Monday, 31 August 2009

Merdeka !

Assalamualaikum !

Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Ini bermakna mak teh sudahpun meningkat tua. Mak teh dilahirkan hanya beberapa tahun lebih awal dari laungan Kemerdekaan negara kita.

Masih teringat betapa aktifnya aku menjelang kemerdekaan. Ibubapaku merupakan ahli Seberkas iaitu sebuah pergerakkan untuk menuntut kemerdekaan dari British sebelum timbulnya UMNO di Kedah. Lepas itu mengikut arus perkembangan politik negara, ahli-ahli Seberkas telah menjadi ahli UMNO dan Seberkas dibubarkan. Mereka sangat keras menentang penubuhan Malayan Union. Aku telah mengikut ibu ke bandar dan kampung ke perhimpunan politik masa itu. ( Aku masih kecil di heret ibu kesana kemari ) Pada masa itu ibu sangat aktif dalam pergerakan politik. Walaupun ibu tidak pandai berpidato, ibu merupakan penyokong kuat pergerakan. Ibu diberi tugas membuat beribu-ribu bunga rossette untuk mengutip derma untuk tabung UMNO pada masa itu.

Aku masih ingat di suatu perhimpunan ibu dan kawan-kawan seperjuangannya menangis kerana berpisah landasan perjuangan. Masa itu aku sangat kehairanan, aku tidak memahami apa yang berlaku. Setelah aku dewasa barulah aku faham bahawa peristiwa itu ialah titik perpisahan apabila tertubuhnya sebuah parti baru iaitu Parti Islam ( PAS ). Ibu di persimpangan jalan dalam perjuangannya kerana seorang bapa saudaranya menjadi orang kuat pergerakan UMNO dan seorang lagi menjadi orang kuat pergerakan PAS. Selepas itu ibu berundur dari aktif dalam mana-mana pertubuhan politik.

Sekarang ibuku sudah uzur kerana tua. Kawan-kawan seperjuangannya ramai yang sudah tiada. Dia tidak lagi bercakap mengenai politik atau Kemerdekaan. Kami anak-anaknyapun yang kebanyakan berada di Lembah Kelang ini tidak sempat menjenguknya di hari Menyambut Kemerdekaan ini kerana kesibukan masing-masing.
Aku mendoakan agar ibu sentiasa bahagia di hari-hari senjanya ini.

Di hari cuti kerana menyambut Kemerdekaan ini, janganlah kita berehat dan bersantai sahaja. Marilah kita semua bertanyakan diri kita " Apakah sumbangan kita untuk memerdekakan bangsa kita? " Walaupun Negara kita telah lama merdeka bangsa Melayu belum lagi merdeka kerana ramai anak-anak muda kita terjebak dengan cara hidup yang merugikan dan memalukan maruah bangsa kita. Fikirlah dan lakukanlah sesuatu yang positif demi anak-cucu kita.

Bangunlah bangsaku demi Bangsa dan Negara !

Saturday, 29 August 2009

Dugaan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum!

Sedar tak sedar hari ini sudah hari ke 7 kita berpuasa. Ramadhan tahun ini mendapati aku tidak lagi muda atau kuat. Namun aku bersyukur kerana dapat melakukan ibadah solat tarawih walaupun setakat ini belum sampai 20 rakaat.

Dugaan di bulan ramadhan tahun ini berat juga tetapi kami menghadapinya dengan sabar dan redha. Anak-anakku dan anak-anak tahfiz bersilih ganti demam selsema ( demam selsema yang tidak bahaya )Maka kami menjaga pesakit setiap hari apabila virus selsema yang melanda ini amat mudah dijangkiti. Kami amat risau akan wabak selsema babi yang sedang melanda. Jadi kami telah mengambil langkah-langkah pencegahan terlebih dahulu. Anak-anak Tahfiz telah membuat solat hajat dan berdoa agar Allah SWT melindungi kami semua dari penyakit tersebut. Di samping itu kami telah memberi mereka semua minum air rendaman habbatussaudak, air kelapa, air isotonok, air jus korma dan vitamin C untuk menjaga ketahanan sistem immunniti mereka. Alhamdulillah, setakat ini ramai lagi di antara mereka yang masih bertahan tidak di jangkiti virus selsema ini dan ada juga yang terkena tetapi tidaklah teruk sangat.

Ada lagi dugaan lain yang tidak dapat aku ceritakan di sini. Berat jugalah dugaan yang aku dan Pak haji lalui, namun kami percaya ada hikmahnya. Kami berdoa semoga Allah sentiasa melindungi kami dan memudahkan urusan kami. Setiap pengalaman pahit yang menimpa kami adalah satu pengajaran untuk kami. ( Pembaca blog ini dari kalangan kawan-kawan yang rapat bolehlah menelefon mak teh kalau nak tahu lebih lanjut ).

