Sunday, 27 April 2008

Tazkirah Pagi Ahad

Assalamualaikum!

Kebanyakkan orang bangun lewat dipagi Ahad. Alasannya ialah dah penat bekerja sepanjang minggu. Ada yang sempat solat subuh ada yang subuh gajah ada juga yang tak solat langsung. Anak-anak akupun adakalanya perlu di kejutkan untuk subuh pagi Ahad. Namun ada satu perkara yang agak menghairankan; iaitu sekiranya mereka ada aktiviti di hujung minggu mereka boleh pula bangun awal tanpa di kejutkan.

Sesetengah keluarga menjadikan amalan bangun lewat di hari minggu. Kemudian mereka tidak bangun untuk sarapan pagi. Mereka akan bangun jam 9 - 10 pagi kemudian terus pergi keluar untuk makan yang mereka sebut 'brunch' iaitu gabungan breakfast and lunch. Ini adalah satu budaya orang-orang bandar yang tidak sihat. ( Budaya ini mereka tiru dari jiran mereka yang bangsa lain yang bukan Islam. Orang-orang itu tak perlu solat subuh dan tak perlu mandi pagi ) Jadi mereka mendidik anak-anak mereka tidak perlu bersolat subuh, merestukan sikap kemalasan dan memakan pemakanan yang tidak tentu masa dan kebaikkan nutrisinya ( bukan makanan yang disediakan di rumah ).

Bagi aku, ibu dan nenek telah melatihkan aku bangun awal, pertama untuk menunaikan solat subuh. Kedua ( mereka )orang tua-tua pantang kalau kita bangun selepas matahari naik. Katanya tidak membuka pintu untuk malaikat rahmat datang kerumah kita. Maka tidak ada rezki dan keberkatan untuk keluarga yang bangun lewat. Katanya kesihatan badan kita akan terganggu dan kita akan pendek umur. Sejak dahulu masa zaman persekolahan, aku bangun sendiri tanpa di kejutkan oleh jam atau orang.

Aku sangat percaya kepada pendapat itu dan aku tidak pernah bangun selepas matahari naik. Di sebabkan kebiasaan itu aku tidak pernah boleh tidur hingga matahari naik. Mengenai pendek umur itu sudah pasti kalau kita bangun jam 10.00 kita telah kehilangan masa yang penting iaitu dari jam 6.00 hingga 10.00 bermakna 4 jam dalam hidup kita berjumlah 8 jam seminggu ( kalau untuk 2 hari ). Anda hitunglah sendiri betapa ruginya kalau kita praktikan bangun lewat.

Aku amat berharap anak menantuku kelak tidak akan mengamalkan budaya bangun lewat ini. Aku pernah terdengar ada jiran pernah merungut, " Bukan saja kena kejutkan anak-anak untuk subuh, menantupun kena dikejutkan!" Minta-minta janganlah jadi begini pada diriku.

Untuk anda yang bangun awal untuk bersolat subuh, bacalah ayat ini setelah terbangun, " A'uzubillahi samiil'aalimi minasyaithonirrojim. Huwallah huladzi laa ilahailla huwa 'aalimulghaibi wassyahaadah, huwarrahmaanurrohiim. Huwallahuladzi laaillaahailla huwal malikulquddus sussalam mulmukminul muhaimin ul 'azzizul jabbarul mutakkabbir, Subhanallahhi 'aammayusyrikuun. Huwallahulkhawlikhul baariul mussawir, Lahulasmaa ulhusna yusabbihulahu maafissamawaatiwal ard . Wahuwal azzizulhakkim."

Ayat ini adalah tiga ayat yang terakhir dari surah Al- Hashr. Sesiapa yang membaca ayat ini 70 malaikat akan berselawat keatasnya sepanjang hari dan apabila di baca sebelah petang, sebelum matahari terbenam 70 malaikat akan bersolawat atasnya sepanjang malam sehingga pagi. Wallahu'alam.

