Salam Semua!
Hari ini cuaca mendung, hujan baru sahaja berhenti, balkoni rumahku basah. Hanya sedikit angin menggoyang daun-daun pokok yang basah disiram hujan tadi. Udara terasa sejuk dan kedengaran burung-burung berkicauan. Itulah secebis suasana sekeliling yang dapat aku gambarkan.
Malam tadi kami pergi mengadiri Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Tilawah Hafazan peringkat Negeri Selangor di Dewan MPSA. Seorang puteri tahfiz kami adalah peserta yang menwakili Petaling. Kami telah mendengar bacaannya pada hari Sabtu. Walaupun bacaannya dikira agak baik, namun dia tidak menang kerana sudah tentu peserta yang menang adalah lebih baik keseluruhan persembahannya. Kami tidak kecewa malah berazam tahun hadapan akan mendapat kemenangan, Insya-Allah.
Majlis yang telah diadakan itu agak gemilang. Kami dihiburkan olehkumpulan nasyid terkenal Rabbani. Hadiah-hadiah telah di sampaikan oleh DYMM Sultan Selangor. Ucapan-ucapan yang telah disampaikan juga ada sedikit mengetuk hati dan meluaskan mindaku. Alhamdulillah, aku mendapat ilham bagaimana nak melatih bakal juara-juara kami nanti bukan saja dalam bidang hafazan malah dalam semua bidang. Yang pastinya melatih juara bukan mengambil masa sehari dua. Insya-Allah! Dimasa hadapan sekolah kami akan menunjukkan kecemerlangannya!
Sama-samalah kita berdoa agar azam dan niat murni kami tercapai ! Ameen!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
salam Mak teh..
ReplyDeleteInsyaAllah semoga satu hari nanti wakil sekolah Mak Teh pula akan jadi juara..
InsyaAllah akan ada pelajar sekolah makteh yang akan jadi johan tilawah hafazan satu hari nanti.
ReplyDeleteZaid pun pernah masuk tilawah hafazan peringkat Terangganu tapi sebab terlalu ramai peserta , dapat saguhati je . Pelajar sekolah dia pernah menjadi wakil Malaysia dalam hafazan antarabangsa .
Tahniah pada puteri sekolah kita walau tak menang sebab bukannya mudah nak "menyediakan" seseorang pelajar di sekolah tahfiz. InsyaAllah lain kali kita cuba lagi!
ReplyDeleteMr Janggel,
ReplyDeleteTerima kasih! Semoga makhbul doa anda. Kami akan sediakan anak-anak tahfiz kami dari sekarang.
Sarina,
ReplyDeleteIni pertama kali kami masuk pertandingan Tilawah hafazan. Pengalaman tahun ini mengajar kami supaya bersedia lebih awal.
Terima kasih atas doa anda, semoga dimakhbulkanNya.
OO,
ReplyDeleteKira dapat jadi wakil Petalingpun dah satu pencapaian bagi kita tahun ini.
Insya-Allah tahun hadapan kita akan lebih mantap dengan barisan pelajar yang sudah menanam azam mereka dari sekarang.