Kes ketiga ialah semasa Amal berumur 4 tahun dia bermain dengan mesin jahit. Kemudian jarinya tersepit dan tercucuk jarum. Oleh kerana sakit dan panik dia menarik jarinya sampai terkeluar kuku. Kami bawa dia ke klinik dengan jari yang berdarah dan kuku yang terkopak. Lepas peristiwa itu mesin jahitpun terus disimpan dalam setor dan di haramkan kegunaannya dalam rumah. Hehe macam cerita the sleeping beauty lah pulak !
Kes keempat jadi pada Zed ( anak ketiga ). Zed seorang yang periang dan sangat aktif.
Dialah tukang announce bila mami dan bapa pulang dari kerja atau dari mana-mana. Umurnya masa itu 10 tahun. Dia sedang bermain di tingkat atas rumah apabila dia terdengar kereta kami sampai depan rumah (kami baru pulang dari cameron Highlands setelah 2 hari outstation ). Dia terus berlari ke beranda luar nak tengok kami sampai kemudian berpatah balik nak turun kebawah mendapatkan kami tanpa menyedari pintu sliding door hanya sedikit terbuka, lalu dia berlari and smashed right into the glass door. Akibatnya, pintu kaca hancur berderai , dia jatuh badan dan muka bercalar-calar dan berdarah kena serpihan kaca. Kami terkejut apabila terdengar bunyi pintu kaca pecah dan jeritan Kin, terus berlari naik keatas rumah. Pak haji menganggkat Zed kedalam rumah, kami terus berhati-hati mengutip serpihan kaca halus dari badan dan mukanya. Selepas itu Pak haji sapukan asahan biji buah pala di tempat luka bercalar itu. Alhamdulillah, selain dari terkejut dan pedih-pedih luka Zed tidaklah mengalami kecederaan serius. Aaaah legaaa!!!
Ramadhan Kareem ( hari pertama n ke2)
4 years ago
biasalah mak teh...kalau jaga anak2 ni memang tak lepas dari luka2 dan calar balar...dan tak lupa benjol-benjolan...he..he..
ReplyDeletepart of growing up tu kan..
best pulak baca cerita Mak Teh membesarkan anak-anak. Kisah2 tu memang tak boleh lupa kan Mak Teh.
ReplyDeleteApa kata Mak Teh buat novel? hehee.. asyik orang lain je suruh neeza buat novel.. tapi tak terbuat2 jugak Neeza ni.. hehehe
Aduii la sakitnya bila baca entry mak teh ni...terasa kita yg nyilu...siann Zed. alhamdulillah dia luka sikit2 jer...
ReplyDeleteAsahan Buah manjakani pun salah satu ubat luka juga kan ....
Mak Teh..salam kenal..tumpang tinggal jejak. Banyak pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran. Saya suka komen ummi@kak yong..yang mengatakan "anak yang berbeza terlalu istimewa dan mengajar kita erti kesabaran".
ReplyDeleteMoga-moga ayat2 tu buat kita boleh senyum dan bersabar walau tak larat dgn kerenah anak2.
Saya rasanya terbaca about maahad tahfiz mak teh dlm ANIS..memang interested nak tahu lagi..InsyaAllah satu hari nanti nak pergi berziarah dan cuba bawa anak yang now darjah 6. Abangnya Alhamdulillah dah lepas cuma nak kena maintain hafazan dan kelancarannya.
hehehe...salam mak teh, minggu lepas saya jumpa lagi mak teh, tapi masa tu mak teh saya tengok tgh ralit memilih sayur-sayuran kat gerai En Bakar tu (gerai jual sayur yg hujung sekali tu).. pak haji ada kat belakang mak teh, dia nampak saya dan kenal saya. Saya pun ucapkan salam dan angkat tangan, ingat nak gi jumpa mak teh, dok tunggu belakang makteh lama juga, tapi mak teh punyalah khusyuk memilih sayur2an...hehehe...
ReplyDeleteakhirnya saya malas nak kacau mak teh...InsyaAllah lain kali saya nak datang rumah mak teh pula(since kelas utk sem ini baru habis, tgh tunggu final exam start next week) boleh borak2 dgn mak teh, dan tanya khabar anak2 kita di Irbid, Jordan...
Mak lang, yang mak teh cerita ni kes kecemasan. Sekadar luka-luka atau benjolan tu terlalu banyak tak usah ceritalah.
ReplyDeleteSetakat tangan or kaki terseliuh, tulang retak-retak, gigi patah, muka lebam mata ceme listnya panjang tak yah ceritalah.
Kan mak teh ni ada 9 anak dan I was a full time career woman. Hehehe.