Mak teh mohon maaf kepada kawan-kawan tuan punya blog yang selalu mak teh lawati. Kebelakangan ini kerana sesuatu perkara teknikal ( yang mak teh sendiri tak faham) , mak teh tidak berjaya untuk publishkan komen dalam blog anda. Nak selidik puncanyapun mak teh sedang menghadapi perkara yang lebih penting. ( terutama blog Sarina, sudah banyak kali mak teh cuba )

Dalam bulan Ramadhan ini anak-anak Tahfiz tidak melakukan aktiviti ko-kurikulum seperti biasa. Namun untuk menjaga kesihatan mereka, mereka bersenam dan berkawad selepas subuh. Hanya pasukan elite memanah melakukan latihan hujung minggu seperti biasa kerana kami menyediakan mereka untuk pertandingan akan datang.

Anak-anak Tahfiz akan bersama kami berbuka puasa hingga 16 september. ( Hari akhir mereka sebelum bercuti ialah 17 september ). Insya-Allah, kami akan adakan majlis berbuka puasa di asrama pada 15 september sebelum mereka pergi bercuti.

Sekian, Selamat Berbuka Puasa dan melakukan Ibadah Tarawih!

Wednesday, 26 August 2009

Majlis Berbuka Puasa Di Hotel

Salam Semua!

Pada hari ke 3 Ramadhan kami di jemput ke majlis berbuka puasa di sebuah hotel 5 bintang. Jam 6.15 petang anak-anak Tahfiz di jemput oleh 2 van dari Hotel tersebut. Selebihnya pergi menaikki van sekolah kami dan kereta Pak haji. Seramai 60 orang telah di jemput.

Anak-anak Tahfiz sememangnya menanti-nantikan hari yang istimewa ini. Tiba di pintu Hotel kami di sambut mesra oleh pegawai-pegawai Hotel. Kami di bawa naik ke tingkat 2 di mana sebuah bilik seminar telah di tukarkan menjadi dewan solat. Majlis bermula dengan anak-anak Tahfiz membacakan surah Yassin, surah Waqiaah dan doa selamat. Apabila selesai bacaan masa berbukapun sudah hampir. Azan di laung dan kami berbuka puasa ringkas dengan minuman, buah kurma dan kuih-muih yang disediakan di luar dewan solat.

Kemudian kami menunaikan solat maghrib di imamkan oleh seorang ustaz dari sekolah kami. Selesai solat, kami di jemput turun ke tingkat bawah untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah di sediakan oleh pihak Hotel kepada pelanggan-pelanggannya. Maka hidangan sangatlah banyak jenisnya dan sungguh mewah.

Pak haji telah berpesan kepada anak-anak Tahfiz tentang adap sopan makan. Mereka hendaklah beratur mengambil makanan, mengambil makanan sederhana kuantitinya setiap kali ambil dan menghabiskan semua yang di ambil. Alhamdulillah, anak-anak ini pandai membawa diri di dalam majlis tersebut dan nampaknya mereka telah menikmati makanan-makanan yang berbagai itu sehingga mereka kenyang.

Setelah hampir masuk waktu Isya, kami semua naik ke tingkat 2 semula untuk menunaikan solat Isya di ikuti dengan solat Tarawih 8 rakaat. Imam-iamam solat Tarawih kami terdiri dari pelajar-pelajar tingkatan 3 sekolah kami. Alhamdulillah, mereka dapat membawa solat Tarawih dengan baik. Ada juga pegawai Hotel dan orang-orang awam yang turut serta menunaikan solat-solat tersebut bersama kami.

Selepas itu anak-anak tahfiz di raikan lagi dengan setiap orang mendapat hadiah sepeket duit raya seorang. Kemudian kami bergambar beramai-ramai dengan General Manager Hotel tersebut. Pada malam itu,di samping kami Hotel itu juga telah meraikan anak-anak yatim dari sebuah rumah anak-anak yantim Selayang.

Kemudian kami di jemput turun lagi sekali ke tingkat bawah untuk menikmati hidangan seterusnya yang di namakan " moreh " iaitu hidangan selepas menunaikan solat Tarawih. Lagi sekali anak-anak Tahfiz kami mengisi perut mereka dengan sepuas-puasnya. Alhamdulillah semua rezeki datang dari Allah SWT dan pihak hotel ini bermurah hati menjemput kami.

Anak-anak Tahfiz di hantar pulang ke asrama pada jam 10.30 malam setelah bersalam-salaman dan mengucapkan terima kasih kepada pegawai-pegawai hotel. Ternyata mereka sangat gembira dan kekenyangan. Pada malam itu mereka sangat akif ( kerana terlalu kenyang ) dan hanya masuk tidur pada jam 12.00 malam.

