? Sebaik mungkin yang kami mampu seperti menjaga dan memdidik anak-anak kami sendiri. Malahan lebih dari itu sebab kami menanggung harapan ibubapa mereka dan kami juga sudah lebih berpengalaman berbanding semasa kami menjaga dan mendidik anak-anak kami sendiri.

Kami amat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada kami menjalankan tugas-tugas ini. Besarnya harapan ibubapa dan beratnya tugas kami amatlah kami sedari. Kami sentiasa berdoa agar dapat kami mejalanakan tugas-tugas ini dengan baik dan kami dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak tahfiz kami. Ameen!

Hanya masa yang akan menentukan!

Tuesday, 17 March 2009

Tilawah Hafazan

Salam Semua!

Hari ini cuaca mendung, hujan baru sahaja berhenti, balkoni rumahku basah. Hanya sedikit angin menggoyang daun-daun pokok yang basah disiram hujan tadi. Udara terasa sejuk dan kedengaran burung-burung berkicauan. Itulah secebis suasana sekeliling yang dapat aku gambarkan.

Malam tadi kami pergi mengadiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah Hafazan peringkat Negeri Selangor di Dewan MPSA. Seorang puteri tahfiz kami adalah peserta yang menwakili Petaling. Kami telah mendengar bacaannya pada hari Sabtu. Walaupun bacaannya dikira agak baik, namun dia tidak menang kerana sudah tentu peserta yang menang adalah lebih baik keseluruhan persembahannya. Kami tidak kecewa malah berazam tahun hadapan akan mendapat kemenangan, Insya-Allah.

Majlis yang telah diadakan itu agak gemilang. Kami dihiburkan olehkumpulan nasyid terkenal Rabbani. Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh DYMM Sultan Selangor. Ucapan-ucapan yang telah disampaikan juga ada sedikit mengetuk hati dan meluaskan mindaku. Alhamdulillah, aku mendapat ilham bagaimana nak melatih bakal juara-juara kami nanti bukan saja dalam bidang hafazan malah dalam semua bidang. Yang pastinya melatih juara bukan mengambil masa sehari dua. Insya-Allah! Dimasa hadapan sekolah kami akan menunjukkan kecemerlangannya!

Sama-samalah kita berdoa agar azam dan niat murni kami tercapai ! Ameen!

Sunday, 15 March 2009

Rasa Legaaa!

Assalamualaikum!

Pagi ini cuaca mendung sedikit. Perasaan mak teh dan Pak haji legaa .... kami menghapi hari ini dengan suasana bersantai. Kami tidak lagi terpaksa terburu-buru buat itu buat ini. Kenapa ya ? ... sebab anak-anak tahfiz kami semua dah balik kepangkuan keluarga mereka. Rumah asrama mereka telah dikunci. Bilek-bilek bahagian sebelah rumah kami ( asrama puteri)juga telah di tutup. Cik Su juga telah balik kerumah iaitu berpindah balik ke bileknya di tingkat atas rumah kami.

Mula-mula plan nak ke Kedah esok. Kemudian dapat tahu orang-orang yang nak buat kerja rennovation nak kerja hari ini. Jadi kami kena tunggu mereka mula buat kerja-kerja itu dahulu. Mungkin selepas tiga hari mereka bekerja barulah kami boleh tinggalkan rumah. Ada juga keinginan nak berjalan-jalan ke pantai timur atau ke selatan. Hai dah tua-tua ni hati masih adventourous tetapi daya sudah berkurangan!

Hari Jumaat lepas bawa pak haji check-up ( follow-up )kedua selepas operation. Selain dari cholesterol tinggi sedikit, lain-lain perkara semua beres iaitu in good condition. Pak haji pumya bp naik tetapi itu kami rumuskan kerana sistem di hospital tu teruk. Kami datang awal tetapi terpaksa tunggu kerana mereka yang tidak update file mereka, mereka kata kami masih ada baki tidak buat bayaran. So mereka tahan file pak haji sampai mereka dapat updatekan akaun mereka. Terukk lah! Tu yang pak haji punya bp naik!! Mak teh sememangnya ada love ang hate relationship dengan Hospital Jantung itu. Macam-macam yang mak teh komplenkan hingga dah meluat nak komplen dan mungkin PR mereka yang baik dengan mak teh tu dah meluat tengok mak teh! So yang kali ni depa buat kat kami mak teh dah tak mau pi komplen.

