Assalamualaikum !
Anak-anakku semasa bayi dan todlers kata orang, comel-comel. Aku tak tahu sebab pada masa itu aku sibuk sangat kalut menguruskan mereka. Rupa atau wajah mereka seakan-akan sama sebab tu kalau tengok gambar mereka sewaktu babies kadang-kadang tersilap orang. Setiap peristiwa kelahiran mereka aku ingat secara detail. Anak-anak aku ni di kira branded, iaitu semua kelahiran mereka di Pantai Medical Centre dan tok bidannye seorang yang aku sangat senangi membidankan aku iaitu hamba Allah yang bernama Doctor Mc Coy. Setiap kali aku mengandung dan melahirkan dia jaga aku persis seorang permaisuri. Hehehe kayalah hospital tu kerana aku terus melangganinya sehingga anak yang ke 9.
Kemudianya apabila aku dan baby sudah di benarkan keluar hospital, kami di sambut pula oleh paediatrician Doctor Lee Eng Lam di Subang jaya Medical Centre. Itu berlaku kepada semua anak-anak kami dari Kin hingga ke Cik Su. Anak-anakku ini di bawah jagaan Doctor Lee sehinggalah mereka besar panjang ( teen agers ) Heheh, kira macam brandedlah kan.
Aku telah berkahwin semasa umurku 23 tahun, terus mengandung dan malahirkan anak sulung. Seterusnya aku melahirkan anak purata 2 tahun seorang hinggalah semasa melahirkan anak yang bongsu aku berumur 43 tahun ( a span of 20 years ). Itu suatu tempoh masa yang lama. Umur tu setengah kawan-kawanku dah jadi nenek!
Melahirkan anak sebegitu ramai telah mengubah bentuk fisikal badanku. So berlakulah keadaan agak lucu. Seorang ibusaudara suamiku telah tidak bertemu dengan kami sekian lama. Masa muda-muda ( baru khawin )selalu kami singgah rumah dia apabila kami balek ke Kedah atau semasa perjalan balik KL dari Kedah. Rumah dia pada masa itu di Tapah, jadi tempat persinggahan yang ideal.Setelah suaminya pencen mereka pindah bersara di Pulau Pinang. So beberapa tahun yang lalu umurku meningkat jadi matang ( tua ) kami sekeluarga pergilah ziarah ibu saudara yang sedang uzur itu.
Maka bertanyalah orang tua itu bersungguh-sungguh ( berseloroh? ) " Mana dia isteri B...ari (Pak haji) yang kecil molek comel lote, putih gebu tu ? " Maka akupun jawablah dengan penuh kesedihan, " Dah tak ade dah! Dah lama dah tak ade!" Huhuhuhu
Oleh kerana aku sentiasa saja mengandung dan bersalin, banyaklah perkara-perkara, kekadang lucu berlaku terhadapku dan kami sekeluarga. Malas pulaklah nak bercerita panjang disini. Nantilah aku tulis dalam buku kelak. Banyak lagi kisah, berkajang-kajang, takut jemu anda nak baca!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
Wah...9 anak lahir di hospital sama... mestilah hospital sayang dapat $$$$$ dari keluarga makteh ... makteh mesti cantik , tengok Alia pun dah tau mesti maknya cantik , pujian ikhlas.
ReplyDeleteSalam mak teh,,, meriah rumah mak teh bila mempunyai anak2 yg ramai...bukan mudah nak mengasuh anak2 seramai 9 org... mcm2 dugaan dan perlukan kesabaran... umie doakan mak teh dan pak haji sentiasa bahagia di samping anak2 tersayang...
ReplyDeletesuka baca entry mak teh...
Sarina, terima kasih, malulah mak teh terima pujian itu. Hehehe hampir2 tak mau publish sebab maluuuuu!
ReplyDeleteAlhamdulillah! Kurniaan Allah SWT kepada mak teh and Pak haji 9 orang anak yang cukup sifat. Syukur! Kami ada satu kes keguguran 4-5 bulan ( mak teh teruk juga ) tetapi kandungan itu tidak ada foetus. Lainkali mak teh cerita.
Umie, kalau semua ada memanglah meriah. Tetapi buat masa ini yang betul ada dirumah ialah Alan (anak ke 8 ting 5 )
ReplyDeleteKin, Amal dan Ude kerja di KL, pergi subuh balik lewat malam. Zed sedang nak habiskan master program jadi selalu di kampus UiTM. Lia di Jordan buat Medic, Yana di Cairo Al-Azhar Kolej, Ally akan join Yana tidak berapa lama lagi. Cik Su ada dalam asrama perempuan sekolah kita ( sebelah bahagian rumak mak teh yang di jadikan asrama perempuan ). So technically speaking Alan sorang ada bersama kami. Hehehe.
Namu kami sentiasa meriah dengan anak-anak yang 40 orang itu.
hehehehe..Mak Teh memang putih! anak2 dia setakat yang I dah jumpa tu memang lawa2 dan hensem :) - jangan marah ahhh Mak Teh.
ReplyDeletekalau you umur 43 gave birth to Cik Su, my mom gave birth to our Cik Su at 46!. Lebih kurang lah tu! At that time, I baru berapa bulan kerja.
Meriah adik beradik ramai ni, kalau berkumpul semua orang - jiran ingat kami buat kenduri! kat rumah kami dah tak guna rice cooker biasa tu tapi guna yang orang selalu pakai untuk kenduri (kalau semua balik). Tapi now my mom dah tak berapa larat dah nak masak banyak2 so she will supervise and we cook!
Now Mak Teh dan Pak Haji have more than tripled bilangan of the children! Laaaagi challenging nak menjaga nya tu.
OO, Nasib I je giliran jadi mak teh. Adik I giliran jadi Mak tam tetapi dia yang lagi puteh, hehe.
ReplyDeleteBetul kalau ramai, semua balik sangat meriah. I pun dah tak larat macam your mom. Nasib baiklah ada maids yang bagus. Sekarang kalau i rasa tak larat i diam-diam rehat dalam bilek. But i never like to be in that situation because manalah tahu takut2 tak boleh update blog dah!
Ni I nak balek Kedah sebab my eldest brother tenat in icu kat KMC. So please convey to the science teacher she has to take care of the school on Sunday without us around ! Thank you !
I see. Mudah2an your eldest brother diberi keringanan oleh Allah menghadapi sakitnya. And safe journey to you and Pak Haji.
ReplyDeleteDont worry about that science teacher, insya-Allah tau lah dia tu apa yang nak dia buat. :)
Memang branded lah Mak Teh kalau dah 9 anak kat hospital yang sama. Hospital tu boleh buat record tu... ambik anak-anak Mak Teh sebagai anak angkat.. bukan sebagai donor hehehe..
ReplyDeleteNeeza seronok baca kisah anak2 ni sebab ada yang sama dengan Neeza.. ada yang lain. Tapi semuanya memang seronok untuk dibaca. Geli hati ada, sedih ada, geram pun ada hehehe.. maklumlah anak-anak..
Bila dah 9 anak keluar, memang lah susah nak kembali macam dulu kan.. Neeza yang beranak 3 ni pun rasanya dah susah nak kembali macam dulu.. huhuuuu...
salam, mak teh ni mmg puteh...I dah jumpa beberapa kali, tengok anak2 dia pun mmg cantik...
ReplyDeletemakteh, I rasa boleh bygkan makteh dolu yg "kecil molek, comel lote tu" tu...hehehe