Terima kasih kepada pihak hotel tersebut, kami doakan perhubungan mereka dengan kami berpanjangan. Terima kasih daun keladi, tahun hadapan jemputlah lagi! Hehehe!

Monday, 24 August 2009

Hari Ke 2 Bulan Ramadhan

Salam Semua,

Semalam adalah hari ke 2 bulan Ramadhan. Perjalanan hari ini bagi anak-anak Tahfiz adalah seperti biasa. Semua berjalan dengan lancar.

Ada beberapa orang anak-anak Tahfiz yang di hantar balik kerumah kerana demam selsema biasa. Kami rasa lebih baik ibubapa mereka menjaga mereka dan juga kami tidak mahu selsema itu merebak kepada anak-anak tahfiz lain.

Malam tadi juga bermulanya tugas anak-anak Tahfiz kami bertaddarus di Istana. Mereka berpakaian jubah putih berkasut kulit hitam dan berstokin hitam. Mereka di kehendaki melaporkan diri di Istana jam 9.30 malam. Oleh itu mereka melakukan solat Tarawih 8 rakaat sahaja.

Kalau anda bersolat Tarawih di masjid Negeri anda mungkin ternampak anak-anak Tahfiz kami. Mereka kelihatan kemas, berdisiplin, pakaian seragam putih bersih bersolat dalam 2 baris ( bagi lelaki ). Anak-anak yang senior bersolat di barisan belakang Imam dan yang junior di saf ketiga sebelah kiri. Tujuan Pak haji mengaturkan mereka begitu ialah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka akan tugas-tugas Imam.

Bagi anak-anak Tahfiz Puteri pula mereka ambil safpertama kawasan tengah masjid. Mereka berpakaian seragam jubah putih dan bertelekung putih serta berstokin hitam. Mereka di latih tidak berbual-bual di dalam masjid dan sentiasa membaca al-Quran semasa menunggu masuk waktu solat.

Bulan ramadhan ini ada sedikit ketenangan dan keringanan bagi Pak haji dan anak-anakku kerana tidak perlu menjadi pemandu mengambil dan menghantar anak-anak tahfiz ke masjid dan pulang dari masjid. Bas yang kami sewa khas untuk tujuan ini mengangkut anak-anak tersebut saban hari dalam bulan ramadhan. Alhamdulillah! Bas ini dapat kami sewa kerana wang sedekah jariah dan zakat dari pihak-pihak tertentu. Syukran jazeelan kepada pihak berkenaan.

Petang nanti kami akan bersiap-siap untuk pergi berbuka puasa di sebuah hotel lima bintang yang telah bermurah hati menjemput kami. Tahun lalupun kami telah di raikan oleh hotel tersebut . Mengikut pengalaman tahun lalu hidangan berbuka puasa di hotel itu amatlah istimewa dan mewah. Mendengar cerita ini, semua anak-anak tahfiz sangat teruja untuk pergi ke majlis berbuka puasa ini. Ada juga ibubapa dan keluarga anak-anak Tahfiz yang tinggal berdekatan akan ikut sama program ini. ( mereka jadi tetamu hotel bayar sendirilah ). Esok mak teh akan ceritakan berkenaan berbuka puasa ini kepada anda. Selamat berbuka puasa!

Sunday, 23 August 2009

Hari Pertama Bulan Ramadhan

Assalamualaikum !

Semalam, hari pertama Ramadhan. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Aku bersyukur kepada Allah kerana Aku dan Pak haji masih diberi peluang dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini.

Anak-anak tahfiz sudah bersedia menyambut bulan Ramadhan ini. Seperti yang di rancang, bas yang kami sewa datang ke asrama sebelum jam 6.15 petang untuk menjemput Anak-anak Tahfiz ke Masjid Negeri. Kelihatan kemas dan segak anak-anak Tahfiz kami dengan pakaian jubah putih mereka yang baru di tempah untuk menyambut Ramadhan dan berserban putih ikatan cara khas sekolah kami.

Anak-anak Tahfiz Puteri pula di hantar ke Masjid Negeri dengan van sekolah kami yang di pandu oleh Jurulatih Syah. Mereka pula berpakaian jubah putih, bertelekung putih dan berstoking hitam. Setiap wajah mereka nampak berseri-seri.

Mereka berbuka puasa di masjid bersama-sama orang ramai tetapi mereka di tempatkan di suatu ruang yang di khaskan untuk mereka. Alhamdulillah ! Mak teh mendapat lapuran bahawa makanan yang di hidangkan sedap dan mengeyangkan mereka. Kami juga telah membekalkan mereka dengan buah kurma untuk berbuka.