Namun di hari itu ada perkara yang menyelamatkan keadaan. Sejuk jadinya hati mak teh dan Pak haji lalu turunlan bp Pak haji. Apa yang boleh menyebabkan kami suka pula?? Semasa di Hospital Jantung tu teruja dan suka sangat sebab terjumpa kawan-kawan lama kami dari tempat kerja kami yang lama. Al maklumlah semua dah jadi warga emas maka tak sangka pula tempat itu jadi tempat kami berkumpul.

Mula terdengar orang kaunter panggil nama " Dato W... MN..!" hati ku berbisek macam pernah dengar je nama tu lalu aku dongakkan kepala menjeling siapa orang yang dipanggil itu. Namun aku tidak mengenali orang itu, jadi aku tidak endahkan lalu aku teruskan membaca surat khabar. Kemudian Pak haji panggil, " M... mai tengok sapa ni! " Aku bangun mendekati mereka yang sedang berbual, terus memberi salam dan menghulur tangan bersalaman, " Laaa! Tak perasaan you tadi! " Rupa-rupanya Dato itu, senior dan boss aku masa kat service dahulu. Lepas tu kamipun berborak rancaklah. Kisah itu kisah ini , gossip itu gossip ini, apa yang keluar dalam paper, apa yang tak keluar dan aku sendiripun tak pernah tahu selama ini. Hehehhe! macam-macam cerita lah dengar dari dia. Sebenarnya dia ni kawan baik arwah bapa Pak haji, sebab tu dia ingat aku dam masa service dulu kami kawan baik.

Selepas itu kami berlegar di kawasan itu masuk pula Dato H besama suaminya Dato A, juga kawan kami dari perkhidmatan yang sama. Haaa! apa lagi sembanglah lagi. Dah puas sembang-sembang tiba pula Dato A, rancaklah lagi sembang kami. Aku dan Pak haji rasa sangat seronok macam masa kami dalam service dulu-dulu. Yang lebih rasa seronok itu ialah mereka, kawan-kawan kami itu tidak lupa kami dan masih melayan kami seperti kawan-kawan seangkatan walaupun kami telah berpuluh tahun meninggalkan perkhidmatan itu. Oleh kerana aku lebih junior, mereka adalah level boss aku dan @ Dato itu adalah seangkatan dengan Pak haji. Walaupun seronok perjumpaan yang yang tak di sangka-sangka itu ada juga perasaan sayu di hati....entahlah kenapa?

Dari perjumpaan itu, yang lebih mengujakan aku dan Pak haji ialah minat mereka terhadap sekolah kami. Ada yang ingin menghantar anak dan cucu ke tempat kami, ada yang minta untuk masuk belajar semula ( Kelas Dewasa ), ada yang berpesan nak Imam Terawih siap janji imbuhan yang lumayan dan ada yang ingin datang membuat lawatan. Mereka ini telah lama kenal kami, mungkin reaksi mereka begitu kerana mereka boleh mengagak jenis mana sekolah kami ini, walaupun sebuah Maahad Tahfiz.

Wednesday, 11 March 2009

Balik Kampung! Balik Kampung!

Salam Semua!

Lagi 2 hari sekolah kami cuti. Mulalah terbayang nak pergi jalan-jalan ke utara balik tengok Bonda yang uzur. Apapun mak teh dan Pak haji mesti rehat sehari dua dahulu. Petang ni baru Hilux nak pergi service. Jadi nampaknya hari selasa baru kami boleh bertolak.

