Monday, 30 March 2009

Warga MTAQSA Dan Earth Hour

Assalamualaikum!

Pada 28 Mac, jam 8.30 malam, semua lampu di asrama Puteri telah di padamkan. Aku tidak sedar yang anak-anak tahfiz puteri menyambut seruan earth hour. Rupa-rupanya mereka telah bersiap sedia untuk bersama-sama mengikuti Earth Hour.

Apabila aku sedar kami semua sedang bergelap, akupun keluar untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh anak tahfiz puteri Dalam kegelapan malam aku tidak nampak mereka tetapi kedengaran suara mereka masing-masing membaca ayat-ayat suci dengan lantang. Bagaimanakah mereka boleh membaca dalam gelap itu? Sebenarnya mereka sedang membuat hafalan mereka. Mereka yang sudah menghafal ayat-ayat untuk di tasme'kan oleh ustazah keesokannya dapat menyebut ayat-ayat itu walaupun dalam kegelapan malam. Kemudian aku ternampak bebrapa lembaga di bawah lampu jalan di depan asrama, sambil berdiri memegang senaskah al-quran kecil mereka yang belum lancar lagi sedang membuat hafalan mereka di bawah lampu jalan! Hehehe! Begitulah gigihnya anak-anak tahfiz kami, walaupun bersemangat bersama-sama dunia luar untuk menyumbang kepada Earth Hour, mereka tidak tinggalkan tugas mereka menghafal al-Quran mengikut jadual yang kami tetapkan.Syabas kepada anak-anak tahfiz kami yang faham keadaan di dunia luar sana.






Semalam anak-anak Tahfiz kami menjalnkan latihan berkawad. Seperti setiap hari Ahad, ada saja ibubapa yang datang menjenguk secara tak resmi ( kerana bukan hari keluarga melawat mengikut takwim kami ). Kebetulan semalam kami menerima kunjungan seorang pelawat yang istemewa. Pelawat ini adalah seorang pengubah lagu nasyid yang tersohor. Beliau datang untuk menyaksikan anak-anak tahfiz berkawad dan formasi kawad. Beliau perlu menyaksikan aktiviti pelajar-pelajar kami kerana beliau akan mencipta sebuah lagu untuk sekolah kami. Sebelum dapat mencipta lagu itu beliau kenalah menyelami jiwa pelajar-pelajar dan rentak sekolah kami. Insya-Allah dalm masa sebulan lagi kami akan dapat menyanyikan lagu sekolah kami.

Anak-anak Kadet Tahfiz itu telah menunjukkan persembahan yang sangat baik. Jadi ibubapa yang ada bersama memerhatikan persembahan itu telah melahirkan kekaguman mereka. Mereka sangat bangga akan kebolehan anak-anak mereka dan mereka tidak menyangka anak-anak mereka boleh lakukan persembahan kawad hingga tahap itu.
Syabas lagi sekali kepada anak-anak Kadet Tahfiz kami!

2 comments:

  1. Syabas buat anak2 pelajar sekolah makteh. Bila berdisiplin memang senang untuk ditunjukajar, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. masa earth hour tersebut, kami sedang melawat cucu yang baru lahir! hehehehe...syabas dan alhamdulillah untuk anak2 mtaqsa! lepas ni dah ada lagu, lagi rancaklah berkawad!

    ReplyDelete