Mereka bersolat maghrib, kemudian sambil menunggu solat Isya ada Tazkira. Selain dari itu mereka akan membaca al-Quran masing-masing ( mereka tidak duduk sahaja menunggu waktu ). Kemudian mereka akan menunaikan solat Isya serta solat Tarawih sehingga selesai 20 rakaat dan juga solat witir 3 rakaat bersama-sama jemaah lain.

Bagi Mak teh ( aku percaya anak-anak Tahfiz dan jemaah lain juga bersa begitu ) berada di Masjid Negeri melakukan ibadah di bulan Ramadhan amat mengembirakan kerana sangat ramai para jemaah ( terutama diawal bulan Ramadhan penuh sesak ) menimbulkan suasana meriah ( mengimarhkan masjid ) merayakan bulan yang istimewa ini. Keadaan jemaah terkawal dan tertib serta tidak bising.( Malahan kata anak-anakku, masjid ini lebih bagus perlakuan jemaahnya daripada masjid-masjid yang pernah mereka kunjungi di Negara-negara Arab sewaktu bulan Ramadhan )

Bagi diri mak teh dan Pak haji suasana di masjid Negeri tidak dapat di tandingi oleh manan-mana masjid dalam Negara ( kami telah mengalami Ramadhan di negeri lain )ini dan terasa seolah-olah mengingatkan kami kepada Masjid Nabawi, sedikit dapat melepaskan rindu kepada masjid Nabawi. Syabas kepada pihak pengurusan masjid, kerana pada tahun ini keadaan lebih baik, ada pengawal khas kanak-kanak yang bersolat dan ada nurseri di tingkat bawah. Maka kuranglah keriuhan dan gelagat anak-anak yang menganggu solat para jemaah.

Sebenarnya tarikan kami kepada Masjid Negerilah yang membuat Pak haji tidak mahu sekolah kami dibangunkan jauh dari Masjid Negeri. Pernah ada pihak telah mempelawakan cadangan tapak sekolah kami di bangunkan di tempat lain, tetapi telah di tolak oleh Pak haji. ( Bukan itu sahaja sebabnya, berada di tempat sekarang, kami dapat banyak kemudahan-kemudahan untuk sekolah .Ini merupakan kelebihan bagi sekolah kami. Selain dari itu, anak-anak Tahfiz kami yang mendampingi masyarakat dapat menyesuaikan diri kepada keadaan sebenar )

Berbalik kepada cerita bulan Ramadhan, anak-anak Tahfiz yang akan bertaddarus di Istana bermula malam ini. Mereka akan melakukan solat terwih 8 rakaat kemudian bersama seorang ustaz bertolak keIstana untuk bertaddarus. Setelah bertaddarus tamat membaca 1 1/2 Juzu', mereka di hidangkan jamuan istimemewa setiap malam. Maka mereka balik keasrama selalunya kekenyangan.

Anak-anak Tahfiz lain akan di bawa balik ke asrama pada jam 10.45 malam setelah selesai Terawih dan makan moreh di sediakan oleh pihak masjid. Mereka juga pulang kekenyangan. Mereka bertaddarus di asrama sehingga jam 11.45 malam.

Thursday, 20 August 2009

Dua Hari Sebelum Ramadhan

Assalamualaikum !

Hari ini mengikut kiraan, hanya dua hari lagi menjelang 1 Ramadhan. Kesibukan kami warga MTAQSA tersa awal pagi lagi apabila Pak haji memberitahu seorang tetamu istimewa akan melawat sekolah kami.

Maka, pada jam 8.45 pagi, tibalah tetamu tersebut masuk ke surau sekolah bertemu kami sambil melihat perjalanan sekolah kami. Masya-Allah kami di lawati oleh seorang Syeikh ternama dari Khaherah! Apabila beliau menyaksikan anak-anak Tahfiz kami yang sedang tekun mennghafal dan mentasme' beliau terus membaca doa-doa untuk sekolah kami. Beliau gembira bertemu dengan ustaz-ustaz kami yang juga merupakan kenalan atau bekas penuntut beliau.

Hari ini juga ada hamba Allah yang berkunjung ke sekolah kami semata-mata untuk bersedekah dan memberi beras. Rahmat bulan Ramadhan sudah terasa apabila ada orang hamba Allah menegurku sedang aku membeli barang-barang keperluan dipasar. Hamba Allah itu terus menbayar harga barang-barang yang aku beli itu. Alhamdulillah, besarnya rahmat Allah kepada kami, hambanya!

" Ibu apa yang hendak kita masakkan untuk makanan esok hari? " bersuara pembantuku.

" Ya, esok hari sebelum puasa, kau buatlah masakan kegemaran mereka." kataku

" kalau begitu, sarapan saya akan sediakan roti dan tuna, jam 10 saya sediakan koay teow. Ibu kena bahagikan nanti tidak cukup." kata pembantuku.