Kalau balik Kedah kami selalunya berlabuh di rumah Bonda. Kadang-kadang musim cuti kalau kami balik dan berlabuh di rumah Bonda, orang lainpun balik bercuti juga. So hotel Bonda overbooked, kami pendekkan cuti kami. Dulu kami ada rumah persinggahan di Alor Setar. Rumah itu rumah kepunyaan arwah bapasaudara Pak haji yang tidak di huni berpuluh tahun.

Kami telah tinggal dirumah itu sebagai rumah persinggahan. Kami juga pernah menetap di rumah itu selama 2 tahun. Kami sekeluarga selesa tinggal di rumah itu dan sayang padanya membuatkan kami menyuarakan untuk membelinya. Namun harga yang di minta oleh orang-orang yang mewarisnya menjangkau lebih RM 1 juta. Sudah bertahun pula kami tidak pulang kerumah itu hingga hari ini rumah itu masih kosong. Tidak ada saudara mara lain yang berani tinggal di rumah itu dan rumah itupun masih belum terjual. Setiap kali balik ke Alor Setar aku tidak berani menoleh memandang rumah itu kerana kami selalu merinduinya dan kami percaya rumah yang semakin usang itu juga merindui kami.

Kalau kami ke utara, perlis dan padang besar juga mengimbau kami. Di sebuah kampung di Perlis bersempadan dengan Kedah ada sebuah keluarga yang menjadi rapat hubungan dengan kami walaupun mereka buka pertalian darah dengan kami. Ketua keluarga itu merupakan anak saudara kepada isteri bapa saudara Pak haji. Kami menjadi rapat kerana sama-sama menjaga atau ambil berat emak saudara itu setelah kematian suaminya iaitu bapa saudara Pak haji.

Setiap kali mengunjungi keluarga itu kami akan dihidangkan dengan masakan kegemaranku seperti gulai daging campur rebung dan sambal belacan spesial. Hmmm! Amat menyelerakan! ( sambil taip inipun kecur airliurku. Hehehe! ) Kami juga tidak lepas peluang untuk ke Padang Besar dan melawat Gua Gelam. Aku sangat suka membawa anak-anak melawat Gua Gelam walaupun dah pergi berkali-kali kerana formasi stalactite dan stalagmite nya yang menakjubkan.

Lagi satu perkara yang menarik apabila balik Alor Setar ialah kuih-muihnya yang berbagai jenis murah dan amat lazat. Begitu juga dengan makanan lain yang tidak terdapat di lembah kelang. Salah satu kegemaranku ialah air nira segar, manis dan menyegarkan. Aku juga suka makan laksam utara yang berlainan dengan laksam pantai timur. Cendol dan ais kacang sedap dan mudah didapati. Setiap kali pergi Kedah aku akan angkut bawa balik segala mak nenek terutama, belacan tanjung dawai, asam jawa, dodol, pekasam, bahan-bahan acar buah dan beras pulut.

Percaya atau tidak kain ela lebih murah di Alor Setar berbanding di KL. Oleh sebab itu semua kain untuk pakaian seragam sekolah kami di order dari Alor Setar. Lagi satu perkara yang menarik ialah orang-orang Kedah akan tersenyam apabila terpandang kita walaupun kita tidak mengenali mereka. ( Ini yang aku tak jumpa kat tempat lain! Heheh, jangan marah ya orang-orang yang bukan orang Kedah!)

Kalu dah suka sangat Kedah kenapa tak balik dok Kedah? Mungkin anda bertanya demikian. Panjang ceritanya nanti akan ku cerita di lain entry. Insya-Allah!

Monday, 9 March 2009

Sambutan Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum!

Hari ini hari cuti umum sempena Maulidur Rasul. Anak-anak tahfiz kami menyambutnya dengan menghadiri perhimpunan di Stadium Melawati. Mereka baru saja bertolak. Cuaca di Shah Alam sekarang ini nampak mendung menandakan kemungkinan hujan akan turun pada pagi ini.

Hari ini anak-anak tahfiz tidak disuruh berpuasa sunant kerana kami tidak mahu memberatkan mereka. Makanan rihat jam 10.30 pagi, kami tidak sediakan untuk mereka kerana kami tidak pasti pukul berapa mereka akan pulang dari stadium. Aku sudah pesan kepada mereka supaya bawa bekalan air minuman dan sedikit duit poket.

