Wednesday, 11 March 2009

Balik Kampung! Balik Kampung!

Salam Semua!

Lagi 2 hari sekolah kami cuti. Mulalah terbayang nak pergi jalan-jalan ke utara balik tengok Bonda yang uzur. Apapun mak teh dan Pak haji mesti rehat sehari dua dahulu. Petang ni baru Hilux nak pergi service. Jadi nampaknya hari selasa baru kami boleh bertolak.

Kalau balik Kedah kami selalunya berlabuh di rumah Bonda. Kadang-kadang musim cuti kalau kami balik dan berlabuh di rumah Bonda, orang lainpun balik bercuti juga. So hotel Bonda overbooked, kami pendekkan cuti kami. Dulu kami ada rumah persinggahan di Alor Setar. Rumah itu rumah kepunyaan arwah bapasaudara Pak haji yang tidak di huni berpuluh tahun.

Kami telah tinggal dirumah itu sebagai rumah persinggahan. Kami juga pernah menetap di rumah itu selama 2 tahun. Kami sekeluarga selesa tinggal di rumah itu dan sayang padanya membuatkan kami menyuarakan untuk membelinya. Namun harga yang di minta oleh orang-orang yang mewarisnya menjangkau lebih RM 1 juta. Sudah bertahun pula kami tidak pulang kerumah itu hingga hari ini rumah itu masih kosong. Tidak ada saudara mara lain yang berani tinggal di rumah itu dan rumah itupun masih belum terjual. Setiap kali balik ke Alor Setar aku tidak berani menoleh memandang rumah itu kerana kami selalu merinduinya dan kami percaya rumah yang semakin usang itu juga merindui kami.

Kalau kami ke utara, perlis dan padang besar juga mengimbau kami. Di sebuah kampung di Perlis bersempadan dengan Kedah ada sebuah keluarga yang menjadi rapat hubungan dengan kami walaupun mereka buka pertalian darah dengan kami. Ketua keluarga itu merupakan anak saudara kepada isteri bapa saudara Pak haji. Kami menjadi rapat kerana sama-sama menjaga atau ambil berat emak saudara itu setelah kematian suaminya iaitu bapa saudara Pak haji.

Setiap kali mengunjungi keluarga itu kami akan dihidangkan dengan masakan kegemaranku seperti gulai daging campur rebung dan sambal belacan spesial. Hmmm! Amat menyelerakan! ( sambil taip inipun kecur airliurku. Hehehe! ) Kami juga tidak lepas peluang untuk ke Padang Besar dan melawat Gua Gelam. Aku sangat suka membawa anak-anak melawat Gua Gelam walaupun dah pergi berkali-kali kerana formasi stalactite dan stalagmite nya yang menakjubkan.

Lagi satu perkara yang menarik apabila balik Alor Setar ialah kuih-muihnya yang berbagai jenis murah dan amat lazat. Begitu juga dengan makanan lain yang tidak terdapat di lembah kelang. Salah satu kegemaranku ialah air nira segar, manis dan menyegarkan. Aku juga suka makan laksam utara yang berlainan dengan laksam pantai timur. Cendol dan ais kacang sedap dan mudah didapati. Setiap kali pergi Kedah aku akan angkut bawa balik segala mak nenek terutama, belacan tanjung dawai, asam jawa, dodol, pekasam, bahan-bahan acar buah dan beras pulut.

Percaya atau tidak kain ela lebih murah di Alor Setar berbanding di KL. Oleh sebab itu semua kain untuk pakaian seragam sekolah kami di order dari Alor Setar. Lagi satu perkara yang menarik ialah orang-orang Kedah akan tersenyam apabila terpandang kita walaupun kita tidak mengenali mereka. ( Ini yang aku tak jumpa kat tempat lain! Heheh, jangan marah ya orang-orang yang bukan orang Kedah!)

Kalu dah suka sangat Kedah kenapa tak balik dok Kedah? Mungkin anda bertanya demikian. Panjang ceritanya nanti akan ku cerita di lain entry. Insya-Allah!

4 comments:

  1. masa kami pergi Alor Star masa kerja dulu, ramai kawan neeza beli kain. Diorang kata murah sangat..
    neeza tak beli pun.. takde budget.. hehee

    baru nampak wajah comel Mak Teh :)

    ReplyDelete
  2. Neeza, betul banyak barang yang murah kat Alor Setar. Masa mak teh tinggal di sana 5 tahun lalu, rm 3000 sebulan kira amat mewah.

    Kalau malas masak lauk, masak nasi saja pergi beli lauk rm 20 dah penuh meja. Kueh pulak boleh beli bila-bila masa, pagi , lewat pagi, tengah hari, petang. Sedap dan murah.

    Seronoknya tinggal kat sana, kami pusing rata cari rumah yang sesuai tapi di takhdirkan tak dapat.

    Malu pula bila neeza dah lihat wajah mak teh. Rasa nak deletelah.

    ReplyDelete
  3. salam,

    Sure dah cuti ni atau dah ke Kedah masa ni. Kampung atau rumah yang penuh kenangan pasti akan terasa rindu . Masa mak mertua tinggal di rumah kakak ipar di kangar selalu kami ke sana dan lalu Kedah tapi memang jarang singgah bandar2 di Kedah, tak sempat masa tapi pekasam dan belacam Kedah memanglah tersangat sedap :)

    Selamat berehat dan bercuti buat Makteh dan Pak Haji.

    ReplyDelete
  4. Sarina,

    nampaknya kami lambat ke Kedah sebab tengah buat rennovation sikit untuk asrama puteri. Kalau ada rezeki kami 3 hari lagi kut baru keluar bercuti, tupu kalau ada second driver sebab Pak haji masih tak boleh drive jauh.

    ReplyDelete