" Ok, kau lebihkan sedikit makanan itu
dari biasa." jawabku.

Pak haji dan anakku Aly, sedang membuat jadual penghantaran anak-anak Tahfiz ke masjid. Memandangkan kapasiti bas ( yang di sewa kahas untuk tujuan ini )hanya cukup untuk anak-anak Tahfiz lelaki sahaja, anak-anak Tahfiz puteri terpaksalah di hantar dengan van sekolah kami. Jarulatih kami Syah akan di minta bertugas petang sehingga malam sepanjang Ramadhan ini. Jadi Syahlah yang akan di tugaskan menghantar anak-anak Tahfiz Puteri setiap hari sepajang Ramadhan.

Aly pula akan bertugas membawa anak-anak Tahfiz bertaddarus di Istana. Mereka akan melakukan solat Tarawih 8 rakaat dahulu kemudian baru bertolak keistana.

Memgikut program kami, anak-anak Tahfiz akan berbuka di masjid setiap hari. Pada tahun ini ada 2 hari yang kami tidak akan berbuka di masjid. Pertama pada malam kami di jemput berbuka di sebuah hotel. Kedua pada malam ada jamuan besar-besaran di masjid. Ramai orang luar akan berbuka pada malam itu menyebabkan terlalu lama menunggu sebelum berbuka puasa sebab kena booking tempat awll lagi. Alhamdulillah pada tahun ini ada orang akan memberi makan anak-anak tahfiz untuk berbuka pada hari itu. Insya-Allah.

Dari segi ibadah yang akan di lakukan sepanjang hari tidaklah banyak perbezaan untuk anak-anak ini kerana mereka telah di latih melakukannya setiap hari seperti bangun awal sebelum subuh untuk lakukan solat-solat malam. Perkara yang mereka nanti-nantikan ialah melakukan solat Tarawaih dan bertaddarus.

Alhamdulillah, Allah SWT telah panjangkan umur kita dapat bertemu Ramadhan sekali lagi. Selamat Beribadah !

Wednesday, 19 August 2009

Persiapan Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum !

Kelibat bulan Ramadhan sudah melambai-lambai kita. Kami telah membuat persiapan awal untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pertama semua jubah putih baru untuk ke masjid yang kami tempah sudahpun siap. Begitu juga baju Melayu untuk pelajar-pelajar yang di pilih untuk bertaddarus di Istana. Kami juga sudah menempah sebuah bas untuk menghantar Anak-anak Tahfiz ke masjid setiap petang dan membawa mereka pulang selepas solat Tarawih setiap malam.

Makanan untuk anak-anak Tahfiz bersahur sudah di tempah dari katerer. Buah kurma untuk berbuka sudahpun di beli dan ada juga yang dermawan hantar ke asrama sedekah. Majlis berbuka puasa istimewa yang di undang oleh sebuah hotel Lima Bintang sudahpun di terima.

Anak-anak Tahfiz akan dikejutkan jam 4.50 pagi setiap hari untuk bersahur. Jadual waktu persekolahan akan di ikuti sepenuhnya dan aktiviti kokurikulum di kurangkan. Mereka akan berbuka puasa di masjid dan akan berada di masjid sehingga jam 10.30 setiap malam selepas selesai solat Tarawih. Anak-anak Tahfiz akan pulang ke asrama dan akan bertaddarus hingga jam 11.30 malam. Kadangkala mereka di hidangkan lagi dengan supper sekiranya ada orang bersedekah.

Mengikut takwim sekolah kami, kami akan mula bercuti pada 23 bulan Ramadhan dan sekolah akan buka balik selepas 1 minggu berhari Raya.

Mak teh mengucapkan Terima Kasih kepada dermawan-dermawan yang menghidangkan kami juadah berbuka puasa pada hari Isnin lalu. Juga tidak lupa mak teh berterima kasih kepada yang menghantar kurma, yang bersedekah jariah ( datang sendiri dan masuk akaun tiap bulan ) dan hamba-hamba Allah yang telah mengeluarkan zakat kepada kami. Jazakallah !

Kepada semua sahabat yang kukasihi dan kepada pembaca blog ini di ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak, Semoga kita semua dapat melakukan lebih banyak ibadah untuk merebut ganjaran yang di janjikan Allah SWT.

Monday, 17 August 2009

Lagi gambar-gambar sekitar perkhemahan

Salam Semua!



Pasukan pertama siap mendirikan khemah




Memapah kawan yang cedera ( lakunan sahaja ) balik ke Base Camp





Puteri-puteri kami di dalam hutan



Sedapnya makan dusuap oleh kawan



Bermain di Sungai




Inilah yang paling mereka suka bermandi manda dalam sungai



Letih menunggu bas, berbaring atas jalan



Akhirnya bas tiba untuk bawa pulang ( sehingga musim camping tahun hadapan )

Friday, 14 August 2009

Sambungan Kisah Perkhemahan

Salam Semua !