Nampaknya anak-anak tahfiz sangat suka aktiviti sebegini. Malam tadi mereka telah menyertai seminar sempena Maulidur Rasul di Masjid Negeri hingga jam 11.00 malam. Tak letihkah mereka ini? Aku pernah bertanya kepada mereka, apabila ada aktiviti yang berturut-turut begini. Serentak mereka menjawab, " Tidaaakk ! " Apa aku nak kata lagi, hanya membenarkan mereka menyertai aktiviti seterusnyalah.

Pak haji dan aku sebagai ibubapa selalunya prihatin akan keletihan dan kepenatan mereka. Oleh sebab itu kami tidak membenarkan mereka keluar bermain bola setiap petang. Anak-anak tahfiz banan sentiasa mengambil peluang nak bermain bola selepas aktiviti wajib dipetang hari. Kami tidak benarkan perkara ini berlaku kerana bermain bola akan membuat mereka terlalu keletihan ( hari bermain bola mengikut jadual hanya seminggu sekali ). Kalau mereka terlalu letih, pada malam hari mereka tidak dapat membuat hafalan al-Quran. Pak haji berkata kalau mereka terlalu letih semasa buat hafalan ada yang kepala sudah menungging ke lantai, maka tidak ada cara lain
melainkan terpaksa menyuruh anak itu masuk tidur.





Gambar menunjukkan Pak haji sedang mengajar sesuatu pada malam hari di asrama Putra





Mereka sedang menbuat sesuatu aktiviti di asrama





Kerana terlalu keletihan ada yang tertidur walaupun orang lain sedang menghafal atau membuat kerja-kerja sekolah


Itulah serba sedikit kehidupan anak-anak tafiz kami di asrama. Yang penting bagi kami setiap hari mereka sihat, ceria dan aktif dalam menghafaz al-Quran, dalam pelajaran dan juga aktiviti ko-kurikulum.

Sunday, 8 March 2009

Alhamdulillah ! Rezeki Datang Lagi.

Assalamualaikum!

Hari ini hari Ahad, bagi kebanyakan orang merupakan hari cuti hujung minggu. Namun bagi kami hari ini adalah hari pertama minggu ini. Bagi mak teh hari ini adalah hari yang sibuk setelah solat subuh kepala ligat berfikir jadual hari ini.

Awal pagi lagi mak teh telah ke pasar. Mahalnya harga ikan membuatkan mak teh terkedu, tak tahu apa yang hendak dibeli. Maka mak tehpun duduklah berehat seketika di sebuah bangku yang disediakan di pasar itu kerana terasa sakit pula kaki kananku yang sememangnya dok sakit tapi aku buat tak tahu sahaja. Aku tunduk memicit tapak kaki, kelihatan ada bekas sengat terlekat menusuk tapak kaki. Rupan-rupanya rasa bisa itu sebab aku telah terpijak lebah yang banyak bertaburan di lantai rumahku sejak beberapa bulan yang lalu. ( Ada lebah buat sarang di atas pokok tepi rumahku )

" Assalamualaikum ! " satu suara menyapa mak teh.

" Waalaikumusalam " jawabku sambil mendongak kepala melihat orang yang menyapa.

" Hajjah! Berapa orang anak-anak ada belajar dalam madrasah Hajjah? " tanya orang yang menyapaku, seorang pemuda India muslim yang aku amat kenal sebagai tauke sebuah kedai makan tidah jaug dari sekolah kami.

" Ada 60 orang , kenapa? "

" Saya ingat mau kasi makan diorang, mau sedekah hari Khamis atau Jumaat. Nanti saya telefon Hajjah. Hajjah kasi saya nombor telefon "

" Ok !" kataku seraya memberi nombor handphone ku dan dia terus memicit kedalam fonnya.