Saturday, 26 April 2008

Berita Baik

Assalamualaikum! Pagi tadi aku baru sampai dari Kedah sempat subuh di rumah. Kami bertolak dari alor setar jam 2.30 pagi. Pak haji memandu had laju kebiasaannya 120km - 130 km / jam sahaja. Disebabkan cuaca baik dan jalan tidak banyak kenderaan kami sampai ke rumah agak cepat dari kebiasaannya.

Alhamdulillah kesihatan ibu bertambah baik. Keadaan abangku masih tidak berapa stabil namun menunjukkan tanda-tanda positif. Dengan segala doa dan ikhtiar perubatan aku mempunyai harapan abang akan sembuh juga, Insha-Allah. Sudah letih aku menghadapi perkara-perkara yang meresahkan, aku nak cerita yang mengembirakan pula.

Pelajar-pelajar kami yang bercuti selama 4 hari telah pulang keasrama petang ini. Esok sekolah kami akan menerima seorang tetamu VIP dan entouragenya yang kami tunggu-tunggu selama ini. Tujuan tetamu ini datang berkunjung ialah untuk meluluskan pemberian sumbangan sebuah Van untuk sekolah kami. Mengikut cerita, semua telah sedia, hanya memerlukan kunjungan VIP tersebut sebelum Van itu di deliver kepada kami. Alhamdulillah beliau telah confirm kedatangannya besok.

Pelajar-pelajar kami akan menyambut kedatangan tetamu VIP ini pada jam 4.30 petang. Esok pagi kami akan ada sedikit raptai acara menyambut beliau dengan tabik hormat. Kemudian beliau akan di tunjukkan bagaimana pelajar-pelajar kami menghafal/ mentasme' dan menulis Al-Quran. Selepas itu beliau akan dipertontonkan acara memanah oleh pelajar-pelajar 'sharp shooter' memanah. Kami akan menghidangkan sedikit jamuan teh.

Insya-Allah diharap selepas ini dapatlah aku postkan wajah Van yang di dermakan kepada kami oleh syarikat multi-nasional ini. Van ini akan dapat memuatkan 20 orang penumpang. He,he he lepas ni Pak haji tak bawa anak-anak ini dalam Hiluxnya lagi lah. Mereka kalau naik Hilux pergi masjid ke swimming ke , ke perpustakaan ke, yang dalam kawasan shah alam beramai-ramai bagaimana? Rahsianya semua berebut panjat naik tempat .... !! hehehe tak boleh cakaplah! Anda cuba teka sendiri je lah.

Tuesday, 22 April 2008

Our School Short Break

Today is the start of our school monthly short break ie for four days. The children will report back into hostel on saturday. This short break is necessary for our students. For the last four weeks they have crammed their brains with memorising the verses of the Al-Quran, ( 1-2 pages daily for the top students ). Besides that they do 5 academic subjects, 13 religious subjects plus 2 extra subject like tarranaum and khat. Then they also do co-curriculums ie, swimming, marching, archery and living skills.

All their activities even the rest (afternoon naps are all printed on their time table ). Each morning they wake up as early as 5 am ( on fridays 4.30 am )and lights off at 11 pm. Even their weekends are filled with activities. So you could see why they really need this 4 days break. You would think that with such pack schedule, they would run out of breath. You would be surprised that during their free time ie after 5.30 pm ( days where no specific co-co activities ), you would find them in the field playing football! One day Pak haji caught them playing football in the rain ( which Pak haji has specifically forbidden them ro do so ). So he punished them , they were suspended from playing fooball for 2 weeks! Hehe they were so upset!

At least Pak haji and I will be less hectic these 4 days. Our house will be quieter, but we will miss the beautiful sounds of Quran reading. Well, I also think our kind neighbours need a break too!

Menghadapi Dugaan

Assalamualaikum!