Neeza, sememangnya ada niat nak bukukan pengalaman mak teh membesarkan anak-anak. Tunggulah tahun depan kut bila Yana dan Ally dah masuk U baru sedap nak cerita!
ReplyDeleteUmie, bolehlah kut. Tetapi yang mak teh tahu buah majakani tu untuk tempat sulit kita tu selepas bersalin, kalau ada luka-luka. Mat teh tahu je tapi tak pernah gunapun. Kami selalunya guna biji buah pala sangat mujarrab.
ReplyDeleteUmmu Asiah, salam disambut. Sebagai ibu kesabaran sangatlah perlu apalagi kalau anak itu istimewa.
ReplyDeleteSilalah datang melawat kami tetapi call dulu supaya mak teh boleh sambut kedatangan anda.
Terima kasih mengunjungi blog mak teh.
mak teh.. meh la dtg blog umie... ada jemputan kawin... dtg tau...
ReplyDeletemak teh salam perkenalan.. sonok baca blog mak teh....
ReplyDeletebanyak jugak kes emergency anak-anak makteh... anak-anak I Alhamdulillah tak de sampai kes macam ni... itulah dia nak membesarkan anak-anak bukannya mudah kan...
ReplyDeleteMAK TEH
ReplyDeleteLama dah tak tinggal jejak kat sini, so I will leave quite a lengthy comment :)
Have yet to try all those recipes yang you letak kat blog ni. These days, in my household bibik yang banyak masak, tak macam selalu but I still cook for breakfast. Anak2 dan bapaknya pun dah complained dah lama I tak bake kuih. Hehehehe, kalau tak selalu tu, weekdays night ada jer nak masak. Insya-Allah that time will come.
I pernah nampak show masak dalam tv some sort of kerabu sotong lah but the sotong tu kena grilled dulu..adeh..sedapnya! I also love kerabu kerang but don't know how to make that kerabu. Kalau you tau, please share the recipe ;-)
Nampaknya berbaloi you pegi book fair sampai dua kali kan? *wink
and to put all the girls inside! can't imagine how lah!
Talking about roti and foods ni, I have another idea. Nanti bila dah betul2 free, will talk more about this with you.
All those accidents, hah! I anak 4 ni pun setakat dah 10 tahun kebelakangan ni pun macam2 freak accidents jadi, apalagi lah you yang 9 orang!
but you are absolutely right - jadi ibu kena banyak sabar dan banyak berdoa supaya dipelihara daripada musibah yang besar2 dan jugak sabar menangani kerenah anak2.
kadang2 yang kita tengok dari kecil tak berapa nak "progress" banyak karenah, tapi bila dah besar anak yang ni lah yang kita boleh harapkan selalu - betoi ka Mak Teh?
I didn't know that biji buah pala banyak khasiat nya! Mana nak dapat biji pala ni ya?
Umie, mak teh dah tinggal komen dalam blog umie. Terima kasih
ReplyDeleteida, salam perkenalan disambut, kalau sonok baca mailah melawat selalu. Semoga mendapat faedah darinya.
ReplyDeleteSarina, banyak lagi yang mak teh tak cerita ni, semuanya mencemaskan. Maklumlah anak mak teh 9 orang purata 2 tahun seorang. Mak bapanya pula ligat bekerja siang malam masa depa kecil dulu. Namun apapun terjadi Alhamdulillah Allah pelihara anak-anak mak teh berkat doa tok nenek mereka!
ReplyDeleteOO, bila u disappear dari blogland nampak sunyi. Alhamdulillah dah timbul semula. Hehe.
ReplyDeleteInsya-Allah nanti mak teh share resepi setakat yang mak teh tahu.
Yes waiting for the time to be able to discuss with you more things.
At the book fair on that day I kept trying to get you on the phone coz you favourite writer Isa Kamari from Singapore was there at the booth. He was talking to me and I was trying to tell you to come over. Alas! I could not reach you.
Yes, biji buah pala banyak khasiatnya selain dari boh dalam masakan. Sekiranya ada luka-luka tempek je asahan biji buah pala di tempat luka. Ia akan menyebabkan tempat luka itu tidak akan meninggalkan parut. ( Awas! jangan kopek kerak luka itu semasa dia dalam proses sembuh sehingga dia boleh tanggal sendiri waktu mencuci luka setiap pagi )
Biji buah pala boleh di dapati di kedai kek, kedai rempah cabai, kedai runcit mamak. Hendaklah diketuk kulit kerasnya dalam ada biji yang keras asah di pasu bersih. Hehe tak yah pi klinik.