" Awak fon saya satu hari sebelum ya! " sambungku " supaya hari itu saya tidak masak, kalau tak membazir nanti. "

" Ok , saya fon Hajjah ! Hajjah kenalkah saya ? "

" Mana boleh tak kenal ! Kan kami selalu order banyak ( borong ) roti canai kat kedai awak? "

" Ya, ya, ok nanti saya call. " Pemuda itu tersenyum lalu pergi.

" Alhamdulillah ! " berkata hatiku.

Sakit dan bisa di kaki dah kurang terasa. Akupun bangun segera menjalankan tugasku membeli barang sedar keperluan kami. Allah sentiasa membantu dalam urusan kami setiap hari. Aku tak perlu takut kekurangan wang untuk membeli keperluan anak-anak tahfiz kami. Rezeki mereka sentiasa murah!

Saturday, 7 March 2009

Malam Sabtu Istemewa

Salam Semua!

Malam ini malam sabtu, anak-anak tahfiz baru sahaja selesai membuat tahlil dan membaca doa selamat di atas permintaan beberapa individu. Kebiasaannya mereka buat tahlil hari khamis malam Jumaat. Tapi malam ini special sikit sebab ada permintaan dan beserta dengan sedekah wang untuk membeli makanan untuk anak-anak tahfiz.

Mak teh telah sediakan bahan-bahan untuk mereka buat burger. Anak-anak tahfiz banat telah sediakan bahan-bahan itu dan anak-anak tahfiz banan akan memasakkan daging burger itu. Kedengaran mereka sudahpun mula memasak bahan-bahan itu. Mereka telah berdoa semoga tidak hujan malam ini walaupun langit kelihatan gelap. Mak teh akan turun join mereka sedikit masa lagi. Pak haji sudah masuk bilik berehat mungkin juga dah tidur. Pak haji amat letih kerana setiap pagi dia bangun jam 4.00 am , sian hari tidak ada masa untuk berehat dan kesihatan Pak haji belum pulih 100%. Nanti jam 10.00mak teh akan kejutkan Pak haji untuk join budak-budak kat bawah tu.

Petang tadi ada lagi orang datang untuk memohon nak masuk sekolah kami. Kesihanlah tengok anak itu telah di bawa kesekolah lain kemudian dia rasa tidak sesuai di sekolah itu. Oleh kerana hari sudah hampir maghrib semasa mereka datang kami suruh mereka datang semula untuk temuduga esok pagi. Hampir setiap hari ada saja orang bertanyakan sekolah kami. Kalau ditanya bagaimana mereka dapat tahu mengenai sekolah kami, ada yang menjawab dari internet, majalan Asuh, artikel dalam surat khabar dan ada juga yang diberitahu oleh orang lain.




Anak mak teh Ally, sedang membakar ayam semasa majlis Jamuan BBQ sebelum dia bertolak ke Mesir. Dia adalah pakar memanggang ayam.






Kelihatan ayam yang telah siap dipanggang amat menyelerakan!


Ok, sekarang mak teh hendak join anak-anak yang sedang makan burger kerana mak teh sudah terbau masakan burger mereka.

Friday, 6 March 2009

Pagi Jumaat Yang Redup Dan Hujan

Salam semua! Pagi ini cuaca redup dan hujan turun renyai-renyai. Walaupun bagi sekolah kami hari ini merupakan cuti hujung minggu, namun anak-anak tahfiz kami sibuk dengan kelas khat dan kemudian di hantar ke Perputakaan Negeri. Bagi anak-anak tahfiz banat mereka ke perpustakaan dari jam 12.00- jam 3.00 petang. Bagi anak-anak tahfiz lelaki, mereka dihantar ke pepustakaan Negeri selepas solat jumaat dari jam 3.00 - 6.00 petang.





Ini ialah seorang kadet Tahfiz Puteri. Puteri kami ini akan mewakili Daerah Petaling untuk pertandingan Tilawah Hafazan minggu hadapan. Kami iringi beliau dengan doa -Semoga dia berjaya. Ameen!





Gambar ini menunjukkan barisan Kadet Tahfiz sedang membuat latihan kawad. Mereka berlati berkawad 2 kali seminggu. Latihan kawad ini wajib untuk semua pelajar kerana ia akan membentuk disiplin pelajar. Dengan latihan ini mereka di ajar menerima arahan dari ketua.