Kebelakangan ini kami adik-beradik sentiasa berulang alik ke Kedah kerana ibu kami sedang uzur. Ditambah pula dengan dugaan Allah keatas kami kerana berikutan ibuku masuk hospital abang sulung pula disrang demam dan sekarang dalam keaadaan yang serius. Semoga kami tabah menghadapi apa yang di takdirkan Allah.

Sayang kami kepada ibu adalah seperti orang lain sayang kepada ibu mereka. Tetapi sayang kami kepada abang mungkin berbeza dari orang lain kerana abang telah menyara kami setelah ayah meninggal dunia. Semasa itu abang berumur 21 tahun namun beliau terpaksa memberika segala tumpuannya kepada kami 8 orang adiknya. Abang memberi segala wang gajinya untuk menyara kami sehinggalah 10 tahun sehinggalah abangku yang kedua mengambil alih tugas itu. Seterusnya setiap orang diantara adik-beradik yang bekerja akan menyumbang kepada keluarga besar kami.

Kepulangan aku baru-baru ini mendapati ibuku amat lemah tetapi beransur pulih. Alhamdulillah beliau sudah mahu minta makanan. Sebelum ini sudah beberapa hari beliau tidak makan. Jirannya berpendapat mungkin kepulangan ramai anak cucu menziarah beliau menceriakannya dan membantunya beransur pulih. Kami bergembira melihat perubahan positif kesihatan ibu.

Namun kami sangat bersedih melihat keadaan Abangku yang semakin merosot tahap kesihatannya. Kami dapati pihak hospital tidak segera memastikan penyakit yang beliau hadapi. Pihak hospital juga tidak bersikap customer friendly walaupun mereka hospital berbayar. Macam-macam perkara yang kami berasa tidak puas hati terhadap hospital dan kakitangannya.

Setelah 2 minggu di hospital swasta itu kami mengambil tindakan nekad mengeluarkan abang dari hospital itu dan masukkannya ke Hospital Kerajaan. Alhamdulillah suasana dan perkhidmatan di hospital kerajaan ini memuaskan. Kami dan keluarga abang dapat sentiasa bersama disisi beliau semasa beliau dalam keadaan tenat ini. Berbeza dari hospital swasta itu sekurang-kurangnya kami dapat bersama abang dan membaca surah-surah Yassin dan berdoa serta membisikkan doa-doa ketelinganya. ( Hospital swasta itu tidak benarkan kami bersama Abang melainkan masa lawatan dan masuk sorang sahaja dalam ICU, walaupun isteri tidak boleh masuk diwaktu lain.. bayangkan kebimbangan kami semua )

Sehingga pagi tadi aku dapat lapuran abang masih dalam keadaan tenat. Esok aku akan pulang lagi melihat Abang. Walaupun dalm keaddan begitu abang masih kenal dan memanggil namaku sebaik menyedariku disisinya. Sama-samalah kita berdoa semoga Abang akan di sembuhkan Allah dan di beri keringanan atas apa jua dugaan yang beliau sedang hadapi. Ameen!

Friday, 18 April 2008

Tazkirah Pagi Juamaat

Assalamualaikum!

Ramai orang setelah meningkat umur, terjaga dimalam hari lalu tidak boleh tidur semula. Seeloknya kalau terjaga malam bangunlah dan lakukan solat-solat malam. Ada juga orang sebut Qiamullail ( Bersolat malam ). Ada satu surah khas yang menyerukan kita berdiri/bersolat malam iaitu surah Al-Muzammil. Bacalah surah ini dan lihatlah maknanya. Masa yang paling bagus untuk kita bersolat malam ialah 1/3 akhir malam maknanya lebih kurang pukul 3.30 am hingga ke subuh.

