Salam Semua !
Apabila melihat anak-anak kecil, teringat akan anak-anak kami semasa mereka kecil dahulu. Masa kami muda dan anak-anak masih kecil dan belum ramai lagi, kami merupakan ibubapa muda yang kurang berpengalaman. Setelah beberapa tahun dan anak semakin ramai kami telah develope cara semdiri mendidik anak-anak seperti berikut:
1. Apabila Anak Buat Peranagi Atau Meragam
Kalau anak kecil ( belum bersekolah ) membuat ragam kami akan cuba memujuknya. Kalau yang dah besar sikit membuat ragam atau perangai, mula kami bercakap dulu dengannya bertanyakan sebabnya dia menunjukan ragam. Kemudian di perbetulkan apa yang tidak kena yang munasabah. Kalau dia membuat perangai yang kami tidak boleh terima, maka anak itu akan kena marah. Pernah juga Pak haji rotankan anak atau beri penangan.
2. Apabila Anak Susah Makan
Apabila anak tidak mahu makan, kami akan pujuk dengan makanan kegemarannya dan memberitahu khasiat makanan. Anak-anak tidak di benarkan makan merata-rata tempat melainkan di meja makan untuk hari-hari biasa. Sedaya upaya kami akan makan bersama-sama termasuk anak yang kecil sekali ( baby ) akan di suapkan makanannya berhampiran meja makan kami.
Anak-anak juga tidak di benarkan membeli makanan jajan di dalam dan luar sekolah. Apa yang mereka ingin makan kami kan belikan. Ini akan memastikan mereka makan makanan berkhasiat dan berkualiti agar tidak menumpulkan selera makan mereka.
3. Untuk Mendidik Mereka Berkerjasama ( tidak mementingkan diri sendiri )
Kami galakkan mereka kongsi makanan terutama bila makan di luar. Semua makanan kesukaan mereka di order, mereka akan kongsi satu jenis makanan dan dengan cara itu mereka akan dapat merasa semua jenis makanan bersama-sama.
Apabila makan buah-buahan juga seperti pear, dan epal tidak dibenarkan memakannya
sebiji seorang melainkan dikupas dan dipotong untuk makan bersama-sama. Begitu juga dengan minuman botol dan jus dalam paket.
4. Untuk Mendidik Mereka Berdikari
Apabila hendak keluar melancung atau balik kampung, mereka di latih pack beg sendiri. Meraka di ajar buat senarai barang-barang perlu kemudian pack sendiri. Anak-anak belum bersekolah beg mereka dikemas oleh pengasuh mereka. Manakala anak-anak sudah bersekolah yang masih kecil dibantu oleh kakak dan abang.
5. Untuk Keselamatan Mereka
Apabila berjalan bersiar-siar atau melintasi jalan raya, tiap yang besar akan memegang seorang adik. Anak yang kecil sekali akan di dukung oleh Bapa dan anak yang kedua kecil akan di pegang ibu. Yang besar itu bertanggung jawab pada yang kecil supaya tidak ada kes " home alone "
Alhamdulillah anak-anak kami semasa kecil senang di bawa berjalan kemana-mana. Mereka tidak bergaduh, tidak buat bising kalau bawa keluar outing atau berjalan ke rumah orang. Pendek kata mereka tahu behave atau membawa diri.
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
thanks Mak Teh sebab sudi berkongsi..
ReplyDeleteneeza nak cuba praktikkan pack baju sendiri tu..
letih jugak, everytime nak kemana-mana, semua ummi yang kena buat.. :D
Neeza,
ReplyDeletesyaratnya kalau menyuruh anak pack sendiri kita tidak boleh marahkan mereka sekiranya mereka tertinggal sesuatu barang atau tidak mencukupi. Kita hanya perlu beritahu lainkali buat macam ini dan macam itu.
Selalu juga mak teh kena top-up benda-benda yang tak cukup atau tak bawa seperti kena beli extra underwear, t-shirt dll di tempat yang kami pergi itu.
Untuk permulaan ajar mereka buat senarau, kemudian biar mereka pack sendiri, kemudian kita checklah beg itu sebelum berangakat.
Training sebegini sangat bagus untuk masa depan mereka. Kesemua anak-anak yang berangkat belajar keluar negeri mak teh tak pernah pack untuk mereka.
Bagus semua yang telah dipraktikkan oleh makteh, memang amat berguna buat ibubapa yang masih punya anak2 yang kecil , saya kagum dengan makteh yang punya anak yang ramai, kalau saya entahlah jadi apa, tension memanjang dan naik bp kot :)
ReplyDeleteMak Teh
ReplyDeleteApa pendapat Mak Teh tentang perbezaan anak lelaki dan anak perempuan?
Perlukah kita buat pendekatan yg cara sama atau berbeza sewaktu mendidik ?
Sarina,
ReplyDeleteMak teh dan Pak haji datang dari keluarga besar, Pak haji 12 adik-beradik dan mak teh 9 orang. Mungkin sebab itulah kami suka ramai anak dan boleh menangani anak yang ramai.
Mak teh dahulunya dipanggil Kak Cik ada 5 orang adik yang mak teh yang mak teh kena tolong ibu menjaga mereka. So apabila mak teh menjaga anak-anak sendiri, perkara menjaga anak-anak kecil tu macam natural sahaja rasa bersambug dari tugas menjaga adik-adik.
Anehnya setelah melahirkan anak yang ketiga barulah mak teh macam tersedar, sekarang aku seorang ibu!
Ada orangapabila anak-anak kecil buat perangai, mereka macam tenggelam punca, tarik rambut sendiri!
Pinatbate,
ReplyDeleteKami tidak membezakan anak lelaki dan perempuan dalam mendidik anak-anak. Cuma kami tekankan adat dan budaya serta kehendak agama apa yang perlu bagi lelaki dan perempuan. Bagaimana mereka perlu membawa diri sebagai seorang wanita atau pemuda Melayu Islam.
Selain dari itu semua perkara adalah sama. Kalau anak perempuan kena angkat pinggan selepas makan anak lelakipun disuruh berbuat demikian. Anak-anak lelaki kami lebih pandai memasak dan mengemas rumah walaupun mereka dalam bidang professional masing-masing.
Kami selalunya melatihkan anak kami sama sahaja. Semua di latih berenang, semua dilatih menunggang kuda dan memanah ( mengikut sunnah nabi ). Setelah latihan itu digalakan kepada semua anak-anak maka terpulang kepada merekalah siapa yang lebih berminat dalam sesuatu perkara kami akan lebihkan perkara berkaitan untuknya. Kami juga tidak memaksa mereka dalam sesuatu perkara itu melaikan perkara yang wajib dalam agama.