Barisan mereka close-up. Di hujung barisan sana kelihatan Cik Su, anak bongsu mak teh. Dia dalam Ting 2 Tajwid.





Selepas penat berlatih kawad, mereka diupahkan dengan minuman teh tarik special. Itu sebabnya anak-anak tahfiz kami suka aktiviti di sekolah ini.

Thursday, 5 March 2009

Teringat Anakku Lia


Pagi-pagi mak teh mesti jenguk blog dahulu sebelum ambil sarapan. Awal pagi ini teringat akan anak mak teh Lia yang sedang menuntut di Jordan.

Malam tadi Lia telefon dari Jordan minta mak teh doakan dia nak exam. Biasalah kalau ada saja anak yang nak exam depa mesti telefon minta didoakan. Insya-Allah mak teh dan Pak haji sebagai ibubapa akan doakan mereka dan selalunya membuat solat hajat juga memohon kejayaan anak-anak. Inilah halnya sebagai ibubapa sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anak-anak dan mak teh percaya ibubapa lain juga begitu.




Lia memang seorang anak yang aktif dan berani sejak kecil lagi. Gambar ini menunjukkan Lia sedang menunggang kuda di sebuah Kelab Ekuistrian Queen Alia di
Amman. Sekarang Lia sudah jarang pergi ke Kelab tersebut kerana sibuk dengan pelajarannya.





Gambar diatas menunjukkan tulisan-tulisan khat Lia yang menang dalam pertandingan menulis khat antara pelajar-pelajar Malaysia di Jordan. Lia telah belajar menulis khat semasa dia di sekolah rendah lagi dan setiap kali dia memasuki pertandingan dia akan menang tempat pertama.

Wednesday, 4 March 2009

Sediaaa ! Aim And......

Sambung yang semalam... Inilah barisan kami dan siap sedia! Mereka sudah sedia di barisan.






Nampak tak?? Gagah dan perkasa anak-anak tahfiz puteri kami. Bukan calang-calang mereka ini. Ada diantara mereka yang akan menyertai pertandingan memanah peringkat Negeri bulan hadapan.

Tuesday, 3 March 2009

Inilah Barisan Kami

Salam Semua!

Hari ini mak teh nak cuba tunjukkan barisan pelajar-pelajar kami dengan aktiviti masing-masing. Mula-mula mak teh nak tunjukkan bagaimana kami mengajar anak-anak tahfiz kami memanah. Memanah termasuk aktiviti ko-kurikulum kami yang wajib kerana ianya Sunnah Nabi.




Kami mula memberi latihan menarik tali getah agar otot tangan mereka kuat untuk menarik bow. Latihan ini dilakukan sehingga mereka menjadi sudah biasa menarik dan boleh menarik tali bow nanti.

Monday, 2 March 2009

Kecil Tapak Tangan Nyiru Kutadahkan !

Salam semua!

Alhamdulillah! Rezeki kami dan anak-anak tahfiz datang sekejap tadi. Ada hamba Allah menjenguk kami serta membawa bersamanya 6 kampit beras. Pucuk dicita ulam mendatang.

Baru sekejap sebelum itu, pembantuku telah memberitahu, " Ibu! beras sudah habis. Besok ibu kena ke Kelang beli beras." Masa tu kami di dapur sedang masak makanan untuk anak-anak berbuka puasa.

" Hmmm Ok ! " kataku, " esok Ibu pergi."

Beberapa minit kemudian, " Maak! Maak!" panggil Cik Su, " Ada orang datang, bawa banyak berass! Lekaslah mak mai kat depan."

Akupun padamkan api dapur dan bergegas ke depan. " Assalamualaikum!" kata tetamu yang datang. " Saya bawa beras ini ada orang sedekah. "

"Alhamdulillah! " kataku sambil tersenyum. " Rezeki kami! baru sekejap tadi kami cakap beras dah habis! Syukur, terima kasih, pucuk di cita ulam mendatang. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan." kataku.