Banyak lagi kisah perkhemahan yanh nak mak teh ceritakan. Yang penting gambar-gambar di bawah ini menunjukkan aktiviti-aktiviti yang anak-anak Tahfiz kami lakukan. Terbuktilah mereka amat seronok melakukannya walaupun ada perkara-perkara yang menyusahkan mereka. Pengalaman ini akan membebtuk jatidiri mereka dan menguatkan semangat ukhwah dan setiakawan di kalangan mereka.




Kadet Tahfiz Puteri baru keluar dari hutan




Sempat berposing pulak tu!




Pasukan ini pula masih merangkak menghendap musuh.




Mencari kayu untuk memberi pertolongan kecemasan kepada kawan yang patah kaki




Puteri-puteri kami di dalam hutan




Mengambil wudhu di sungai berhampiran


Ada aktiviti yang amat mereka suka ia-itu bermandi-mamda di dalam sungai. Adengan ini di tapis menyebabkan gambarnya tidak bolih di siarkan. Hehehe!

Wednesday, 12 August 2009

Hari Ke 2 Perkhemahan

Salam Semua !

Semalam hari ke 2 perkhemahan, kami bertolak dari asrama puteri selepas solat subuh menaiki van dan Hilux. Sarat muatan van dengan anak-anak Tahfiz puteri dan sarat muatan Hilux dengan beg, bekalan makanan dan anak-anakku, Uda, Lia ( baru 1 hari pulang dari Jordan ) dan Yanna yang ikut bersama.

Perjalanan mengambil masa 1 jam lebih kerana tersangkut dalam jam di Federal Highway. Kami sampai di kawasan perkhemahan Hulu Langat jam 8. 10 pagi. Kelihatan kawasan yang berbukit-bukit itu masih lagi dalam dakapan kabus yang tebal. Aku menggigil kesejukkan, nasib baik anakku bekalkan aku sweater.

Tanpa berlengah anak-anak Tahfiz Puteri mengangkat beg dan bekalan di bantu oleh anak-anak Tahfiz lelaki yang sedia menunggu kedatangan kami. Kami tidak perlu memasang khemah kerana kami di tempatkan di khemah musolla.

Selesai meletakkan beg-beg di dalam khemah, anak-anak Tahfiz mendapat arahan bersiap sedia dari Kommander Camp. Kesemua mereka mengambil tempat dan membuat barisan untuk permulaan ' Long March '. Mereka bergerak dalam barisan sebaris yang panjang dan terus keluar dari kawasan Base Camp. Walaupun sayup-sayup sesekali kedengaran suara mereka, hanya 2 jam kemudian mereka sampai semula di Base Camp.

Lihatlah gambar-gambar aktiviti yang mereka lakukan di hari ke 2 dan dari wajah-wajah mereka tentu sekali nampaknya mereka sedang enjoy sangat! Mak teh dan Pak haji enjoy juga, cuma dalam usia emas ini kami tidak dapat turut serta melakukan aktiviti-aktiviti lasak lagi. Walaubagaimanapun mak teh dan Pak haji amat bersyukur Allah SWT kurniakan kami sebidang tanah ini berpuluh tahun yang lalu. Dahulu kami tidak pernah bayangkan kegunaan tanah ini sebegini.



Bergambar semasa baru tiba



Berjalan masuk ke kawasan Tapak Pekhemahan




Permulaan ' Long March ' meredah hutan berdekatan




Long March diikitu dengan barisan Pasukan Kadet Tahfiz Puteri ( yang baju purple tu Lia, merupakan ketua medical Team )




Baru keluar dari Hutan




Merangkak atas tanah kerana sembunyi dari musuh




Berguling-guling turun dari atas bukit supaya tidak dilihat musuh




Ada rakan-rakan yang cedera memerlukan pertolongan cemas




Nasib baik ada doktor turut serta




Berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Base Camp


Ada banyak lagi gambar-gambar yang akan di paparkan kepada anda. Terima Kasih!

Tuesday, 11 August 2009

Perkhemahan Di Ulu Langat

Salam Semua !

Semalam anak-anak Tahfiz lelaki telah bertolak ke kem Perkhemahan di Ulul Langat. Sudah beberapa hari mereka bersiap untuk menjalankan program perkhemahan ini. Sejak awal subuh lagi mereka sudah bersiap dengan pakaian seragam kadet Tahfiz dan mula melakukan aktiviti ' warming-up'. Bas yang di arahkan supaya datang jam 10.30 ke asrama datang agak lewat. Akhirnya pada jam 11.30 pagi bas datang untuk membawa mereka tapak kem perkhemahan kami di Ulu Langat.