Apakah yang kita perlu buat setelah terbangun? Bacalah doa baru bangun dari tidur.
Kemudian setelah bersuci ambillah wudhuk. Setelah ambil wudhuk tunailah solat sunat Hajat 2 rakaat, kemudian tunaikan solat sunat Tahajjud 2 rakaat, kemudian buat solat witir boleh 2 rakaat campur 1 rakaat, atau sekurang-kurangnya 1 rakaat sebagai penutup ibadah solat-solat malam. ( Ini untuk permulaan, banyak lagi jenis solat sunat yang boleh dilakukan di malam hari.)

Setelah selesai solat-solat itu, hendaklah berzikir. Zikir yang utama ialah beristighfar ( Astaghfirullahal'azeem waatubuilaih, Laaqaulawala khuuwataillabilla hil'aliyilazeem )sebanyak 100 kali. Selepas itu bersolawat atas nabi ( SAW ) sebanyak mana yang mahu atau 100 kali. Selesai itu kalau masih belum subuh bacalah al-Quran.

Tak berapa lama akan kedengaran azan subuh. Setelah menjawab azan dan membaca doa selepas azan, lakukan solat sunat Fajar 2 rakaat. ( solat sunat fajar ialah solat sunat sebelum solat fardu subuh, ganjarannya sangat besar, mendapat dunia dan seisinya ! Masya-Allah ! ). Selesai solat sunat fajar berdoalah dengan doa Rasullallah. Bunyinya dalam bahasa melayu begini: Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail, Tuhan Nabi Muhammad SAW aku berlindung dengan MU dari api neraka. Kemudian lagi satu doa yang disyorkan oleh para ulama' begini: Ya Allah ya Tuhanku janganlah aku menzalimi hambamu dihari ini, dapatlah aku menolong hambamu yang mazlum ( orang yang di zalimi ) dan dapatlah aku menunaikan hajat saudara muslimku lillahiTa'la! ( Doa yang kedua ini mendapat ganjaran seperti pahala orang menunaikan Haji, Wallau'alam )

Sebenarnya segala doa amat makhbul pada masa selepas solat tahajjud dan witir itu, begitu juga selepas solat sunat fajar. Berdoa lah banyak-banyak apa saja, Insya-Allah akan makhbulkan. Kalau kita baru nak mulakan amalan yang disebut tadi mulalah sedikit-sedikit dahulu mana yang rasa mampu, kemudian tambahlah lagi hari demi hari. Allah suka kepada orang yang melakukan ibadah ( sunat-sunat ) yang sedikit tetapi terus menerus ( consistant )

Nabi Muhammad SAW beristighfar 100 kali setiap malam. Kalau nabi pun minta ampun dari Allah sehari 100 kali setiap malam apatah lagi kita ni yang banyak buat dosa ! Nabi SAW amat suka kepada 3 solat sunat mengikut hadth riwayat Aisyah ( RA ) Nabi tidak pernah tinggalkan solat sunat Tahajjud, solat sunat Fajar dan solat sunat Dhuha setiap hari.

Thursday, 17 April 2008

Anak-anakku Semasa Kecil

Assalamualaikum !

Anak-anakku semasa bayi dan todlers kata orang, comel-comel. Aku tak tahu sebab pada masa itu aku sibuk sangat kalut menguruskan mereka. Rupa atau wajah mereka seakan-akan sama sebab tu kalau tengok gambar mereka sewaktu babies kadang-kadang tersilap orang. Setiap peristiwa kelahiran mereka aku ingat secara detail. Anak-anak aku ni di kira branded, iaitu semua kelahiran mereka di Pantai Medical Centre dan tok bidannye seorang yang aku sangat senangi membidankan aku iaitu hamba Allah yang bernama Doctor Mc Coy. Setiap kali aku mengandung dan melahirkan dia jaga aku persis seorang permaisuri. Hehehe kayalah hospital tu kerana aku terus melangganinya sehingga anak yang ke 9.