Selepas subuh hari ini, kami membawa anak-anak Tahfiz Puteri menyusul anak-anak Tahfiz lelalki ke kem perkhemahan kami di Ulu Langat. Rombongan kami berada disana sehingga jam 3.00 pm sahaja. Beberapa jam berada di situ dan melakukan aktiviti yang amat menyeronokkan mereka. ( Lihatlah gambar-gambar di bawah ini)

Malam ini adalah malam ke2 mereka berkhemah di pinggir hutan di Ulu Langat. Esok mereka akan pulang. Jadi pada semua ibubapa anak-anak Tahfiz janganlah kerisauan. Lihat lah gambar-gambar yang menunjukkan aktiviti lasak anak-anak anda. Tentunya anda akan tersenyum gembira menyaksikan keriangan mereka.



Baru sampai di Kawasan Ulu Langat tidak jauh dari tapak perkhemahan




Berjalan ke tapak perkhemahan




Pasukan masing-masing memacakkan bendera Pasukan mereka




Pasukan ini mendirikan khemah mereka




Mendirikan Base Camp




menikmati makanan tengah hari




Makan bersama-sama sambil di suap oleh kawan




Berkenalan dengan sungai yang sangat kami sayangi

Thursday, 6 August 2009

Sambung Cerita

Salam Semua !

Hari ini hari ada di antara anak-anak Tahfiz yang berpuasa sunat kerans Nisfu Syaaban. Mak teh akan sediakan sedikit makanan istimewa untuk mereka. Hari ini sibuk juga dengan aktiviti biasa mak teh.

Rasa lega kerana seorang pelajar baru H dari Kanada telah keluar dari sekolah ini kerana tidak mahu belajar. Ada 2 orang lagi Pak haji sedang berbincang dengan ibubapa mereka untuk mengeluarkan mereka dari sekolah ini kerana kes disiplin. Bukan mudah untuk membentuk kelakuan baik anak-anak orang Luar Negara ini. Alhamdulillah berbanding dengan mereka nampaklah ada baiknya anak-anak Tahfiz kita.

Bersambung cerita kelmarin, sepatutnya tengah hari tadi, aku menginterview 4 orang pemohon dari luar negara. Mereka telah telefon untuk datang lewat hari ini. Jadi aku suruh mereka datang hari sabtu ini. Kita berserah kepada Allah bagaimanakah nasib mereka nanti. Ikutkan anak-anakku dan Pak haji mereka tidak mahu menerima orang-orang luar negara ini lagi kerana pengalaman yang dah ambil dulu tu amat menyusahkan kami. Mak teh yang tak sampai hati kalau tidak memberi mereka peluang langsung.

Mak tehpun dah faham sekarang kenapa orang luar berebut-rebut datang ke Negara kita. Pertama adalah kerana orang-orang Melayu ni baik sangat. Semua jenis orang mereka boleh accomodate. Hehehe!

Anak-anak Tahfiz sedang giat membuat persediaan untuk perkhemahan !

Wednesday, 5 August 2009

Syukran Jazeelan Sister !

Salam Semua !

Cuaca hari ini sejuk dan mendung sepanjang hari walaupun ada sedikit cahaya mentari ditengah hari. Keadaan cuaca terasa macam autum nak spring di UK . Di balkoniku tersadai beberapa bakul kain cucian yang belum di sidai ke tali jemuran. Nampaknya cucian itu akan bermalam di dalam bakul.

Pagi tadi aku telah bersuara " Bawa sajalah kain-kain tu ke kedai dobi " kataku. Namun kain cucian itu masih di situ kerana tidak ada orang yang dapat membawanya ke kedai dobi. Di dalam hati aku berkata-kata bahawa apabila ada keewangan yang mencukupi akau akan order sebuah mesin pengering kain. Insya-Allah akan aku usahakan untuk membelinya.

Pak haji sudah menolak permohonan 6 orang dari luar negara malam tadi melalui telefon. Terasa senang juga hatiku apabila mendengar Pak haji telah menolak permohonan itu dengan alasan " Sorry ! we don't have any more place for this year"

Namun alangkah terkejutnya aku apabila menerima kunjungan mereka yang masih ingin datang berjumpa denganku pada tengah hari ini. Aku terpaksa melyan mereka dengan sewajarnya. Pak haji telah meninggalkan mereka denganku kerana beliau ada kelas. Maka selepas menyoal ibu muda itu ( yang datang dengan seorang kawan )aku terasa sedih kalau tidak dapat membantunya. Akupun bersetuju untuk menginterview dan test pelajar-pelajar yang memohon masuk ke sekolah kami esok hari. Si ibu muda akan membawa 4 orang, iaitu 2 orang anaknya dan 2 orang anak angkatnya merupakan anak-anak yatim.

Aku telah menerangkan kepadanya bahawa aku bersetuju untuk menjalankan interview itu tetapi terpulanglah kepada Pak Haji samaada akan menerima masuk anak-anak itu. Beliau menganggu-angguk tanda faham dan sebelum berangkat memberi salam dan berkata " syukran jazeelan sister !"

Well, aku nak buat macam mana lagi ??? Kita tengoklah esok apa yang akan berlaku seterusnya.

Monday, 3 August 2009

Rancangan perkhemahan

Salam Semua!

Hari ini warga MTAQSA berpuasa sunat aeperti biasa. Mak Teh tidak turut berpuasa hari ini kerana kena makan ubat-ubat yang di bekalkan oleh hospital tempoh hari. Tekanan darahku sudah turun tetapi penyakit lain itu masih diubati.

Semalam aku menceritakan anak-anak Tahfiz lelaki telah di jemput ke sebuah rumah keluarga di raja yang ada ahli keluarga mangkat. Alhamdulilillah anak-anak Takfiz telah sempurnakan membaca 30 juzu' al Quran dan mengikuti majlis tahlil. Maka merekapun pulanglah selepas Isya dan jamuan makan. Maka Pak haji ingatkan habislah setakat itu, namun beliau terkejut kerana mereka meminta anak-anak Tahfiz meneruskan majlis seperti itu sehingga 7 hari. Setelah Pak haji menerangkan keadaa anak-anak ini perlu masa untuk mereka membuat hafalan mereka, maka telah dipersetujui pembabitan anak-anak Tahfiz 3 hari sahaja. Insya-Allah esok selesailah tugas anak-anak Tahfiz ini.

Kami sedang merancang untuk membawa anak-anak Tahfiz berkhemah di dusun kami di Ulu Langat. Tarikh yang di tetapkan ialah 10, 11, dan 12 Ogos minggu hadapan. Bas untuk kesana telah di tempah, tempat tapak perkhemahan telah di sediakan dan AJK sedang sibuk merancangkan programnya. Tugas mak teh dalam hal ini adalah menyediakan makanan sarapan pagi untuk semua warga MTAQSA pada hari ke2 dan menyediakam bahan yang siap di perap untuk di panggang sebagai makanan di hari ke 2. Selainnya mak teh tidak ambil tahu. Sekian Terima kasih!

Sunday, 2 August 2009

Sekolah Kami Menang Lagi !

Salam Semua!

Hari ini hari ke2 Konvensyen Falak Selangor. Alhamdulillah! Sekolah kami mendapat tempat ke2 dalam quiz ilmu falak yang telah di adakan. Bukan main teruja anak-anak Tahfiz yang membawa pulang trofi dan hadiah yang di menangi. Syabas di ucapkan kepada mereka.

Petang ini pula anak-anak Tahfiz lelaki di jemput membaca 30 juzu' al Quran dan membuat tahlil kerana kemangkatan seorang keluarga di raja, Selangor.Jadi yang tinggal di asrama adalah anak-anak Tahfiz puteri dan pelajar-pelajar baru dari luar Negara.

Alhamdulillah! Mak teh bertambah sihat dan sudah boleh pergi ke pasar dan ke kelas. Semoga kesihatan mak teh akan terus meningkat. Begitu juga di doakan untuk kawan=kawan sekelian. Ameen!

Saturday, 1 August 2009

Ada Lagi Pemohon Luar Negara

Salam Semua!

Mengikut takwim sekolah kami, hari ini adalah " Hari Outing". Namun hanya pelajar-pelajar Ting 1 sahaja yang keluar outing kerana pelajar-pelajar Ting 2 dan Ting 3 mengikuti Seminar Falak yang telah di anjurkan oleh Pejabat Mufti. Seminar ini berlangsung selama 2 hari dan setakat ini nampaknya anak-anak Tahfiz mendapat faedah darinya. Anak bongsu mak teh, Cik Su yang menjadi Presiden Persatuan Astronomi sangat gembira mengikuti program ini.

Anak-anak orang Luar Negara, kebanyakan telah mula menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah kami. Hanya seorang pelajar Luar Negara yang belum mahu tinggal di asrama untuk meneruskan pelajarannya. Namun ibubapanya yang telah mendaftarkannya enggan untuk mengeluarkannya dari sekolah ini. Ada 6 orang dari luar Negara yang masih menunggu jawapan Pak haji samaada mahu menerima mereka atau tidak.

Sesekali Pak haji rasa tidak sanggup menerima mereka ini, tetapi tidak tenang hati untuk menolak mereka. Kami tidak ada katil kosong lagi dalam asrama lelaki. Apapun kami berdoa Allah SWT akan memberi pertunjuk dan pertolongan.

Esok, seperti biasa akan ada latihan Kawad pada jam 5.00 petang. Terima Kasih.