Kemudianya apabila aku dan baby sudah di benarkan keluar hospital, kami di sambut pula oleh paediatrician Doctor Lee Eng Lam di Subang jaya Medical Centre. Itu berlaku kepada semua anak-anak kami dari Kin hingga ke Cik Su. Anak-anakku ini di bawah jagaan Doctor Lee sehinggalah mereka besar panjang ( teen agers ) Heheh, kira macam brandedlah kan.

Aku telah berkahwin semasa umurku 23 tahun, terus mengandung dan malahirkan anak sulung. Seterusnya aku melahirkan anak purata 2 tahun seorang hinggalah semasa melahirkan anak yang bongsu aku berumur 43 tahun ( a span of 20 years ). Itu suatu tempoh masa yang lama. Umur tu setengah kawan-kawanku dah jadi nenek!

Melahirkan anak sebegitu ramai telah mengubah bentuk fisikal badanku. So berlakulah keadaan agak lucu. Seorang ibusaudara suamiku telah tidak bertemu dengan kami sekian lama. Masa muda-muda ( baru khawin )selalu kami singgah rumah dia apabila kami balek ke Kedah atau semasa perjalan balik KL dari Kedah. Rumah dia pada masa itu di Tapah, jadi tempat persinggahan yang ideal.Setelah suaminya pencen mereka pindah bersara di Pulau Pinang. So beberapa tahun yang lalu umurku meningkat jadi matang ( tua ) kami sekeluarga pergilah ziarah ibu saudara yang sedang uzur itu.

Maka bertanyalah orang tua itu bersungguh-sungguh ( berseloroh? ) " Mana dia isteri B...ari (Pak haji) yang kecil molek comel lote, putih gebu tu ? " Maka akupun jawablah dengan penuh kesedihan, " Dah tak ade dah! Dah lama dah tak ade!" Huhuhuhu

Oleh kerana aku sentiasa saja mengandung dan bersalin, banyaklah perkara-perkara, kekadang lucu berlaku terhadapku dan kami sekeluarga. Malas pulaklah nak bercerita panjang disini. Nantilah aku tulis dalam buku kelak. Banyak lagi kisah, berkajang-kajang, takut jemu anda nak baca!

Monday, 14 April 2008

Sambungan Membesarkan anak-anak

Kes ketiga ialah semasa Amal berumur 4 tahun dia bermain dengan mesin jahit. Kemudian jarinya tersepit dan tercucuk jarum. Oleh kerana sakit dan panik dia menarik jarinya sampai terkeluar kuku. Kami bawa dia ke klinik dengan jari yang berdarah dan kuku yang terkopak. Lepas peristiwa itu mesin jahitpun terus disimpan dalam setor dan di haramkan kegunaannya dalam rumah. Hehe macam cerita the sleeping beauty lah pulak !

Kes keempat jadi pada Zed ( anak ketiga ). Zed seorang yang periang dan sangat aktif.
Dialah tukang announce bila mami dan bapa pulang dari kerja atau dari mana-mana. Umurnya masa itu 10 tahun. Dia sedang bermain di tingkat atas rumah apabila dia terdengar kereta kami sampai depan rumah (kami baru pulang dari cameron Highlands setelah 2 hari outstation ). Dia terus berlari ke beranda luar nak tengok kami sampai kemudian berpatah balik nak turun kebawah mendapatkan kami tanpa menyedari pintu sliding door hanya sedikit terbuka, lalu dia berlari and smashed right into the glass door. Akibatnya, pintu kaca hancur berderai , dia jatuh badan dan muka bercalar-calar dan berdarah kena serpihan kaca. Kami terkejut apabila terdengar bunyi pintu kaca pecah dan jeritan Kin, terus berlari naik keatas rumah. Pak haji menganggkat Zed kedalam rumah, kami terus berhati-hati mengutip serpihan kaca halus dari badan dan mukanya. Selepas itu Pak haji sapukan asahan biji buah pala di tempat luka bercalar itu. Alhamdulillah, selain dari terkejut dan pedih-pedih luka Zed tidaklah mengalami kecederaan serius. Aaaah legaaa!!!